Tuesday, July 31, 2018

Ubah selera...

Pagi ni, Rabu, 1 Ogos 2018....rakan sekerja ajak sarapan di teras jernang. Sebenarnya aku
jarang sangat keluar sarapan waktu pagi. Pagi ni rakan rakan ajak
pi sarapan. mulanya aku taknak tapi akhirnya setuju gak 
untuk pi sarapan dengan dia orang.
Jadi gerak la aku dengan sdr. shahrul dan jasril ke lokasi sarapan tu...
Sdr. Shahrul bawak kete dia.......


Dia orang ajak sarapan kat kampung teras jernang.
Nostalgia betul kg. teras jernang ni. Masa bujang dan mula datang keje
di ukm ni aku memang tinggal di kampung teras jernang ni. Rasanya dalam tahun 1986
aku pindah dari bangi lama ke teras jernang ni. Sewa kat bangi lama tahun 1983.
Di teras jernang aku tinggal di rumah sewa dengan rakan2 yang bujang. 
Sekarang ni masing masing da tua dah dan ada yang
dah ada cucu da pun...


 Di kampung teras jernang
ni aku pernah duduk serumah dengan zainal...sekarang ni
 dia da pencen, duduk satu taman dengan aku di bangi lama tu...pernah jugak duduk dengan sdr. kamarul rakan sepejabat aku...dan pernah
duduk dengan sdr. haberi tapi berlainan rumah jugak di kampung teras jernang
ni. Masa tu teras jernang ni banyak lagi kawasan yang masih diliputi pokok getah dan
kelapa sawit rasanya...dan semak2 yg lain. Kilang masa tu memang meriah, zaman tun mahathir la tu...tun Mahathir jadi PM Ke-4 tahun 1981. Tun perkenalkan konsep
pandang ke timur secara khususnya ke JEPUN.......
Kilang masa tu memang banyak di bandar baru bangi tu tapi la ni da tak meriah lagi macam dulu. Masa tu sesak jalan dari bangi lama ke bandar baru bangi oleh pekerja pekerja 
kilang perindustrian yang berulang alik ke tempat keje...memang sesak jalan masa tu 
waktu pagi dan petang. Itulah kesan konsep pandang ke timur TUN, rasanya
konsep yg dia buat tu telah berjaya...dari segi jasmani la....huhuhu...

Kampung Teras Jernang dan bandar baru bangi  tu berkongsi sempadan
aje...Aku sewa rumah separuh papan dan separuh batu tu hanya 50rm 
aje sebulan, rumah dua bilik je pun.............


Aku duduk di kampung teras jernang ni
hingga aku berkahwin dalam tahun 1988. Masa anak kedua
aku lahir ...aku pindah ke bangi lama setelah rumah aku siap kat taman di bangi lama tu
pada tahun 1990....hingga la sekarang niiii.....

Berbalik ke cerita sarapan tadi...tiba je di kedai
kat teras jernang tu...rakan aku parking kete dan kami tuju ke
kedai tu. Ramai sungguh pelanggan kat kedai tu...Rasanya da lama aku tak
minum kat sini...nak cari setahun sekali sarapan kat sini pun payah. Kedai ni dulu
ada busut kat dalam nya...Sekarang ni busut tu pun da tiada dan ruang kedai tu pun da dibesarkan. Tak sangka dari gerai yang kecik boleh jadi besar dan lebih
ramai jugak pelanggan yang datang...moga rezeki
pemilik kedai tu bertambah dan bertambah
jugak berkatnya........


Memang laris kedai ni...ramai orang makan kat sini. Aku tengok menu nya roti canai dan macam2 roti lain, nasi lemak dan sebagainya. Gerainya simple je pun tapi
pelanggannya ramai. Order pun tak lama da sampai.
Aku tengok ada minah saleh jugak sarapan kat situ siap makan roti
canai dan minum teh...tak tau la teh tarik atau pun teh tak tarik...tapi takde buih...bukan
 teh tarik la tu...Jumpa pulak krew mcp kami iaitu YAN ..sempat la 
sembang2 sat sebelum dia gerak balik ke opis....gelak Yan
 memang tak berubah antonasinya...huhuhu.....


selesai.....dan....licin....
Di sana kami minum dan sarapan sambil sembang sembang...tu je laaa...banyak la topik yang kami sembangkan...biasalah dunia sekarang ni kan ke banyak topik
untuk dijadikan bahan untuk disembangkan...dan dibawangkan
....huhuhu....kan...kan...

ok...sekian...

