Tuesday, April 30, 2019

Peluhkan badan kembali lagi....

Diari Daud - Ah! dah seminggu aku tak peluhkan badan, dah lari jadual aku...Hari ni Rabu, 1 Mei 2019 aku mula kembali panaskan badan di tasik ujana nilai impian nilai
negeri sembilan tu. Awal pagi aku dah pi maklumlah tengah
semangat sebab lama tak pi sana tu..Gerak dari
rumah jam 6.30 pagi...sampai kat situ
iaitu tasik tu jam lebih kurang
6.40 pagi kut..

awal pagi ni, belum lagi jam 7.00 pagi
selfie dulu...
kat tepi tasik tu pemancing....ramai yg mancing, lebih kurang 10 orang kut...
cantek cahaya pagi...
 Sebaik sampai kat
tasik tu aku tengok dah ada yang
mendahului aku...lebih kurang 5 buah kete dah ada
kat parking kete tu. Lepas park kete aku pun kuar kete dan tangkap
beberapa foto yang menunjukkan aku da ada di tasik tu awal pagi lagi...ewahhh...ekekeke...opst! Tapi tu la dah ada orang yang ramai kat situ...cuti la katakan.

Aku tengok ramai jugak kaki pancing kat tepi tasik tu dan kalau tak silap mungkin dalam sepuluh orang kut...nampak bayang aje sebab hari masih gelap dan lampu
tepi tasik tu pun belum lagi terpadam. Yang gunakan trek tak ramai
pun yang ramai orang yang mancing tu...Pelik gak aku
nape dia orang mancing sedangkan
setiap 100 langkah ada
signboard yang melarang memancing dan menangkap ikan kat situ...dia orang tak pandai baca ke...Tapi tu la bila hari makin terang, tengok muko pemancing yang beberapa
orang masih lagi ada kat situ...nampak muko...macam tiada pun yang muka
melayu aku nampak...makna nya dia orang ni bukan orang tempatan
atau mungkin kaum lain atau mungkin bukan
warga sini kut...macam bukan warga
mesia aje...muko oghang
luor rasenye...

cahaya subuh...
cantek...
mula berjalan...
saja je....
Kunjungan ke tasik tu bertambah ramai bila
hari makin cerah...mungkin sebab cuti hari pekerja ramai la yang
 datang ke tasik tu..Aku sebenarnya tak berapa sedar pun hari ni cuti sebab
aku dah pencen...ewahhhh...ekekeke...opst! Selamat bercuti la pada mereka yang masih bekeje tu eaaa..hahaha...opst!

Sebelum jam tujuh pagi aku dah
mula berjalan...berjalan aje pun, nak joging tak larat sebab umur da banyak...bukan tua...ekeke...opst! Sempat la juga aku amik gambor mase berjalan tu...Aku
bercadang untuk berjalan 5 kali pusingan..macam biasala tu..
itupun makan masa lebih kurang sejam lebih kut...Doktor
dah kata kalau berjalan kena buat 3 jam setengah
setiap minggu sekurang kurangnya...tapi kalau joging sekurang2nya 2 setengah jam seminggu....aku dah tak mampu nak joging punnn..

bulan sabit pun masih ada kat langit tu...
ramai gak yg datang sini...
kat bukit tu bukan kabus tapi ASAP kilang...sihat ke kita kat sini, sampai ke asap tu ke tasik ni...??
cantek langit tu bila cahaya matahari nak muncul...
Aku memang biasa buat lebih
kurang 3 jam setengah setiap minggu...itu aje
pun yang aku mampu...doktor kata perlu peluhkan badan untuk
buang kembali kalori yang kita dah amik setiap hari tu...kalau tak ia akan
terus menginap dalam badan kita sebagai pakcik lemak dan makcik lemak atau jugak uncle kolestrol...tambah pulak kita yang dah banyak usia ni tentu mudah kumpul
penghuni penghuni macam tu.....kan...kan....
Bila semua tu da ada dalam badan ia akan menjadikan tubuh kita dihuni oleh penyakit atau akan menyebabkan penyakit yang dah ada dalam badan kita bertambah
teruk....jadi hati hati lah.......
Tapi tu la...ajal tak kira mudo ko, tuo ko, sihat ko, sakit ko, kato ko, miskin ko...kalau dah sampai maso yo datang la malaikat maut tu.....ekekeke...opst!

