Tuesday, February 4, 2020

Mendaki Centipede Hill..

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 4 FEB. 2020...memang dah plan nak hiking kat Melati Hill hari ni. Ini hari pertama minggu ni...biasanya aku pi sini 2 kali setiap minggu. Awal pagi aku dah pi ke situ...sebelum jam 8.00 pagi. Macam biasalah, aku sensorang aje...Jam 8.00 lebih aku dah sampai kat kaki bukit tu. Banyak juga kete yang dah parking kat situ lebih 30 buah kete kut...ramai jugak la pada hari biasa ni. Aku tengok gerai di kaki bukit tu sedang bersiap nak buka...masa aku balik tu hampir penuh jugak kerusi kat gerai tu..moga rezeki mereka diluaskan oleh ALLAH SWT..aamiinnn....Lepas parking, terus aku pi mula mendaki ke puncak CENTIPEDE HILL. Aku macam biasa la, beberapa kali gak berhenti untuk tarik nafas panjang panjang sebelum tiba di puncak centipede hill tu. Aku plan nak mendaki ke puncak centipede dan jugak monkey hill serta cobra hill pagi ni...itu aje yang aku mampu dengan usia yang macam tu..ok la kan...daripada tak buat langsung...hahaha...Hari ni pun aku malas nak tulis panjang panjang da...hahaha...

kaki bukit melati
mendaki ke puncak centipede hill
hampir tiba di puncak centipede hill
pandangan dari atas puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
centipede hill
pandangan dari salah satu trail yang di lalui di sini
Lebih kurang 15 minit mendaki aku pun tiba di puncak centipede hill tu...Itu bukan masa terbaik pun..Masa yang terbaik mungkin dibawah 10 minit kut tapi bukan aku la yang buat .. mungkin orang muda muda boleh la rasanya. Memang banyak kali aku berhenti untuk hilangkan kepenatan. Ramai jugak hikers lain yang aku jumpa masa mendaki ke puncak centipede tu. Lelaki, pompuan, tua, muda...semua ada...Bilang kali aku naik centipede hill, itulah masa yang aku mampu buat...Tulisan aku berkaitan hiking di MELATI HILL yang baru lalu boleh dibaca DI SINI..
Tiba di puncak aku rehat sat dan rakam la beberapa gambor. Masa kat puncak centipede tu tak ramai pun mungkin lebih kurang 3 atau 4 orang aje kut kat atas tu. Sebaik selesai rehat terus aku sambung untuk menuruni centipede untuk ke kaki bukit di mana terdapat simpang untuk ke eagle hill dan jugak ke monkey hill.

menuruni ke kaki centipede hill
menuruni ke kaki bukit centipede...
simpang di kaki bukit centipede...simpang ke eagle hill dan ke monkey hill
trail ke kaki monkey dan rope hill

trail ke kaki monkey dan rope hill
Setelah beberapa ketika menuruni puncak centipede tu akhirnya tiba di kaki bukit yang terdapat simpang iaitu simpang untuk ke kaki monkey hill dan ke eagle hill. Aku pilih pi ke monkey hill. Masa menuruni bukit centipede tu ramai jugak aku jumpa dengan hikers lain. Ramai jugak aku nampak.
Masa aku melalui trail untuk ke kaki bukit monkey hill tu jugak ramai aku jumpa hikers lain kat situ. Sebaik tiba aje di kaki bukit monkey dan rope tu, aku pilih untuk mendaki ke puncak monkey hill. Aku pilih trail tu sebab takde sorang pun yang mendaki ke rope hill. Jadi aku pun malas jugak la untuk mendaki rope hill tu...Aku ikut aje la golongan majoriti. Sensorang memang malas la nak mendaki rope hill tu...
Masa mendaki ke puncak monkey hill ni ramai hikers yang aku jumpa, semua golongan ada, yang takde cuma kanak kanak aje. Kanak ramai ditemui masa hari cuti aje...hari biasa ni dia orang sekolah kut.

kaki bukit monkey dan rope hill
mendaki ke puncak monkey hill
paya di kaki monkey dan rope hill
ke puncak monkey hill
ke puncak monkey hill
Setelah beberapa lama mendaki cerun yang curam tu, akhirnya tiba di puncak monkey hill tu..Ramai hikers yang mendki ke puncak monkey hill tu...Aku kalau mendaki kat sini memang banyak kali jugak la berhenti. Berhenti sebab rasa penat...bila penat akan rehat selalu dan tarik nafas panjang panjang....yang muda muda nampaknya terus aje mendaki...sekali henjut aje...dan tak perlu berhenti. Aku ni kena la banyak berhenti sebab rasa sesak nafas aje...hahaha...Tapi biasanya yang veteran macam aku ni memang akan banyak berhenti rehat tapi dia orang taklah kerap berhenti macam aku ni....hahahaha...Tiba di puncak monkey hill tu, aku rehat sat. Masa ni ada aje hikers yang lain baru sampai jadi makin ramai pulak hikers yang berkumpul di puncak monkey hill tu..Ada yang rehat dan bagai bagai lagi la...Aku rehat dan amik gambor sat kat sini. Selesai rehat aku pun mulalah untuk menapak ke puncak cobra hill pulak. Yang lain2 pun ramai jugak yang mula bergerak...

nak sampai puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
trail ke cobra hill
Setelah beberapa ketika berjalan akhirnya tiba di puncak cobra hill. Trail ke cobra tu taklah mencabar sangat. Tapi cuma ada satu pendakian yang tak sukar pun...maksudnya macam pendakian manja2 je...tapi aku bila jumpa pendakian memang aku berhenti rehat sat. Selesai rehat aku sambung lagi berjalan. Tiba aje di puncak cobra hill tu aku jumpa dengan veteran veteran yang sedang bersembang termasuk sorang yang tak veteran. Biasalah aku, memang akan jadi pendengar yang baik...maklum la aku dengar untuk dapatkan maklumat untuk blog aku ni la...hahahaha...Dengar aje apa yang dia orang sembangkan. Lama jugak kami berhenti di sini untuk sembang hingga sampai peluh yang banyak kat badan tu dah jadi kering...betapa lamanya kami singgah sembang kat situ...Nak tau apa yang kami sembangkan.....Aku cuma dengar aje cerita dia orang dan wak yang bercerita tu..

