Friday, April 17, 2020

Minggu Ke-3 PKP..

Diari DAUD - Hari ni SABTU, 18 APRIL 2020..kita sekarang ni dah masuk ke minggu ke-3 PKP. Maknanya dah masuk tiga minggu aku tak hiking di MELATI HILL tu...Sekarang ni sempadan nak pi ke NILAI pun dah ditutup abis dah. Rasa tak fit badan kalau tak kuarkan peluh. Apa boleh buat la kan kalau takde PKP tentu wabak chinesevirus tu dah lebih menular dengan lebih hebat lagi. Dengan PKP ni agak ok la jugak sebab PKP mampu menampan virus tu daripada terus merebak dengan lebih rakus lagi. Cuma aku pun rasa tak senang dengan mereka yang langgar PKP ni. Perkara berkenaan boleh menyebabkan PKP akan disambung lagi jika virus tu terus merebak dengan aktiviti tak patuh kepada PKP tu. Jadi tolong duduk di rumah dalam masa PKP ni. Kalau sambung PKP maka akan lebih susah lagi kehidupan kita semua. Ekonomi individu terjejas, ekonomi negara terjejas...Nak pi keje tak boleh..mana yang keje gaji hari akan habis duit...kena buang keje sebab kegiatan ekonomi terjejas...dan macam2 lagi benda boleh berlaku. Jadi eloklah patuh PKP dan duduk dirumah supaya rantaian virus ni terputus dan virus ni dapat dibendung. Bila virus dapat dibendung, PKP tak akan dilanjutkan dan masing2 boleh menjalankan kegiatan ekonomi memasing...kan...



Alhamdulillah negara kita nampak lebih terkehadapan dalam menangani wabak ni. Banyak kejayaan udah pun dicapai dan negara kita telah diiktiraf diantara negara terbaik dalam menangani chinese virus ni. Ketua Pengarah Kesihatan, DR NORHISHAM pun telah diiktiraf diantara 3 doktor yang terbaik di dunia dalam hal menangani chinesevirus ni. Terima kasih kepada semua frontliners yang terdiri daripada staf kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Harap kita tak perlu lagi masuk ke fasa seterusnya selepas fasa ke-4 tu...harap2 la..Banyak benda yang terlibat masa wabak chinesevirus ni. Anggap la wabak ni jugak sebagai peringatan pencipta kepada kita...masing2 muhasabah diri la...mungkin ada perkara yang kita tak sedar yang melanggar norma hidup manusia beragama macam kita ni...Bala Pencipta tidak dijatuhkan kepada individu tapi atas seluruh komuniti manusia..jadi hati hati la...Banyakkan berfikir...Maklumat berkaitan CHINESEVIRUS ni boleh dibaca DI SINI...


Nampaknya tahun ni kita tak dapat la berpuasa dan beraya seperti sebelumnya. Solat  Jumaat dan jemaah pun takde...buat kat umah aje la termasuk solat terawih nanti. Nampaknya ketua keluarga semua dah ditauliah sebagai IMAM TERAWIH...semuanya tanpa kecuali..hahahaha..Jadi nampaknya terawih dalam rumah dengan keluarga la nampaknya. Buat la setakat yang mampu kan...Raya nampaknya macam tak balik kampung kut sebab wabak chinesevirus ni...Raya aje la dalam rumah bersama keluarga...gamaknya la...Bulan ramdhan ni pun takde bazar ramadhan nampaknya. Pertama kali dalam sejarah kut order makanan secara online kut...Order aje melalui wassapp dan penjual akan hantar ke rumah...hahaha...tunggu kat pintu dengan duit je la...hahaha...


Aku memang duk kat umah aje sekarang ni...Kalau aku kuar pun aku pi sensorang aje untuk beli barang keperluan dapur. Susah jugak pi beli keperluan sensorang, biasanya dengan isteri tanpa pernah pun tertinggal. Bila tiba aje tempat beli barang tentu akan tengok handphone yang ada wassap dari isteri senarai barang2 yang nak dibeli....letih oooo...Selain daripada tu sekarang ni jangan berani nak kuar laki bini sebab polis akan terus saman aje..seribu ringgit beb..banyak tu...bukan boleh cari seribu ringgit dalam sehari...jadi duk aje la kat umah atau pi pasar sensorang aje la. Kakitangan kerajaan kena jaga2 kalau disabitkan kesalahan dimahkamah tentu akan tergugat jawatan dan kalau pesara akan tergugat ganjaran pesara...jadi hati2 la bagi penjawat awam semua...ni bukan cite memain2 ye....Boleh baca DI SINI.. Aku agak rimas jugak masa PKP ni...jadi aku cubalah buat beberapa video yang aku edit sendiri...Mula2 jenuh jugak aku nak ingat cara gunakan software editing tu maklumlah aku dah bersara lebih setahun dan dalam jangka masa tu aku memang tak pernah buat keje suntingan video lagi...Macam terus aje aku tinggalkan...Disebabkan bosan masa PKP ni, aku pun cubalah sunting beberapa video dan berjaya aku upload keYouTube Channel aku...Korang bolehla tonton video yang aku edit tak berapa menarik tu...setakat bole la...Video2 tu boleh tonton ...
....tq kalau sudi menonton video tu ye...tak bagus mana punnnn...


