Sunday, September 24, 2017

Ahad 24 Sept. 17....rambut da pendek..

Hari ni AHAD, 24 Sept. 2017: anak lelaki bungsu balik dari perkhemahan di Hulu
Langat tu...Amik dia kat sekolah jam 12.30 tengah hari. Masuk je kete
kelihatan macam letih je dia.


...sikat dan gunting ni tak mahal mana pun tapi .....
kesediaan ISTERI aku nak gunting rambut aku, itu yang MAHAL..
NASI KELI PENYET RM7.90SEN, Sekarang ni IKAN KELI pun
da jadi makanan eksklusif kan.....
rambut da pendek daaa....
tengok NENEK MODEN tu....TAB kat tangan jer....
 Tiba di rumah, selesai solat Zohor mintak 
isteri potongkan rambut aku yang beberapa bulan ni dalam
keadaan panjang. Masa gunting rambut, isteri kata gunting kurang tajam. 
Cari gunting lain. Akhirnya berjaya gak potong rambut aku
yang dah panjang rasanya. Sebenarnya aku tak
pernah pun gunting rambut kat kedai sejak kawin 28 atau 29 tahun
yang lalu. Isteri aku je yang guntingkan. Aku rasa selesa isteri aku guntingkan
rambut aku ini. Aku lebih rela dia je yang pusingkan kepala aku
daripada tangan berbulu mamak mamak kat kedai gunting
tu...huhuhu... 




Tapi isteri gunting takde la style macam kat kedai tu..
Apa apa pun aku masih puas hati sebab aku jarang berambut pendek. Aku lebih
sering berambut panjang bukan sebab apa..sebab aku suka je......
Masa isteri kata gunting tu tumpul kepala aku da fikir
dah nak cari gunting baru. Jadi lepas solat Zuhur terus ajak isteri cari
gunting kat DIY di CS tu...



Anak bungsu pun nak ikut sama. Jadi tiga beranaklah
kami pi ke DIY. Selesai beli gunting kat DIY tu...anak ajak makan
di food court. Ikutkan je la...dia pun baru balik...Aku dan
isteri order meehoon soup, anak aku pi beli
ayam goreng. Selesai je kami balik rumah, rehat dan tunggu hari KEJE, esok......

Maafla yee...blog aku ni cite hal aku je dan orang orang yang aku
jumpa...aku cite yang baik baik...bukan bentuk GOSSIP..
aku tak mau gossip sebab gossip tu
'mengumpat'...aku tak mau nanti bila MATI aku memikul dosa 'ngumpat' 
yang banyak...huhuhu...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Saturday, September 23, 2017

Ziarah anak buah isteri yang baru menerima anugerah ALLAH SWT.

Hari ini, Sabtu, 23 September 2017. Kami pi melawat menantu akak ipar aku yang baru melahirkan anak. Kami tu bermakna aku dengan isteri aku la. Kami pi berdua je 
sebab anak lelaki kami yang bungsu pi program perkhemahan di Hulu 
Langat sementara anak pompuan kami dah ada 
di KANGAR tu haaa.....Rumah kakak ipar aku tu di
KAMPUNG DATO' ABU BAKAR BAGINDA, PUTRAJAYA...

KAMPUNG DATO' ABU BAKAR BAGINDA
Sebelum kami tiba rumah kak ipar tu, kami beli sedikit kueh sebagai buah tangan. Itulah 
murninya adat Melayu, yang telah menjadi adat tradisi turun temurun....
emmm...segala tradisi turun temurun yang 
baik dan tidak menyanggah hukum agama, tidak ditegah oleh 
agama untuk diteruskan dan diamalkan...tak gitu...?. Tiba di rumah akak ipar, kami 
jumpa pula keluarga anak buah isteri aku yang dah awal2 ada kat umah tu. 
Anak Kak Awa dan suaminya. Isteri aku terus masuk bilik  tengok 
cucu sedaranya....Aku duk je di luar tengok tv. 

