Tuesday, December 1, 2020

Balik Kampung 19 - 23 Nov. 2020.

Diari DAUD - Lama betul aku tak buat 'posting' kat blog ni. Masa PKPB ni macam semua aktiviti aku terhenti terutama aktiviti berjalan di Tasik Ujana Nilai Impian tu. Bila sempadan tak boleh direntas maka secara automatik aktiviti panaskan badan aku di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan, semua terhenti. Aktiviti aku panaskan badan langsung tak dilakukan. Bimbang pulak badan aku tak fit, maklumlah sekarang ni badan aku dah menjadi galeri untuk beberapa jenis penyakit...ekekeke...😃😃😃...


Parit Perak

19 - 23 November 2020 yang lalu, aku balik kampung sebab ada perkara yang perlu dilakukan walaupun waktu PKPB. Untuk merentas sempadan aku terpaksa pi ke Balai Polis Bangi untuk minta kebenaran merentas sempadan ke Perak. Aku isi dua borang untuk dua buah kereta. Isteri aku dapatkan maklumat daripada adik iparnya seorang anggota polis, cara untuk mohon rentas sempadan. Dia suruh isi borang dan sediakan salinan IC untuk borang yang aku isi tu. Sebenarnya aku memang dikelilingi oleh sedara mara, ipar duai dan biras biras yang baik2 belaka. Aku juga dikelilingi oleh jiran jiran dan kenalan yang baik2 jugak. Alhamdulillah aku dikurniakan nikmat sebegitu oleh ALLAH SWT. Dengan maklumat tersebut aku isi borang dan terus pergi ke balai polis untuk urusan merentas sempadan. Mudah aje awek2 polis yang jaga kaunter di balai tersebut meluluskan permohonan aku tu...alhamdulillah...tak banyak kerenahnya, mungkin borang aku tu lengkap dan sempurna kut...hahaha...


Kg Senin

19 November 2020, Khamis, kami gerak ke Perak dengan dua buah kereta yang setiap sebuah kereta terdapat 3 dan 2 orang di dalamnya. 3 orang merupakan penumpang maksima dalam sesebuah kenderaan semasa PKPB ini. Kami tinggalkan pesan pada jiran minta tolong siramkan sayur2 yang kami tanam tu...tak banyak mana pun sayurnya...tapi cukupla untuk rencah nasi goreng atau meehon goreng...hahaha...Syukurlah kami dikurniakan jiran2 yang baik2 belaka...yang sedia memabantu...moga ALLAH SWT sentiasa berkati dan rahmati semua jiran-jiran kami dunia hingga akhirat...aamiinnn...Kami berada dalam kenderaan ke Perak selama lebih kurang 4 jam. Kami tiada masalah untuk melepasi sekatan polis sebelum masuk ke lebuhraya PLUS. Tiba di jalanraya keluar di Gopeng Perak kami jugak diperiksa salinan borang yang dibawa. Setelah selesai anggota polis baca salinan borang tersebut, dia lepaskan kami untuk teruskan perjalanan. Masa sepanjang jalan di Perak kami melalui 3 lagi sekatan. Setiap sekatan polis, anggota yang memeriksa dokumen yang kami bawa akan ucapkan 'TAHNIAH'...Akhirnya kami tiba di rumah kami menjelang tengah hari KHAMIS, 19 Nov. 2020.

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung

Majlis akad nikah

Kami tiba di rumah kami di kampung aku tu. Kami bersihkan rumah bersama biras aku yang duduk di rumah depan rumah kami tu. Hari Khamis tu kami hanya duduk di rumah aje. Tak pi mana pun. Kat kampung masa tu musim hujan tapi hujan tak turun setiap hari pun. Pagi Jumaat, 20 November 2020, kami gerak ke Bandar Manjung Perak. Kami gerak dengan 2 buah kereta dan setiap kete punya 3 dan 2 orang penumpang aje. Masa PKPB ni, maksima boleh ada 3 orang dalam kete. Tiada pun sedara mara yang lain dijemput untuk turut serta sebab majlis tu nanti cuma majlis yang ringkas aje. Kami tiba di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung dalam pukul sembilan lebih waktu pagi. Kami tunggu sebentar sebelum pasangan anak aku tiba kemudian. Sebenarnya pagi ini kami hadir di majlis akad nikah anak lelaki kami dengan pasangannya dari Pantai Remis Perak. Semua akad nikah di Perak dibuat di Pejabat Agama di Perak. Ramai jugak pasangan yang aku tengok dinikahkan di situ pagi berkenaan. Selesai majlis akad nikah, anak lelaki dan pasangan dia ada sesi fotografi. Kami pula pergi ke rumah abang isteri aku yang dah tinggal di bandar tu sejak sekian lama. 