matahari da mula meninggi....tapi ramai yang ada kat sini
dah muncul cahaya matahari...
lebih kurang masa macam ni cahaya matahari dah nampak...
konkrit..kehijauan...air dan bukit bukau...kombinasi yg mententeramkan...
Setelah aku selesaikan berjalan selama sejam lebih
dan berjaya berjalan 5 kali pusing keliling tasik tu maka aku berhenti dan
tangkap beberapa foto sekitar tasik tu...Ramai betul orang hari ni, memang...sebabnya hari ni hari cuti jadi ramai datang ke sini untuk beriadah...Semua bangsa ada semua usia
ada...kanak2 pun ramai datang...Rasanya aku dah habis idea untuk ditulis..

cantek kombinasi hijau, berkilau, langit dan cahaya...
aku nak balik dah masa ni...
masih ramai orang....
selesai aku berjalan...
Aku sarankan sesape yang nak beriadah tu...kat tasik nilai ni memang selesa, trek pun panjang, air tasik pun tak busuk, tak sesak sangat, pandangan luas
dan pelbagai lagi lagi tak dapat aku nak catatkan di sini..
pi je la sendiri dan rasai sendiri.......
Kalau nak selesa datang awal pagi macam aku sejuk sikit sebab matahari
mula memancar jam 7.20 pagi lebih kurang...Rasanya lokasi
ni agak selamat sebab sentiasa ada pengawal kat
pos pengawal tu...cuma tandas kat pos
tu macam tak boleh guna aje...tak tau kenape, kalau tiba2 nak masuk tandas, payah tu.........Rasanya kalau bawak kete parking la berhampiran trek ... jangan
parking kat jalanraya sebelah semak tu, sebab kalau pape kita tak
nampak kete kita tu....Tuan Haji Ahmad Badriz kata
ada kes orang khianat kete parking 
sebelah jalanraya yang penuh semak tu........
Kalau pi waktu petang pun ok kut tapi aku tak pernah pi waktu petang...Sabtu dan Ahad mungkin ramai pengunjung kut...aku jarang sangat pi pada hari sabtu dan ahad
tu......Ok la kut..itu aje yang mampu aku tulis.....bye...

