Saturday, August 31, 2019

Selamat Jalan Guru Ku...

Diari Daud - 29 Ogos 2019 merupakan satu tarikh sedih bagi warga seni. Seorang tokoh seni telah kembali kepada Penciptanya iaitu YM Raja Ahmad Alauddin. Beliau
merupakan Pensyarah dan Pengarah Filem dan drama yang terkenal. 
Dikatakan beliau meninggal dalam tidur di kediamannya. Beliau
dimakamkan di Makam DiRaja Selangor sebab beliau
adalah kerabat DiRaja Selangor. Sosok tubuh yang kembali kepada Pencipta
dalam usia 62 tahun tu memang asalnya
sudah bergelumang dengan seni visual sejak awal sebagai
pensyarah dan jugak pengarah filem serta drama. Baik dan low profile
orangnya walaupun lahir dikalangan keluarga DiRaja namun tak nampak pun dirinya sombong walau sekelumit jua...
berbanding dengan segelintir pensyarah lain yang agak serius kerana memikul gelaran pensyarah atas bahu mereka...hahaha..opst!....Beliau pernah menjadi
pensyarah UKM, UiTM, ASWARA dan sebagainya...
Dikatakan dia masih sedang mengarahkan sebuah drama untuk televisyen
...namun ALLAH SWT lebih sayang kepada beliau...


YM RAJA AHMAD ALAUDDIN...credit to google pict.
Aku sebenarnya awal
telah mendengar nama beliau kerana
aku mula bekerja di UKM 1983 tapi cuma pernah
dengar nama aja...hahaha... Aku tak pasti dia jadi pensyarah UKM tahun bila...
Aku pernah dengar namanya masa dia seorang pensyarah di UKM di Jabatan Komunikasi, FSSK masa tu. Aku cuma pekerja bidang audio visual di jabatan lain dalam ukm tu......
Aku menjadi bertambah kenal dengan dia masa aku jadi
mahasiswa tua di UKM lebih kurang 20 tahun yang lalu. Ada beberapa subjek yang dia ajar
aku sebagai pelajar major komunikasi di Jabatan Komunikasi dan minor sejarah ni... 
Aku amik bidang
Pengajian Media dan Komunikasi. Penuh dengan subjek filem dan video.
Penulisan skrip, Pengarahan, Dokumentari dan sebagainya.
Semua subjek yang dia ajar aku peroleh
A dalam peperiksaan
dan membantu aku untuk peroleh ijazah kelas dua atas tapi tak pernah pun  peroleh anugerah dekan...mungkin aku ni memang bukan pelajar yang
pandai kut...hahahaha...apa boleh buat la...oopst!
Walau apa pun aku memang berterima kasih kepada beliau dan segala ilmu
yang diturunkan kepada aku memang tidak ternilai harganya...
Apa apa pun aku amat hormati dia ni...dan aku mohon doa moga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa dia, diluaskan kuburnya, dihindarkan dia daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga....aamiinnnn......


~~~~~ SEKIAN ~~~~~


daud.montak.zakaria

Friday, August 30, 2019

Hari Akhir pi CYBER...

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 30 Ogos 2019...merupakan hari terakhir aku pi hantar anak pompuan ke Cyberjaya tu...Dah lebih dua bulan aku hantar dan amik dia semasa
Latihan Industri dia kat situ...naik jemu dah aku pandang Cyberjaya
tu...dah jemu atau cemuih jugak, kata oghang peghak...
tuk hadapi jem hari hari tu...Aku dah rasa lega 
dah sekarang ni...
Pepagi aku hantar dia ke sana dan
waktu petang aku amik...haihhh...letih woooo...
Hari ni macam biasalah, jam 8.00 pagi bergerak...memang aku
jangka sejam aku kat atas jalanraya setiap hari...sebab jem teruk sangat terutama kat
Bangi Lama...Jika tak jem masa yang diambil ialah setenagh jam aje....

kat cyberjaya
cyberjaya
menara paragon
 Hari ni aku hantar aje dan masa balik kawan dia akan amik sebab dia orang ada plan nak pi sana sini hingga malam...maklumlah esok merdeka. Kedua dua kawan pompuan
dia tu merupakan kawan sama2 waktu sekolah dulu2...boleh dikatakan
kawan paling baik la sebab kalau ada masa memang itu aje
kawan yang akan pi mana hinggalah
bila dia dah masuk IPTA
ni...Aku tak kisah pun...asalkan tak buat benda2 yang tak elok...Aku dulu
pun ada gak kawan paling baik...tapi la ni tak tau ada lagi ke tak...

tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
Selesai aje hantar anak pompuan kat Cyberjaya tu...aku terus pi
Tasek UKM untuk panaskan badan kat situ...
Sampai aje terus aku berjalan...berjalan aje pun...jogging
da tak mampu sebab dah tua...dah tua? hahaha...Macam biasalah...aku
berjalan lebih kurang sejam aje...Masa berjalan tu sempat la tengok kapalterbang MIG
bising2 kat langit tu..mungkin ada kaitan dengan sambutan merdeka kat Putrajaya kut...Hari ni mungkin dia orang raptai...Tak sempat aku nak snap foto....hahaha...

selesai dah
lepas ni tak jumpa lagi dengan wak jawa ni tuk sembang2...
sejam lebih berjalan...ok la kut...
Tamat aje sejam aku berjalan..maka aku pun snap sikit foto..
Hari ni hari akhir aku berjalan di Tasek UKM ni...Lepas ni aku akan pi Tasek kat Nilai pulak seperti sebelumnya..Sebelum ni aku berjalan kat tasek nilai...Aku berjalan kat
Tasek UKM ni sebab aku hantar anak pompuan ke Cyberjaya
dan berikutnya terus singgah di Tasek UKM
sebab dekat sikit daripada
tasek Nilai...

km yang dibuat untuk 5 hari...
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
Kemudian aku pi jumpa wak Jawa
tu dan beritau hari ni hari akhir aku ada kat Tasek UKM
tu...tak dapatlah kami bersembang panjang lagi kat tasek ni...Dia dah ada 
rakan keje baru dari Bangladesh nampaknya...Selesai aje jumpa dia, aku terus balik...dan .....bye bye tasek ukm...tak tau bila akan ke sini lagi.....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Wednesday, August 28, 2019

Panaskan badan di Nilai..

Diari Daud - Hari ni Rabu, 28 Ogos 2019...jam 7.00 pagi lebih aku dah gerak ke Tasik Ujana Nilai untuk panaskan badan. Kali ni aku berpeluang lagi untuk panaskan
badan di Tasik Ujana Nilai sebab aku tak pi hantar
anak pompuan aku ke Cyberjaya.
Anak pompuan aku
tidur kat rumah staf tempat dia
latihan amali tu sebab suami staf tu out station.
Staf tu pelawa anak aku tidor kat rumah dia dua malam, jadi tak perlulah
aku hantar dia pepagi ke Cyberjaya tu untuk dua hari ni. Petang Khamis baru aku jemput dia kat Cyberjaya tu...
Tiba di pinggir tasik tu dalam jam 7.20 pagi kut. Jadi sebaik sampai terus aje aku mula berjalan...berjalan je pun sebab nak jogging tak mampu...dah tua...lutut
dah tak kuat sangat...Agak ramai jugak yang dah ada kat
tepi tasek tu...jogging, berjalan dan sebagainya.
Aku tengok umur orang dah pencen
pun ramai kat tasek
tu....
Jadi....tengok aje la foto foto yang aku paparkan ni...dah malas nak tulis lagi......



mula panaskan badan






 mentari tak tunjukkan diri sangat pun hari ni...


waktu panaskan badan tamat




nak balik

nak balik dah..




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

Friday, August 23, 2019

Jumaat lagi...

lulus dah...
Diari Daud - Hari ni Jumaat, 23 Ogos 2019...aku tak pi Cyberjaya hari ni sebab anak pompuan aku cuti hari ni. Dia cuti sebab dia nak pi ke JPJ untuk buat
lesen memandu kat sana. Alhamdulillah dia lulus ujian
memandu Selasa lepas. JPJ bagi tempoh
3 hari untuk buat lesen
memandu di JPJ. Dia pi dengan
kawan dia ke JPJ Bandar Baru Bangi tu...Jadi hari ni aku agak relax la...tak pi Cyberjaya.

tasek ujana
saje je ni
sib baik belakang pompuan berjubah...
