Tuesday, January 21, 2020

Hiking sat...

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 20 JAN 2020. Aku pi hiking lagi kat Melati Hill tu. Memang dah plan pun untuk pi sana pagi ni. Memang ada dalam jadual mingguan 2 kali ke Melati Hill dan sekali ke Tasik Ujana Nilai. Rasanya hari ni aku pun tak nak tulis panjang panjang sangat kut...kut la. Aku gerak ke melati tu sebelum jam 8.00 pagi sebab aku nak balik awal...maka kena pi awal. Lebih kurang 20 minit aku sampai kat kaki bukit tu. Tak ramai sangat pun kat situ walau bagaimana pun jumlah kete yang parking kat situ rasanya lebih 30 buah...boleh tahan la walau hari biasa.

kaki bukit Melati...
mendaki ke centipede hill
dekat sampai ke puncak centipede hill
Sampai aje ke kaki bukit tu aku pun parking. Dan mula mendaki ke puncak centipede hill. Masa aku mendaki tu takde orang pun mungkin sebab orang belum ramai lagi atau dia orang masuk ke trail lain kut...kat sini banyak trail... Kalau tak silap aku bertembung sekali aje dengan sorang yang nak pi ke kaki bukit dari puncak centipede tu. Termengah jugak aku mendaki tu...banyak kali aku berehat untuk tarik nafas. Tak mampu aku nak sekali henjut terus sampai atas, aku kena selalu singgah untuk hilangkan penat. Banyak pulak aku jumpa monyet masa mendaki tu..mungkin time mereka cari makan kut...

puncak centipede hill
view dari puncak centipede hill
jauh sana tu nampak KLIA
Akhirnya aku tiba di puncak centipede tu. Ada dua orang pompuan kat atas tu...rancak dia orang sembang...mungkin salah sorang tu pesakit DR. JO kut. Aku rehat sat kat situ dan snap beberapa foto dari puncak centipede tu. Selesai rehat aku terus sambung untuk ke kaki bukit centipede yang ada simpang ke monkey hill dan eagle hill tu. Tak ramai aku betembung dengan hikers lain mungkin sebab dia orang belum tiba lagi kut. Biasanya aku datang sini jam 9.00 pagi.

trail ke simpang untuk ke monkey hill dan eagle hill di kaki bukit centipede
trail ke kaki monkey hill
paya ...macam ada ikan aje ni..
Setelah menapak seketika menuruni bukit tu aku tiba di simpang untuk ke monkey hill dan ke eagle hill tu. Aku pilih ke monkey hill. Masa lalu kat trail monkey hill tu aku sensorang aje...sensorang ni memang rasa seram jugak rasanya. Masa lalu kat situ aku jumpa sorang hiker aje. Akhirnya tiba di simpang untuk ke puncak rope hill dan ke monkey hill. Aku mula mendaki ke monkey hill tu. Banyak kali berenti kat situ. Tak lama kemudian ramai pulak yang sama sama mendaki ke monkey hill tu. Berpeluh jugak mendaki ke puncak monkey hill tu...Rasanya ini pendakian yang tertinggi dan tercuram kut kat melati hill ni...gamaknya la....

sampai simpang untuk mendaki ke puncak monkey hill dan ke rope hill
peluh jugak badan tapi tak peluh sangat pun sebab cuaca macam redup aje...trail mendaki ke monkey hill
mendaki ke monkey hill
Akhirnya tiba di puncak monkey hill tu. Ramai jugak yang ada kat puncak tu...Aku rehat sat dan snap beberapa foto kat situ. Kemudian aku sambung untuk pi ke Cobra Hill pulak. Trail ke cobra hill tu tak sukar mana pun...banyak laluan yang landai aje. Tak jauh pun..Tak banyak pendakian pun. Kalau ada pendakian pun ia cumalah pendakian yang manja manja aje...hahaha...opst! Akhirnya tiba di Cobra Hill tu. Tak ada orang pun kat situ. Aku sensorang aje masa tu. Aku rehat sat dan snap beberapa foto....dah tak tau nak rakam apa lagi dah sebab dah sering datang sini...hahaha...

belakang tu trail mendaki ke monkey hill
hampir sampai puncak monkey hill
puncak monkey hill
Setelah selesai rehat aku pun cari trail untuk ke kaki bukit cobra tu. Menuruni bukit tak sukar mana pun sekali henjut aje aku dah tiba di kaki bukit tu. Kemudian terus cari trail untuk menuju ke jalanraya tu. Tiba di jalanraya terus masuk kete dan pulang ke BANGI LAMA. Selesai lah aku bakar kalori untuk hari ni. Tak lama pun sejam lebih aje dan berjaya bakar kalori lebih 100 kalori..ok la tu daripada tak buat langsung...kan...

trail menuju ke cobra hill
ke cobra hill
puncak cobra hill
Rasanya ini kali terakhir untuk minggu ni aku pi Melati tu sebab esok aku nak balik PERAK selama beberapa hari. Bukan nak menyambut Tahun Baru Cina tapi saja je balik sebab nak tengok rumah kami kat kampung tu. Kecik aje pun rumah tu...cukuplah untuk kami suami isteri tinggal sebelum dijemput oleh PENCIPTA...Lagi pun bila hari cuti macam ni, itu aje la peluang untuk balik kampung sebab anak pun cuti sekolah. Aku bukan cuti pun sebab aku dah bersara. Lagipun aku bukan nak sangat cuti Tahun Baru ni tapi sejak dulu kerajaan dah bagi.. aku cuti la. Jangan la macam komen YB yang macam budak sekolah tu...' bila tiba perayaan tahun baru cina, pandai pulak tuntut cuti '...Kami tak tuntut pun tapi memang dah kerajaan bagi sejak merdeka lagi...tapi kami taklah terhegeh hegeh pasang tanglung beramai ramai..sebab nak amik hati kaum lain, kaum sendiri disindir dikeji...opst! melalut pulak aku kan.......hahahaha...

puncak cobra hill
trail menuju ke kaki bukit
sampai di kaki bukit..
Nanti lepas balik dari kampung aku akan tetap dengan jadual peluhkan badan di Melati Hill dan di Tasik Ujana Nilai tu...Kena buat aktiviti bila dah pencen ni sebab aku bimbang
jugak badan akan bertambah sakit atau bertambah tak selesa pulak jika aku
tak peluhkan badan ni. Masa keje dulu takpe la sebab hari hari
bergerak aje. Masa dah pencen ni lebih banyak duk
diam daripada bergerak, tentu akan mengundang keadaan
yang tidak sehat untuk badan...tak gitu...

nak balik dah
lebih sejam, 2 kilometer, bakar kalori lebih 100 kalori
puncak tertinggi 149 meter
Di bawah ni aku paparkan infor berkaitan kalori...moga ada manfaat untuk kita semua....




Apa apa pun moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha
panas tu...aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf...kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...