Wednesday, March 25, 2020

HIKING aku terhenti sebab CORONA..

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 26 MAC 2020..bermakna PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) telah berlangsung selama 9 hari sejak 18 MAC 2020 yang lalu. Sekarang ni dilanjutkan lagi daripada 30 MAC hingga 14 APRIL 2020. Ini bermakna sepanjang perintah berkenaan aku tak turun untuk pi hiking di BUKIT MELATI tu..Bila tak kuar untuk hiking, badan aku tak berapa nak FIT la...rasa lenguh2 dan lesu sebab mungkin peluh tak kuar daripada badan kut. Kali akhir aku HIKING ialah pada 16 MAC 2020 dan boleh dibaca DI SINI. Benar, memang rasa tak selesa sebab badan dah biasa dengan aktiviti tu....bila tiba2 terhenti tentu ada kesannya. Biasanya aku hiking di melati hill tu dua kali setiap minggu. Apa boleh buat la...Tapi tu lah, aku ada jugak pi tengok kat FB Melati Hill tu...macam ada aje pengunjung ke sana tu. Apa apa pun aku taknak la amik risiko la sebab chinesevirus ni amat bahaya terutama kepada golongan yang berpenyakit dan golongan usia emas...aku ni da usia emas kannn...hahaha...opst! Boleh mati beb kalau kena virus ni..tapi tu lah, ajal tu memang dah tentukan, memang takleh elak pun..

foto lama masa kat melati hill...
google pict.
Bila dah terkurung di rumah dan jarang kuar, cuma masa nak beli makanan aje, maka rasanya berat pun dah bertambah kut sebab makan tido makan tido aje...Malas nak ukur pinggang ni...kalau korang tak caya cuba la ukur pinggang korang tu...hahaha...Duduk di rumah ni takde aktiviti apa pun dan putus dari dunia luar...Aku cuma bergantung kepada media internet untuk dapatkan akses ke dunia luar...Hari hari setiap saat dan ketika asyik pi ke facebook dan ig aje la...twitter aku takde pun...Itu aje la sumber berita aku sepanjang masa berkurung ni. Memang banyak la berita yang tak sah yang yang sah yang boleh aku dapat melalui sumber media berkenaan. Pandai pandai la tapis sendiri...

google pict
google pict
Bila kita melayari internet ni macam2 berita tak sahih dan sahih yang kita boleh boleh capai dan baca...Rasanya yang tak sahih lagi banyak kut...Kita kena pandai la untuk tapis sendiri kan..Jadi aku nak cite la, apa yang aku terbaca, tapi jangan percaya la, ada yang kata virus ni hasil perbuatan sebuah perancangan untuk kurangkan penduduk dunia yang dah mencapai 7 billion ni...Dah sesak kan dunia ni, dah 7 billion...jadi tentu ada perancangan untuk kurangkan penduduk dunia yang sesak ni...macam bertepatan pulak sebab wabak ni terjadi di negara yang punyai penduduk yang paling ramai di dunia iaitu China...rasanya penduduk China berjumlah lebih 2 billion sekarang ni. Itu yang aku dapat baca tapi korang semua jangan percaya sangat la sebab ini bukan cerita sah pun...tak payah la dijadikan hujah tulisan aku ni ye...jangan share la, itu lebih baik..

google pict
Satu lagi cite yang aku selalu baca ialah perkara berkaitan usaha usaha gomen baru memerangi chinesvirus ni. Macam2 tindakan yang dilakukan untuk mengekang serangan musuh yang tak nampak ni. Kesian dengan mereka yang duduk dibarisan depan yang sangat bertungkus lumus yang terdiri daripada  semua peringkat pekerja kesihatan, polis, tentera, rela dan sebagainya. Dah agak lama jugak dia orang berdepan dengan musuh ni tapi masih lagi ada jangkitan baru yang muncul setiap hari. Kesian kan...dikatakan dia orang ni bekerja 24 jam....tanpa henti...kesian dengan dia orang dan keluarga dia orang jugak kan...doakan yang baik2 untuk mereka serta keluarga mereka...Staf kesihatan sibuk dengan pesakit dan anggota keselamatan pulak sibuk dengan tugas menjaga supaya PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ini dipatuhi oleh orang ramai. Dikatakan 95% telah mematuhi sekatan, selebihnya tidak mematuhi arahan tersebut dan degil sangat. Aku geram jugak dengan mereka yang tak mematuhi arahan tu...Tindakan dia orang yang degil tu tentu akan menambahkan lagi bilangan pesakit berkenaan yang bergantung kepada pembawa yang bergerak ke sana sini..Rasanya elok yang engkar tu ditembak aje dan dilupuskan macam sampah..tapi...agama kita tak benarkan...Jadi janganlah ikut saranan aku ni...tak perlu pun...aku bagi cadangan tu sebab aku geram sesangat...Tapi aku suka dengan tindakan Russia, sapa yang engkar akan dipenjara selama 5 tahun. Muat ke penjara kita untuk yang engkar sejumlah 5% tu....5% daripada penduduk, rasanya berjuta jugak tu...ada ruang ke untuk penjarakan mereka tu..

