Monday, November 4, 2019

Tasik Ujana & Gagak...

Diari Daud - Hari ni Selasa, 5 November 2019...awal pagi sebelum jam 6.30 pagi aku dah gerak ke Tasik Ujana Nilai untuk peluhkan badan sat. Sepatutnya aku pi
semalam, hari Isnin...memang aku datang sini setiap
minggu hari Isnin Rabu dan Jumaat.
Namun semalam
aku tak dapat datang sini kerana
hantar anak pompuan aku ke stesen komuter Kajang
untuk balik Perlis naik ETS. Anak pompuan aku dah selesai cuti mid semnya...
Jadi aku datang la ke tasik tu pagi ni...

tasik ujana
tasik ujana
Awal pagi tu memang la tak ramai orang tapi bila
dah tinggi hari sikit ramai jugak yang berkunjung ke sana....semua ada, lelaki, pompuan, muda, veteran, kanak kanak dan sebagainya...Gagak pun banyak nampaknya
Pepagi lagi gagak dah selongkar sampah di sekitar trek tasik tu..
Dua kali gagak tu macam nak serang kepala
aku dan terasa kepaknya kena
kat cap aku...Belum
pernah lagi berlaku macam tu...ini kali
pertama...Ini mungkin sebab aku pakai cap warna hitam
pekat kut...tu sebab dia marah tu kut...Dia ingat aku nak kacau kaloni dia kat situ...

tasik ujana nilai..
tasik ujana nilai..
Biasanya aku akan datang ke tasik ni 3 kali setiap minggu tapi minggu lepas aku cuma dapat panaskan badan di tasik ni dua hari sahaja sebab hujan. Tapi aku
atasi kekurangan jam aku hadir ke tasik ni dengan cara
aku mendaki BUKIT MELATI di NILAI
tu, hari Sabtu...berpeluh la jugak
badan selama mendaki tu...lebih berpeluh daripada
aku panaskan badan dengan berjalan di Tasik Ujana Nilai ni...Rasanya mendaki
bukit tu adalah lebih baik daripada berjalan kat tasik ni sebab ia lebih banyak mengeluarkan peluh...seluruh tubuh berpeluh...ekekeke...opst!
Tulisan aku berkaitan mendaki MELATI HILL di NILAI tu boleh dibaca

ramai lagi tu...
nak balik dah...
Hari ni aku panaskan badan lebih kurang sejam lebih di Tasik Ujana ni...Aku berjaya selesaikan 5 kali pusingan sekeliling tasik tu. Namun kalau ikutkan kalori
yang dibakar cuma 300 lebih kalori aje....Sedangkan makanan
yang diambil melebihi 2 ribu kalori setiap hari...
...Fikirlah....cuma mampu bakar 300
lebih kalori dan kalori yang diambil mungkin lebih 2000 kalori setiap hari...
Jadi..............................macam mana nak rendahkan
puncak perut...Kalori yang berlebihan tu
tentu tersimpan dalam galeri perut
tu...tu lah sebabnya perut macam tak terganggu aje puncaknya...ekekeke...opst!

Kalau diikutkan berat, usia  dan kalori makanan yang diperlukan setiap hari adalah seperti dalam jadual di atas. Dengan usia dan berat aku...aku perlukan lebih
sikit 2000 kalori setiap hari..Kita kena cari cara untuk
gunakan kalori yang dibawa masuk tu..
kalau tak tentu ia akan
tersimpan sebagai khazanah dalam badan kita...khazanah antik...ekekeke...

Di atas tu adalah jenis makanan dan jumlah kalori yang dibekalkan ke dalam badan kita...Fikirkanlah jika kita ambil berlebihan dan tidak pulak cari jalan
untuk bakar kalori tu...tentu ia akan terus tersimpan
buat selama lamanya...tu yang perut
memasing jadi macam
busut jantan tu...hahahaha...ooopst!...maaf yaaa....aku pun macam tuuu...

Contoh katakan la...kita amik ikan goreng 3 ekor : 140 x 3 = 420 kalori
satu hari..
Nasi putih : 260 x 3 = 780 kalori
Minum air kosong...
Jumlah semua = 1,200 kalori setiap hari...
Kalau 7 hari ialah 7,700 kalori..
Senaman sehari boleh bakar 300 kalori dan kalau 3 hari seminggu ialah 900 kalori.
Dalam seminggu lebihan kalori ialah 7700 - 900 = 6,800 kalori, tidak
dibakar...agak agak kemana pi kalori tu...ekekeke...
Rasanya macam tu la kiraannya kut..


aktiviti untuk bakar 100 kalori...
Jadual di atas menunjukkan jumlah kalori yang diambil dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk membakar 100 kalori berkenaan supaya ia tidak tersimpan dalan badan...
Daripada jadual dan pics yang aku paparkan tu nampaknya
aktiviti aku selama 3 kali seminggu selama
3 jam setengah tu macam tak
dapat nak bakar keseluruhan kalori
yang tersimpan dalam badan aku tu...Tu sebabnya
badan aku masih BERLEMAK dan BERKRIM....ekekeke........

ini aktiviti yg aku buat...

aktiviti aku hari ni..
 Daripada catatan di atas...aku berjalan lebih kurang 1 jam, kalori yang terbakar lebih kurang 300 kalori. Kalau aku berjalan 3 kali seminggu, cuma mampu bakar 
900-1000 kalori lebih kurang seminggu. Kalau aku amik 2000 kalori
setiap hari dan seminggu jumlahnya 14,000
kalori...Jadinya seminggu
aku dapat bakar 900 kalori aje...yang beribu ribu tu pi mana...tentu ia terus tersimpan kan...haihhhhh....hahaha...opst! Apa boleh buat laaaa....
Nak peluhkan badan tiap2 hari macam tak
mampu aje...Nak kawal supaya tak
banyak kalori dibawa ke dalam badan macam tak mampu aje...lapar beb hari hari ...
hahahaha...opst!
Jadi apa agaknya penyelesaiaanya yang terbaik ye....ada pandangan...?

balik dah..
Selesai berjalan selama lebih kurang sejam maka aku pun gerak balik...cadangnya esok nak datang lagi....untuk bakar kalori yang tersimpan ni...kalau tak semua
sekurang kurangnya adalah jugak kalori yang terbakar....

Apa apa pun banyak la doakan kepada ALLAH SWT supaya kita sentiasa disihatkan ALLAH SWT walaupun kita tak jaga makan sangat
...tak mustahil kan, kalau ALLAH SWT nak sihatkan kita semua kan...kan...
Walaupun Tuhan bagi kita sihat sampai ke mati sekali pun...janganlah kita sombang..
sebab tak masuk syurga kalau dalam hati kita ada sifat sombong walaupun
sebesar zarah sekali pun....zarah tu kecil dan tak nampak
oleh mata kasar....sama2 la kita doa jangan
jadi macam tu....yeee....Jangan
disemai benih sombong dalam hati kita yeeee.....

Rasanya itu aje yang ingin aku kongsikan di sini...moga kita semua, tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga syurga serta
dihindarkan kita semua daripada siksaan NERAKA..aamiinnn...

Jangan lupa ye...teruskan istiqamah...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...