Wednesday, December 11, 2019

Naik Melati Hill lagi..Selangor cuti hari ni..

Diari Daud - Hari ni Rabu, 11 Disember 2019, hari Keputeraan Sultan Selangor. Aku memang dah plan nak mendaki Melati Hill hari ni. Sepatutnya aku panaskan
badan di Tasik Ujana Nilai Impian aje. Aku rasa tentu ramai orang kat
sana sebab hari ni Selangor cuti. Lepas packing
...tak packing apa pun cuma masukkan
sebotol air kosong dalam
beg sandang aje..
Sekarang ni jadual aku tak menentu, kalau aku
rasa nak pi Melati Hill aku akan pi aje...kalau aku nak pi Tasik Ujana Nilai
Impian, aku akan pi aje....hahaha....dah tak kisah dengan
jadual dah sekarang ni....


ramai pengunjung melati hill hari ni, selangor cuti..
masuk trail eagle hill
trail eagle hill
Selesai aje terus gerak ke
Melati Hill lebih kurang jam 8.00 pagi.
Tiba di kaki Bukit Melati tu lebih kurang 8.30 pagi gak
la...Jangkaan aku memang tepat, ramai orang kat kaki Bukit Melati tu..
Parking kete pun penuh gak...aku terpaksa parking kat hujung sana, yang dekat dengan
kaki bukit untuk ke puncak centipede tu penuh giler beb...Tanpa buang masa aku
terus parking kete dan kunci leklok...Hari aku pi sensorang aje macam
hari yang lalu...Anda boleh baca tulisan aku yang lalu

DI SINI


trail eagle hill
pilih simpang kanan
trail eagle hill
Aku nampak ramai orang hari ni...jadi aku amik
keputusan untuk masuk melalui trail EAGLE HILL hari ni...Aku menapak ke trail Eagle Hill tu dan terus masuk ke trail tu...Depan aku ada kumpulan pendaki lain yang masuk.
Sebab orang ramai masuk ikut Eagle Hill tu maka aku pun berani la untuk
masuk melalui trail eagle hill tu...Kalau orang tak ramai aku
pun malas nak masuk sebab trail tu agak
sunyi kalau tak ramai orang
masuk kat situ...


eagle hill
eagle hill
eagle hill
Masa masuk tu aku ikut
belakang tiga orang pompuan yang dah
berusia jugak la tapi rasanya dia orang jauh lebih muda
daripada aku...aku dah usia pencen...Sempat la aku snap dua kali foto
dia orang dengan hp dia orang tu...Itu pun atas permintaan dia orang..Aku memang tak kisah pun, memang aku sedia membantu...ewahhh...hahaha..opst! Dia orang ni dari
Tasik Kesuma....kalau tak silap kat Semenyih tu.


eagle hill
eagle hill
eagle hill
Aku terus mendahului dia orang. Aku plan nak masuk Eagle Hill ni terus ke Monkey Hill. Melalui Eagle ni laluannya banyak mendaki dan banyak jugak menurun dan
juga laluan mendatar. Laluannya jauh jugak untuk sampai ke
kaki Centipede Hill, tapi aku tak bercadang pun
untuk naik ke Centipede Hill tu...Masa
melalui trail ni ramai jugak
pendaki lain yang
aku jumpa, sama ada berselisih ataupun menuju ke
laluan yang sama...Pada pandangan aku trail kat Melati Hill sesuai untuk
pendaki amatur...cukup la untuk orang macam usia aku ni untuk peluhkan badan...trail trail nya taklah hardcore sangat...boleh la untuk orang usia usang macam aku ni....


eagle hill
eagle hill
eagle hill
Melalui Eagle Hill ni pun aku termengah mengah jugak bila mendaki.
Jumpa ramai jugak yang
veteran melalui sini. Jumpa jugak yang melalui
sini secara berkumpulan. Setelah beberapa lama aku melalui sini
akhirnya aku tiba di puncak yang ada tokong cina tu..Sempat la aku selfie
kat tokong ni...ada tuk pekong dalam kuil kecik tu...Kemudian aku sambung perjalanan
dan jumpa satu laluan yang menurun...jumpa beberapa orang pendaki yang melalui sini.Aku tegur gitu aje la...