nak balik dahhh...
nak balik dah....
selesai berjalan 6Km lebih kurang sejam
rekod yang lalu....seminggu tak datang sini...
masa balik...
Sebelum aku tutup tulisan ni ingin aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita...dan janganlupa
setiap lepas solat doakan moga kedua ibubapa kita dan
kedua ibubapa mertua kita akan diluaskan oleh
ALLAH SWT kubur mereka serta
dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua
ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah..aamiinnn..

~~~~~~~     SEKIAN     ~~~~~~

daud.montak.zakaria

Monday, April 29, 2019

Temujanji dengan Klinik Kesihatan

Diari Daud - Dah lama aku tak tulis blog...ewah..sebab takde apa yang nak diceritakan...dah lama jugak aku tak panaskan badan kat tasik ujana nilai tu.....Jadi hari ni aku mula
menulis kembali....Hari ni Senin, 29 April 2019...aku dan isteri ada
Temujanji tu waktu petang..Lepas zohor kami
pi la ke sana. Jam 2.00 petang lebih kami tiba di klinik tu.. Lepas parking kete kami berjalan masuk ke dalam klinik kesihatan tu..

Tiba di dalam, isteri aku terus
pi ke kaunter dan serahkan kad yang kami bawa
tu...staf kat kaunter tu suh isi borang pesakit dulu. Jadi kami pun
terus pi ke kaunter borang pesakit luar tu dan isi dua borang...satu untuk aku dan satu
untuk isteri aku...aku isi untuk isteri aku dulu. Tak bawak pen pulak, biasa aku memang rajin bawak pen sendiri sebab biasanya pen yang ada kat kaunter borang tu
mesti ada yang telah cedera dan sakit, maklumlah
banyak tangan yang guna...Rasanya kita
perlu mendidik anak2 kita dari kecik
supaya lebih bertanggung jawab
terhadap harta awam, jadi bila da 'tua' takde la sembrono aje guna harta awam...tak gitu...ekekeke...opst!

tiba di klinik kesihatan bandar seri putra
lepas daftar pi kaunter 17...sengaja gelapkan sikit sebab dalam klinik tak elok amik gambo..
sabar menunggu
  Lepas isi borang isteri aku serahkan kedua
dua borang kepada kaunter dan staf kaunter beri nombor giliran
dan kami tunggu nombor giliran kami dipanggil. Bila dipanggil maka staf kat kaunter
tu bagi kad kami dan suh kami pi pula ke kaunter 17. Di situ kami kena tunggu lagi nombor giliran dipanggil. Nombor giliran isteri aku dulu dipanggil...

Kemudian giliran nombor aku pula dipanggil....
Bila nama dipanggil aku terus pi dan duduk di kerusi depan staf tu...dia amik tekanan darah aku pertama dia amik...fullamak 140 lebih!...terkejut jugak aku...Kali kedua barulah
di bawah 140...ok la tu...tapi tak ok sangat la...tapi ok la tu jika
pada umur aku macam ni... bawah 140 itu
dah dikira ok la tu...

tak perasan bilik 14 ni...bunting tu menyilapkan mata aku...payah jumpa bilik ni..sengaja gelapkan foto ni..
menunggu...
hasil cek jantung...
Kemudian dia suh aku masukkan fail ke bakul
depan pintu bilik 21. Dan satu slip lagi dia minta aku pi ke bilik
14 untuk cek jantung...Jadi aku gi la cari bilik 14...cari punya cari tak jumpa gak..
banyak kali cari...aku ni jenis malas bertanya, aku lebih suka cari dulu...kalau dah jemu cari barulah tanya...Tapi aku belum jemu..las las jumpa gak bilik tu...itu pun
dah hampir putus asa cari...Aku manalah tau dalam klinik tu..
Ini mungkin kami ketiga kut aku masuk klinik ni...

Bila jumpa bilik nombor 14 tu...aku pun letakkan
slip untuk cek jantung kat bakul di tepi pintu tu...Rupanya bilik tu bilik
yang paling ujung...Aku tak nampak nombor 14 tu sebab ia dihalang oleh sebuah 'bunting'
yang menghalang pandangan aku...apa boleh buat la...hahaha...opst! Lain kali aku
 takkan sesat lagi tapi klinik ni ada dua tingkat kut...maknanya tingkat atas
tu aku tak tau la apa pulak yang ada...masih akan sesat lagi
rasanya...ekekeke...opst!

balik pi kaunter 17 tunggu jumpa doktor
kaunter 17 sebelum masuk jumpa doktor, saje je gelapkan gambo ni...
buat appointmen akan datang...segala gelapkan sebab dalam klinik tak boleh paparkan foto...ekekeke..
Kemudian bila dah letak slip kat situ, aku
pun tunggu la bersama dua orang pesakit yang sedang tunggu
di kerusi situ...aku tak tau pulak dia orang nak cek apa....Tak lama kemudian
aku dipanggil masuk oleh seorang staf wanita muda. Masuk je dia suh baring atas katil yang ada kat dalam bilik tu...Dalam bilik tu ada dua orang staf sorang berpakaian nurse dan sorang lagi pakaian biasa je yang suh aku baring kat katil tu...

Selesai baring dia pun amik tah berapa kabel ke aku pun tak pasti
Dia suh aku buka butang baju sebelah atas...aiyaaa...malasnye aku nak
bukak baju depan pompuan ni...haihhhh.........aku tak kisah kalau dia lelaki tapi
ni pompuan muda maaaa....aihhhh...nak taknak bukak jugak la, sib baik aku pakai kemeja...Aku tak pandang pun muka dia...hahaha..Aku lebih banyak pejam je...lawak kan...hahaha....Dia terus lekatkan wayer tu di atas dada aku..ada 3 kut...tepi dada ada satu kiri dan kanan...kemudian dia suh bukak jam tangan...dia kepit alat tu di tangan kiri dan kanan, kemudian dia kepit satu di kaki kiri dan satu di kaki kanan...Aku pun tak
tau macam mana rupa alat tu.. Dalam keadaan rasa malu kemaluan tu...
aku pejam je mata aku...Kalau staf lelaki yang buat tentu
aku lihat dan banyak tanyanya...siap selfie atau wefie lagi tuu...hahaha...opst!..Apa boleh buat la...Apa apa pun terima kasih banyak pada staf yang cek jantung aku
tu...moga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT...

tunggu ubat...
tunggu ubat...


Selesai aje, dia pun tanggalkan semua wayer wayer
tu dan setelah selesai dia suh bangun...Biasalah...aku bangun dan
kenakan semua butang baju dan tunggu dia selesaikan apa yang di print daripada
alat tersebut...Selesai aje dia bagi kat aku...aku biasalah, ucap terima kasih dan keluar daripada bilik tersebut...

Kemudian aku pi kembali ke kaunter 17
...aku tanya kat nurse di situ nak buat apa dengan kertas hasil cek jantung tu...Nurse kaunter 17 tu kata tunggu nombor giliran dipanggil...Tak lama kemudian nama
aku dipanggil dan aku masuk ke bilik 21..ketuk pintu masuk dan
beri salam...seorang doktor pompuan sedang tunggu..
Temujanji yang lepas dengan doktor lelaki...

Dia suh duduk...aku pun duduk la....
Kemudian dia mulalah cek fail perubatan aku..
Dia jugak teliti hasil cek jantung yang di print tersebut...kemudian
dia kata jantung aku ok tak ada pape yang bermasalah...alhamdulillah...kata hati aku....

tunggu ubat
nombor tunggu ubat
sabar je tunggu ubat..
Lama jugak aku dalam bilik doktor tu...banyak yang kami bincangkan dan banyak pulak yang aku tanya...Aku tanya banyak bukan sebab dia doktor pompuan
tapi kerana banyak yang aku nak tau...Doktor tu pulak
amat baik dan amat amik berat dengan
semua yang aku tanya....
Bila dah takde apa yang aku tanya maka aku pun selesai dengan dia...sebelum tinggalkan bilik doktor tu aku ucap terima kasih dan bagi salam kat dia.......

Kemudian aku pun pi ke kaunter temujanji untuk buat temujanji akan datang pulak
...aku masukkan kad dan slip ubat dalam kotak yang tersedia di situ...Ada pesakit lain yang sedang berurusan di kaunter tu...kemudian nama aku dipanggil...Dia tentukan tarikh
temujanji akan datang...Selesai kat kaunter temu janji kemudian terus pi
ke kaunter farmasi...masukkan slip ubat dan nombor dalam kotak....Bila nombor
giliran dipanggil, terus gi kaunter dan beri nombor giliran serta sebut nama, kemudian staf kat situ beri ubat dan jelaskan cara makan dan sebagainya....Selesai amik ubat
terus keluar dengan isteri menuju ke kete di tempat parking tu...Ramai jugak
orang yang berurusan dengan klinik kesihatan bandar seri putra tu......
Terima kasih kepada semua staf yang mengendalikan
hal berkaitan aku di klinik ni...moga anda
semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga akhirat.....

nak balik dah...
Sebelum aku tutup tulisan ni ingin aku doakan semoga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir
hayat kita semua dan jangan lupa selepas solat doakan
supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita akan diluaskan
oleh ALLAH SWT
akan kubur mereka dan dihindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api
neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah.....