Moga kita semua mendapat keampunan ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita...aamiinnnn....

daud.montak.zakaria

Kedai gunting rambut..

Hari ni Selasa, 31 Julai 2018...anak bungsu aku balik je dari sekolah agama, terus je mintak
pi gunting rambut. Tah apa pulak mimpinya nak gunting rambut. Biasanya
isteri aku je yang gitau suh gunting rambut. Hari ni dia
pulak yang mintak pi kedai gunting
rambut...tentu da kena warning dengan cikgu kut....huhuhu...



Jadi lepas maghrib aku ajak isteri aku ikut sama
ke kedai gunting....Biasanya kami pi kedai gunting di seri putra...Sebab
fikirkan agak jauh nak pi sana, aku cuba dulu di supermarket CS yang lebih kurang 500
meter dari rumah aku tu. Memang ada kedai gunting kat situ tapi tak pernah
pulak aku gunting rambut anak kat situ. Aku memang tak
gunting rambut kat kedai pun...rambut
aku isteri aku yang gunting..
Sejak kawin da berpuluh tahun ni, dia je yang gunting...dan aku
lebih selesa isteri aku yang gunting....

Tiba je di CS terus naik atas dan jalan tuju ke kedai gunting tu...alhamdulillah
nasib kedai gunting tu masih bukak...jam masa tu lebih kurang
pukul 8.00 malam lebih sikit...
Tiba di pintu kedai terus masuk...aku tanya kedai bukak ke...apa da
pertanyaan aku macam tu....memang la kedai tu bukak tu sebab aku boleh masuk...
Itu la kan kita orang melayu ...memang kedai tu bukak... kita tanya lagi bukak
atau tak...Sama la bila kita tengok makcik sidai kain...tentu kita
akan tanya 'sidai kain keeee........' panjang je kan 
bunyinyaaa....huhuhu....

...tengok tu...muka salman khan kat pintu tu...
ayat suci al quran...mulanya tak perasan...
Masuk je dalam kedai.. anak aku terus duk kat kerusi gunting tu...Tukang gunting tanya
nak gunting macam mana. Aku suruh anak aku pilih style mana...banyak gaya
kat model2 yang ditampal kat dinding tu...Anak aku pilih style no satu..
style nombor satu tu style rambut pendek...gaya rambut
pendek budak sekolah.....
Masa anak sedang digunting..tiba2 aku terpandang ayat quran iaitu ayat kursi yang tertera kat bingkai
di dinding kedai tu...aku tanya....you muslim ke....dia kata yeee...laaa...aku ingat dia
India....dia kata dia bangladesh.....laaa...aku boleh tak dapat bezakan orang india
dengan orang bangladesh....hahaha...mati mati aku ingatkan india...
Jadi aku tanyalah..dah berapa lama dia ada kat malaysia ni....
dia jawab setahun....hermmm...setahun ada kat sini dia boleh berbahasa melayu
...yang dah lahir kat sini pun masih ada yang tak boleh berbahasa melayu
dengan baik....tak percaya tontonlah sidang dewan rakyat
yang 'live' tu...huhuhu...opst!



Agak lama jugak dia gunting rambut anak aku
...lebih kurang setengah jam jugak....selepas kami masuk tadi
datang pulak aunty cina bawak anak dia untuk gunting rambut kat situ...kemudian datang
sorang lagi sorang dewasa melayu. Aku tanya dia ramai ke pelanggan yang datang
kedai dia...dia kata ramai terutama hari cuti hujung minggu......

Selesai je gunting aku tanya berapa ringgit...dia kata sembilan ringgit....
kenapa tak 10 ringgit...dia kata kanak kanak sekolah...
kat tanda harga yang ditampal kat dinding tu
tercatat 10rm........tak tulis dewasa atau kanak kanak punnn...



Jadi selesai la satu kewajipan sebagai seorang bapak kepada tanggungannya....
alhamdulillah........

Akhirnya...moga kita semua sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita...tiada yang lebih besar nikmatnya
selain daripada mendapat keampunan ALLAH SWT serta
mati dalam keadaan bersih daripada sebarang
dosa................

