Monday, August 28, 2017

...pi makan lagiii...

Hari ini, ISNIN, 28 Ogos 2017, kami pasang alat untuk Majlis Ikrar Pelajar Baharu
UKM sesi 2017 / 2018 dan juga beberapa majlis lain di DEWAN CANSELOR 
TUN ABDUL RAZAK, UKM.  Sementara pasang alatan kami melihat 
majlis raptai di situ untuk program berkenaan esok.
Esok kami akan bertugas di dewan berkenaan
dari jam 9.00 pagi sampai jam
11.00 malam.
Maknanya esok tak balik rumah
waktu siang...malam baru ada kat rumah...huhuhu....

raptai....
posing...
raptai sampai petang...


Esok pagi...awal awal pagi mesti tiba di UKM untuk pasang kamera dan uji peralatan
rakaman MCP. Esok tak pasti berapa ramai krew bantuan akan datang
membantu. Harap2 ramai la....tapi macam takde
aje...huhuhu...entahlahhhh....

.............................................................................................................................

Malam ni tadi pi makan kat luar dengan isteri dan anak anak. Sambil isi minyak kete.
Makan kat nilai...saja je makan kat sana. Restoran tu bersebelahan
stesen minyak petronas dan shell.
Ok jugak makanan kat restoran ni...boleh tahan la makanannya.
Sedap tu susah nak cakap la sebab 'sedap' ni bergantung kepada individu.
Kalau rasanya kena dengan selera seseorang maka sedaplah 
katanya....Kalau aku pulak, macam biasalah
kalau tak memudaratkan aku...maka
aku kata sedaplahhh...kan...




Bawa anak isteri pi makan kat luar sekali sekali berpahala tauuu...mungkin dipandang
kecil...tapi besar pahalanya jika ikhlas...Mereka tanggung jawab suami,
jadi tentu apa yang dibelanjakan untuk anak isteri
tu berpahala semuanya...tak sia sia..
Namun tengok pada kemampuan lah....kalau banyak bajetnya
maka bolehlah selalu pi bawa anak bini keluar makan...tapi kalau bajet kurang banyak
.........cukuplah sekadarnya saja...tak gitu......





Kami tak lama pun kat sini...habis je makan terus bayar dan terus lah balik 
ke rumah. Esok hari keje menanti di UKM. Dari pagi sampai
ke malam...tapi takpe lah...aku memang rajin keje
punnnnn.............opst!

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, August 23, 2017

Kami memang ada je keje...

Hari ini aku ada keje dengan rakan rakan satu unit. Kami membuat rakaman
atau shooting atau penggambaran video untuk bos kami
prof. Datin DR. Norizan. Mula keje jam 10.00 pagi.
Kami shooting berkaitan video
EXPERT. Program ini memaparkan berkaitan
penyelidik UKM yang biasanya pensyarah UKM. Segala
penyelidikan mereka akan didokumentasikan dan begitu juga dengan segala
sumbangan dan penghargaan yang mereka terima...
Aku buat keje shooting tu dengan krew iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL
dan JASRIL........




Mulanya kami buat shooting kat pejabat dia di Pusat Pengajian Bahasa. Kemudian
di bangunan Kepimpinan Wanita dan akhir sekali di pejabat
Pusat Komunikasi Korporat UKM....



Shooting berkenaan dapat dibuat dengan lancar tanpa sebarang masalah punnnn...
Selesai kira2 jam 12.30 tengah hari. Sebelum kami semua
balik ke opis...Aku hantar mereka balik ke opis sementara aku terus balik
ke rumah....bab ini yang nak cite sikit niiiiii................................

............................................................................................................................................

