Saturday, November 16, 2019

Tadika dan Taman Botani...

peta
Diari Daud - Hari ni Sabtu, 16 November 2019, aku pi ikut isteri aku dan guru2 tadika lain bawa anak anak tadika Islam Al Husna, Bangi pi buat lawatan ke Taman Botani
Negara Shah Alam. Pada awalnya aku memang taknak ikut tapi
bila isteri dah ajak berkali kali maka akhirnya aku
pi la jugak..Aku taknak pi bukan sebab
apa, dah usia usang ni
rasa letih nak jalan sana sini...bila usia
dah usang ni badan biasanya perlu banyak masa untuk
baring baring aje kat rumah...hahaha...biasalah dah tua...badan aje tua tapi
ruh tak tua tua pun....hahaha...opst!

lokasi lawatan dalam taman botani
Maka pagi sabtu ni kami kumpul jam 7.30 pagi. Lebih separuh jugak anak anak tadika yang pi untuk buat lawatan tu...Namun ada jugak yang ditemani oleh emak bapak
dan jugak abang2 atau kakak dia orang yang nak sama sama
pi ke sana untuk lawatan tu..Ok la tu...bukan mudah
kita nak pi sendiri sendiri kan.....

dalam bas masa nak pi, cek nama oleh pn. masmizah..
dah sampai, depan pintu masuk utama
pintu masuk utama
papan tanda depan pintu masuk utama
Bersama anak anak tadika tu
jugak ialah beberapa pengajar termasuk isteri aku
la...Sebenarnya lawatan sebegini perlu untuk anak anak yang
sedang membesar supaya mereka terdedah dengan alam sekitar, memang
ada kebaikannya...Sebenarnya tadika di mana isteri aku mengajar tu merupakan tadika di bawah kelolaan surau. Tadika tu dah lebih kurang 30 tahun wujud kat situ...
Tadika dikendalikan oleh 3 orang pengajar iaitu isteri aku, kawan baik
dia, Pn Masmizah dan sorang lagi, ermmm...lupa namanya
...kalau tak silap Sabariah....
Berpahala besar kita mendidik manusia ni, kalau dengan niat ikhlas...Ilmu yang dia orang guna sampai mati akan dapat saham pahalanya kepada pengajar, itu pun
kalau ikhlas kerana ALLAH SWT...Segala ilmu yang berguna
terutama ilmu untuk beribadat kepada ALLAH SWT,
pahalanya akan terus mengalir kepada
pengajar selagi ilmu berkenaan digunakan oleh insan yang
diajar tu, itu pun kalau kita ikhlas niat kerana ALLAH...pahalanya sentiasa
mengalir....Contohnya seperti kita ajar surah al fatihah kepada pelajar dan sepanjang hidupnya dia baca surah tu dalam solat sehingga ke akhir hayat, bayangkan
lah pahalanya yang besar tu....Begitu juga ilmu ambik wuduq,
ilmu mandi wajib dan ilmu2 yang lain...tak gitu...

tunggu masa nak masuk
tunggu trem
ni la tremnya
dalam trem, penuh beb..
Setelah semua yang mendaftar untuk pi buat lawatan
ke Taman Botani Negara tu sampai semuanya maka semuanya
diminta masuk ke dalam bas. Dalam bas semua nama dipanggil untuk
menentukan kehadiran mereka supaya takde yang tercicir dan sebagainya...Selesai
nama dipanggil maka doa pun dibaca oleh anak anak tadika dan selepas tu bas
mula bergerak...Waktu tu pukul 8.00 pagi kalau tak silap.

dalam trem
dalam trem
turun daripada trem di taman haiwan..
menuju lokasi semaian anak pokok
Perjalanan lebih kurang sejam lebih kut untuk tiba di destinasi.
Sebaik saja sampai semua yang ada dalam bas tu turun menuju ke pintu
masuk utama. Tiba dipintu masuk utama, pengajar2 uruskan berkaitan tiket untuk masuk
ke taman botani tu. Tiket untuk kanak kanak bawah 12 tahun ialah 1 ringgit dan
orang dewasa dikenakan tiket sebanyan 3 ringgit.

