Wednesday, June 10, 2020

Cari masa balik kampung..

Diari DAUD - 7 JUN 2020, PM dah pun umumkan PKPP, perintah kawalan pergerakan pemulihan selepas PKPB. PM dah kata boleh gerak rentas negeri dalam PKPP ni. Nampaknya dah dapat rezeki nak balik kampung ni. Bila rentas negeri dah dibolehkan maka mungkin aku boleh kembali HIKING kat NILAI, NEGERI SEMBILAN tu. Tak tau nak mula bila. Mula PKPP ni ialah 10 JUN 2020 hingga 31 OGOS 2020. Apa2 pun SOP kena patuh jugak berkaitan pemakaian mask, sanitizer, jarak dan sebagainya. jadi tolong jaga SOP supaya wabak tak kembali berakar...tolong ye patuh SOP dan jangan gila-gila nak suka aje...Aku sekarang ni memang sedang plan untuk rentas banyak negeri, PERAK,PENANG, KEDAH dan PERLIS. Tapi PKPP ni masih ada yang tak boleh, kenduri, majlis2, pub dan lain2 yang melibatkan perkumpulan ramai manusia masih tak dibenarkan. Minum dan makan kat restoran pun masih lagi tertakluk kepada SOP. PKPP ni mungkin akan menyebabkan highway akan sesak sebab ramai yang akan gerak balik kampung. Mood raya masih lagi pekat dalam fikiran, tentu ramai yang akan balik kampung untuk jumpa keluarga. Awas majlis raya masih tidak dibenarkan kerana melibatkan ramai orang...jangan lupa...jangan giler giler nak raya ye...

PKP
Aku nak balik kampung dan jugak pi PERLIS sebab nak amik barang2 anak aku kat UNIMAP tu. Dia dah selesai mengaji kat sana...alhamdulillah. Memang bermakna aku akan rentas banyak negeri, Perak, Kedah, Penang dan Perlis. Aku singgah Perak sebab Perak tu negeri kelahiran aku dan sekarang ni aku memang dah ada rumah kat Perak tu. Memang cadang nak menetap kat sana akhir tahun 2021, InsyaAllah...Kali ni nak balik sat dan tidur kat rumah aku kat Perak tu jugak...lama dah tinggalkan rumah tu...Tulisan kali akhir perkara berkaitan aku kat rumah aku tu boleh baca DI SINI. Macam dah lama pulak aku tinggalkan rumah tu. Rasanya dengan PKPP ni aku ada peluang nak duk kat rumah kampung tu sat. Nak tengok tengok keliling kampung...Walaupun aku pindah nanti ke kampung tapi rumah kat sini anak aku akan duduk. Aku serta isteri dan anak bungsu aku aje yang akan pindah ke kampung tu. Aku harap anak2 yang tinggal kat sini akan berada dalam kebaikan. Harap anak anak duduk baik2 kat sini, mengikut apa yang digariskan oleh agama..


Balik kampung
Harap2 anak anak yang aku tinggalkan di sini akan menjadi manusia yang baik serta jiran yang baik kepada orang lain. Pada aku kalau kita tidak memudahkan orang lain, jangan sekali kali kita menyusahkan orang lain. Jadilah manusia yang baik kepada orang lain. Aku amat percaya kalau kita tak mau orang lain ganggu hidup kita, kita jangan ganggu hidup orang lain. Ibarat jika bola dibaling ke dinding, ia akan melantun kembali kepada diri kita. Usahalah jadi manusia yang baik dan jiran yang baik sebab agama melarang kita menyusahkan orang sekeliling walaupun sebesar zarah sekali pun. Konsep jiran ialah 40 rumah di depan, 40 di belakang, 40 di kanan dan 40 rumah di kiri, itulah konsep jiran. Erti jangan mengganggu jiran ialah...bermusuh, mengumpat, memaki, menghina, memfitnah, menyihir, menyindir dan sebagainya meliputi perbuatan, percakapan dan seumpamanya yang boleh menyebabkan hati jiran atau manusia lain terguris. Malah daun2 pokok di kawasan kita yang gugur di kawasan jiran pun boleh mendatangkan DOSA...Begitu jugak kucing yang kita pelihara yang pi buang najis di kawasan jiran kita...itu pun boleh dikatagorikan sebagai menyakiti jiran..awas eaa...Ini merupakan dosa diantara manusia dengan manusia yang lain yang hanya boleh dilenyapkan dosanya dengan cara memohon maaf....tiada cara lain...Tak masuk SYURGA orang yang menyakiti jiran dan saudara se Islam..Tak masuk SYURGA orang yang dalam hatinya ada sikap SOMBONG walaupun sebesar ZARAH...Makna tak masuk ke syurga ialah kita akan duduk diam2 di neraka nu. Jangan pandang mudah dengan ancaman Allah swt. 

