Tuesday, February 26, 2019

Bertemu rakan lama..



Diari Daud - Hari ni, sebelah pagi, hari selasa, 26 feb 2019, aku pi ukm untuk hantar dokumen berkaitan persaraan ke bahagian sumber manusia, jabatan pendaftar
 ukm. Cadang nak jumpa doktor di pusat kesihatan ukm tapi tak jadi sebab
 laporan ujian darah tak sampai lagi. Ini kali terakhir la aku jengah
 ke pusat kesihatan ukm tu sebab tak lama lagi 
akan bersara.....


Sebelah petang aku pi ke Bangi gateway
sebab nak jumpa rakan lama di sana. Dah janji da kat facebook
dan wassap. Gerak dari bangi lama ke bangi gateway jam 2.00 petang lebih.
Sampai di gateway jam hampir 3.00 petang...Pada aku biar aku tunggu orang jangan orang tunggu aku...Mohd Razif Zakaria, nama bapa kami hampir sama, tu la nama
rakan aku tu...janji nak jumpa di Bangi Gateway sebelum
dia pi kelas petang tu......

Sebenarnya gateway tu dah bukak lama dah, dalam tahun 2017 kut...lupa bila, tapi rasanya macam tu lah..Ini merupakan kali pertama aku jengah bangi gateway ni...walaupun
 ia dah bukak lama....ekekeke...lawak kan...ahahaha...Aku mempunyai
 persepsi bahawa kat bangi gateway ni takde pape aje..
tu sebab malas nak pi situ....Hari ni aku datang sini tapi tak jelajah memana pun...hahaha..


Aku tunggu rakan aku tu di tempat yang banyak jual tudung tudung tu..hahaha..Rakan aku tiba belum jam 3.00 petang dan kami terus bersalam....hahaha....lama betul
tak jumpa. Aku pun da lupa kali akhir kami jumpa...Biasanya dia dan
beberapa orang rakan rapat aku masa belajar dulu sering
gak berkunjung ke rumah aku, terutamanya
dalam bulan hari raya...... Kemudian kami berdua masuk KRR kat
 situ dan rakan lama aku sampaikan salam rakan rakan kami yang lain yang sama
 satu bidang pengajian masa belajar dulu tu...waalaikummussalam....Rakan aku order makanan...Aku order minuman aje sebab perut aku masih tepu 
dengan makanan tengah hari tadi.....
Sebenarnya rakan yang aku jumpa ni merupakan salah sorang
rakan baik aku masa buat ijazah pertama di ukm. Kami sama sama grad tahun 2002. La ni dia sedang buat PHD di pusat pengajian media dan komunikasi di ukm jugak
...tempat kami sama dapatkan ijazah komunikasi penyiaran
berbelas tahun lalu. Sekarang ni dia macam
cuti belajar sepenuh masa laaaa........


Aku sebenarnya seronok bila dapat
tau rakan rakan ramai yang terus maju dalam ilmu memasing
...seronok dengar dia orang berjaya dalam menimba ilmu serta dalam kerjaya..Banyak yang
kami sembangkan masa berjumpa tu...dua jam lebih beb kami sembang sakan...
hahaha...Kami sembang tentang kerjaya, tentang kisah masa belajar dulu
 dan selit la sikit sikit hal politik yang tak mendalam pun....
Seronok kalau sekali sekala jumpa macam ni....

Kami sembang tentang masa sama2 mengaji dulu tu...sebenarnya
dia orang masa belajar dulu muda muda aje...aku pulak masa belajar memang da tua....tapi kalau aku dibangdingkan dengan orang yg lebih tua daripada aku, tentu aku
termasuk dalam kategori muda...ekekeke...Aku dulu dapat peluang
belajar sepenuh masa dengan separuh gaji...masa
itu aku memang da berbini dan ada
anak dah...sebab nak belajar, aku belajar aje la dengan budak memuda...hahaha..


