Friday, June 30, 2017

hari raya 2017

Kami menyambut raya pada 25 jun 2017.

Seperti di tahun2 yang lalu, aku sekeluarga beraya di kampung aku...Kg Senin 
Layang2 Kanan Parit Perak. Di kampung memang aku sentiasa je 
menumpang di rumah adik pompuan aku. Itu je tempat yang
mampu aku tumpang selepas emak
aku menjadi almarhumah...
Bergerak ke Perak pada hari Jumaat selepas Asar
menuju ke Perak. Walau pun sekali sekala jem namun kami sampai jugak 
ke kampung lebih kurang jam 11.00 malam. Hari Raya ni yang seronoknya ialah
bila ramai2 balik kampung. Balik kampung secara berjemaah.
Walau pun jem, rasa seronok tu tetap ada.....

rumah adik aku....



bakar lemang kat umah adik aku...
 Hari terakhir berpuasa kami dah berada di kampung. Pergi ke pekan Parit cari 
ayam dan ikan. Harga ayam dan ikan sama je macam di BANGI...
hermmm...Balik ke rumah adik, famili bantu adik pompuan aku
 bakar lemang. Dalam dua jam lemang tersebut
pun masak......................

solat hari raya di masjid seri iskandar.
 Hari raya pertama aku serta famili dan adik ipar bersolat hari raya di masjid Seri
Iskandar lebih kurang 15 kilometer dari rumah adik. Masjid di kampung
aku telah terbakar dan masih dalam pembinaan. Tak taulah
bila boleh siap....Kalau korang nak pahala hingga
hari kiamat dermalah untuk masjid tuuu...

posing sebelum masuk masjid



posing bersama famili dan adik beradik.
ada keluarga yang tak turut serta...
beraya di rumah adik beradik aku...di Kampung Senin
Kg Senin
kampung senin.
Hari Raya Kedua, aku bawak famili aku beraya di Sauk Kuala Kangsar iaitu kampung
adik beradik isteri aku di sana. Masa datang ke sini iaitu  jalan menuju Grik pun 
jem teruk jugak...
Isteri aku memang berasal dari sana. Aku sempat
beraya di tiga buah rumah kakak ipar aku di sana. Di sini jugak kami jumpa
adik beradik isteri aku yang juga turut beraya di sana. Pada Hari Raya 
kali ini terdapat sedara mara isteri aku yang jatuh sakit, moga 
mereka semua yang terlibat akan sembuh dengan 
kadar yang segera InsyaALLAH...aaminnn........................................................
Di SAUK, K.K ramai juga sedara mara isteri aku...kalau beraya dgn 
semua sedara mara di sini tentu sampai malam pun tak abis....
Jadi pilih je la rumah adik beradik isteri aku jeeee....
Menjelang petang aku kembali ke 
Kampung Senin, Parit.

yang lelaki semua biras aku...yang duduk tu isteri memasing...
sedara mara isteri aku...di Sauk Kuala Kangsar.
sedara mara isteri aku...di Sauk Kuala Kangsar.
sedara mara isteri aku...di Sauk Kuala Kangsar.
Waktu petang Hari Raya Pertama, aku serta famili pi ke bendang untuk merakam foto. Ooopst! korang semua faham tak apa itu bendang. tak faham sudey laaa.....
Waktu petang tu memang nyaman...angin sentiasa je bertiup.
Nyaman sangat rasanya. Bendang tu pun bukan
bendang kami pun...bendang
orang...guna tempat untuk posing je...
Tanah aku kat bendang tu tanam kelapa sawit je....
Agak lama jugak kami di sana tu...sampai da rasa jemu dan hampir senja
baru kami balik....seronok duk kat bendang tuuu.........

ibu dan anak2 sedang posing sakan...
ini aku ngan isteri lerr...