eagle hill
eagle hill...berpeluh..
puncak..atas tu ada tokong cina..
Di sini jugak aku jumpa satu
keluarga yang bawak sama ahli keluarga yang
lebih tua. Yang veteran tu beri aku laluan untuk pi dulu..Aku ucap
terima kasih dan bagi salam...Mereka memang satu keluarga yang ada usia muda
dan yang veteran...Yang lelaki muda pun bagi salam kat aku...aku sambut
salamnya dan terus berjalan mendahului...moga kami sentiasa
dirahmati dan diberkati ALLAH SWT...


tokong cina di puncak..dalam kuil kecik tu ada tuk pekong..
trail eagle hill menuju centipede hill
trail menuruni bukit
Sampai di satu pendakian yang curam aku rehat
sat untuk tarik nafas panjang panjang...Kemudian terus mendaki.
Dipertengahan aku berhenti sat dan ada sekumpulan pendaki sedang main
buaian kat situ...pompuan dan lelaki serta kanak2...Memalam mungkin 'orang lain' yang main buai tu kut...opst! hahaha...Dia orang minta aku tolong snap kan foto dengan
hp dia orang...aku ok aje...lepas tu aku teruskan pendakian untuk
tiba di puncak....


laluan mendatar di eagle hill
laluan menuruni
laluan mendaki
Agak jauh jugak melalui Eagle Hill ni untuk sampai di simpang ke Centipede
dan ke Monkey Hill tu..Setelah lama berjalan dan mendaki akhirnya aku tiba di puncak iaitu simpang untuk ke Centipede Hill dan ke Monkey Hill. Di sini aku jumpa satu famili
dari Kajang sedang berehat. Sempat aku selfie dengan dia orang ni.
Dia orang siap bawak anak anak dan baby jugak..gigih
dia orang...Wah! dia orang ni aku rasa
memang dah biasa
dengan aktiviti hiking ni...Sempat la aku seffie dan amik gambar dengan dia orang...


mendaki
mendaki
laluan mendatar
Di sini jugak aku jumpa sekumpulan veteran yang 3 orang dalam grup tu.
Sempat sembang sat...dia orang dari Seremban. Veteran jugak, umur dia dah 61 tahun, Wah! lebih senior daripada aku...kuat lagi tu...Dia pun masuk dari Eagle Hill.
Aku cite hari ni ramai orang jadi aku berani la ikut Eagle Hill
tu...Dia orang pun setuju... memang elok ada geng
kalau melalui Eagle tu sebab laluan
tu agak sunyi aje...Memang aku berani lalu hari ni sebab ramai..kalau tak, memang tak masuk pun ikut eagle hill tu...


menuruni
melalui laluan celah batu batan..
melalui lorong tumbuhan menghijau..
Setelah bersembang sat aku minta diri untuk ke Monkey Hill...
Masa melalui trail tu aku sempat selfie dengan kanak2 daripada famili dari
Kajang tu, yang usianya mungkin masih sekolah rendah kut. Dia kata dia pernah mendaki Kinabalu Mountain..oh! teruja aku nak selfie dengan kanak2 yang dah pernah
sampai puncak Kinabalu tu...Aku, walau dah veteran tak pernah
sampai pun Gunung Kinabalu tu walaupun aku
memang ada cita2 dulu...
tapi cita2 tu macam mimpi aje bagi aku...
sampai la hari ni...Kinabalu cuma mimpi aku aje laaaaa...hahaha...opst!

tumbuhan hijau sekitar
laluan menuruni
cerun lagi
Setelah beberapa ketika melalui trail tu akhirnya aku tiba di
simpang untuk mendaki ke Monkey Hill dan untuk masuk ke Rope Hill. Aku pilih
untuk mendaki ke Monkey Hill sebab Monkey Hill tu pendakiannya agak curam dan jauh untuk tiba di puncak Monkey Hill tu...Kalau mendaki di sini tentu berpeluh punya..
peluh giler beb...Banyak kali aku berhenti ketika daki trail Monkey
Hill ni sebab aku terpaksa settle kan keadaan termengah
mengah aku tu...banyak kali berhenti untuk
dapatkan oksigen masuk
ke paru paru....bila paru paru dah lega, aku sambung mendaki...