Sebenarnya selepas kami buat shooting di bangunan Pusat Pengajian Bahasa.
Kami berkira untuk bergerak ke bangunan Kepimpinan Wanita
pula yang jaraknya mungkin dalam hampir 2 kilometer
kut. Ketika pi ke kereta dan cuba hidupkan
injin kereta...gagal untuk dihidupkan...ohhh....aku buntu
risau kereta aku tu rosak teruk atau sebagainya. Rakan aku suh hidupkan
lagi. Bila aku cuba hidupkan masih jugak gagal. Rakan aku kata 
mungkin bateri da habis.......



Dia orang suh aku masukkan gear dua sementara mereka tolak dari belakang hingga
sampai ke satu cerun. Di cerun tersebut ketika kereta menurun
mereka suruh lepaskan clutch. Bila aku lepaskan clutch
enjin kereta tu pun hidup...fuhhh...selamat...
Jadi aku bawaklah mereka semua ke bangunan Kepimpinan
Wanita pula untuk shooting. Ketika mereka shooting aku tak matikan enjin
kereta kerana jika aku matikan tentu mustahil untuk hidupkan
kembali. Jadi enjin kereta tu pun hidup je sampai
shooting tamat.................



Kemudian kami bergerak pula ke Bangunan Pentadbiran di mana Datin merupakan
Pengarah Pusat Komunikasi Korporat. Di sana aku hanya tinggal
dalam kete sebab enjin tidak boleh dimatikan.
Hanya mereka bertiga je pi buat shooting dalam bangunan tu.
Aku tunggu dalam keta sehingga mereka selesai. Lama jugak aku tunggu mereka.
Selesai je...aku dan rakan2 balik ke opis. Mereka yang punggah alatan
dan di bawa masuk ke opis....aku terus je bawak kete ke bengkel.
Dibengkel aku tukar bateri kereta tersebut dengan yang
baru.....harganya 195rm...tolak bateri lama dia
yakni peniaga di bengkel tu beri aku harga 180rm sahaja.....ok la tuuu...
Selamat duit aku ...huhuhu....pandai je kete tu...ujung bulan
je bateri kong...huhuhu.......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, August 22, 2017

Memalam tadi saje je....

Malam ni tadi, Selasa, 22 Ogos 2017, jam lapan lebih sikit...aku pi isi minyak
kete di Nilai Lama. Aku bawak anak dan isteri sama...memang
aku sentiasa begitu sejak ada anak bini. Aku sering
rasa tak seronok kalau pi memana
sensorang. Da tentu la naik kete...kalau berjalan kaki tak perlu
pun bawak anak bini....................................



Itulah kisahnya bila da ada isteri, kalau pi memana mesti tak seronok kalau sorang..
nak tidur sensorang pun takut...ekekeke...Oooo...ye berbalik pada
cite tadi. Aku memang terfikir nak makan kat situ
bila ternampak kedai tu masa isi minyak
tak berapa lama dulu...kedai tu sebenarnya baru dibina di situ.
Dulu gerai kecik je kat sebelah stesen minyak shell tu...la ni kedai tu da
besar da...Tapi bila tanya pelayan yang jaga kedai tu...dia kata
kedai tu tokeh baru bukan tokeh gerai kecik
yang dulu tuuuu....ooooooo...gitu...



Aku tengok kat menu tu harga makanan kat situ macam sama je dengan kedai2 makan
yang lain...antara 7 hingga 7rm lebih seperti mee, meehoon dan sebagainya.
Banyak jugak makanan yang dijual kat sini...semua jenis mee dan 
mee hoon...semua jenis nasi goreng...tom yam dan
sebagainya....................



Tak lama kemudian minuman kami dulu yang sampai...aku order milo ais...isteri aku
air bali...anak aku laici... Memang biasalah kan air yang sampai dulu
Kalau air cepat abis...tentu akan order yang lain kalau
makanan tak sampai lagi.......kan...kan...kan....