....selesai...
daud.montak.zakaria

Sunday, July 29, 2018

Yasiinn dan perhimpunan kakitangan...

Hari ni, Isnin, 30 Julai 2018....oh! Isnin...hari yg adakalanya berat kaki untuk melangkah
 ke tempat keje...ekekeke.....Hari ni opis aku Pusat Komunikasi Korporat
UKM mengadakan sesi baca Yasin dan juga perjumpaan
kakitangan opis aku...
Perjumpaan kakitangan ni
rasanya setiap tiga bulan...rasanya la...opst!
aku pun tak berapa pasti pulak sebenarnya berapa bulan sekali...malu  pulak aku tak tau
 hal opis sendiri...hahaha....apa boleh buat laaa..

ni grup lelaki...grup pompuan terlindung, tak nampak.....
 Dalam jam 10.30 pagi kami mulakan program...program pertama ialah sesi baca yasin
yang diketuai oleh pegawai agama pusat islam ukm, ustaz khuzairi. Masing2 
punyai niat yang baik namun niat umum ialah untuk kebaikan semua
termasuk untuk yang mereka yang pi dan akan pi menunaikan haji tahun ni serta juga supaya kami semua sentiasa berada
 dalam keadaan tenteram dan aman duduk di bangunan ini...


Selesai sesi bacaan yasin...sesi perjumpaan kakitangan Pusat Komunikasi Korporat pulak..
Pengarah kami dr. sabariah menjadi pengerusi sesi berkenaan..Banyak perkara
yang telah disebut dan paling utama berkaitan tugas tugas pusat
kami yang mendatang termasuk tugas
untuk majlis konvokesyen
yang akan diadakan pada pertengahan bulan
november nanti. Selain daripada itu ialah tugas yang hampir
berlaku iaitu program asean youth volunteer program yang diadakan di langkawi dalam
pertengahan ogos ni. Ada diantara kami yang akan turut bertugas
di langkawi nanti....harap aku tak terlibat sebab
rasa da letih sekarang ni...rupanya aku da tua......huhuhu...

pengarah opis aku dr. sabariah sedang mempengerusikan program tu...
Dalam perjumpaan tersebut juga, pengarah kami telah menyampaikan sijil
kepada kakitangan yang mendapat anugerah kakitangan cemerlang 2017...nama aku
takde dalam tahun tu. Nama aku tersenarai dalam tahun 2016...ermmm...
rasanya la....lupa pulak aku ni....hahaha...apa boleh buat la...
makin lama makin lupa aku ni...
Apa apa pun tahniah untuk semua yg dapat anugerah 
cemerlang tu...Bagi yang belum dapat...insyaALLAH akan dapat...sabar je
la...rezeki tu ALLAH SWT yang bagi....dan DIA yang punya...takde sesapa yang mampu
menghalang kalau DIA nak beri......

Ermmmm.....rasanya tu je coretan aku hari ni.......
Aku hanya snap foto grup lelaki, grup pompuan aku tak rakam...bukan sebab anti 
pompuan tapi ..... saje je ...

tengah sampaikan sijil...
...selesai program, apa lagi...ni la penyudahnya...
Akhirnya..moga kita semua mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita hingga ke akhir usia kita. Tak kiralah, doa aku
ni adalah untuk semua kaum muslimin dan muslimat seluruh
dunia...tak rugi doakan untuk semua, sebab semua orang Islam bersaudara......aamiinn..

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

Saturday, July 28, 2018

Bertemu Sabtu Kembali...

Maaf posting kali ni langsung takde foto foto...huhuhu....

Hari ni Sabtu 29 Julai 2018. Awal pagi lagi aku dan isteri telah hantar anak pi kelas tambahan untuk UPSR kat sekolah. Inilah rutin tugas aku tiap 
hujung minggu. Gerak ke sekolah hampir jam 8.00
pagi. Tiba di sekolah turunkan anak 
bungsu aku....

Kemudian aku
bawak isteri aku pi nilai untuk
isi minyak. Memang aku selalu pi isi minyak kat
nilai sebab kat sana je ada stesen minyak shell. Aku biasa guna
shell sebab minyak shell rasanya lebih baik sebab kete aku rasa ada pick up rasanya.