mendaki eagle hill
mendaki eagle hill
tiba di puncak
Di pendakian ini aku jumpa pendaki yang
lain...ramai jugak. Aku jumpa satu kumpulan pendaki,
sorang pompuan dan dua orang lelaki. Muda2 sangat lagi. Sempat la aku
sembang sat dengan dia orang. Dia orang datang dari Petaling Jaya dan baru pertama
kali datang ke Melati Hill ni...Setelah sembang seketika dia orang pun terus
mendaki.Dia orang muda muda aje tentu laju aje boleh
sampai ke puncak.


jumpa dengan satu fanili dari Kajang...bawak baby jugak tu...gigih dia orang ni...Baby dikendung
di belakang ibunya...
pengunjung dari Kajang...
sebuah famili dari Kajang
Setelah agak lama mendaki maka akhirnya aku tiba jugak
kat puncak Monkey Hill ni...Grup anak2 muda tadi dah ada kat puncak tu.
Aku rehat sat dan rakam foto kat puncak Monkey tu. Ramai jugak pendaki lain yang berada di puncak Monkey Hill tu. Setelah aku cukup rehat maka aku teruskan perjalanan
ke Cobra Hill pulak. Laluan ke Cobra tu tak lah mencabar sangat pun
tapi dengan usia aku yang dah usang ni, agak
termengah mengah jugak la...haha..


jumpa grup veteran dari Seremban...senior drpd aku ni..
trail menuju ke monkey hill
sempat wefie dengan kanak kanak yang pernah mendaki Gunung Kinabalu...terbaik adik ni..opst! 
anak ni...hahaha...
aku tukar kasut lama dengan yg baru...kalai ni takde la tergelincir lagi..
tak mahal mana pun...ok gak, mencengkam...
Setelah agak lama menapak maka aku
pun tiba di Cobra Hill tu. Penat sangat dan aku duduk
berehat sat kat situ. Aku jumpa seorang pompuan veteran yang tiba
di Cobra tu...Bila aku tanya, dia kata dia dengan suami dia kat belakang...Tak lama
kemudian suaminya sampai..Aku tegur suami dia tu...tapi dia tak jawab pun..mungkin dia tak dengar kut...maklumlah mungkin dia pun penat macam aku jugak...


hampir tiba di simpang ntuk ke monkey hill dan ke rope hill
aku pilih untuk mendaki monkey hill
trail mendaki ke puncak monkey hill
jumpa dengan grup dari Petaling Jaya
Dia orang tak singgah lama kat Cobra Hill tu...tapi dia orang terus turun ke kaki bukit...sedangkan aku masih lagi berehat untuk hilangkan penat aku tu...penat giler beb...Masa aku melalui trail trail di sini sempat la aku rakam tumbuhan
yang ada di situ dan diantara tumbuhan yang sering aku jumpa
termasuklah pokok Mempelas..Kat kampung aku
panggil pokok Mempelas la dan tempat
lain aku tak tau la dipanggil apa...

trail mendaki ke monkey hill
mendaki ke monkey hill
mendaki ke monkey hill
hampir sampai ke puncak monkey hill
monkey hill
 Pokok atau tumbuhan Mempelas ni
merupakan pokok rumpai yang menjalar. Tumbuhan liar
dalam belukar. Tumbuhan menjalar, memanjat dan berkelompok...
Daunnya mempunyai permukaan yang kasar dan sering digunakan untuk melicinkan
permukaan ukiran kayu kraftangan...Pokok mempelas ni mempunyai bunga dan
sering dikunjungi lebah untuk mendapatkan nektar bunga tersebut...
Pokok mempelas ni jugak sering ditanam ditebing
tebing jalanraya untuk mengawal hakisan. Dikatakan pokok
ni boleh merawat selsema, sengatan serangga, daun rebusan boleh
merawat darah tinggi...Tapi tu lah kalau korang nak tau lebih lanjut kena tanya orang tetua...aku pun tua gak...tapi aku guna pil hospital aje....ekeke...opst!
Aku cuma cari infor aje tentang pokok
mempelas ni untuk tatapan bersama....hahaha...


monkey hill
pandangan dari monkey hill
monkey hill
puncak monkey hill
laluan untuk ke cobra hill
Setelah aku selesai berehat di puncak Cobra Hill tu, maka akhirnya
aku cari jalan untuk turun ke kaki bukit. Jumpa aje jalan keluar terus turun ke kaki
bukit..kali ni aku tak lagi tergelincir seperti hari tu sebab aku dah pakai kasut baru untuk outdoor punya...agak selesa walaupun tak mahal sangat pun...boleh
mencengkam permukaan yang licin nampaknya...Masa
menuruni bukit ni taklah mencabar mana pun
dan mudah aje nak tiba di kaki
bukit tu...cuma masa menuruni bukit tu, lutut agak terbeban rasanya...


