Tuesday, January 28, 2020

Ada di Desa, 23 - 27 JAN 2020

Diari DAUD - Aku berada di kampung aku dari 23 - 27 Jan 2020. Aku pun taknak tulis panjang-panjang. Aku cuma letakkan foto-foto aje kat sini. Takde apa yang penting sangat pun cuma mungkin foto-foto tu boleh dijadikan kenangan dalam hidup aku...kalau boleh la...Jadi aku simpan aje foto-foto tu kat sini...Sempat la aku pi tempat-tempat tertentu selain daripada yang aku paparkan kat bawah tu....

ZIARAH PUSARA AYAHANDA DAN BONDA SERTA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT
Sempat titipkan doa untuk kedua ibubapa dan jugak semua penghuni yang lain kat tanah perkuburan berkenaan. Kita memang perlu berdoa untuk mereka kerana memang doa orang yang masih hidup perlu untuk mereka yang telah pergi dulu...Jangan kedekut dengan doa...

tanah perkuburan ISLAM kg Senin
tanah perkuburan ISLAM Kg Senin
doa untuk opah anak aku...
pusara ayahanda aku
SEMPAT JUGAK BERKUNJUNG KE SAWAH.
Pi ke sawah...saja je tengok keadaan sawah la ni...Aku takde sawah pun cuma tengok sawah orang aje la. Sempat amik gambor sikit di sana tu..Sawah masa ni sedang dalam proses untuk mula kembali tanam padi...Sempat jugak tinjau sawah sampai ke LAYANG nu..saje je tinjau ikan dalam ban yang udah kering tu...ada part2 tertentu masih ada air dan ikan...tak sempat nak mancing punnnn...

tengok sawah yang nak tanam padi semula..
sawah orang
sawah..kering kontang...untuk tanam semula padi
sawah
sawah
 SAUDARA MARA IPAR DUAI BERKUNJUNG KE TERATAK..

Sedara mara dan ipar duai aku sama sama berkunjung ke rumah kecik aku tu...Aku sebenarnya amat bertuah sebab dikelilingi oleh SEDARA MARA & IPAR DUAI yang baik baik belaka...hanya ALLAH SWT  jua yang berhak memberi pahala yang lebih baik untuk mereka semua...semoga berterusan sebegitu...aamiinnnn...(ini bukan statement mengampu yeee..) hahahaha..



hukum dan adat
hukum dan adat
hukum dan adat - dua orang biras aku yang baik...
hukum dan adat - sebelah aku tu abang ipar aku yang sulung...
hukum dan adat - sebelah aku tu anak lelaki abang ipar aku..
hukum dan adat -isteri aku, anak2, menantu dan cucu ...
hukum dan adat - adik ipor aku ni...
hukum dan adat - anak aku dan anak2 sedara isteri aku..
hukum dan adat - anak aku, anak2 sedara isteri aku serta menantu kakak ipor aku...

SINGGAH DI PASAR SABTU.
Aku jugak sempat singgah di pasar sabtu kat pekan PARIT tu..Isteri dan anak aku nak sangat pi  pasar sabtu tu...aku ikut aje laaaa....

pasar sabtu parit
pasar sabtu parit
pasar sabtu parit
NAK BALIK DAH...
Sebelum balik BANGI hari Isnin, 27 JAN 2020 tu kami sempat posing sat kat teratak kecik kami tu..moga kami akan dapat kembali ke sini lagi tapi tak tau bila la...

nak balik bangi dah - isteri, anak2, menantu, cucu, adik aku dan adik ipar aku...
nak balik bangi dah..

 Apa apa pun akhirnya aku ingin doakan kita semua akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dijauhkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...aamiinnnn....
 Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf ye....


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...