Pada Hari Raya Ketiga kami sekeluarga pi ke Pulau Pangkor. Yang ini tiada dalam plan
pon....tanpa rancangan. Cadang nak pi ke Manjung ziarah abang ipar tapi
atas sebab tertentu mereka tiada di rumah jadi terus plan ke
Pulau Pangkor. Kami bergerak ke Lumut
dengan dua buah kereta.
Tiba di Lumut terus ambik tiket untuk pi ke Pangkor.
Wah...tiket feri naik mendadak musim perayaan ni...biasanya rm10
disebabkan hari raya terus naik rm14....bayangkanlah berapa peratus tambang tu
naik...tamat hari Raya nanti tentu harga tiket turun balik...hemmm..

feri ke Pangkor
kat pantai pulau Pangkor..
pantai pulau Pangkor
pantai pulau Pangkor
pantai pulau Pangkor
pantai pulau Pangkor
pantai pulau Pangkor
ni dia 'pencuri' makanan orang...
posing sat
jeti Lumut waktu petang...

bersama famili...

Tiba di Pulau Pangkor lebih kurang setengah jam kut...tak tengok jam pon....Kemudian kami naik van untuk terus ke pantai. Kami tak amik pakej untuk keliling pulau.
Untuk pi pantai cuma rm25 je...tak tau aku masa bukan perayaan
berapa tambangnya...
Untuk tiba di pantai mengambil masa 15 ke 20 minit kut....
tak pasti....Tiba di pantai semua famili pi mandi....aku tak mandi sebab tak minat...
aku tangkap gambar famili dan permandangan je dengan handphone
aku tu....Banyak pulak kera di pantai apabila kami dah beberapa
lama berada di pantai tu...Ada sekor kera tu berani sangat
...sergah pon tak lari. Itu ketua dia gamaknya....
Ada sekor kera tu secara tiba-tiba melarikan makanan sorang pompuan
yang sedang duk tepi pantai tu...menjerit dia ...sian dia...makanan tu
belum pun dijamah lagi. Ingat ye kalau pi pantai
di Pangkor ni hati2 lah....
Menjelang jam 5 petang kami tinggalkan pantai tersebut dan ambil van
pulang ke jeti selepas kami selesai solat. Mudah untuk dapat van
pulang ke jeti. Tiba di jeti terus naik feri untuk ke Bandar
Lumut. Feri yang dinaik tu bukan laju pun...
macam kura2 laut.....apa2 pon
kami tetap juga sampai di jeti Lumut. Turun feri
famili aku terus pi beli macam2 makanan laut yang kering termasuk sotong.
Selesai beli kami terus menuju parking kete untuk bergeak
kembali ke Parit. Tiba di rumah adik aku dalam waktu MAGHRIB.
posing tepi pantai...
posing giler ni...
posing bersama famili di pantai


 Hari Raya Kelima aku serta dua anak lelaki aku dan adik pompuan aku pi ziarah
pusara Ayahanda dan Bonda aku. Assalammualaikum wahai ahli
kubur. Sempatlah kami membersihkan sikit kubur ayah dan ibu
yang dah sentiasa sedia bersih tuuu. 
Sempat juga kami berdoa untuk ke dua-dua 
ayah dan ibu kami serta sempat juga
berdoa dan sedekahkan bacaan surah kepada semua
ahli kubur yang berada di situ dengan harapan mereka semua bebas daripada
seksaan kubur dan api neraka....serta masukkan mereka de dalam
SYURGA..............aaminnnnnnnn....

tanah perkuburan Kampung Senin...
di pusara ayah aku....baru meninggal awal tahun ini...
pusara ayah....
pusara ibu...
Hari Raya Kelima...kami bersiap untuk balik ke BANGI pada waktu petang selepas 
selesai solat ASAR.  Jalanraya PLUS tiada jem sangat. kami singgah 
sebentar di R&R Tapah. Kami tiba di BANGI lebih
kurang jam 11.00 malam kalau aku
tak silap...............

sebelum bergerak ke BANGI meninggalkan Kg SENIN...
R&R Tapah..


 Harap tahun depan kami sempat berhari Raya di kampung lagiiiii....InsyaALLAH..


daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...