Selesai isi minyak di nilai terus balik sebab isteri aku ada pengajian agama pada jam 
9.00 pagi. Pi dan balik dari nilai memang aku speed sikit iaitu 100 - 110
kmj sebab nak kejar masa walaupun jalanraya
benarkan cuma 90kmj aje.

Pi dan balik dari nilai makan 
masa selama setengah jam aje. Tiba rumah
terus je sarapan. Beli je sarapan masa keluar tadi. Jam 9.00 pagi
isteri aku pi ke surau kerana ada pengajian untuk kaum wanita. Pengajian tu memang
tiap hari sabtu. Elok lah dia pi pengajian tu, sekurang kurangnya dia dapat
ilmu agama yang memang aku tak mampu untuk berikan
kepada dia. Bila mati nanti tiadalah aku
akan ditanya ALLAH SWT
di akhirat nanti...

Jam 11.00 lebih isteri balik dari pengajian
dan seterusnya dia pi ke rumah jiran kerana ada majlis
aqiqah dan juga doa selamat untuk jiran yang akan berangkat menunaikan
ibadat haji. Aku biasalah sentiasa je duk kat rumah...jarang aku involve dalam majlis
majlis sebegitu...apa boleh buat laaaa.....

Jam 12.15 aku pi ke sekolah jemput anak
bungsu aku daripada kelas tution. Dalam kete dia ajak pi
jalan jalan....aku kata hari ni tak boleh sebab ibu tiada. Tiba kat rumah
rehat. Kemudian isteri ajak pi rumah kakak ipar aku sebab dia nak berurut badan dengan
tukang urut yang sedang berada di rumah kakak ipar aku yang tinggal kat
kampung abu bakar baginda tu.

Jam 3.00 petang kami bergerak
ke kampung abu bakar baginda tu. Sempat beli kueh
untuk buah tangan bawak ke rumah kakak ipar aku. Tiba di rumah kakak
ipar aku...masuk dan rehat sat. Tak lama kemudian isteri aku masuk bilik untuk berurut.
Lama jugak dia berurut. Anak pompuan aku pun turut sama berurut.

Siap berurut hampir masuk waktu maghrib. Kami solat jemaah
di rumah kakak ipar aku. Biras aku yang jadi imam. Selesai solat kami makan
satay. Biras aku order satay untuk makan malam tu...Selesai makan lebih kurang hampir lapan malam kami pun gerak balik.
Terima kasih kepada kakak ipar aku, biras aku, mael anak kakak
ipar aku serta menantunya ninie serta syazwani
kerana melayan kami ketika berada
di rumah berkenaan....terima kasih jugak kerana belanja satay...huhuhu...

Tiba rumah...isteri aku sambung pulak pi ke car boot sale
...jiran aku pelawa dia pi sama dengan dia orang...Anak pompuan aku dan
anak bungsu aku pun ikut serta...Aku masih jugak tinggal di rumah...memang aku suka
duk di rumah aje...Mereka balik ke rumah jam 12.00 malam......

Terima kasih kepada semua termasuk jiran jiran aku yang baik baik semuanya...

Akhirnya moga kita semua mendapat keampunan daripada Allah Swt sentiasa
hingga ke akhir hayat kita diatas segala dosa kita semua
sama ada besar dan kecil...amiinnnn.....

sekian....

daud.montak.zakaria

Saturday, July 21, 2018

Catatan musim durian..

Hari ni AHAD, 22 Julai 2018...pepagi lagi jam 8.00 pagi aku gerak ke MANTIN negeri sembilan. Tak jauh pun dari tempat aku, lebih kurang 30km kut...Kami masuk
 highway Lekas menuju ke selatan iaitu Mantin. Lebuhraya tu boleh sampai
kuala pilah dan kami biasa dengan lebuhraya ni lama dulu......
Dalam dua tiga hari ni isteri aku asyik sebut selalu nak pi
beli durian kat mantin tu kerana
dikatakan murah sikit
kat sana...
Aku biasanya senyap je...tak bagi respon apa2
sebab tak pasti akan ke sana atau tak....Tah apa sebabnya hari ni pulak terdetik
nak pi sana....biasanya aku memang buat plan tergempar macam ni je....
....huhuhu....apa boleh buat laaaa.......