Masuk minggu ketiga duk di rumah bukannya senang...Mati kutu beb...letih...asyik nak makan aje...banyak belanja masa PKP ni. Badan pun rasa tak fit bila peluh tak kuar. Dikatakan dah sejuta lebih seluruh dunia terkena wabak ni. Beribu jugak yang mati. Dikatakan virus tu mula dari WUHAN CHINA. Sekarang ni dah merebak ke asia dan eropah. Virus jenis A di China kemudian virus tu telah bermutasi ke jenis B dan C dan tersebar ke Asia dan Eropah..Tak tau kat Mesia ni jenis B atau C. Jenis A tu memang sama dengan spesis yang terdapat dalam KELAWAR dan TENGGILING di China tu...Memang di China tu semua haiwan dimakan..pelik betul la...Jarang terdapat bangsa yang satnike benda dalam dunia ni nak dimakan. Kadang2 pelik tengok tabiat makan dia orang seperti yang dilaporkan dalam media media..Takut dengan tabiat makan dia orang...yang pelik pelik aje...Tapi tulah lepas Cinesevirus reda di China dikatakan pasar yang menjual haiwan eksotik ni kembali dibuka dan kembali meriah...Bangsa ni macam tak insaf dengan apa yang telah berlaku....Banyak cite cite terdapat dalam media berkaitan chinesevirus ni...ada yang kata daun bambu boleh rawat virus ni, air ketum boleh jugak dan macam2 lagi dan ada yang kata virus ni tak akan aktif bila dengan bunyi azan...Macam mana pun dikatakan virus ni belum ada ubat lagi...Namun dikatakan PLASMA DARAH dari darah pengidap virus ni yang dah sembuh boleh digunakan untuk merawat pesakit yang terkena wabak virus ni...Satnike berita ni boleh dapat dalam media media FB dan sebagainya tapi tak tau la setakat mana kebenarannya...
bila pakai separuh purdah, mask, ramai tak kisah, bila suh pakai tudung keselamatan
untuk frontliners memasing bising kan...
Beberapa hari yang lalu aku pi ke Klinik Kesihatan Seri Putra untuk amik darah. Nak masuk klinik tu pun di cek suhu badan dan diberi sanitizer. Memang dia orang jaga betul2. Mana yang batuk atau selsema tak diberi masuk klinik tapi ditempatkan di khemah luar klinik untuk dapatkan rawatan disitu. Dia orang bimbang batuk atau selsema tu merupakan simtom chinesevirus, tu sebab diasingkan di khemah luar klinik. Menurut sumber klinik kat sini belum ada lagi kes chinesevirus ni. Aku dibenarkan masuk setelah diambil suhu badan. Staf tu tanya kalau aku pernah pi keluar negara atau macam2 la. Aku mana mampu nak pi bercuti luar negara bagai...pi keluar negeri sembilan selalu la dulu...iaitu ke NILAI negeri sembilan...kat MELATI HILL tu la...hahaha...Aku masuk klinik tu untuk amik darah. Dalam klinik memang amalkan jarak 1 meter tu..Masa masuk ke dalam tu untuk amik darah, ada 3 orang staf yang amik darah tu. Aku tak pernah nampak sebelum ni. Masa aku amik darah tu..fullamak...sakitnya..yang sebelum ni taklah sakit sangat...rasanya yang ni pelatih kut dan agak tak mahir. Yang peliknya dia amik darah di kedua dua lengan aku...pelik tak pernah staf sebelum ni buat sampai kedua dua lengan. Biasanya satu lengan aje...Aku pun tak pernah tanya dia nape amik dikedua dua belah tangan...macam pelik aje..sakit sangat pulak tu..Aku memang la dari kanak2 lagi memang takut dengan jarum ni...Bila jadi macam ni mermang la aku jadi lagi seram jugak...Aku tak tanya pun nape dia buat macam tu...rasanya dia memang staf pelatih kut dan belum mahir lagi gamaknya. Salah satu bekas tempat dia amik darah tu lebam sampai sekarang...lawak la staf tu...hahaha...Hari ni dalam sejarah la aku diambil darah dengan cara macam tu...macam2 hal la musim wabak chinesevirus ni..hahaha..

jarak 1 meter antara satu dengan yang lain...
tak ramai seperti sebelum PKP
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini..Moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serat dihindarkan kita semua daripada siksa NERAKA yang maha pedih tu...aamiinnnn...Moga wabak chinesevirus akan reda dan diangkat kembali oleh ALLAH SWT dari dunia ni..aamiinnn...
jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadaan yang sukar sekarang ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...