kampung yg damai
Satu lagi yang perlu diingat ialah jika kita membenci sesape pun janganlah kita bencinya hingga seperti tiada apa apa kebaikan pun yang ada pada diri dia. Tak perlulah kita membenci secara total...apa hak kita untuk membenci orang lain hingga ketahap yang maksima. Kita tak tau lagi kesudahan atau khotimah kita sama ada husnul khotimah atau suul khotimah dan kita tak tahu jugak khotimah atau kesudahan hidup dia. Allah swt maha berkuasa dan DIA mampu membolak balikkan hati manusia. Jangan benci seseorang tu sampai ke tahap maksima. Mana tahu dia akan bertaubat sungguh2 dimasa akan datang dan kita masih terus membencinya....sedangkan membenci berterusan akan menggamit kemurkaan ALLAH SWT. Jadi berpada padalah bila membenci sesama manusia. Berbalik kepada cerita aku...aku bertekad untuk pindah kampung dan duduk diam2 di kampung dengan aman sebelum Pencipta panggil aku kembali kepadaNYA dengan aman...InsyaAllah...Itu cita2 aku dan tiada cita2 selain cita2 macam tu...InsyaALLAH SWT, aku berazam jugak untuk tidak menimbulkan apa apa keburukan kepada sesiapa pun...sebelum ni pun aku tak pernah menyusahkan SESAPE punnn....ewahhh...InsyaALAH SWT....Dah umur macam ni, berapa lama la kita nak jadi penongkat langit, tak gitu...Kalau ada yang buruk2 tu, selesaikanlah sebelum kita berpindah ke akhirat...jangan tangguh...Walau macam mana pun, yang muda2 tu jangan yakin sangat kalian tak akan dijengah AJAL...ajal tu boleh datang kepada sesapa aje walaupun kepada seorang kanak kanak....

Bagi mereka yang memang ternanti nanti untuk dapat merentas negeri aku ucapkan tahniah la terutama mereka yang ada emak bapak yang dah lama tak jumpa tu...kesian kan. Tambah yang bujang2 tu, tentu amat rindu dengan emak bapak dan adik beradik...tentu dah banyak mereka berendam air mata...kan...Tambah parah bila dengar lagu Hari Raya Sudirman yang sedih tu..Tentu dah berjurai jurai air mata mereka selama ni...kan...kan...Yan g da kawen tu takpe la kalau rindu punnn... kalau nak menangis pun tentu dia orang boleh menangis di bahu suami...ewahhh...hahaha...opst! Kan...kan...kan...Tapi kalau lelaki yang nak nangis...kat bahu sapa la pulak...kan...hahaha...opst! Ramai ke yang bujang bujang yang tak sabar nak balik kampung ni...?????


hiking
Hari ni, 10 JUN 2020, merupakan hari pertama PKPP, perintah kawalan pergerakan permulihan. Rasanya ramai mula balik kampung sebab larangan rentas negeri telah ditarik balik dan sesapa aje bebas untuk bergerak tapi mengikut SOP macam biasa. Aku tak balik kampung pon. Cadang nak mendaki BUKIT MELATI di NILAI tu...dah 3 bulan tak gi sana sejak mula PKP dalam bulan MAC 2020 yang lalu. Janji nak pi dengan keluarga jiran hari ni..tapi dia orang ada urusan yang lebih penting. Oleh itu aku tukar pulak untuk pi berjalan peluhkan badan di TASIK UJANA NILAI IMPIAN pulak. Aku pi dengan isteri aku. Ramai jugak nampaknya dia orang beriadah kat sana joging atau berjalan. Aku cuma berjalan aje. Kami masih patuhi SOP yang ditetapkan seperti pakai topeng muka....Dapat la aku berjalan lebih kurang 7 kilometer keliling tasik tu...ok la tu...Dah 3 bulan rasanya tak peluhkan badan...Selesai aje kami pun balik...Bercadang pulak untuk pi hiking hujung minggu ni...InsyaALLAH...Sempat aku terbitkan video TASIK UJANA, NILAI IMPIAN tu...Nanti aku akan cuba pulak buat video MELATI HILL bila aku aku da mula HIKING di sana nanti...