Maklumat berkaitan durian ni didapati
daripada jiran kami di taman aku ni....itulah, ada baiknya
kita punyai jiran yang baik baik...Sememangnya aku kat taman ni punyai ramai jiran jiran yang baik baik..alhamdulillah...lagi pun memang aku pun tak buat pasal dengan
 jiran jiran...itu memang prinsip aku...kita jangan ganggu orang lain..
maka otomatik orang tak kan ganggu kita.......
Memang kita pun diharamkan mengganggu sesiapa pun terutama jiran jiran...
jangan kita sakiti jiran kita sama ada dengan lisan, perbuatan
dan jugak jangan benci mereka dengan hati kita....
Jiran jiran lah yang akan mula mula bantu kita lebih daripada sedara mara kita sebab mereka lebih hampir dengan kita....itu memang selalu je ada
dalam minda aku sentiasa......

Setelah beberapa lama kami kat highway maka tiba la di jalan susur keluar ke mantin n.sembilan tu......Rupanya kat highway Lekas tu da ada AES rupanya...Dulu
masa aku sering lalu sini aes belum ada lagi....hati hati ea jangan
speed tempat ada aes tu...nanti terbang rm300......
Sebenarnya aku tak pernah pun pi ke mantin ni walaupun lebih kurang
20 minit perjalanan untuk tiba ke sana. Kalau bawak kete 80kmj
tentulah makan masa lebih sikit untuk sampai di sana.
Ini pertama kali aku masuk ke pekan manting tu...walaupun pekan mantin
da lama wujud kat situ......

gerai pun masih tutup...huhuhu...
mula mula kami yg tiba dulu...hahaha...tak tau gerai bukak kul bape, terjah je...
pekerja tengah buat keje lagi...awal kami tiba...haha...
 Keluar dari tol mantin kami terus ke pekan
mantin. Aku ikut je papan tanda kat jalanraya tu....Tak lama kemudian
kami tiba pekan mantin. Pekan mantin tu tak besar mana pun lebih kurang pekan banting
je, kalau bagi mereka yang pernah ke banting. Pekan dia cuma satu
jalanraya utama di tengah tengah. Kiri kanan ada
kedai kedai, sama macam kebanyakan pekan pekan kecik yang ada di seluruh negara.........

Aku terus pandu kenderaan hingga melepasi pekan mantin...dan tak lama kemudian kami
jumpa gerai gerai buah yang masih belum buka lagi. Kami ambil keputusan
singgah di tempat yang jual buahan yang kelihatan orang
ramai di situ. Singgah sat dan pi ke tempat
jualan....tapi kami tengok buah2 durian baru je sampai....belum mula berniaga lagi...


hampir jam 9 pagi ramai yg tiba...


Akhirnya kami ambil keputusan pi ke gerai lain yang masih tak buka lagi tapi kelihatan ramai
pekerja sedang punggah buah durian. Isteri aku dan anak anak je pi ke tempat tu..
Isteri aku kata sat lagi dia orang akan buka gerai sebab mungkin
tengah sibuk punggah durian... Waaa...memang
banyak durian tu...ada penuh satu lori tapi tak tau datang dari mana.

Gerai tu jugak sebenarnya dalam dusun durian....gerai dan dusun tu kepunyaan
sorang tokeh cina....Ramai pekerjanya terdiri daripada orang bangla...ramai
jugak orang bangla tu...tu lah kat malaysia...mana mana je ada 
orang bangla...apa boleh buat da ...dia orang je yang sanggup
keje cari duit macam tu.....Ok la tu... dia orang cari rezeki yang halal...sape yang
rajin dapatlah dia rezeki yang ALLAH janjikan.....




Masa kami tiba kat gerai tu cuma kete aku je yang mula ada kat situ....namun lama kelamaan lepas satu satu kete singgah berhampiran gerai tu...Ramai jugak yang tiba di situ dengan pelbagai nombor plet kete...bukan saja plet N tapi plet dari luar...
Tak lama kemudian gerai pun dibuka...hermmm...berebut
pulak dia orang memilih buah durian yang melambak
banyaknya tu....
Rupanya gerai kat sini buka jam 9.00 pagi dan ada gerai melayu
yang berdekatan baru nak buka pada jam 10.00 pagi...tu pun baru mula
kemas tuk memulakan perniagaan....Rasanya kalau nak rezeki masuk kena bukak la
awal pagi...bukan hampir tengah hari.....opst!

