Friday, October 25, 2019

Melati Hill...kali ketiga..

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 25 Oktober 2019...Awal pagi lagi aku dah gerak ke MELATI HILL, NILAI, NS. Kalau ikutkan jadual, hari Jumaat aku pi panaskan badan
di TASIK UJANA, NILAI NS. Namun hari ni aku dah plan
untuk pi ke MELATI HILL dengan isteri,
anak bungsu, anak2 jiran
dan keluarga rakan baik isteri aku, Mas...
Plan ni plan spontan aje...sebab Jumaat cuti jadi terus aje
isteri aku dan rakan baiknya, MAS, buat plan nak pi MELATI HILL tu...Kalau ikutkan aku, aku memang dah plan
nak pi Melati Hill tu pada hari Sabtu bersama anak bungsu dan anak anak jiran aku tu...
Disebabkan isteri aku dan rakannya tu cuti maka terus tukar plan untuk pi
Melati Hill hari jumaat ni...waktu pagi....

di kaki Bukit Melati
#melatihill
#melatihill
hijau je..
berenti rehat dan posing...
Kami gerak jam 7.30 pagi ke Melati Hill yang jarak lebih kurang
18 Kilometer dari rumah aku tu. Tiba di kaki Bukit Melati tu lebih kurang jam hampir 8.00 pagi. Lepas parking dan kunci kete, kami semua pun terus menapak ke
laluan masuk ke trek di kaki bukit tu...tak jauh mana pun...
Pagi ni nampaknya gerai minum kat kaki
bukit tu masih belum buka
lagi...mungkin sekarang ni awal lagi kut.....

Di kaki bukit tu kami posing sat...Selesai
posing kami terus aje mula mendaki ke Centipede Hill. Dari
sini memang nampak cerun sangat curam pulak rasanya..Beberapa
kali jugak kami singgah untuk lepaskan lelah...dah tua kut, tu pasal sekejap aje
dah lelah dan perlukan rehat untuk legakan saluran pernafasan dulu...Anak anak memang tak boleh nak ikut la sebab dia orang masih kuat dan macam tak penat
aje nampaknya.....


mendaki ke melati hill
pengunjung lain sedang mendaki
bekas tanah diganggu babi untuk cari cacing...ini keje memalam la ni..
puncak centepede hill
aku ngan bini la ni...
famili aku dengan famili pn masmiza serta dua orang anak jiran kami..belakang aku tu en. amos, suami
pn masmiza....
ini jarak dari kaki bukit ke centipede hill
Sepanjang mendaki tu aku rakamlah jugak beberapa foto dengan hp aku...Kali ni aku tak tangkap banyak pun. Kalau tangkap banyak nanti payah nak pilih foto foto
yang aku nak masukkan ke blog aku ni....Masa mendaki tu
ramai la jugak yang kami jumpa, sama ada sama2
mendaki atau berselisih dengan mereka
yang nak turun ke kaki bukit...Masing masing sapa menyapa dengan salam.....

Selepas jenuh mendaki ke puncak tu..akhirnya kami tiba di puncak
Centipede Hill tu...Di puncak ni kami rehat untuk melepaskan lelah. Mereka yang sertai kami posing kat puncak ni beberapa ketika. Grup foto dan sebagainya....
Setelah hilang lelah kami menuruni cerun dari Centipede
Hill untuk pi ke Monkey Hill pulak...Walau pun
hari ni hari bekerja, ramai jugak yang
datang ke sini dan tak putus putus kami jumpa dengan pengunjung2 lain..


isteri aku ni...
pandangan dari kemuncak centipede hill
menuruni cerun curam untuk ke monkey hill
en. amos sedang membantu anak jiran kami...
pendaki lain, pelajar sekolah menengah di sepang...
posing sat...
Trek untuk pi ke Monkey Hill tu penuh dengan trek yang turun dan mendaki...
Ada yang curam dan ada jugak yang kurang
curam tapi rasanya macam lebih banyak yang curam aje
rasanya...Macam macam trek yang kami lalui..Trek tersebut penuh
dengan pokok getah dan kelapa sawit. Masa pendakian yang panjang memang
meletihkan dan kami berhenti beberapa kali....kami yang tua tua la...bagi yang muda muda macam takde pape pun...hahaha....Eh! ye ke tuaaa...hahaha...opst!