Bandar Manjung

Di rumah abang ipar aku tu, kami dijamu makan tengah hari. Abang ipar aku yang sulung dan isterinya jugak ada di rumah berkenaan. Kami makan tengah hari di situ. Memang sedap2 aje masakan yang disediakan. Macam yang aku katakan awal tadi, aku memang dikelilingi oleh semua sedara mara, ipar duai serta biras biras yang baik2 belaka..alhamdulillah, moga berterusan sebegitu serta moga ALLAH kumpulkan kami di SYURGA nanti...aamiinnnnn...Anak lelaki aku dan pasangan dia tiba di rumah tersebut setelah kami selesai makan tengah hari. Mereka dilayan makan tengah hari oleh abang ipar dan biras aku...Selesai makan kami rehat sebentar dan selepas tu kami minta diri untuk balik ke kampung aku di Parit Perak. Kami dibekalkan dengan buah pisang dan pucuk ubi..terima kasih bebanyak...Jauh kampung aku dengan Bandar Manjung tu lebih kurang 40Km kut...

Abang Ipar dan Biras aku..

Sebenarnya waktu PKPB ini, kami tak buat sebarang majlis untuk perkahwinan anak kami. Majlis keramaian memang dilarang masa PKPB ni. Memang dah dirancang tapi dibatalkan masa PKPB ni. Tempahan khemah jugak aku batalkan...begitu jugak tempahan 2 homestay. Kita mampu merancang tapi ALLAH SWT punya rancangan yg lebih unggul....Bagaimanapun aku bercadang juga untuk buat MAJLIS DOA SELAMAT selepas PKPB nanti. Harap PKPB ni cepatlah sampai ketitik noktahnya. Kalau rentas sempadan boleh dibuat, kami memang bercadang untuk adakan majlis di rumah kami di Parit Perak tu. Harap semua sedara mara dan rakan2 akan datang ke majlis kami tu...InsyaALLAH...Harap2 boleh dibuat pada bulan Januari 2021 nanti...InsyaALLAH...

Bagi yang nak datang ke Perak ni, ada lokasi untuk bercuti di sekitar Manjung ni, iaitu Lumut, Teluk Batik, Pangkor dan Teluk Senangin. Ada infor yang mengatakan Teluk Senangin pantainya cantik tapi banyak lalat kat pantai tu. Kehadiran beribu-ribu lalat ni sebab terdapat ladang ayam dan ladang babi berhampiran. Sepatutnya majlis tempatan lebih tegas supaya tidak benarkan ladang2 berada 5 kilometer dari kawasan peranginan. Rasanya ini memang silap majlis tempatan yang tak perihatin dan tegas dengan masalah ni...Orang yg ada kuasa ni memang selalu mengalah bila berdepan dengan kaum tu....apa nak jadi la...😡😡😡😡

Ada berita LALAT di daerah tersebut di SINI

Abang Ipar dan Biras aku..


video akad nikah anak aku..

Sebelum kami balik Perak untuk majlis akad nikah anak kami...aku dan isteri aku sempat pi hadir majlis pernikahan anak sedara isteri aku, HASSANUDDIN di MASJID BESI PUTRAJAYA tu...pada 14 November 2020. Moga mereka suami isteri sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnnn...Di bawah ni video akad nikah anak sedara isteri aku tu di Masjid Besi Putrajaya tu...

video akad nikah anak sedara isteri aku di masjid besi

Hari SABTU pagi, aku pi ke Pasar Sabtu di Bota Kanan tu. Aku bawak isteri dan adik pompuan aku. Kami beli macam2 barang untuk keperluan kami tinggal di rumah kami di Perak tu. Selama 3 hari kami tinggal di rumah kami tu. Rumah kami tu tak besar mana pun tapi cukuplah untuk kami laki bini tinggal di situ hingga akhir hayat nanti. Sekarang ni rumah tersebut digunakan masa kami balik kampung sahaja. Adik pompuan aku dan adik ipar aku jaga rumah tu dan bersihkan sekeliling rumah tersebut. Kalau tak dibersihkan tentu semak samun. Terima kasih kepada mereka berdua, moga ALLAH SWT sentiasa pelihara mereka dunia akhirat...aamiinnn...

Waktu petang aku pi ke BANDAR SERI ISKANDAR. Kami pi ke DIY untuk beli barang keperluan rumah. Kami jugak beli kek untuk HB anak bungsu aku. Balik ke rumah, kami sambut HB anak bungsu aku di rumah adik pompuan aku di rumah di hadapan rumah aku tu. Kami buat kecik2 aje pun. Masa aku rakam video majlis kecik tu...rakaman aku rosak pulak, langsung tak boleh guna untuk aku buat video. Agaknya aku dah tua  kut...tu sebab silap tekan butang HP aku. Tu sebab dalam video aku takde banyak footage majlis tu. Aku minta foto kat adik pompuan aku dan foto dari anak pompuan aku masa nak edit video majlis tu...memang aku ni da tua laaa...boleh pulak silap tekan butang rakam video HP aku tu...apa boleh buat laaaaaa.....