baby
Kemudian kami dipelawa untuk minum petang. Kemudian Nini iaitu
 menantu akak ipar aku bawak baby dia keluar. Ada aku snap foto baby berkenaan
 tapi tak perlulah aku paparkan dgn jelas wajahnya kat blog ni kan......Lama selepas 
minum petang kami pun mula nak bergerak untuk balik...itu pun da hampir masuk 
waktu Maghrib. Sempat jugak aku snap satu foto sebelum balik...tapi blur 
pulak dah...aku lebih suka snap foto secara candid...rakaman
candid tu lebih 'real' bukan pura2...hahaha......
huhuhuhuh.....tapi tu lah ...blur pulak...
...apa boleh buat daaa...

keluarga akak ipar aku dan keluarga kak awa....
Apa2 pun.. doa aku untuk keluarga MAEL dan NINI, moga sentiasa DIRAHMATI serta 
DIBERKATI oleh ALLAH SWT dunia hingga SYURGA. Begitulah JUGA doa
 aku untuk keluarga kakak ipar aku KAK NAB dan biras aku
 ABANG KAMAL.........
Hahahaha...blog aku ni da macam DIARY...ermmm....rasanya
memang aku nak jadikan macam diary...mana tau akan datang berguna untuk
anak2 tatap kembali bila aku da TAKDE...kan....kan...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Thursday, September 21, 2017

....settle kan hal anak lagi...

Malam ni, KHAMIS, 22 Sept. 2017...pi keluar dengan anak isteri. Malam ni selesaikan
pulak hal anak lelaki aku yang akan sertai perkhemahan. Mereka akan bergerak
dengan peserta yang lain yang merupakan murid2 darjah lima dan enam.
Perkhemahan mereka selama 3 hari kut...aku pun da lupa.
Peserta lebih kurang 60 orang yang
diselia oleh beberapa 
orang guru.
Perkhemahan tersebut di daerah hulu selangor...lupa pulak aku nama
tempatnya....




Barang2 yang perlu termasuklah baju t, seluar, dan sebagainya. Kami pi kedai uniform
untuk membeli beberapa baju t dan seluar track. Kami juga pi kedai farmasi
untuk dapatkan beberapa ubat termasuklah ubat demam dan
batuk. Manalah tau kalau kalau terkena demam
dan sebaginya nanti...semua perlu diambil kira....dua tiga hari jauh daripada
emak bapak, tentulah rasa risau......................................
Bila dikira semuanya..boleh tahan jugak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan
malam ni...hermmm....apa nak buat dah tanggung jawab kita kan....





Kemudian kami cari pulak keperluan dia yang lain untuk perkhemahan tersebut.
walau pun dia kata akan diberi makan sebanyak lima kali tapi
kami risau jugak maklumlah kat rumah makanan pedas sikit pun taknak makan.
Kalau nanti makanan semua pedas tentu dia perlukan makanan lain. Jadi kami
belikan biskut, roti dan sebagainya.
Setelah semuanya selesai kami pi singgah kat food court untuk makan.
Selepas selesai makan kami pun balik........
Harap anak aku akan rasa seronok semasa perkhemahan tersebut dan sentiasa
di bawah lindungan serta sentiasa dirahmati ALLAH SWT hendaknya.........
aaminnnn......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, September 19, 2017

Catatan Perjalanan Ke PERLIS...16 - 18 SEPT. 2017.

Hari SABTU, 16 September 2017, aku bersama famili pi PERLIS. Aku pi sana bersama
isteri dan tiga orang anak aku. Lebih kurang 8.30 pagi kami mula bergerak
melaui lebuhraya PLUS dan ELITE dan seterusnya keluar di
SUNGAI BULUH. Kami tak melalui
bandaraya Kuala Lumpur punnn..


...hentian tapah....
...hentian semanggul...


....menora....