Bila sampai simpang Eagle Hill dan Monkey Hill, kami pilih ke kiri iaitu ke Monkey Hill. Trek ke Monkey Hill ni pun macam macam, ada yang curam dan ada yang kurang
curam dan jarang sangat jumpa trek yang landai. Sepanjang jalan
atau trek tu aku snap aje foto foto..Di sini jugak kami
sering jumpa pengunjung yang lain sama
ada menuju arah yang sama
atau berselisih...


buah ara kut...
ada tasek di trek untuk pi monkey hill
pilih trek ke monkey hill
curam oooo...
kena hati hati...
Di sini jugak kami jumpa
sebuah tasik. Tasik dalam ladang kelapa sawit.
Tasik yang menakung air hujan kut...Luas jugak la tapi
memang tentunya tak boleh nak mandi...air pun keruh semcam je...
mungkin sawa pun ada kut dalam tasik tu...tapi bukan anaconda...anaconda tu
memang tak menasabah la sangat kut....Kami teruskan juga mendaki untuk sampai ke puncak Monkey Hill tu..Sepanjang trek tu memang pokok kelapa sawit dan pokok getah aje la dan jugak semak samun hijau..Pokok getah yang tak bertoreh...getah murah
sangat sekarang ni kut...kesian kan orang kampung yang
bergantung kepada hasil getah...rasanya pemimpin2 kat atas tu kena kreatif kut
untuk melonjakkan kembali harga getah ni....hahaha...saje je
panaskan line....hahaha.......

hati hati tempat berpijak...
curam kan...nak pi monkey hill
tumbuhan hutan
amik nafas sat...
daki lagi...
Semasa melalui trek ni memang tak sunyi kami jumpa dengan ramai pengunjung..lelaki, wanita, kanak kanak serta berbeza kaum jugak...Mana yang nak mendahului tu
kami beri mereka laluan...maklumlah...kami ni dah usia banyak
tapi...mungkin bukan tua kut...ekekeke........Kami
hanya melalui trek yang bersih aje sebab
trek yang bersih tentulah trek
yang sentiasa dilalui oleh pengunjung....Mana trek yang semak tu tentu trek yang
tidak sepatutnya kami lalui..tak perlulah amik risiko kan.......

Setelah berhempas pulas dengan tenaga
usia yang banyak ni...akhirnya kami tiba di puncak
Monkey Hill tu...Bukan berhempas pulas mana pun cuma berpeluh sakan la
jugak.Tiba di puncak Monkey Hill tu kami jumpa dengan pendaki yang lain. Masing masing tangkap gambor kat atas tu..Kami cadang nak keluar daripada Monkey Hill
ni tapi ada sekumpulan pendaki lain yang kata, teruskan aje ke Cobra
Hill yang tak berapa jauh tu...Dari Cobra Hill tu kami boleh keluar kembali ke jalanraya...


jarak hingga monkey hill
sampai dah...
kat monkey hill ni...
jumpa pendaki lain di monkey hill
arah ke cobra hill pulak...
Akhirnya kami ikutilah nasihat pendaki tu untuk terus ke Cobra Hill. Cobra Hill ni tak jauh mana pun tapi mendaki jugak la sikit...Kami jugak jumpa sekumpulan
pendaki yang datang dari jauh...ada yang udah veteran
nampaknya...memang veteran pun tapi masih
kuat mendaki dan menjelajah
bukit bukit kat situ..Kumpulan yang veteran dan ada
yang muda jugak nampaknya...Mereka kata mereka dari USJ...wow...jauh tu...
datang ke sini semata mata untuk mendaki dan menjelajah bukit bukit kat Melati Hill ni...sihat lagi nampaknya mereka tu...rasanya ada yang lebih berusia daripada
aku rasanya... ewahhhh...perasan la aku kannnn......hahaha...

anak bungsu aku dengan dua anak jiran..
isteri aku dan cobra
trek nak pi cobra hill
nak pi cobra hill
tumbuhan hutan
Akhirnya setelah beberapa lama berjalan maka kami pun tiba di Cobra Hill tu..Sebaik sampai kami rehat sat dan snap beberapa foto. Kami hanya seketika aje
kat situ dan kemudiannya kami amik lorong untuk exit
daripada Cobra Hill tu...Aku rasa la, setelah
lama berjalan kat sini badan
makin banyak keluarkan peluh...Masa keluar tu
ada yang menurun dan ada yang mendaki tapi kebanyak
kannya menurun aje la...Sepanjang melalui trek tu aku snap gak la tumbuhan
yang ada di situ...tak banyak pun tumbuhan yang pelik pelik pun...tumbuhan biasa aje pun...jadilah daripada takde langsung...Aku memang minat masuk hutan hijau ni...seronok tengok kehijauan hutan tapi kat sini aku tak jumpa pun pokok orked hutan...jenuh
aku cari....Serangga pun tak banyak...tak nampak pun rama rama...
pepatung dan belalang dan sebagainya lagi...pelik gak aku...