Masa gerai tu mula dibuka untuk pelanggan, mulalah berebut....
Aku tak kisah pun...biarkan dia orang berebut dulu...apa nak direbutkan...bila memasing
dah beli takde la lagi berebut kan...kan...Cuma isteri aku je yang pilih buah
buah tu sementara aku angkat bakul yang dah di isi dengan durian
ke kaunter untuk ditimbang...Hermmm...nampaknya
lepas la kempunan isteri aku nak makan
durian yang selama ni
sering disebut sebut untuk pi mantin tu.....rasanya lepas ni tak pi lagi
kut...cari je kat tempat berhampiran je.....huhuhu...


tengah memilih la tu....


Sebenarnya harga durian yang kami beli tu rm7 sekilo...yang 4rm ada gak tapi masa
tu buah yang harga macam tu tak banyak sangat pilihan....Durian yang kami
beli ni merupakan durian kampung. Biasalah durian kampung
kalau nasib baik maka dapatlah yang tebal isinya...

Tapi tak kisah lah asalkan kehendak anak isteri dapat dipenuhi, itu yang lebih penting.
Kami jugak beli buah manggis. Satu ikat rm15, mungkin ada dua kilo kut seikat tu....
Selesai beli terus balik rumah. Tak lama berada di lebuhraya LEKAS
tu..... kami semua tiba dirumah dengan selamat
 ...alhamdulillah........

Tiba di rumah terus kupas semua dan bukan semuanya baik...ada jugak yg berulat
...tapi...ok la tu...rezeki tu Allah swt yang tentukan...kalau sudah itu je rezeki yang
Allah tentukan...itu je la yang kita dapat....Soal rezeki ni kita
tak boleh nak bincang panjang panjang sebab
rezeki tu Allah yang punya...Andai kata semuanya berulat..maknanya
kita takde rezeki la tu....penjual tu mana tau ada ulat dalam buah durian tu...dia
bukan ada mata superman yang boleh scan sampai ke dalam buah..
dan kalau pembeli tau penjual tu ada mata superman
..maka takkan ada pompuan pompuan yang
sangup untuk jadi pembeli dia..kan..kan.................
opst! melalut pulak aku ni...hahaha........





Berdetik je jam pukul sebelas pagi..aku pi pulak hantar anak untuk latihan silat di masjid bangi...Itulah rutin aku bila tiba hari Ahad....Selesai hantar anak pi silat...
tiba di rumah sambung lagi kupas buah durian....Ada la jugak
rezeki bila semua da di kupas....ok la tu....

Lebih kurang tengah hari jiran kami hantar durian yang telah dipesan oleh isteri aku
sebelum ni....Harga sekilo rm7...alhamdulillah...itulah bagusnya bila
kita ada jiran jiran yang baik.....Ok lah...sekurang
kurangnya dapatlah isteri dan anak anak menikmati durian
dengan sepuas puasnya....aku....haha...aku memang tak boleh makan durian lebih
lebih....banyak nikmat telah PENCIPTA amik dari aku...tapi...takpa...
kita mesti redha dengan apa yang PENCIPTA
telah tentukan untuk kita sebagai
HAMBANYA.........

Jam satu pi ke masjid bangi untuk jemput anak dari latihan silat...Dalam kete anak aku tanya berkaitan ilmu batik...hahaha...aku kata bukan ilmu batik tapi
ilmu batin...Kalau ilmu batik orang tu pandai buat batik la....jadi 
aku terangkanlah apa makna ilmu batin tu....setakat 
mana yang aku tau la...Anak aku kata
cikgu silat dia tegah jangan belajar ilmu batin tu....ok lah tu...satu nasihat yang baik tu...





Akhirnya...aku ingin doakan kita semua
sentiasa mendapat keampuanan daripada ALLAH SWT atas SEGALA DOSA kita sehingga
ke akhir hayat kita...tak kisahlah sama ada mereka yang aku doakan itu aku kenal atau tidak....antara nikmat paling besar ialah mendapat keampunan ALLAH SWT sentiasa...moga ALLAH SWT terima doa aku ini untuk semua
termasuk jiran jiran aku yang baik2 belaka....aamiinn..

*Istilah jiran...
40 buah rumah di kiri, 40 di kanan, 40 di depan dan 40 di belakang....

sekian...

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...