~~~~    SEKIAN    ~~~~

daud.montak.zakaria

Sunday, April 21, 2019

#tasikujananilaiimpian

Diari Daud - hari Isnin, 22 April 2019...pepagi lagi da pi ke tasik ujana nilai tu...nak peluhkan badan sat untuk jam pertama minggu ni. Hari ni lewat sikit. Aku sampai kat
tepi tasik tu dalam jam 15 minit sebelum jam 7.00 pagi. Aku
tengok da ada beberapa orang sedang panaskan
badan kat trek tasek tu. Ada jugak yang
awal daripada aku. Masa
aku tiba tu mungkin dalam 3 atau 4 orang da ada di trek tasek tu...termasuk veteran yang sering aku jumpa...jumpa aje tapi tak pernah tegur dan kenal pun...ekeke...opst!
Ermmmm...rasa malas nak tulis panjang hari ni....tengok aje la
foto foto tu kalau nak.....semua kat  TASEK UJANA
NILAI IMPIAN....

jam sebelum 7.00 pagi ni....
sunyi je pepagi ni..
kat bukit sana tu bukan berkabus tapi asap kilang, tebal bukan main...
nak mula berjalan....
cantek cahaya tu..
ni masa mula berjalan...
asap tebal kilang kat bukit tu ..bukan kabus...
7.20 matahari dah nampak...
matahari naik masa ni...
sudut lain tasek
satu lagi sudut yg lain
sudut lain lagi..
tengah berjalan ni..
dah selesai
nak balik dah...
waktu balik
selesai sejam lebih sikit berjalan...

Aku kena berjalan sekurang2nya 3 jam setengah kalau aktiviti berjalan...itu sekurang kurangnya dalam seminggu, kalau boleh buat lebih, itu memang terbaik la
kan...tapi aku memang tak sampai pun 4 jam atau lebih...apa apa pun
3 jam lebih tu rasanya ok lakut setiap minggu. Tapi kalau aku
boleh joging, aku perlu
buat 2 jam setengah setiap minggu sekurang
kurangnya, kalau lebih, itu da terbaik, tapi aku mana la larat nak joging
dalam usia yang dah banyak ni...bukan tua tapi usia da banyak...ekekeke...ooopst!
Itu nasihat daripada doktor yang aku dengar la....itulah masa
yang diperlukan untuk peluhkan badan.....

Akhirnya sebelum aku tutup tulisan ini aku doakan kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua.
dan....jangan lupa doakan supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita akan diluaskan oleh ALLAH SWT
kubur mereka, dihindarkan daripada
siksaan kubur siksaan
akhirat dan jugak siksaan api neraka serta
dimasukkan ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah..aamiinnnnn...

~~~~~~  SEKIAN  ~~~~

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...