belum sampai cobra hill lagi
menuju cobra hill
da sampai...
ni masa nak keluar ke jalanraya..dari cobra hill..
nak keluar dah ni...pendaki lain...
Masa keluar ni pun makan masa yang panjang gak...jauh jugak rasanya...lenguh gak kaki..Akhirnya setelah beberapa lama menapak, kami pun bersua dengan jalan
keluar ke jalanraya...Jalan keluar tu merupakan jalan yang berada
di hujung taman perumahan rupanya...
Taman Melati tu kut...
rasanya itulah kut nama taman
tu...aku pun tak amik tau sangat nama taman
tu...ekekekeke.........Sampai jugak kami jalan keluar dan dapat jugak
la niat kami untuk menjelajah bukit bukit kat Melati Hill tu...Ini bermakna kami masih
belum jelajah trek Rope, trek Mosquito dan trek baru iaitu Gorilla Hill. Setakat ni kami dah dapat jelajah Centipede Hill, Monkey Hill dan Cobra Hill..Aku jugak dah sampai
Eagle Hill...yang lain lain tu masa akan datang la kannn......

nak balik dah
nak kuar ke jalanraya...tapi jauh gak dari sini...en. amos kata akar duri ni boleh buat penyapu...
ni akar duri tu
tumbuhan hutan
unik kediaman penghuni hutan ni...
Jarak penjelajahan bukit bukit tu tak jauh mana pun cuma 2 Kilometer lebih aje tapi disebabkan banyak menuruni dan mendaki trek tentulah mengambil masa yang
lama jugak... Itu yang amat meletihkan dan menyebabkan peluh
mencurah curah...ewahhh...mencurah curah....
Mencurah tu memang tak masuk akal la tapi memang
berpeluh banyak pun.....Masa yang kami
ambil pun lebih kurang
hampir 2 jam...
Jam 10 lebih kami dah ada di jalanraya utama...Kami masuk jam 8.00 pagi..

hampir tiba jalanraya
jalanraya hujung taman perumahan
nak balik dah
jarak penjelajahan kami
2 kilometer setengah aje...itu pun lama gak wooo...
Kami yang bersama sertai penerokaan Melati Hill ni ialah...aku serta isteri dan anak bungsu aku dan dua orang anak2 jiran kami...Puan Masmizah dan suaminya En. Amos
dan sorang anak perempuan mereka...Ada masa, akan datang kami
akan teroka lagi bukit yang lain yang masih belum diterokai
...Mosquito Hill, Rope dan dikatakan
ada satu trek baru iaitu
Gorilla Hill...kalau tak silap la, kena dapatkan informasi yang tepat nanti...




Petang tu aku dan isteri pi ke Mydin Taman Teknologi untuk beli barang dapur...tentu kami istiqamah dengan #BMF. Dulukala kita dah kayakan mereka sejak berpuluh
tahun dah dan 'mereka' menguasai ekonomi negara 80%
Jadi sekarang ni giliran kita untuk kayakan
sedara kita pulak. Katakan
contohnya kita
telah belanjakan 100 juta
dan berpuluh tahun dulu kita telah kayakan
'mereka', 80 juta dan sedara kita, 20 juta...Apalah salahnya sekarang ni
kita belanjakan pulak 70 juta untuk sedara kita dan 30 juta untuk 'mereka'..Tentu sekali kita
akan dapat hasilkan ramai jutawan dari kalangan sedara kita...Dan kesan
jangka panjang kepada 'mereka' ialah beban hutang yang
perlu ditanggung oleh 'mereka', hasil pinjaman
untuk membina kilang dan sebagainya...sedangkan kita pulak mungkin
akan mampu menghasilkan jutawan bangsa sendiri yang ramai dan tentu akan membuka
peluang pekerjaan kepada sedara2 kita disebabkan oleh pemintaan
produk yang bertambah daripada pelanggang, iaitu kita......
tak gitu keeee.......Kita bukan boikot tapi kita utamakan barangan MUSLIM aje...

Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan...moga kita semua, tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dan terhindar daripada siksaan
NERAKA....aamiinnnnnn...........

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...