Tak lama kemudian makanan kami pun tiba...aku order meehoon soup, anak aku
kuew teow sementara isteri aku order mee tom yam. Anak aku
memang suka dengan kue tiow, kalau singgah kedai
makan memana tentu benda tu yang
di order. Isteri aku kata mee tom yam yang dia order tu
sedap jugak dan pedas....aku suh rasa kuah mee soup aku tu...dia kata
kurang rasa rempah nya...entahlah...pada aku...itu da ok...soal makan memang
aku tak memilih asalkan jangan datangkan elergik pada aku sudahh..
senang nak bela  suami macam aku ni...sedap atau tak
sedap aku tak kisah sebab aku sendiri pun
tak tau macam mana rasa sedap tu.
Pada aku kalau makanan tu boleh dimakan itu da
kira ok dahhhh......................................................................................................
tapi kalau makanan tu masin...pahit dan yang sewaktu dengannya
tentulah aku tak makan...itu dikira tak sedap laaa....


Aku pun tak kisah makan di mana pun...di gerai ke...kedai ke...tepi jalan ke...tepi
sungai ke...asalkan jangan tepi kandang kerbau atau reban ayam
sudahlahhh......pada aku status manusia bukan terletak
di situ tapi status manusia ialah
setakat mana dia tunduk kepada PENCIPTA nya...........................
Setelah bayar harga makanan kami pun bergerak pi balik....setelah selesai
makan kat situ...................................................

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Monday, August 21, 2017

Cerita Semalam (Langkawi)

Semalam hari ISNIN, 21 Ogos 2017, aku baru balik dari LANGKAWI. Aku pi
sana sebab opis aku buat SANGGAR KERJA. Satu opis pi sana.
Kami berada di sana daripada 18 - 21 Ogos 2017.
Kami gerak dari UKM dengan bas
UKM ke Langkawi
jam lebih 12.00 tengah malam.
Dalam tujuh atau lapan jam perjalanan...gamaknya... kami
tiba Jeti Kuala Perlis. Letih jugak duk dalam bas lelama macam tu.....

ukm
singgah minum...
malam...
kuala perlis..
...kuala perlis..

Dalam perjalanan ke Jeti Kuala Perlis kami singgah di sebuah surau untuk solat...
lupa pulak dah nama surau tu...tepi jalan je.  Haha...baru ingat surau 
Changlun. Selesai semua kami sambung perjalanan dengan bas 
UKM tu. Tiba di jeti Kuala Perlis kul tujuh lebih kut. 
Di sini kami terus masuk ke Jeti KP. 
Ketua kumpualn uruskan tiket. Aku terima tiket 
daripada En. Anton. Naik feri jam 8.30 pagi kalau aku tak silap...... 

jeti kuala perlis..
jeti kuala perlis..
tiket...
masuk feri...
dalam feri 
Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis gerak pada jam 8.30 pagi. Agak lama jugak duduk 
dalam feri tu...agak rimas rasanya. Duk dalam feri tu lebih sejam
sebelum tiba di Jeti Pulau Langkawi....

kesiannyerrr....keletihan ni....


da tiba LANGKAWI...



Tiba di Langkawi lebih kurang jam sepuluh pagi. Dari Jeti berkenaan kami menaiki bas
untuk membawa kami ke Pusat Penyelidikan UKM di Pulau Langkawi
tu.. Bas berkenaan diuruskan oleh urusetia Kelab PKK
yang diketuai oleh Encik Khalid. Bila bas
tiba kami terus memuatkan barang
ke tempat barang bas berkenaan dan kami semua masuk
ke perut bas untuk perjalanan seterusnya. Kami singgah sebentar
di sebuah kedai makan untuk sarapan...lapar beb...belum sarapan..... Sebahagian 
kami singgah makan di kedai makan berhampiran bas. Sekumpulan drpd kami pi 
ke sebuah kedai makan untuk dapatkan roti canai....hahaha...rupanya bukan
kedai roti canai ...tapi kedai nasi emmm...kedai nasi...ermmm...lupa
pulak dah aku ni.....NASIK KANDAR. Hermm...mahal jugak
nasi kandaq kat Langkawi ni...seciput nasik kandar...
seciput daging...segelas
teh panas...TUJUH RINGGIT LEBIH...hermmmm....