Kereta dipandu oleh anak aku. Kalau aku yang pandu mungkin tak sampai kut. Sebab 
aku bab tengok waze dan sebagainya tu tak berapa cekap. Lagipun aku tak 
pandai pandu kereta auto. Di Lebuhraya PLUS kami terus bergerak 
ke utara sebab Perlis letaknya di utara...untuk sesape  yang tak 
amik geografi le...ekekeke... 
Beberapa kali kami singgah  di R&R iaitu Tapah, 
Sungai Perak dan Gunung 
Semanggul.  Dalam perjalanan pi dan balik sering je jumpa
 polis duk tenang sesuatu ke arah kete kete yang ada atas lebuhraya tu.
 Nak buat macam mana, tu da tugas mereka. Kalau aku jadi mereka pun tentu 
akan buat benda yang sama... bila diarahkan...pemandu pon jugak da jadi tugas mereka memandu...tak kisahlah sebagai tugas atau keperluan sendiri.....huhuhuhu...









Setelah agak lama dalam perjalanan akhirnya kami sampai di homestay pekan Changlun Kedah. Rasanya pekan Changlun ni bersempadan dengan PERLIS kut.
 Kami berada dalam perjalanan lebih kurang TUJUH jam dengan berhenti 
di sana  sini. Homestay tu anak aku yang cari online dan booking serta aku 
bayar deposit secara online. Homestay dalam Perlis dan dekat dengan UNIMAP
 agak mahal sikit katanya. Ini agak murah. Kata anak aku laa...Satu malam lebih kurang 80rm kut. Dia bagi satu bilik dan ruang tamu. Dapur pun ada kalau nak 
masak...tapi...tak pernah masak pun.... makan kat kedai je.....

....sampai homestay da....
...bilik...
...dibenarkan masak tapi tak penah masak pun...cuma buat nescafe je...
...ada di dinding rumah...
....belakang homestay....boleh buat filem seram waktu malam...



Malam tu iaitu SABTU malam kami semua pi Changlun untuk cari makan. Kami lebih prefer 
gerai melayu. Setelah memusing beberpa kali,  kami pun singgah di sebuah gerai untuk
 makan. Ramai jugak pelanggan kat sini. Kami order Kue Tiau 4, nasi ayam 3, milo 
panas 2, milo ais 2, tea o ais 1. Ok jugak gerai melayu tu...layanan pun ok. 
Setelah makan, aku bayar sejumlah lebih 39rm dan 5  KUPANG...
Sering sangat aku dengar perkataan KUPANG di sini... Rasanya
 tak mahai untuk makan seramai 5 orang. Lepas tu kami pi pasaraya yang
 berdekatan untuk beli keperluan anak aku dan keperluan kami selama tinggal 
di homestay tu. Kemudian kami cari farmasi kerana aku kena selsema teruk. Masalah selsema ni memang biasa bagi aku. Aku pi sebuah farmasi yang dijaga oleh 2 orang gadis...gamaknya....aku beli dua jenis ubat selsema yang perlu dimakan satu
 jenis sekali sehari yang sejenis lagi tu 3 kali sehari. Dalam kedai farmasi ni 
pun aku dengaq perkataan KUPANG lagi...huhuhu... Ingatkan KUPANG ni duk kat laut je...Hanya ada sebuah farmasi je dalam pekan CHANGLUN KEDAH niii.... Selesai je kami kembali ke homestay kami di Taman Keranji Changlun tu....






pekan changlun kedah...
pasaraya kat changlun...
...kene selsema teruk pulak...
kat homestay
homestay waktu malam...seram kannn...
...malam daaa...
ruang dalam...
bilik....
meja makan....