Seronok masa belajar ni sebenarnya...enjoy sesangat. Kami mengimbau kenangan lama masa kami belajar dulu terutama berkaitan keje video dan macam macam..
Aku memang keje dalam bidang video maka tak sukarlah bila
berdepan dengan keje penerbitan dalam subjek
yang kami belajar. Aku boleh buat
rakaman video, aku boleh sunting video dan sebagainya...

Kami imbau kembali masa kami buat video berkumpulan dan video individu...Rakan aku tu ingat masa buat video berkaitan filem eksperimental yang pensyarahnya
Raja Ahmad Alauddin. Kumpulan dia buat video yang melibatkan
rakaman di tanah perkuburan, mungkin waktu malam
kut...Masa tu grup aku buat video, macam LGBT
la...hubungan songsang siap dengan
lesung batu dan pelakonnya sorang aww dan sorang lagi lelaki biasa, dua dua pelajar. Aku yang edit video tu, siap aku masukkan latar audio yang erotik...hahaha..opst!
Keje keje rakaman, kami sama2 buat sementara pos produksi
aku buat sendiri...Aku da lupa rakan grup aku masa tu..


Dalam penerbitan ni kami kena hasilkan beberapa video samada berkumpulan dan individu. Dalam video individu aku buat iklan tongkat ali...hahaha...audio
background suara NUYU atau Yati...Kami jugak teringat
video kami yang dirakam di Batu Cave masa
thaipusam..Kami teringat jugak
video kumpulan yang diselitkan lagu dan tarian hindustan..
Penggambaran sekitar kampus ukm...teringat ghazali usung jibarm...berat orr...
kuat betul dia, maklumlah badan sado..hahaha...aku involve dalam hal jurukamera bersama yang lain..Seronok sebenarnya jadi student ni....enjoy aje...walaupun masa
 tu aku student berusia banyak...hahaha..opst!



Kami jugak ada video yang dihasilkan untuk bidang kewartawanan, jadi wartawan yang melaporkan berita atau 'stand upper'. Kewartawanan Penyiaran nama 
subjek tu...Kami jugak ada penerbitan MCP di 
Studio UKM tu....Maknanya memang complete la masa
kami dalam pengajian ijazah pertama tu...
sekarang ni aku
pun tak tau keadaan bidang media kat jabatan 
media tu..Kami jugak teringat masa Festival Filem Pelajar Ke 10 yang
 jabatan pengajian media sebagai tuan rumah. Kami menjadi juara keseluruhan dengan menang piala pusingan. Banyak kategori video yang dipertandingkan...Masa 
kami lah FFP yang terakhir sebelum diambilalih oleh Finas...sekarang
 tak tau apa cerita tentang FFP tu sebab aku dah tak ikuti
 sangat.. Pensyarah media kami masa tu ialah dr. asiah sarji, dr rahmah, puan arfah
dan raja ahmad alauddin...
Kami jugak sembang berkaitan rakan pengajian media yang lain, dalam ramai ramai rakan kami tu cuma dua orang aje yang terus dalam bidang penyiaran iaitu ros dan
mat fat...yang veteran, felomena...felomena memang rtm
masa masuk belajar dulu tu...Yang lain2 mungkin
ramai jadi cikgu kut...tak pasti...


nak balik dah...
Sembang punya sembang sampailah jam 5.30 petang...dua jam setengah beb...Aku sempat snap beberapa foto kami bersama sebelum berpisah sebab rakan
aku tu ada kuliah jam 6.00 petang sampai malam.. Terima kasih
rakan kerana belanja minum dan cenderahati yang
diberi tu.....Kami mungkin akan bersua lagi...

Sebelum aku tamatkan kalam ni, aku berdoa moga kawan aku tu berjaya di dunia dan akhirat...aku jugak berdoa moga kita semua, tak kira sape la..
....akan sentiasa diampunkan
semua dosa oleh Allah swt hingga ke akhir hayat kita...serta,
 jangan lupa doakan supaya ALLAH SWT luaskan kubur kedua ibubapa kita
dan kedua ibubapa mertua kita serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah.....

~ ~ SEKIAN ~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...