Wednesday, January 16, 2019

Selamat Jalan KAWAN ( RAMLI ADNAN)

rakan ex penerbit ukm yang sempat ditemui semasa di masjid bangi lama..16 Januari 2019
Hari ni, RABU, 16 JAN 2019. Cerita sedih hari ni. Kawan aku HAJI. RAMLI ADNAN dikebumikan hari ni. Berita kerahmatullah sdr. ramli aku tau daripada isteri aku yang dapat
panggilan daripada kawannya yang tinggal di taman yang
sama. Bila isteri aku kata ramli meninggal
aku jadi terkejut...tak sangka.
Masa tu kami dah
masuk tidur. Untuk kepastian
aku bukak handphone dan kawan se opis aku
yang duduk setaman dengan kami jugak gitau sdr. ramli telah meninggal.
Kawan aku tu kata dia masih di dewan. Tak bertangguh aku pakai seluar dan baju dan terus masuk kete dan bergerak ke dewan bangi. Waktu tu sudah jam lebih 12
tengah malam. Tiba di dewan terus jumpa sdr. Ikhwan
rakan se opis aku.


masjid bangi lama
tanah perkuburan
Lepas jumpa dia dan tanya lebih kurang lalu aku
pun masuk ke dalam dewan menuju
jenazah yang sedang terlantar di lantai dewan dan
berhampirannya ialah isteri dan dua orang anak perempuan beliau disamping
orang2 lain yang masing masing kelihatan sedih sangat...maklumlah yang meninggal tu seorang suami dan seorang ayah. Aku tatap aje wajah kawan aku tu, kemudian
 aku jumpa dengan saudara Ruslan Manap, yang juga merupakan ketua
persatuan penduduk taman kami....Melalui dia aku dapat tau
almarhum sebenarnya tumbang
ketika bersedia nak pulang setelah dia bermain badminton.
Ketika itu masih ada lagi rakan beliau sedang bermain di gelanggang
 dewan tu. Memang rutin kawan aku ni bermain badminton sejak dulu lagi, sejak muda, untuk memeluhkan badannya.....



sdr. ramli



Aku berada di dewan tu sehingga jenazah dibawa ke rumah, ketika itu waktu dalam pukul dua pagi, kalau tak silap. Pagi ni aku pi ke masjid setelah dapat informasi
bahawa jenazah telah berada di sana. Tiba di masjid bersua
dengan beberapa rakan se opis. Hasrat nak
sama sama menyembahyangkan
jenazah tapi tak kesampaian.
Sempat jugak jumpa ramai rakan rakan dari ukm.
Seterusnya aku ajak sdr. kamarul rakan se opis untuk mengikut yang lain
lain menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Tiba di tanah perkuburan sempat tengok jenazah dimasukkan ke liang lahat oleh kenalan dan anak lelaki jenazah.
Setelah selesai dikebumikan maka talkin dan tahlil dibacakan.
Selesai aje, semua kembali sementara aku masih ada
di tanah perkuburan agak lama sebab
aku berbual bertiga dengan
sdr. kamarul dan encik yazid jugak staf ukm...selesai aje bersembang maka kami pun keluar dari kawasan tanah perkuburan tu....mungkin kami yang terakhir keluar dari
 kawasan tanah perkuburan tu...






video ucapan hari raya
AKU ingin mengimbau beberapa kenangan aku dengan almarhum Ramli sepanjang aku mengenali beliau selama 35 TAHUN tu. Sebenarnya aku memulakan
 karier aku di ukm sebagai juruteknik elektrik lepas tamat pengajian
 di Politeknik Ungku Omar Ipoh, sebelum menjadi Penerbit
Rancangan. Karier aku bermula dalam
tahun 1983 di Pusat Teknologi Pendidikan UKM.
Masa tu Pengarah PTP ialah encik Chan Bing Fai. Aku ditempatkan di dewan
kuliah utama fst yang sekarang ni dikenali sebagai dewan anwar mahmod. Masa tu aku menjadi pembantu kepada almarhum abang fadzil yang merupakan juruteknik
kanan di sana. Masa aku bertugas di sana aku sering
mengajak sdr. ramli bertugas dengan aku
jika ada tugas waktu malam atau waktu lepas pejabat.