 Esok, AHAD, pagi kami akan pi UNIMAP untuk pendaftaran anak aku untuk belajar kat UNIMAP tu selama tiga tahun. Rasanya nak melawat tiap dua minggu macam dia kat matrikulasi Kuala Pilah tu rasanya memang taklah...600 KM lebih kurang beb...
Harap dia tiada sebagang masalah besar yang perlu aku datang dari jauh.
Moga ALLAH SWT mudahkan segalanya untuk dia...moga sentiasa
dirahmatiNYA sepanjang masa...
sekali lagi harap dia takde apa apa masalah di sana.  Jarak homestay dengan 
kampus induk lebih kurang 10 minit perjalanan. Esok pendaftaran 
8.30 pagi hingga jam 4.00 petang. 
Aku nak ulang lagi...masa yang diambil  untuk tiba di Changlon ni lebih kurang 7 jam. 
Dari Bangi kadar tol lebih kurang 60rm lebih. Petrol yang digunakan
 lebih kurang 70rm. Boleh kira sendiri untuk pi dan balik....

sempadan KEDAH dan PERLIS...
lebih kurang 10 minit atau 15 minit...


 Masa pendaftaran hari AHAD tu kami sampai di Kampus Induk UNIMAP di PAUH ni sebelum jam 8.30 pagi. Memang tak lama pun dari homestay kami di CHANGLUN...Changlun tu di KEDAH tauuu....PAUH tu di PERLIS. 
Kami melalui LEBUHRAYA CHANGLUN – KUALA PERLIS. 
Tiba je terus masuk UNIMAP. Urusan masuk dalam 
kampus tu dimudahkan lagi dengan bantuan 
pelajar senior yang jadi urusetia tu...Tiba di sana anak aku masuk 
barisan untuk menuju lokasi pendaftaran. Aku serta isteri dan anak2 aku yang
 lain masuk ke dewan lain untuk dengar taklimat. Mula2 urusetia majlis orientasi yang 
bagi taklimat. Tak lama kemudian NAIB CANSELOR pula yang beri taklimat.
 Melalui taklimat taklimat ini aku dapati kampus UNIMAP ni bersepah
 iaitu...KAMPUS INDUK di PAUH, Kolej Kediaman Wang Ulu 
di Kangar, Kolej kediaman Unicity di Sungai Chuchuh.  Ada 47 buah 
bas disediakan setiap masa untuk ke mana mana. Naib Canselor kata pelajar tidak
 perlu bawa kenderaan sendiri. Pelajar semua disediakan kolej kediaman dari mula belajar hingga tamat pengajian. Naib Canselor dalam 
taklimat tu lebih beratkan penjelasan berkaitan bidang Kejuruteraan sahaja.
 Mungkin sebab UNIMAP ni berasal dari kolej kejuruteraan kut...
 jadi core nya ialah bidang kejuruteraan. Sebelum ni UNIMAP dikenali 
sebagai KUKUM 2001...2007 baru dikenali sebagai UNIMAP. KUKUM tu maksudnya KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA. UNIMAP juga
 mempunyai kursus KEJURUTERAAN peringkat DIPLOMA. Perkara lain
 yang aku dapat dalam taklimat Naib Canselor tu ialah  Canselornya 
Raja Muda perlis, pelajar lebih kurang 13 ribu, university ke 17, nombor 3 keboleh 
pasaran graduan, top 230 ranking dan usia university dah 15 tahun. Anak aku amik kursus BUSINES bidang KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN. Bidang ini Cuma ada
 kat UNIMAP je....Bidang Business ni cuma tawarkan dua kursus je..kursus 
anak aku tu dan satu lagi Business Antarabangsa.
Dalam taklimat tu jugak Naib Canselor ada menyatakan kalau nak
datang ke PERLIS datanglah dalam bulan MAY sebab
masa tu musim HARUMANIS di PERLIS...
....mana yang nak kenduri HARUMANIS boleh la pi sana bulan MAY.







taklimat oleh NAIB CANSELOR...
Setelah pendaftaran anak aku selesai di kampus induk, kami diminta untuk hantar anak di Kolej Kediaman Wang Ulu di Bintong Perlis. Jarak dari kampus induk lebih kurang 38KM...waaa....jauh jugak tu...huhuhu.. Jam 11.00 pagi kami gerak ke kolej 
kediaman. Dalam perjalanan ke Kolej Wang Ulu di Bintong tu kami lalui
 kampong kampong yang di kiri dan kanannya banyak sawah. 
Sering kelihatan rumah di tengah sawah. Kadang kadang nampak orang kampong 
mancing di sawah tepi jalan yang kami lalui tu...jarang sangat tak jumpa sawah...