Bandar Seri Iskandar

Ahad, pagi aku pi ziarah pusara bapak aku dan emak aku yang terletak sebelah kampung aku tu...Tak jauh mana pun...mungkin lebih kurang 250 meter dari rumah kut. Aku pi sorang aje. Masa kecik2 dulu memang takut nak pi kat tanah kubur tu, sebab semak. Sekarang ni kawasan kubur tu dah bersih dan waktu malam ada lampu kat kawasan kubur tu. Kalau ada pocong sandar kat tiang lampu tu memang jelas nampak la...hahaha...Sampai aje di kubur tu aku sempat baca surah yasin di skrin HP aku. Aku juga sempat doakan supaya kedua ibu bapa aku dan semua penghuni tanah perkuburan tersebut dihindarkan oleh ALLAH SWT dari siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka. Kita jangan kedekut berdoa untuk semua orang Islam...jangan kedekut....kita pun nanti akan masuk kubur jugak...tentu ada yang akan doakan untuk kita nanti. Kalau tak manusia yang berdoa, mungkin makhluk2 ALLAH yang lain...sapa tau kan...Jadi janganlah kita semua sombong sangat sesama manusia, sampai waktunya kita akan dimasukkan ke dalam lahat dan tanah kubur tu akan diinjak2 oleh kaki manusia yang akan kuburkan kita nanti..tak perlu rasa sombong dalam soal apa sekalipun...Tak perlu kita hidup sombong atas muka bumi ni...Sebenarnya ibu bapa kita yang dah meninggal tu tahu kita ziarah pusara mereka tu....

Pekan Parit

Aku jugak sempat pi ke sawah yang tak berapa jauh dari kampung aku tu. Sebenarnya aku pi ke tanah kubur dan sawah tu dengan kete dan sorang aje... Malas nak berjalan kaki, maklumlah da tua tua ni...hahaha...malas nak menapak...Sawah masa tu sedang menghijau dengan padi. Cantik kelihatannya, maklumlah jarang pi sawah. Aku takde sawah pun kat situ sebab bapak aku dah tanam pokok kelapa sawit di sawah kami tu. Sekarang ni pokok kelapa sawit je la. Aku cuma tengok sawah orang aje la...jadi la kannnnn...Aku rakam sikit video kat sini. Boleh tengok dalam video yang aku dah edit tu...

Sungai Perak di Pekan Parit

Petang Ahad tu, aku bawak anak pompuan aku dan anak bongsu aku ke Pekan Parit. Dulu pekan Parit ni meriah jugak..masa aku kecik2...Sekarang ni dah macam pekan mati. Salah satu sebab pekan Parit ni menjadi mati mungkin sebab BANDAR SERI ISKANDAR dah pesat. Di Bandar Seri Iskandar ada beberapa buah pasaraya dan banyak premis perniagaan dan taman perumahan. Di bandar Seri Iskandar pun ada beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Petronas, UITM, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain2...Pekan Parit yang aku pi ni memang macam dah jadi pekan mati tapi masih ada sikit nyawa la...hahaha...Masa aku kecik dulu memang meriah. Kami selalu pi pekan Parit ni. Dulu ada sebuah panggung wayang yang tayangkan macam2 cerita dan banyak jugak cerita hindustan. Nak amik tiket pun payah sebab berebut. Kami sering upah orang lain amik tiket untuk kami dan kami beri sedikit upah. Aku dan rakan2 pun pernah pi malam2 ke pekan tu dengan naik basikal ramai2. Kena pi ramai malam2 sebab terpaksa melalui satu kawasan dan jalan sunyi gelap yang kiri kanan tiada penghuni pun...semak dan ladang getah aje yang ada di situ...semestinya ramai JIN kat situ...Tapi aku tak pernah pun jumpa JIN kat kampung aku tu sepanjang aku tinggal di kampung. Orang lain ada jugak cite pernah jumpa macam2...hahaha...Masa kecik dulu memang meriah pekan Parit ni. Kami makan mee maidin, mee hailam dan sebagainya di sini...memang terkenal dan meriah pekan tu pada orang2 kampung kami masa aku kecik2 dulu. Sekarang ni Pekan Parit ni pekan mati yang hidup sikit2...hahaha...Hari ni sempat la kami pi keliling pekan tu masa singgah kat situ. Kami pi tengok sungai. Air sungai masa aku kecik dulu nampak jernih jugak tapi sekarang ni lebih banyak kelihatan seperti teh susu aje...nampak sangat sungai besar Perak ni macam ada masalah dan sedang sakit kut....Sebelum balik kami sempat beli cendol...beli cendol biasa je yang harganya RM3.50 sen...tak jadi beli cendol durian berharga RM10 tu...hahaha...

Video menjengah kampung 19 - 23 Nov. 2020

Pagi Isnin, aku sempat bawa isteri dan adik pompuan aku ke Pasar Senin di Pekan Parit. Kami beli sedikit keperluan di Parit tu. Ramai jugak pembeli dan penjual di Pasar Senin tu. Isteri aku beli beberapa bungkus IKAN PEKASAM..Macam2 ada jual dipasar tu. Sayur kampung pun banyak...Ikan2 pun banyak...Hampir tengah hari kami tinggalkan kampung aku untuk kembali ke SELANGOR. Harap kami akan kembali ke kampung tahun 2021, antaranya untuk selesaikan MAJLIS DOA SELAMAT di rumah aku kat kampung tu...

Cipta nostalgia sebelum gerak ke Bangi

Apa apa pun, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga. Moga kita dijauhkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnnn..

Jangan lupa, teruskan dengan #BMF



SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...