singgah sarapak nasik kandaq...mahaiiiii...
telaga tujuh...
aktiviti di telaga tujuh...
aktiviti di telaga tujuh...
aktiviti di telaga tujuh...
Kemudian kami menyambung perjalanan untuk ke Pusat Penyelidikan Langkawi. Tiba di sana lebih kurang tengah hari la. Kami check in ke bilik memasing untuk 
berehat sebentar.  Lepas makan tengah hari lebih kurang jam 
3.00 petang kami bergerak pula ke TELAGA TUJUH
untuk mengambil bahagian dalam LATIH TUBI FIZIKAL di sana.
Kami menaiki bas ke sana. Aku rasa duk kat Langkawi ni nak pi mana2 macam
jauh jer... macam jalan sehala.

Tiba di TELAGA TUJUH kami dibahagikan kepada kumpulan memasing iaitu
KUNING...aku dulukan yang kuning sebab aku kumpulan KUNING.
AHLI kumpulan KUNING ialah EN. WAN, aku, ANIM, 
SURAYA, ANIS, IKHWAN, IZAD...ermmm...rasanya itu je kut. Kumpulan2 lain
ialah BIRU, HIJAU, PURPLE...ermmm...lupa pulak yang lain2 tu...
Di sini kami diminta selesaikan beberapa tugas yang
memerlukan kerjasama antara ahli
kumpulan. Pertama kutip 7 jenis daun, tujuh biji batu dan selesaikan
soalan soalan dalam kertas yang diberi. Semua peserta
diminta mendaki hingga ke TELAGA TUJUH level pertama sambil mengutip
bahan yang dikehendaki tu........Wah! rasa nak patah
jugak pinggang dibuatnya. Aku lebih banyak buat rakaman video
dan sedikit membantu kumpulan aku tu......

aktiviti di telaga tujuh...



aktiviti di telaga tujuh...


Bila sampai di lokasi terakhir setiap kumpulan diminta untuk membina struktur yang
kukuh dengan 7 biji batu dan tujuh jenis daun yang telah dikutip.
Setelah siap dibina... juri akan menguji ketahanan
struktur berkenaan dengan cara
mencurahkan air selama 10 saat. Jika struktur
tersebut tidak runtuh maka ianya telah berjaya dan diiktiraf dengan markah
yang patut ia perolehi. Di sini mungkin kita dapat lihat bertapa
perlunya kerjasama antara kumpulan atau komuniti
dan lebih khusus antara ahli se opis...di sini memasing menyumbang idea..
memasing berinteraksi..yang lama tak beriteraksi mungkin boleh atau 
terpaksa berinteraksi tika berada DI SINI...ekekeke.......harap
interaksi tu kekal sampai bila2 jika memasing dapat
meruntuhkan ego masing2...hahaha...



aktiviti di telaga tujuh......berehat bila tiba di bawah..
aktiviti di telaga tujuh...
Pekan Kuah...


 Setelah selesai acara di sini... memasing menjalankan aktiviti bebas hingga tiba 
                 waktu untuk balik ke PPL. Aku, Jas dan Shah serta Ramli lebih dulu
turun ke bawah dan rehat di sana setelah
selamat tiba di bawah. Lenguh jugak kaki bila menuruni bukit 
curam tu walau pun melalui jalan tar. Tiba di bawah duduk di satu meja. Aku terus
jugak membuat rakaman sekitar terutama peserta2 yang turut
sama tiba di bawah selepas kami.