Wak tu salah sorang pesakit DR. JO. Banyak yang dia beritau antaranya jangan minum teh tarik..jangan minum minuman yang 'in one' tu...two in one ke ...three in one' ke sebab minuman tu banyak mudharat. Dia dulu amalkan minum kopi yang in one tu...aku taknak sebut nama jenama kopi tu nanti kena saman. Dia kata dia amalkan minuman tu, pagi, petang dan malam...3 kali sari beb...tu yang dia kata dia dapat mudharat tu...
Lagi satu dia cite berkaitan sihir dikalangan orang melayu kita ni...Dia kata dia ada lesen kontraktor dan dulu berniaga jugak. Perniagaan makanan...dia kata dia pun pernah kena sihir perniagaan dia...contohnya dia kata ikan yang baru dibakar tapi bila dibuka ada ulat2 yang masih hidup..padahal ikan tu baru dibakar, macam mana boleh ada ulat2 yang masih hidup..Sorang veteran lagi cite jugak kawan dia pun kena sihir...ada yang kata kedai dibuka tapi orang tak nampak kedai tu dibuka..alamak...Aku ni pernah baca aje cite sihir sihir ni dalam media aje dan pernah jugak dengar daripada mulut orang yang dah mengalaminya...Kali ni ada jugak yang cite lagi hal ni...Masalah orang kita ni...
Pandangan aku... nape orang kita ni suka amalkan sihir dalam perniagaan dan hal2 lain, padahal kita dah lahir dalam ISLAM ...tentu sikap amalkan sihir ni memang perbuatan SYIRIK dan akan kekal dalam NERAKA jika tak taubat...Macam mana orang kita nak maju dalam perniagaan, ekonomi dan sebagainya... sebab masing masing ada sikap dengki khianat macam tu...payah jadi orang Melayu ni...Jadi, tolong laaaa...jangan kita bergelumang dengan perbuatan 'syirik' tu...kalau tak sempat bertaubat, kita akan kekal dalam neraka...jangan sekali kali kita amalkan perbuatan sihir...besar dosanya ye...Ekonomi orang kita tak akan kemana jika dengki khianat macam ni...tolong ye...tinggalkan perbuatan syirik tu...


sembang sat kat puncak cobra hill
cobra hill
turun ke kaki bukit cobra hill
kaki bukit cobra hill
keluar ke jalanraya
Akhirnya kami semua mula untuk turun ke kaki bukit cobra tu...Yang lain telah mendahului...aku teman wak tu menuruni bukit...dia suh aku jalan dulu sebab dia slow tapi aku kata biar aku temankan dia berjalan ke bawah...dalam masa kami berjalan ke bawah tu, kami bercerita la...Banyak la yang aku tanya...Dia kata dia dah hampir usia 70 tahun. Dia hari hari datang sini melalinkan hari Jumaat. Dia berubat dengan DR. JO, pakar saraf tu. Dia kata lepas setiap kali dia hiking dia akan pi ke klinik DR. JO tu untuk jalani proses perawatan. Aku tanya la lagi berkaitan famili...aku ni memang busy body...hahaha...maklumlah wartawan tak bertauliah...hahahaha...Dia kata dia ada 11 anak daripada 3 emak...opst! hahaha...tapi la ni dia 'maintain' dengan satu emak aje...anak2 semua dia jaga...Aku memang tak kisah pun dia kawen berapa ramai sekali pun kalau dia mampu luar dan dalam...hahaha...Kalau tak mampu rohani dan jasmani, lebih baik tak payah...kan...Kalau tak mampu, lebih baik jangan menggatal...tak gitu...hahahaha...opst!. Wak tu memang mampu la, tu sebab dia sanggup buat...
Aku tanya la dia adakah anak dia mengikut jejak dia berniaga...dia kata sorang pun takde...dia orang lebih suka keje makan gaji....Wak ni tinggal di salak tinggi....Sembang punya sembang akhirnya aku dah sampai ke kete aku dan mintak diri nak balik....salam dengan dia...aku doakan dia supaya segera sembuh...aamiinnnnn....Aku seronok cerita dengan wak ni...hahahaha...

nak balik dah
bakar kalori lebih 100 kalori
puncak tertinggi 140 meter
Selesai sudah sesi hiking aku kat sini...Aku mampu bakar kalori lebih 100 kalori...ok la tu kannn...Sepanjang laluan yang aku berjalan tu, aku cuma jumpa 2 helai plastik gula gula aje...Bagus la, tak banyak sampah yang dibuang oleh hikers...harap kita semua jadi hikers yang 'smart'. Jangan buang sampah di sepanjang trail yang kita lalui...jadilah hikers yang 'smart'...
Di bawah ni aku sertakan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya untuk kita semua... 
Akhirnya aku doakan kita semua, tak kira sape la..akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan daripada siksaan neraka yang maha pedih tu....
Jangan lupa, kita teruskan istiqamah dengan #BMF ye...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...