masa nak balik ni...
tasik ujana nilai impian

Dalam media sosial la sekarang banyak sangat berita berita berkaitan politik, seni dan sebagainya. Aku memang suka baca berkaitan politik. Aku suka menilai apa yang berlaku dalam negara kita ni...Tapi aku rasa aku taknak ulas berkaitan politik. Politik ni sensitif...Aku suka baca aje dan nilai sendiri sebelum membuat keputusan dalam PRU15 nanti. Ada jugak berita berkaitan warga pendatang terutama berita PATI dari kaum Rohingya dan sebagainya. Tak habis2 cerita dari pada kisah mereka menceroboh masuk ke negara kita ni. Sampai bila kita nak berlembut pada mereka yang menceroboh ke negara ni. Negara ni dah banyak dan dah semak sangat dengan isu berkaitan pendatang ni. Walaupun mereka Islam tapi kita punya peraturan untuk semua pendatang dari luar. Sampai bila kita nak terima kaum pendatang ni. Kita pun dah banyak sangat masalah berkaitan pendatang ni. Takkan kita nak tambah lagi masalah. Ada pihak yang bawak dia orang masuk ke sini. Pada aku mereka yang membawa pendatang masuk ke sini patut dihukum gantung sampai mati kerana mereka yang menjadi penyebab berlaku macam2 masalah lain di negara ini asbab membawa masuk ramai pendatang haram tu..kerajaan kena tegas. Kita bukan negara kaya untuk membela pendatang yang ramai di sini. Kita sekarang ni pun dah sesak dengan masalah pendatang yang datang sebelum merdeka yang sekarang ni turut menjadi rakyat negara ni. Sikap pendatang yang ada ni pun kita dah sesak sangat...dah semak sangat. Kita pun dah banyak masalah dengan pendatang dari CHINA, BANGLA, INDON, CINA, INDIA, PAKISTAN, ARAB, ACHEH dan sekarang ni ROHINGYA pulak...sampai bila kita nak berdepan dengan masalah ni...Anak cucu kita nanti yang akan menanggung beban berkenaan tanpa berkesudahan...Kesalahan dan kesilapan yang kita buat sekarang ni akan membebankan anak cucu kita di zaman zaman yang mendatang....


PATI
Rasanya itu aje yang nak aku tulis kali ni...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, mahsyar dan siksa neraka....aamiinnn...Aku nak ingatkan diri aku jugak, dalam neraka setiap tubuh dibesarkan supaya permukaan tubuh yang luas dapat merasai siksa neraka yang lebih pedih. Lagi luas permukaan badan lagi luas jugak kawasan yang disiksa dengan api neraka. Setiap kali kulit hangus, setiap kali ia akan diganti dengan kulit yang baru. Deria rasa halus dalam sistem saraf pada kulit yang akan merasa pedih bila dibakar api neraka. Tu sebab bila hangus, kulit akan diganti baru supaya wujud deria rasa dalam sistem saraf dikulit yang baru untuk merasai pedihnya dibakar api neraka. Bukan sekejap tapi beribu dan berjuta tahun. Bukan sekejap tapi sampai bila bila dibakar dalam neraka sebab di sana tiada lagi kematian...Di sana hidup kekal di neraka atau di syurga. Jadi tolonglah jauhi dosa dalam apa bentuk sekali pun termasuk perbuatan syirik kepada ALLAH SWT yang akan mengekalkan tempat di dalam neraka...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf





No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...