...jalan keluar dari UNIMAP...
nak pi kolej kediaman di Bintong....
38 KM dari kampus induk...kalau tak silap...
...aman je....
rumah di sawah....
...bintong....
....sawah kiri kanan...orang mancing pun ada...tapi bukan dlm foto ni...


Tiba tiba...opst! jalan yang kami lalui ditutup kerana nak buat jalan baru kerana banjir. 
Kami terpaksa berpatah balik. Anak aku guna waze. Kemudian waze bagi
 jalan kecik yang muat satu kereta je....terpaksa berselisih dgn
 motosikal...dan yang peritnya bila berselisih dengan kereta lain..
.terpaksalah mengundur cari kawasan luas untuk beri laluan kereta tu...Haihhh....
payah juga. Akhirnya kami tiba di jalan besar setelah bersusah payah. Waze ni kadang2 bengong jugak bagi jalan yang tak logik  langsung... Kami dapat tau selepas itu...
rupanya ada jalan lain yang tak perlu pun lalu jalan HANTU tu...huhuhu...
mr. waze ni kadang2 ada masanya nyanyuk jugak...huhuhu...

jalan tutup daaa...
....jalan HAN....
....TU....
jalan HANTU....

Tiba di kolej kediaman, anak aku pi amik kunci sementara kami tunggu dia. Selesai 
amik kunci kami gerak ke blog las sekali. Anak aku dapat bilik di tingkat
 tiga. Kolej kediaman ni letaknya berhampiran bukit bukau di 
belakangnya...macam dekat hutan rimba la...sawah jugak 
di sekitarnya. Rumah2 di sini besar2 belaka 
walaupun di tengah sawah....seronok gamaknya duk di sini. Nak ikan
 je pi mancing kat sawah tak perlu pun pi sungai dalam rimba raya tuuu...huhuhu...

Dalam ruang bilik anak aku ada 3 bilik. Satu bilik muat 3 orang, dua bilik lagi boleh 
muat dua orang. Ruang luar bilik masing2 ada bilik air, tandas dan ruang 
untuk study. Yang peliknya kat kediaman pompuan ni, yang pompuan2
 ni pon ganas jugak gamaknya. Anak aku dapat loker yang ensel
 kuncinya da di umpil...haihhh...pompuan pun macam ni..
.ingatkan lelaki je yang kasar huhuhuh..

kolej kediaman Wang Ulu Bintong Perlis...


B13
...hostel....
...dari tingkat 3...
satu bilik 3 orang....


Setelah selesai apa yang perlu dibuat di bilik kat kolej kediaman tu...kami pun keluar
 untuk makan tengah hari. Waktu tu da jam 11.30 pagi lebih kurang. Kena pi 
makan dulu sebab lapar sebelum kami hantar anak aku tu ke Kampus
 Induk UNIMAP untuk jalani minggu orientasi selama 3 hari kut....
tak pasti...aktiviti selama 3 hari ni sampai jam 11.00 malam
 di kampus induk. Ini merupakan pengambilan
 kedua UNIMAP ...Pengambilan Perdana telah dibuat lebih kurang dua minggu
 yang lalu.
Setelah beberapa lama mencari akhirnya kami jumpa gerai makan tepi
 jalanraya...gerai melayu. Kami pun masuk. Pemilik gerai sendukkan kami nasi dan
 kami pi amik sendiri lauk yang dikehendaki. Selesai makan aku bayar, lebih kurang rm37 ringgit ada ada beberpa KUPANG. Di sini pon ada KUPANG lagi. 