Awal karier aku di ukm aku tinggal di bangi lama 1983 - 1986, kemudian 1986 - 1991 tinggal di teras jernang dan dari 1991 hingga kini tinggal kembali di bangi lama..masa
ni aku memang dah ada keluarga sendiri...

Awal karier aku keje di ukm, aku keje di dewan kuliah utama iaitu dewan kedua besar selepas dectar masa tu. Macam macam program di sana sama ada lepas waktu pejabat
atau pun waktu malam ada di dewan tu selain digunakan untuk kuliah pada
 waktu siang dan malam. Sdr. Ramli lah yang sering menjadi rakan
 setugas aku kat sana. Tugas kami ialah menyediakan
 khidmat sistem siaraya iaitu menyediakan
 mikrofon, tayangan slaid dan tayangan filem di dewan berkenaan. Masa tu
ot banyak sesangat, rasa letih pun ada rasanya, masa tu la..



amali meatech
program mooc
Apabila aku ditugaskan sensorang kat dewan tu bila almarhum abang fadzil kembali ke PTP, aku sering jugak pilih sdr. Ramli sebagai rakan setugas selain sdr. Kamarul.
 Kami sering jugak balik larut malam setelah selesai tugas di dewan tu.
Aku masih ingat aku dan sdr. ramli bertugas pernah buat tayangan
 filem hingga jam 3 pagi baru selesai untuk persatuan
 pelajar indonesia ukm. Kami sering balik ke bangi dengan motor tengah
 malam buta tu. Masa tu jalan ke bangi mana ada lampu macam sekarang. Dahan dahan pokok getah bertaut di atas jalanraya ke bangi tu. Masa tu memang hutan ukm dan
 ladang getah kat situ. Bila balik malam memang gelap gelita macam melalui gua gelap aje...Hantu pun berekor ekor banyaknya kat jalan tu tapi tak pernah jumpa pun.
Yang pernah aku jumpa sekali ialah ular sawa menyeberang jalanraya masa aku balik keje waktu malam buta ke bangi lama, aku beri laluan dia melintas dulu, sebab hormat kat dia...ekekeke..kemudian baru aku sambung perjalananan. Tapi tak tau la
 kalau kalau hantu tu menyamar jadi ular sawa...ekekeke..
. Kami balik sesama ke bangi sebab aku dan sdr. ramli memang sama2 duduk
kat bangi masa tu...dia memang orang bangi pun. Maknanya aku dengan ramli ni da lama bekerja bersama sama sejak dulu. Apabila aku diminta untuk sama sama 'involve'
 membuat rakaman video sdr. ramli lah yang ajar aku cara menggunakan
 kamera, masa tu kamera VHS.

latihan MCP pelajar masscom 2010
lawatan pelajar jepun ke atma
istana puteri bungsu
 Masa Studio UKM di wujudkan dalam tahun 1993 aku dan ramli
 masih lagi bekerjasama dalam menjalankan keje keje rakaman mcp yang menggunakan kamera yang banyak di studio ukm di dectar di samping staf yang lain. Dalam masa yang sama kami jugak menjaga atau memberi perkhidmatan sistem siaraya 
di dewan kuliah utama sehingga dewan kuliah utama diserahkan kepada JPP, UKM.
Selepas tu tumpuan kami cuma buat keje rakaman mcp di dectar dan juga 
rakaman single camera di dalam dan  di luar kampus. 
Ada satu keje yang aku ingat
ialah membuat rakaman perang pasukan palapes dalam hutan
ukm untuk program harimau malaya. Macam rasa pekak aje telinga sebab
shooting adegan palapes sedang berperang dengan komunis dalam hutan. Keje tu tamat jam 4 pagi lebih kurang. Masa tu ketua unit uav ialah sdr. aziz ahmad. Masa tu aku da ada anak bini. Waktu tu aku dengan sdr. ramli balik melalui jalan bangi lama dalam
keadaan jalan yang gelap gelita dan penuh hantu yang aku tak pernah 
jumpa pun hingga hari ini...hahaha..opst!
Kami juga pernah bertugas bersama semasa rakaman mcp
penganugerahan pingat kebesaran di istana seri menanti setiap tahun hingga
kami semua macam dapat pingat PJK aje...iaitu PINGAT JAGA
KAMERA...bersama beberapa krew yang lain...hahaha..Masa tu Canselor UKM ialah DYMM Tuanku Jaafar.

