Monday, September 9, 2019

Panaskan Badan dan Sambutan Hari Jadi

Diari Daud - Hari ni Isnin, 9 Sept. 2019...cuti umum untuk orang yang bekerja tapi untuk orang pencen macam aku ni tetap cuti sampai akhir hayat...hahaha..opst!
Sebab hari ni hari Isnin dan hari pertama minggu ni aku
biasanya panaskan badan maka pepagi
lagi aku dah gerak ke tasik nilai
tu untuk panaskan
badan dan disebabkan hari ni cuti maka isteri
aku pun turut serta dengan anak bungsu aku. Biasanya aku sorang je.
Kami gerak ke sana sebelum jam 7.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang jam
7.10 pagi kut...aku tak pasti...

tasik ujana nilai..
tasik ujana


ramai hari ni...
ramai...
ramai hari cuti ni
Sebaik tiba di sana kami terus aje mulakan
berjalan kat trek tepi tasik tu...Aku biasalah, akan terus berjalan ikut rantak
kaki aku...Isteri aku tak ikut pun rentak kaki aku maka tinggallah di belakang...dan bila dia jumpa kenalan baru umur yang hampir tak berbeza, maka dia terus layan pompuan
cina tu bersembang sambil berjalan. Aku terus aje berjalan, lagipun
kalau berjalan kat sini aku memang tak berapa
berminat untuk cari kenalan untuk
bersembang sambil
berjalan tu...aku lebih berminat layan langkah kaki aku sendiri...tak biasa aku bersembang sambil berjalan. Aku pun memang tak berminat cari kenalan kalau ada
di mana mana apatah lagi di lokasi panaskan badan tu...opst!
...bukan sombong, tapi memang macam tu...
...apa boleh buat la....hahaha...

jerebu...matahari pun merah
jerebu...matahari pun merah
ramai orang hari ni...
student usim pun ramai..
walaupun ramai tapi selesa kat sini...
Isteri aku kata dia sembang dengan pompuan cina tu sambil
berjalan berkaitan parkara biasa je...berkaitan famili dan sebagainya...
Pompuan cina tu kata suami dia dah pencen kerajaan dan bulan bulan terima
pencen daripada kerajaan...Aku memang perasan suami dia, selalu aje berjalan kat trek tu...sering jumpa, bila aku panaskan badan di tasek tu...Pompuan Cina tu kata
sebab ada pencen maka tak perlulah minta pada anak2 dan sebagainya..
Jadi sekarang ni aku duk fikir kalau kerajaan hapuskan pencen
maka emak bapak yang dah takde pencen kena minta
pada anak2 ke gamaknya.....atau macam
mana...bimbang aku dengan tindakan kerajaan yang nak
hapuskan pencen sekarang ni...Bebanlah anak2 sebab terpaksa beri belanja
untuk mak bapak yang takde pencen tu....dah la nak dapat keje pun susah sekarang ni...tak gitu....hermmm...terpulanglah pada pengundi masa pru akan datang eaa....hahaha..
...opst!. Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh isteri aku dengan
pompuan cina tu masa mereka berdua berjalan...tapi tak minat
 aku nak coretkan kat sini...

nak tamat dah
dah tamat dah pun
nak balik ni...
5 K lebih ..ok la tu...
untuk minggu ni..

Hari ni hari cuti tu sebab trek kat tasik tu macam penuh aje...
dan student usim yang duduk di kolej kediaman pun ramai kat tasek tu...
maklumlah sekarang sesi baru pengajian....Memang nampak macam penuh aje
kali ni...biasa aku datang sini macam tak ramai je...kali ni memang ramai...Aku tamatkan berjalan setelah aku complete kan pusingan sejumlah 5 pusing lebih kurang sejam
lebih ...ok la tu daripada tak buat langsung kan.....
Kami tinggalkan tasik ujana nlai tu lebih kurang jam 8.30 pagi......
~~~~  selesai   ~~~

HAD, 8 SEPT. 2019

anak sulung aku dan cucu kami...
anak sulung aku serta menantu dan cucu kami..
anak sulung aku serta menantu dan cucu kami..

Semalam, Ahad, 8 September 2019...kami dijemput oleh anak sulung kami untuk majlis sambutan hari lahir cucu sulung kami yang berumur setahun. Majlis tu diadakan
di rumah besan kami di semenyih. Majlis tu bermula jam 3.00 petang lebih
kurang. Ini bermakna jugak aku dan isteri
aku dah jadi atuk dan nenek selama setahun...hahaha...opst!
Mereka kata tak besar mana pun majlisnya...hanya famili aje....ok la tu...yang penting
nilai majlis tu....tak gitu..

aku, isteri serta anak, menantu dan cucu
kami beserta cucu pertama kami...
eh...eh...kami sempat pulak nyelit kat sini...tapi anak bungsu aku taknak foto
dia dirakam...macam2 la..macam aku dulu la, masa sekolah menengah aku pun tak suka
nak rakamkan foto aku, tu sebab aku tak dapat cari pun foto aku masa sekolah menengah...sekarang...hermmm.....apa boleh buat laaaa.......
Sampai aje disana terus salam dan masuk rumah
 Aku tengok menantu kami dan famili sedang buat hiasan untuk majlis
tersebut. Ermmm....aku dah rasa macam dah takde idea nak tulis cerita ni...Kami berada di rumah besan kami tu lebih kurang 2 atau 3 jam kut...menjelang jam 6 petang kami
minta diri untuk pulang...Jadi aku cuma paparkan foto yang mampu
di snap kat majlis tu....

aku, isteri dan kedua dua besan kami serta anak pompuan mereka dan cucu kami....
masa nak balik..aku serta isteri dan kedua dua besan kami serta sedara mara mereka yg baik2 tu..
Cuma yang yang aku nak doakan ialah moga cucu kami tu
sentiasa sihat serta menjadi orang yang soleh serta bahagia di dunia hingga
ke syurga..Keluarga besan kami tu pun baik baik belaka.. moga kami akan kekal bahagia di dunia dan jumpa mereka kembali di syurga nanti...tempat yang kekal....
Begitu juga, moga aku akan jumpa kembali mereka
yang aku kenal dan pernah aku kenal di dunia
ini dan jumpa kembali di syurga nanti...
insyaALLAH ...
Syurga tu kekal dan tak mustahil akan jumpa kembali
dengan mereka yang aku kenal dan pernah kenal...Lagipun di syurga
nanti kita takkan tidur2 dan tentu tak mustahil untuk jumpa semua...tak gitu....
Nampaknya aku dah habis idea untuk menulis...tengok aje la foto foto majlis hari jadi yang aku paparkan tu eaaa.....

~~~~~ SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...