Disebabkan aku tak hantar anak aku ke Cyberjaya maka aku dah plan semalam
dah untuk panaskan badan di 
Tasek Ujana Nilai aje...Lokasinya pun tak jauh daripada
rumah. Sebelum ni aku memang panaskan badan kat sana pun. Tapi sejak aku
hantar anak ke Cyberjaya aku sering panaskan badan kat UKM aje dan Tasik Ujana tu hampir dua bulan aku tak pi...

dataran...macam ada program esok...
hampir jam 8.00 pagi...cahaya matahari mengintai di celah awan mendung pagi ni...
staf pembersihan di sana tu
La ni aku pi ke Tasek Ujana Nilai tu...Gerak dari rumah jam hampir 7.00 pagi. Tiba sana lebih kurang 7.10 pagi. Aku tengok memang dah ramai dah orang kat tasek
tu. Kalau ramai macam ni taklah rasa takut sangat sebab
tasek tu kalau takde orang macam sunyi
aje...yang ada cuma pengawal
dan dua tiga orang
pekerja pembersihan kat situ...Bahayanya kalau ada
perompak atau penyamun...sekarang ni kasut pun dia orang boleh rompak
atau samun kalau takde benda lain yang beharga....tak gitu...Jadi la ni kita kena sentiasa awasi diri kita di mana mana pun...la ni macam tak selamat aje
walau di mana pun....

masing2 beraktiviti...
program esok....macam program mancing aje..
sesapa yang 'kaki lari' tu...pi la daftar sekarang.....staf2 ukm...anim...???
Aku tiba aje terus snap satu dua foto sebelum aku
berjalan kat atas trek di tasek tu. Aku biasanya akan berjalan selama
sejam lebih kurang...Aku tengok terdapat sebuah khemah didirikan di situ...mungkin ada program. Aku terlihat ada satu bunting kat situ...Nampaknya ada program esok, sabtu...macam program kaki pancing aje...Agak ramai jugak staf yang
sediakan kelengkapan di situ....
Aku jugak terlihat satu bunting yang rasanya
berguna untuk sesapa yang minat berlari tu. Jadi bagi 'kaki lari'
bolehlah anda mendaftar sekarang ... Aku promote aje orang punya program...Jangan
lupa sesapa yang berminat sangat dengan larian tu...silalah mendaftar...

permandangan kat sini...
ramai gak kat sini...
khemah program esok...
Aku sempat la berjalan lebih sejam kat
tasek tu..lebih daripada 5 kilometer aku dapat buat...jadilah kut...
daripada tak buat langsung. Ada la jugak kalori yang diambil dapat dikeluarkan kembali
kalau tak semua... sikit pun ok la tu.....
Kat sini kaum2 adam macam aku ni kenalah jaga
mata sikit maklumlah lelaki dan pompuan semua ada kat sini...tiba2 aje ada je
pompuan2 yang potong kita dan berjalan depan mata kita...jadi bersedialah untuk jaga mata sesangat ye....nak kata apa kan...tak gitu....hahaha...opst! Kalau kat UKM tu aku
sensorang aje yang panaskan badan kat situ...tak ada masalah punnn...

tempat pejalan kaki..
nak balik dah...
habis dah...
Ermmmm....rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...
Akhirnya aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan diampunkan oleh 
ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua...Jangan lupa sentiasa doakan jugak supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa mentua kita, diampunkan oleh ALAH SWT kan semua dosa mereka, diluaskan oleh Allah kubur mereka,
dan dibukakan salah sebuah pintu syurga ke kubur mereka
hingga ke hari kiamat serta moga ALLAH SWT
masukkan mereka semua ke
dalam syurga......
Jangan lupa jugak doakan kesejahteraan
dunia dan akhirat untuk keluarga kita, sedara mara kita, jiran2 kita
dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya...Tak lupa jugak doakan supaya ALLAH SWT berikan hidayah kepada orang orang kafir...kesian dia orang akan kekal dalam
neraka buat selama lamanya....tak gitu...La ni ada 7 billion manusia
...cuma 2 billion aje ISLAM...5 billion lagi bukan Islam
...jadi doakan untuk mereka...tak rugi
kita doakan mereka...sekurang kurangnya kita dapat pahala berdoa...tak gitu....

hampir 6km
ok la ni...
hari ni jarak lebih sikit minggu ni..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria.

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...