...nak pi cari lunch...
 Selesai 
makan kami hantar anak aku ke Kampus Induk kerana dia mesti tiba 
di sana sebelum jam dua untuk aktiviti yang seterusnya.
Gerak ke sana pon lebih kurang setengah jam tapi kali ini kami tak lalui jalan
 HANTU yang diberi oleh Pakcik Waze masa kami mula datang ke sini tadi....Tiba di kampus induk kami turunkan anak aku di Komplek dewan Kuliah iaitu lokasi 
pendaftaran pagi tadi. Setelah anak aku bersalaman dengan ibu dia dan 
kami semua, maka kamipun bergerak ke Changlun di mana
 letaknya homestay kami. 


...ibu dan anak....
....da mula sebagai SISWA UNIMAP....semoga CEMERLANG...dan DIRESTUI ALLAH SWT.


Kesimpulan untuk mereka yang akan menghantar anak untuk belajar di masa akan 
datang, ini aku pesankan. Kalau dari SELANGOR. Sebelum masuk ke U ni 
simpanlah duit ketika anak anak kita masih matrikulasi atau tingkatan 
enam rendah sebab amat perlu sangat wang yang cukup untuk 
anak masuk UNIMAP tu. YURAN 2 RIBU RM, TOL 150RM 
PEGI BALIK, MINYAK DALAM RM150 PEGI
 BALIK, KEPERLUAN ANAK SEBELUM DATANG RM500 - 700, 
DUIT MAKAN ANAK MASA KAT SANA MUNGKIN RM200 UNTUK 2 
ATAU 3 MINGGU. Untuk lebih SELESA sediakanlah lebih kurang RM4,000 
masa kita pi daftar anak di UNIMAP tuuu....Ini Cuma CADANGAN jer punnn... Jadi 
mulalah simpan DUIT masa anak tu di MATRIKULASI atau masih lagi di 
TINGKATAN 6 RENDAH. Kalau boleh simpan RM 5 ribu lagilah ok...
boleh pi beli belah di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam....
huhuhuh.... Tapi aku sendiri pun tak pi sana...tak 
cukup duit....yang aku utamakan ANAK biar CUKUP untuk Belajar jauh di sana...
Sebagai ibu bapa kita memang wajib menyempurnakan tanggung jawab
kita setakat yang mampu. Sering aku katakan segala yang
kita belanjakan untuk ISTERI dan ANAK2
pasti ALLAH SWT berikan
PAHALA...asalkan dilakukan dengan IKHLAS.......

Di homestay tu kami rehat, mandi, solat jamak dan sebagainya.  Lebih kurang
 jam 8.00 malam kami pi pekan Changlun untuk cari makan.  Anak aku 
kata malam ni cari kedai lain untuk makan. Dia kata petunjuk 
kedai makan tu SEDAP ialah bila ada ramai pelanggan 
dalamnya. Pusing pusing akhirnya jumpa 
sebuah restoran ala thai. Nama restoran tu Restoran Husni 
homestay. Ramai sungguh orang dalamnya. Kat luar kedai di tepi2
 jalan pun ada stall nampaknya. Mereka jual macam2 tak sempat tengok pun. 
Kami masuk kedai dan buat order.  Kami makan nasi goring, nasi puteh tom yam, 
dan kuey tiau. Malam ni sorang anak aku da takde. Dah ada dalam kolej da 
ponnn.... Aku sempat tengok menu tadi sebelum diambil kembali... Nasi
 ayam dan kuey tiau lebih kurang 6rm sepinggan. Bila dia 
hantar...mak aiii...banyak jugak nasik goring tu sepinggan...
harga macam tu dengan kuanti macam ni...murah la....
takde la macam kat...dot...dot...dot.... Lebih kurang 
sejam kami pun selesai dan bayar 
37rm 3 KUPANG...hermmm...murah la tu untuk makan 4 orang...
banyak pulak tuuu.... Kemudian kami masuk kereta dan bergerak balik. 
Selang 2 atau 3 kedai kami nampak sebuah kedai makan yang tidak ramai
 pelanggang di dalamnya.....