Lebih kurang jam 6.00 petang kami bergerak semula ke PPL. Tiba di sana kami terus
bersihkan diri untuk solat...mana yang boleh solat la..... Selesai makan
malam kami naik bas menuju Pekan Kuah untuk aktiviti
bebas. Tiba di Kuah.... ada yang pi beli belah..ada 
yang pi pasar malam. Dan kami iaitu aku, Ramli, Hazrul, kemudian
SHAHRUL, JASRIL dan IKHWAN singgah di satu gerai makan.
Aku order mee sop untuk makan malam tu....yang lain2
aku lupa apa yang dia orang order..
Rasanya di sini tak mahal sangat..sebab
di CS mee sop 7rm setengah di sana cuma 4 atau 5 ringgit je....
Bukan dalam bangunan pun ...cuma di tempat
lapang je.....

Pekan Kuah...


Pekan Kuah...
Pekan Kuah...

Pantai Batu Tengkorak
Lebih kurang jam 10.30 malam kami gerak semula ke PPL untuk tidur dan
akan sambung dalam acara esok pagi pulak. Awal pagi kami da 
bangun. Aku bangun sebelum jam 6.00 pagi....bersihkan 
diri dan pi surau untuk solat 
sebagai makmum....
Sarapan jam 7.00 pg. Menjelang lebih
sikit jam 7.00 pgi kami bergerak pula ke Pantai Batu Tengkorak
untuk mengambil bahagian dalam SESI JATI DIRI BERPASUKAN. Lama
jugak untuk tiba di sana...lupa nak tengok jam. Aku sebenarnya da dua kali sebelum
ini tiba dipantai ni...Yang pertama program anjuran PLANETARIUM
NEGARA kedua MOBILITI PELAJAR... sekarang ni 
yang ketiga laaa.......

Pantai Batu Tengkorak




Pantai Batu Tengkorak
 Tiba di pantai ni...semua peserta ambil bahagian dalam SENAMROBIK sebelum aktiviti
lain bermula. Aku biasalah....rakam video je la...hahaha...sampai selesai.
Kemudian semua peserta yang berada dalam kumpulan memasing
di minta membuat struktur hidupan laut di pantai dalam
masa yang ditetapkan. Kumpulan aku bina SPONCHBOX..eh! betul ke
spelling macam tuuu... Yang lain aku tengok ada yang
buat sotong, penyu dan sebagainya.
Dalam masa buat binaan tu...ada yang di sapu oleh
ombak...air pasang rupanya........ hermmm...runtuh semuanya...
terpaksa pindah ke lokasi jauh sikit
dari pantai....

Selesai saja pembinaan struktur berkenaan...game baling tin pulak masuk jadual
giliran. Aku kena involve dalam game ni... sebab untuk cukupkan ahli
pasukan dan untuk isi tempat kawan yang taknak teruskan
dalam game tersebut hingga tamat...ekekeke....
Aku tak tau nak cerita macam mana cara mainkan game ni...tapi apa2
pon macam fun jugak game ni. Game ni memang kena involve ahli pasukan
secara kerjasama...kalau tak...hermmmm....
Apa2 pun kumpulan aku ni tak la teruk sangat dalam game ni...ada
tempat la jugak..hehehe...tahniah la kepada ahli
kumpulan yang terdiri daripada EN. WAN...ANIM...SURAYA...IKHWAN...
ANIS...RUHAIZAD...dan AKU laaa.....
Di pantai ini aku sempat rakam temubual dengan PENGARAH dan MIZA.


Pantai Batu Tengkorak
PPLangkawi


PPLangkawi
 Selesai sesi di Pantai Tengkorak kami bergerak semula ke PPL. Selepas bersihkan diri
dan solat kami makan tengah hari dan mendengar taklimat serta ucapan
Pengarah kami Datin Dr. Norizan. ini mungkin ucapan terakhir
beliau untuk kami.  Ucapan yang penuh dengan emosi....

Selesai sesi di PPL kami bergerak pula ke GALERI PERDANA di Langkawi tu. Tiba 
di sana kami jalankan aktiviti termasuk sesi bergambar secara berkumpulan. 
Sesi Percambahan Ilmu di sini selesai dan kami teruskan bergerak ke 
Pekan Kuah. Di Kuah kami makan malam di Restoran Thai. Sambil 
makan sambil berbual dan macam-macam lagi acara di sini 
termasuk acara menyambut 
..........................HARI JADI SHAHRUL FADLI...................
Sempat temubual Dr Sabariah, En. Mad Noor dan En. Anton...