lokasi tanam anak pokok
lokasi tanam anak pokok
tasek untuk kayak..di sebelah..
aktiviti tanam anak pokok..
Selesai urusan tiket semuanya masuk ke taman botani berkenaan.
Semuanya menuju ke tempat menunggu trem untuk menuju ke lokasi dalam
taman tersebut. Walaupun namanya trem tapi ia menyerupai kenderaan bas yang tiada
dinding penuh...maknanya guna aircond semulajadi...hahaha...
Sebaik trem tu tiba semua anak anak dan orang
dewasa pun naik...Aku tak pasti berapa orang penumpang boleh memenuhi trem tersebut...tak bilang pun...hahahaha...

sesi tanam pokok
sesi tanam pokok
sesi tanam pokok
selesai sesi tanam pokok
Setelah berada dalam trem tu seketika maka
akhirnya kami semua tiba di taman haiwan. Semua yang berada
dalam trem tu turun dan menuju ke taman haiwan tu. Hari cuti ni memang
ramai pun pengunjung yang datang sini. Semua anak anak dibawa masuk ke taman haiwan tu. Seterusnya anak anak dibawa untuk pi ke satu lokasi yang dah dirancang untuk
mereka oleh guru tadika dengan pihak kakitangan taman botani tu. Anak
anak akan diajar untuk menanam anak poko dalam
cawan plastik.

tamat sesi tanam anak pokok
cenderahati untuk staf
melawat kudha...haha
pi tengok kucing hutan
sekor aje kucing hutan
rumah kucing hutan
Tiba di lokasi menanam anak pokok tu maka
semua anak berkumpul dan ada 3 orang staff yang mengendalikan
sesi tu. Namun yang menunjuk ajar kepada anak anak cara menanam tu ialah staf
wanita dan dua orang staf lelaki cuma membantu. Kanak kanak tadika diajar cara menanam pokok bayam brazil. Nampaknya anak anak memang mendengar kata2...mereka
ikut segala yang disuruh oleh staf wanita berkenaan. Agak lama
la jugak sesi tanam anak pokok ni....

kudha
kudha
lepas masing2 masuk bilik air, en. amos bantu anak2 tadika...
makan2 kat gerai...
Ok la aku nak cite sikit tentang taman botani ni.
Taman Botani Negara Shah Alam mulanya dikenali sebagai Taman
Pertanian Bukit Cerakah. Ia dibuka dalam tahun 1986 atas tanah Hutan Simpan
Negeri Selangor.  Pada mulanya mempunyai keluasan 1258 hektar tapi sekarang ni cuma tinggal seluas 817 hektar kerana pembangunan disekitarnya. Tujuan dibangunkan
taman botani ini ialah  untuk mempamerkan teknologi pertanian,
sebagai universiti alam yg terbuka serta sebagai
agro pelancongan dan agro perhutanan.
Terdapat banyak spesis flora termasuk pelbagai jenis
pokok balak di taman botani ni. Hutannya jugak masih dihuni oleh
pelbagai spesis haiwan, burung dan serangga. Ramai jugak yang berkunjung
ke situ terutama pada hari cuti...Namun begitu masa aku masuk tu ada jugak bangunan yang nampaknya dah usang seperti tidak dibaiki atapnya yang rosak dan sebagainya...Mungkin kekurangan dana kut...Di sini kerajaan
negeri perlu mainkan peranan dengan
dibantu oleh kerajaan persekutuan...Bajet yang cukup
amat perlu untuk menyelenggara dengan sempurna lokasi lokasi yang sebegini...
Hutan ini amat penting untuk menjana oksigen dan udara bersih untuk kawasan sekitar lembah kelang ni....yang penuh dengan hutan batu....

landak
tengok landak
landak
landak...
Setelah selesai menanam anak2 pokok, anak anak dibawa
untuk melawat haiwan haiwan yang lain. Dia orang pi melawat kuda dan
kucing hutan, tengok itik, landak dan beri makan rusa dengan makanan yang disediakan dan sebagainya lagi. Kelihatan anak anak gembira bila sesi memberi makan rusa
rusa dalam kandang yang ada di situ. Seronok aje mereka nampaknya..
Anak anak jugak dibawa melawat taman arnab..Aku
tak pi ikut sama sebab aku letih sangat
rasanya...Rupanya usia yang
usang ni beri kesan jugak pada pergerakan badan..
Lebih lebih lagi berjalan dalan keadaan yang agak tinggi suhunya tu...badan
pun cepat aje letih dan malas...dalam fikiran nak cari tempat baring, landing dan luruskan badan aje...hahahaha...apa boleh buat la....