HOMESTAY...
homestay...
restoran husni homestay...






ok gak makan kat sini....
 Jam 8.00 pagi lebih kurang kami pun gerak balik ke selatan setelah berjumpa 
dengan pemilik homestay. Dalam perjalanan kami singgah di R&R 
Gurun. Tak sangka kat Malaysia ada GURUN tapi tak nampak 
pun pasiaq nya...huhuhu... Kami juga singgah di R&R Taiping. 
Kemudian lagi kami singgah di R&R SUNGAI PERAK.


















R&R Taiping kut...lupa no...





R & R Sungai Perak...














Akhirnya kami sampai IPOH dan keluar TOL SIMPANG PULAI. Aku bercadang untuk singgah kat kampong aku di PARIT PERAK. Lebih kurang 4 jam kami tiba di 
PARIT PERAK dari CHANGLUN  melalui BANDAR SERI ISKANDAR.







SERI ISKANDAR...
SERI ISKANDAR...
SERI ISKANDAR...


BOTA KANAN...

 Tiba je di kampong kami singgah dulu di TANAH PERKUBURAN 
SENIN. Di sini kami melawat kubur ALMARHUM IBU BAPA aku 
dan sedara mara yang dah pegi dulu. Di sini kami 
ucapkan salam dan sedekahkan AL FATIHAH dan DOA untuk 
semua penghuni di SANA. Yang penting DOAKAN mereka semua terhindar 
daripada SIKSAAN KUBUR, SIKSAAN AKHIRAT dan SIKSAAN API NERAKA serta DIMASUKKAN ke SYURGA. Kami juga khususkan DOA untuk ALMARHUM 
IBU dan AYAH aku serta sedekahkan AL FATIHAN. Teringat aku,
 USTAZ kata roh ibu bapa kita tahu bila kita datang ziarah dia di pusaranya.
Semua yang kita lakukan yang dianggap sebagai AMALAN BAIK
hendaklah dilakukan dengan IKHLAS kerana ALLAH,
...jika dilakukan secara terbuka niatkan untuk
galakkan orang lain sama2 untuk
melakukan AMALAN MULIA tersebut....supaya kita yang
melakukannya akan BEBAS daripada sikap RIYAK ....harap2 dengan
izin ALLAH SWT. Apa saja yang kelihatan seperti AMALAN
sepatutnya dilakukan dgn IKHLAS...

Selesai di tanah perkuburan, kami pi melawat ke sawah...bukan sawah 
aku pun...sawah orang. Rupanya sawah tu da di tuai padinya. Mungkin musim 
mananam kemabali akan bermula. Rakam foto sikit kat sana tu. Kemudian kami 
pi singgah di rumah ADIK POMPUAN aku. Tiba je terus makan tengah
 hari. Dia dah siapkan makanan tengah hari. Sebelum datang
 sini aku da wassap ADIK POMPUAN aku untuk sediakan 
makan tengah hari.
 TERIMA KASIH BEBANYAK untuk keluarga adik pompuan aku tu. MOGA ALLAH SWT MEMBALAS DENGAN BALASAN YANG LEBIH BAIK DUNIA HINGGA AKHIRAT.



pusara ayah aku...
doa untuk kebaikan mereka...
pusara ayah aku...
pusara sepupu aku...
pusara emak aku...
tanah perkuburan kg senin..
jalan pi bendang...
...akan mula menanam...
air surut...
batas...
posing...
rumah adik pompuan aku...



...melawat JIRAN...




Akan mulakan perjalanan untuk fasa kedua pula....melalui BOTA KANAN, SERI ISKANDAR, GOPENG, LEBUHRAYA PLUS......
akhirnya BANGI...



Kami berehat di sana buat seketika. Kami bercadang untuk sambung kembali 
perjalanan selepas jamak MAGHRIB dan ISYAK... sebelum tu 
sempatlah kami tengok kehijauan di kampong tu seketika.
 Tengok sana sini mana yang ingin dilihat. 
Selepas Maghrib jamak, kami pun GERAK ke BANGI. Tiba di BANGI jam 12.00 tengah malam.


SEKIAN......

DAUD.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...