Selesai makan malam masing-masing menjalankan aktiviti sendiri di pekan Kuah.
Ada yang pi beli belah...ada yang merayau...ada yang minum
minum dan pelbagai lagi sebelum kami kembali semula ke PPLangkawi.
Aku tengok Pekan Kuah tu macam sunyi je...tak nampak pun orang ramai beli belah
di sana...kenapa arrr...sebab ekonomi ke....hermmm...entahlah...
malas nak siasat.......hahaha...

GALERI PERDANA
PEKAN KUAH



PEKAN KUAH
 Lebih kurang jam 10.30 malam kami bergerak balik ke PPL. Mengambil masa juga untuk 
kembali ke PPL tu. Tiba jer di sana bersihkan diri...solat dan masuk tidur.
Nak tidur pun susah maklumlah bukan kat rumah sendiri....
Kalau rumah sendiri senang je kalau nak tidur.

PEKAN KUAH
JETI KAT LANGKAWI


JETI KAT LANGKAWI


Oh! lupa nak cite...sebelum tidur memasing kemaskan beg dan pakaian sebab esok
pagi kami perlu kosongkan bilik untuk gerak balik jam 7.30 pagi. Sarapan
secara packing akan disediakan.

JETIKAT LANGKAWI



JETI KUALA PERLIS


Hari terakhir bangun sebelum jam 6.00 pagi. bersihkan diri kemudian pi surau.
Lepas solat berkemas dan berpakaian yang sesuai untuk balik semula ke
Bangi. Lepas terima sarapan terus naik bas yang sedia menunggu.
Masuk bas...ada pulak pengumuman jangan makan
dalam bas...baru pertama kali sejak tiba di sini...huhuhu....mana2 laaaa...

JETI KUALA PERLIS


JETI KUALA PERLIS
....nak balik ke UKM Bangi daaaa...


Bas bawak kami ke Jeti di Langkawi...bas singgah, kami bergerak masuk ke jeti.
Di jeti urusetia dapatkan tiket. Kami masuk ruang menunggu. Ada
yang menjamah sarapan...hermmm....hampir semua jamah sarapan sebab lapar.
Aku cuma makan kueh je dan minum air. Tak lama kemudian
penumpang ke Kuala Perlis jam sembilan dipanggil.
Kami masing2 bawak barang menuju feri.
Kami masuk ke perut feri. Tempat duduk bebas kerana penumpang tak ramai
kut...Duduk je di seat memana....Lagi sekali kami terpaksa duduk
dalam perut feri untuk lebih kurang sejam...aihhh...lecehnyaa...
Lebih kurang jam 9.30 pagi feri bergerak. Sejam kemudian kami tiba di Jeti Kuala Perlis.
Bila bas tiba kami terus muatkan barang dan mula bergerak ke Bangi.
Wah....aircond bas pulak ada masalah...panaslah jugak..
hingga ke Bangi. Masa tengah hari yang terasa panasnya. Kami tiba di UKM Bangi
ketika Maghrib setelah duduk dalam perut bas selama lebih kurang 5 jam..
gamaknya....tak ingat daaa..........
Mengharungi jem....serta keluar sedikit keringat kerana aircond
tak cantek.....Apa2 pun ALHAMDULILLAH...selamat sampai...
moga retreat ni ada faedahnya kepada semua peserta...moga ikatan ukhwah
bertambah jitu...moga yang da lama sunyi sendiri tu, bertukar bertegur
sapa...dan sebagainya...ekekeke...dan....TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA URUSETIA YANG DIKETUI
OLEH EN. KHALID....jasa anda
hanya ALLAH SWT yang membalasnya.......

SEKIAN.

DAUD.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...