Saturday, August 31, 2019

Selamat Jalan Guru Ku...

Diari Daud - 29 Ogos 2019 merupakan satu tarikh sedih bagi warga seni. Seorang tokoh seni telah kembali kepada Penciptanya iaitu YM Raja Ahmad Alauddin. Beliau
merupakan Pensyarah dan Pengarah Filem dan drama yang terkenal. 
Dikatakan beliau meninggal dalam tidur di kediamannya. Beliau
dimakamkan di Makam DiRaja Selangor sebab beliau
adalah kerabat DiRaja Selangor. Sosok tubuh yang kembali kepada Pencipta
dalam usia 62 tahun tu memang asalnya
sudah bergelumang dengan seni visual sejak awal sebagai
pensyarah dan jugak pengarah filem serta drama. Baik dan low profile
orangnya walaupun lahir dikalangan keluarga DiRaja namun tak nampak pun dirinya sombong walau sekelumit jua...
berbanding dengan segelintir pensyarah lain yang agak serius kerana memikul gelaran pensyarah atas bahu mereka...hahaha..opst!....Beliau pernah menjadi
pensyarah UKM, UiTM, ASWARA dan sebagainya...
Dikatakan dia masih sedang mengarahkan sebuah drama untuk televisyen
...namun ALLAH SWT lebih sayang kepada beliau...


YM RAJA AHMAD ALAUDDIN...credit to google pict.
Aku sebenarnya awal
telah mendengar nama beliau kerana
aku mula bekerja di UKM 1983 tapi cuma pernah
dengar nama aja...hahaha... Aku tak pasti dia jadi pensyarah UKM tahun bila...
Aku pernah dengar namanya masa dia seorang pensyarah di UKM di Jabatan Komunikasi, FSSK masa tu. Aku cuma pekerja bidang audio visual di jabatan lain dalam ukm tu......
Aku menjadi bertambah kenal dengan dia masa aku jadi
mahasiswa tua di UKM lebih kurang 20 tahun yang lalu. Ada beberapa subjek yang dia ajar
aku sebagai pelajar major komunikasi di Jabatan Komunikasi dan minor sejarah ni... 
Aku amik bidang
Pengajian Media dan Komunikasi. Penuh dengan subjek filem dan video.
Penulisan skrip, Pengarahan, Dokumentari dan sebagainya.
Semua subjek yang dia ajar aku peroleh
A dalam peperiksaan
dan membantu aku untuk peroleh ijazah kelas dua atas tapi tak pernah pun  peroleh anugerah dekan...mungkin aku ni memang bukan pelajar yang
pandai kut...hahahaha...apa boleh buat la...oopst!
Walau apa pun aku memang berterima kasih kepada beliau dan segala ilmu
yang diturunkan kepada aku memang tidak ternilai harganya...
Apa apa pun aku amat hormati dia ni...dan aku mohon doa moga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa dia, diluaskan kuburnya, dihindarkan dia daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga....aamiinnnn......


~~~~~ SEKIAN ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...