google pict
Satu lagi isu pengikut TABLIGH...aku pun tak setuju orang ramai asyik menyalahkan pengikut tabligh tu...Hal ni bertambah membiak bila media2 arus perdana dan media nyamuk2 ni sentiasa memainkan berita berkenaan termasuk jugak netizen yang ramainya mungkin terdiri daripada mereka yang JAHIL..Media macam sengaja aje gembar gemburkan golongan ni...Ini memang teori dalam media, jika kita sering pasakkan minda penonton atau pembaca dengan sesuatu isu maka akhirnya pembaca akan termakan jugak akhirnya dengan propaganda tu...Itu memang ada dalam teori komunikasi...Golongan TABLIGH ni semua orang yang baik2 cuma tindakan segelintir aje yang tak buat saringan, tapi ramai jugak yang dah pi buat saringan tu dan ramai jugak yang telah dikuarantin....mungkin kurang 5% agaknya yang belum buat saringan. Kita jangan mudah salahkan mereka. Mereka tu sebenarnya dijangkiti...tapi oleh sebab dia orang ni ramai tu yang nampaknya mereka dipersalahkan. Ramai jugak daripada mereka yang telah meninggal dunia sebab virus ni. Sekarang ni seolah olah tabligh yang menjadi penyebab padahal yang mula2 sekali pembawa ke sini ialah 3 orang pelancong China yang dibenarkan masuk ke sini masa era gomen yang lalu dari Singapura..Untuk pengetahuan semua, sebelum ni ada jugak perhimpunan agama oleh penganut HINDU di Pulau Pinang, kalau tak silap...Jumlah yang hadir melebih 30 RIBU orang...Setakat ini dikatakan golongan berkenaan tiada jangkitan...tapi pasti ke tiada jangkitan, sudahkah pihak berwajib selidik mereka yang mengikuti perhimpunan penganut HINDU tu...belum ada berita yang ditulis..Ada yang berkata CHINESEVIRUS tu tak serang orang HINDU sebab virus tu TAK NAMPAK orang INDIA tu...hahaha...opst! Ayat ni cuma ayat gurau aje ye...abaikan aje ye....hahaha...

google pict
Aku bertambah geram bukan saja SI KAFIR yang salahkan TABLIGH ni tapi jugak ORANG ISLAM sendiri. Tak perlu nak salahkan mereka sebab mereka golongan yang dekat dengan Pencipta yang sentiasa berzikir di mulut dan sentiasa ada tasbih di tangan..mereka sentiasa tenggelam dengan ibadat mereka kepada Pencipta. Kalau dibandingkan dengan kebanyakan kita, ibadat mereka dengan kita macam langit dengan bumi...insaf la memasing...jangan dalam masa kita mencaci mereka kita tak sedar aqidah dan iman kita terlucut. Kita tak tau mungkin itu cara ALLAH nak meninggikan darjat dia orang dan jugak untuk memberi mereka SYAHID asbab daripada amalan mereka yang mulia tu..Kita macam mana...adakah kita akan lebih mulia dengan memaki hamun dia orang serta share berkaitan berita negatif berkaitan dia orang. Aku sebenarnya tak heran sangat orang ISLAM sendiri yang memaki hamun dia orang ni sebab kalau kita melihat kepada kajian lalu, orang MUSLIM yang TIDAK dirikan solat 5 KALI setiap hari ada lebih kurang 80% dan cuma 20% aje yang dirikan solat 5 KALI setiap hari. Itu data penyelidik yang lalu...Jadi asbab tak solat penuh tu mungkin akan menghasilkan generasi MUSLIM yang tak sempurna IMAN, yang sering kita jumpa dalam media sosial yang kejenya suka fitnah, maki hamun, fitnah dan pelbagai lagi perkara mungkar yang dilakukan...Mungkin jugak doa golongan TABLIGH dan kegiatan golongan TABLIGH ini jugak menjadi asbab negara kita masih aman...kita mana tau kan...Doa mereka lebih hampir dengan PENCIPTA...Jadi, fikirkan lah kembali pandangan kita kepada golongan TABLIGH tu..Harap kita perbaharui la kembali tanggapan kita kepada golongan TABLIGH jika tanggapan kita NEGATIF terhadap mereka. Aku taknak gunakan istilah CORONA VIRUS tapi aku gunakan istilah CHINESEVIRUS supaya kita jangan lupa virus tu berasal dari negara CHINA...itu sahihnya...BUKAN Virus Tabligh ye...Jumlah kematian sekarang ialah sudah pun mencecah 20 orang...Harap wabak ni cepar tamatnya...

google pict
Berbalik kepada cite HIKING aku tu...aku pun tak tau bila boleh mula kembali. Rasanya buat masa ni memang tak boleh nak pi ke melati hill tu. Aku tak pandai nak peluhkan badan kat dalam rumah sebab alat2 sukan takde pun kat rumah aku ni. Harap janganlah tubuh aku menjadi mudharat asbab tak mampu pi hiking musim PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ni...Harap PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)  ini tidak terus berpanjangan hingga berbulan bulan...Sama samalah kita berdoa moga ada pengurangan dan seterusnya wabak tersebut tamat dengan segera...aamiinnnn...Letih beb duk kat rumah tak boleh kuar sebarang masa ni...Aku pi beli barang rumah pun kena pi sensorang aje...guna aje la list yang isteri kirim dalam wassapp...hahaha...apa boleh buat la... 

google pict
Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn...
Aku paparkan jugak infor berkaitan kalori di bawah ni, moga ada manfaat untuk kita semua...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF


~~~~     SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...