shooting video kolej kediaman ukm..
masuk kampung orang asli semenyih
ulu dong raub pahang..
 Aku jugak pernah buat rakaman
xpdc saintifik tasek cini dengan sdr. ramli pada tahun
2004 bersama jurufoto ikhwan. Kami bermalam hampir seminggu di tasek cini
tu. Siang malam keje kat sana. Line tekomunikasi langsung takde kat chini masa tu. Kami pun bermalam dalam khemah PKLN. Malang bagi sdr. Ramli abang dia meninggal masa dia dan aku keje di tasek cini tu...kesian...dia tak dapat berada bersama abang dia ketika 
akhir hayat abang dia kerana kami masih berada di tasek cini pahang tu....
Aku dengan dia jugak pernah buat rakaman video berkaitan
makyong dan main puteri di kelantan masa Prof.
Dr. Kamaruddin jadi pengarah PTP
kali pertama...

Kami jugak sering bekerjasama semasa membuat
rakaman video penyelidikan raflesia di lata jarum pahang dibawah
penyelidik prof. dr. jumaat adam. Beberapa kali kami ke ulu dong raub pahang tu. Video 
berkaitan penyelidikan tu masih ada dalam youtube. Pernah jugak buat rakaman jelajah negeri sembilan oleh persatuan pelajar negeri sembilan. Beberapa hari jugak
kami ikut dia orang dan bermalam di mana mana aje dalam negeri 
sembilan tu...Memang kerjasama
antara kami sudah berlarutan bertahun tahun iaitu sejak
tahun 1983 lagi. Banyak jugak tempat lain yang kami pi kerja luar bersama termasuk
rakaman mobiliti pelajar di taman negara, di sarawak,
 di tasek kenyir, di tasek belum grik perak, xpdc bukit fraser, di kampung orang asli
semenyih dan banyak lagi tempat lain yang dah tiada dalam kotak ingatan aku..
Sepanjang aku keje dengan dia memang tiada sebarang masalah
pun. Dari segi keje kamera dia amat baik dalam single camera.
Biasanya kalau kuar dengan aku,
 aku yang akan edit dan bubuh skrip video video dan sempurnakan penerbitan video berkenaan.


ucapan raya
ucapan raya
ulu dong raub pahang, tengah prof. jumaat, ramli nombor 2 dari kanan..
mobiliti pelajar di sarawak
mobiliti pelajar di sarawak
Bila ada masa kami minum bersama di luar atau di masa kami bekerja luar dia tidak lokek belanja aku, selalu dia akan keluar duit untuk bayar makanan yang di order.
Dengan aku bila buat keje dia sering tolak ansur dan sering jugak
bagi idea semasa shooting. Itulah yang patut berlaku
bila kerja berkumpulan.....

Rasanya itu aje catatan kenangan aku bersama almarhum HAJI RAMLI ADNAN 
yang masih aku ingat dan yang masih tersisa dalam kotak pemikiran aku masa ni....Apa apa pun doa ikhlas aku untuknya, moga dia diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa dosanya, dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga yang kekal bersama para rasul, para nabi,
orang2 yang soleh dan solehah...aamiinn...
Sama samalah kita doakan untuk dia yang telah mendahului kita...


langkawi
langkawi
istana seri menanti
mak yong di kelantan 1990-an
 Doa ku juga, moga kita semua tak kira sape pun, akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita sehingga ke akhir hayat kita. Pesan aku juga jangan lupa doakan
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita supaya mereka semua
dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan
siksaan api neraka serta dimasukkan ke
dalam syurga dan kekal di dalamnya...aamiinnnnn....

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

1 comment:

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...