nak pi ke kandang rusa pulak
kandang rusa
kandang rusa
kandang rusa
 Sebenarnya banyak jugak lokasi yang wujud di sini untuk dilawati...taman haiwan, lokasi memanah, berbasikal keliling taman dengan hanya sewa basikal 15rm sejam,
naik kayak dan banyak lagi tempat yang menarik dalam ni dengan
suasana sekeliling yang penuh dengan hutan semulajadi...
Bagi pencinta alam semulajadi ciptaan
Tuhan di sinilah tempat
yang sesuai untuk anda lawati.....
Gerai gerai makanan dan minuman pun mudah didapati disini...cuma sediakan duit aje.....

kandang rusa
kandang rusa
nak gerak dari kandang rusa
bergambar depan taman haiwan
Setelah selesai melawat taman arnab maka kami semua pun naik trem kembali...Susah jugak untuk dapatkan trem ni sebab ramai orang, asyik penuh aje. Namun akhirnya
setelah sekian lama menunggu akhirnya kami dapat naik trem
tu untuk menuju ke pintu masuk utama...memang trem tu
penuh aje semedang...memang ramai orang
masuk dan kuar daripada kawasan taman haiwan tu..Kena naik trem
 tu jugak sebab nak menapak memang jauh beb tambah lagi dengan bawak anak anak tadika pulak..Nanti jadi kecoh pulak....

pintu masuk taman haiwan
pintu masuk ke taman arnab...
bunny park
arnab jinak
Di sini aku memang sentiasa aje shot foto dengan handphone aku, memang banyak pon yang dirakam. Yelah kan...sekali sekala datang...Sebenarnya aku memang
dah lama sangat tak datang sini. Rasanya dah berpuluh tahun
yang lalu kut...Kali akhir datang sini masa aku
buat rakaman video masa
pengarah tempat
keje aku bawa pelajar dia
buat lawatan kat tempat ni dalam tahun 1990-an...tarikh yang
tepat aku pun dah lupa la....Rasanya itu la kali terakhir aku pi sini sebelum hari ni.....Bekas Pengarah aku tu pun dah jadi almarhum, al fatihah untuknya...

kambing pun ada
arnab jinak
anak anak tadika..
Sebaik saja sampai di pintu masuk, trem tu pun berhenti di stesen dan semua kuar dan berkumpul dengan arahan pengajar pengajar tadika la. Lepas berkumpul semuanya
dibawa untuk makan tengah hari dicafe dalam taman botani tu....Anak anak
tadi memang dah ditempah makanan untuk mereka dan
antara lauknya ialah ayam goreng.....
Kami semua memang menjamu selera makan tengah hari di situ hingga selesai.

tunggu trem
trem
tunggu trem
trem
Sebenarnya banyak lokasi dalam taman ni yang boleh dilawati...banyak jugak yang menariknya tapi nak cover semua dalam masa separuh hari rasanya
macam tak menasabah aje...kalau betul betul nak lawat
semua mungkin boleh, kalau balik waktu
petang...kalau setakat separuh hari aje tentu tak mampu untuk lawat semua lokasi...

turun trem
rehat sat
pi makan tengah hari
makan tengah hari
Apa apa pun kalau setakat bawak budak tadika rasanya melawat beberapa lokasi yang kena dengan jiwa kanak kanak, rasanya dah memadai dan dah kira ok la tu.
Tapi kalau kita bawak famili sendiri tentu boleh melawat
semua lokasi dalam taman botani tu...Melawat
la sampai takde satu lokasi pun tak dilawati...menarik jugak kalau
boleh melawat semua yang ada dalam taman botani ni...Lagi pun bukan selalu pun datang sini kan....


sawah padi dah bertuai...
tunggu bas untuk balik
nak balik dah
nak balik dah...
Selesai makan tengah hari maka anak anak dibawa
ke sebuah bangunan yang terletak berhampiran dengan sawah
padi sementara menunggu bas yang akan tiba dalam jam 2.00 petang. Di situlah
semua yang turut serta dalam lawatan tersebut berehat dan sebagainya...Lebih kurang jam 2.00 petang bas pun sampai dan semua ahli lawatan masuk ke perut bas untuk
balik semula ke Bangi.
Moga lawatan tersebut memberi manfaat kepada semua anak anak tadika yang turut serta dalam lawatan berkenaan...InsyaALLAH...


masuk bas
nak masuk perut bas
nak balik dah...air cond kurang sejuk pulak..
Rasanya itu aje yang nak aku coretkan di sini, moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan daripada
siksaan NERAKA....aamiinnnn......
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf....



~~~~~      SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...