Monday, May 25, 2020

Kenangan HARI RAYA masa covid-19 2020

Diari DAUD - Kita semua masih dalam sesi PKPB masa HARI RAYA AIDIL FITRI ni...Ini lah kali pertama kita terpaksa beraya dalam suasana yang agak kurang meriah. Kita hanya dibolehkan beraya dalam rumah sendiri aje dan tidak digalakkan beraya dengan sesape aje hatta dengan sedara mara pun. Balik kampung memang tak dibenarkan langsung. Ini lah kali pertama setelah aku masuk fasa warga emas, kita semua tak dibolehkan beraya semeriah mungkin. Jadi memang la kurang meriah raya kali ni...apa boleh buat la... Aku pun tak banyak kenangan raya tahun ni. Hari Raya pertama aje yang dibenarkan beraya jika beraya selain hari raya pertama, itu dah dikira melanggo SOP bukan sup tau...sup yg kita makan tu...hahaha...opst!. SOP yang ni telah ditetapkan oleh kerajaan. Solat Raya pun kena buat di rumah. Di masjid dan surau hanya AJK masjid dan surau aje yang dibenarkan. Aku dan isteri cuma solat Raya berjemaah kat rumah aje..solat jemaah berdua aje...ringkas aje pon...ok la tu daripada tak solat langsung, tak gitu...hahaha...Aku harap pun keluarga2 lain pun punyai rezeki untuk solat Raya dengan anak bini atau dengan bini macam aku...harap2 la....

foto keluarga...baju raya pun simple je...
di rumah biras dan kakak ipar...ni semua para BERAS..
Rumah aku cuma dikunjungi oleh anak besan aku dari Semenyih. Anak anaknya aje yang bertamu...ok la tu...tetamu pembawa rezeki...tak gitu...besan tak hadir sebab menghormati SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bertamu cuma dibolehkan tidak melebihi 20 orang dalam sesatu masa. Aku pun berkira kira jugak nak bertandang ke rumah orang lain sebab fikirkan masalah SOP tu. Tambah pulak aku da warga emas memang amat terkesan jika terkena COVID-19 tu...Aku bukan takut mati, sebab mati tu dah pasti dan tak boleh elak pon. Yang aku bimbang ialah mengidap penyakit tu..tentu derita kalau terkena covid tu tambah pulak aku dah warga emas. Kalau menurut kata KKM warga emas, kanak2 dan orang yang mengidap penyakit memang mudah terkesan dengan covid 19 jika dijangkiti. Mungkin akan terus pi ICU...bukan you see me...opst! hahaha...Yang paling dibimbangkan ialah jika kita ter'kontek' dengan pembawa yang tiada pun gejala terkena covid tu...itu lagi payah, sebab tiada tanda mereka pembawa virus covid tu...Tiba2 je kita terkena pulak sedangkan kita tak tau kita dijangkiti daripada siapa..kan...Berbalik kepada kisah tetamu dari Semenyih tu..baik2 dia orang ni..moga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT semuanya..begitu jugak la dengan besan kami tu..Dia orang datang dalam beberapa orang yang terdiri daripada anak2 besan kami serta menantu dia orang. Anak aku dan isteri dia pon turut serta bersama cucu kami. Tiada apa yang istimewa kami sediakan cuma..laksa, lemang, ketupat dan rendang...itu aje yang sempat kami layan. Kami amat berbesar hati dia orang dapat datang ke rumah kami. Terima kasih la sebab sudi datang ke teratak kami ni...Yang 'spoil'nya...aku tak terfikir pulak nak snap foto dia orang, kalau tak boleh jugak dijadikan kenangan RAYA musim COVID-19 2020 tu..Apa apa pun TERIMA KASIH sekali lagi sebab sudi bertandang...

para 'BERAS'
para ISTERI
Kami jugak sempat BERAYA di rumah BIRAS dan KAKAK IPAR aku di KAMPUNG DATUK ABU BAKAR BAGINDA. Biras aku dari Banting dan kerluarganya jugak turut serta. Ceria jugak bila berjumpa. Banyak pulak aku makan kat rumah tu...hahaha...lapar kut. Biras aku dari Banting macam biasa la..suka bergurau...pada aku ok la, baru la ada suasana ceria...Kalau aku..haihh...tentu lagi sunyi la kalau takde yang mulakan mood ceria...Biras-biras, kakak ipar serta adik ipar aku tu memang banyak menolong kami masa anak2 kami masih kecik2 dulu...nak pi jauh2 sering ikut dia orang aje...apa boleh buat kan...Aku sebenarnya bernasib baik sebab seringkali berjumpa dengan orang2 yang baik2 aje keliling aku...jarang aku jumpa mereka yang kurang baik...Seringkali aku berbisik kat dalam hati aku...ALHAMDULILLAH...sebab sering ketemukan aku dengan orang2 yang baik2 sebegini. Tak mampu aku nak melakukan sebagaimana yang mereka lakukan..Doakan aku kepada semua yang baik2 dengan aku..moga mereka semua serta seisi keluarga mereka akan sentiasa DIRAHMATI dan DIBERKATI ALLAH dunia hingga ke SYURGA..hindarkan mereka semua daripada siksaan neraka walaupun 0.000000...saat....hanya ALLAH SWT yang mampu membalas dengan balasan yang lebih baik...InsyaALLAH...Aku sering berdoa semoga aku akan bertemu kembali dengan semua mereka yang baik2 tu di SYURGA nanti...Moga ALLAH SWT tidak pisah pisahkan kita di SYURGA nanti...aamiinnn....
Kami berada di rumah biras & kakak ipar kami tu hingga hampir maghrib...sempat la kami posing posing sat sebelum balik...Itu aje kenangan yang aku ada hari raya 2020 ni...Harap jalinan silatur rahim ni tak berakhir di dunia aje tapi terus kekal hingga ke SYURGA YANG KEKAL...InsyaALLAH....aamiinnnn...

sesi posing2
anak & anak2 sedara
Sebelum raya iaitu satu hari sebelum hari raya, sempat la jugak aku membantu bakar lemang dengan jiran2...aku sempat bersihkan daun pisang aje...yang lain lain semua jiran yang buat...Aku tolong rakam video aje...hahaha...Aku pun bukan biasa buat lemang ni...cuma berpengalaman tengok orang buat dan bakar lemang aje...hahaha...Masa emak aku ada dulu...aku jadi tukang makan aje...apa boleh buat la....Kat taman tu sempat la kami bakar lemang secara kongsi bajetnya...Dapat la 8 batang lemang setiap yang berkongsi. Rasa macam lebih jimat banyak daripada kita beli...Aku sempat jugak edit beberapa video tu dan kalian boleh tonton di bawah...
Kami jugak sempat jugak kacau dodol secara gotong royong untuk beberapa famili..ok la...dapat la jugak untuk makan. Kalau dibeli agaknya mungkin lebih 50RM kut...maka agak jimat la jugak rasanya....
Apa apa pun aku masih bersyukur kerana kita masih boleh menjana PAHALA lagi di Ramadhan ini serta boleh lagi menyambut RAYA...Alhamdulillah...Moga COVID 19 ni cepat pupusnya..aamiinnn...


ucapan hari raya

ucapan hari raya

gotong royong bakar lemang..

gotong royong kacau dodol...

Hari Raya sehari aje...

semua ada...
Akhirnya, aku doakan moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada SIKSA NERAKA yang maha pedih tu...aamiinnnnn....
Jangan lupa teruskan #bmf, walaupun dalam keadaan sukar masa ni...sekian..


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...