laluan ke cobra hill
tumbuhan mempelas
hampir puncak cobra hill
cobra hill
cobra hill
Tiba di kaki bukit terus cari jalan keluar.
Tiba di satu pendakian aku tak masuk atau mendaki
pun macam hari yang lepas. Aku dah rasa letih sangat dah, lutut pun
dah lenguh2 sangat untuk mendaki lagi...Aku terus aje cari jalan keluar. Hampir keluar aku
jumpa dengan sorang pendaki, sempat sembang sat dan tanya dia...Dia kata
dia masuk melalui Mosquito Hill dari laluan belakang gerai kat kaki
bukit Centipede Hill tu...Sempat la aku selfie dengan
dia tu...Pagi ni aku asyik selfie dengan
orang aje...hahahaha...opst!
Kemudian aku mintak diri untuk keluar...kami bersalam dan menuju ke haluan memasing...


laluan ke kaki bukit..
laluan ke kaki bukit
dah sampai kaki bukit
dah tiba kaki bukit
laluan dibelakang tu untuk mendaki kembali...tak mampu dah nak
mendaki kembali, dah letih sangat...pilih untuk keluar aje..
 Akhirnya aku tiba di simpang untuk keluar dan ke Mosquito Hill...pernah masuk sekali aje kat Mosquito Hill tu..Kalau sensorang aku tak berani masuk sebab sunyi aje..Aku
pilih laluan untuk keluar ke jalanraya aje...dah penat dah...Kemudian terus
menapak ke kete...masuk kete dan gerak balik...Masa gerak tu
aku tengok masih ramai orang kat kaki
bukit Melati Hill tu...kete pun masih banyak parking kat situ.....


nak kuar dah...
jumpa pendaki yang masuk dari mosquito hill...laluan dari belakang gerai...sembang sat...
di sana laluan ke mosquito hill tapi aku pilih laluan nak kuar sebab dah letih sangat...
masa dah nak kuar..
Gerai minuman yang ada di kaki bukit tu nampaknya macam penuh giler beb..
Ramai orang hari ni. Aku tak sempat nak singgah kat penjual minuman Durian Belanda ori tu sebab ruang untuk parking kat situ penuh...Tak boleh buat pape la, aku terus balik
aje...Bagus jugak idea DR. JO Pakar saraf yang berusaha mewujudkan
tempat beraktiviti ni...Aku tak kenal pun DR. JO tu, cuma dengar
dari pendaki lain dan baca tulisan kat internet aje...
Anda boleh baca DI SINI berkaitan
Melati Hill dan DR. JOHARI tu...Tulisan dalam BERITA HARIAN
kalau taksilap la...tahun 2017....baca laaaa......Anda jugak boleh baca dari sumber
asal BERITA HARIAN  DI SINI....

nak balik dah..pagi rambut masih panjang..petang, rambut dah pendek dah...hahaha
hampir 2 jam, jarak hampir 3 Kilometer, berjaya bakar kalori 200 lebih kalori
puncak tertinggi 151 meter...
Kalau ada sesapa yang terbaca blog ni dan
kenal dengan DR. JO tu, mohon la kongsikan potret DR. JO
kat FB Melati Hill tu..nak kenal gak sape DR. JO tu..Banyak pahala dia dan
mereka yang membantunya mewujudkan tempat ni...pahalanya sampai bila2 selagi tempat ni wujud...Moga ALLAH SWT sentiasa berkati dan rahmati DR. JO tu..aamiinnn......
Rasanya hari SABTU ni aku akan pi lagi ke sana kut...sensorang
aje rasanya sebab isteri aku ada rombongan pi
melawat MELAKA dengan grup
dia orang.....Aku memang beri izin isteri untuk
jenjalan dengan rakan-rakan dia sebab aku tak berminat langsung
untuk pi mana mana...aku lebih suka duk kat rumah aje...dan pi riadah aje macam yang aku selalu buat ni....hahahaha...oopst!

Akhirnya, aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan
NERAKA yang maha panas tu..aamiinnnnn.....
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaat untuk kita..



Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf


~~~~~     SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...