Sunday, July 30, 2017

Wedding dan Rambut

Hari ini, AHAD, 30 JUlai 2017, aku sekeluarga..oopst! bukan sekeluarga...cuma tiga 
beranak jer....aku, isteri dan anak bongsu, pi menghadiri Majlis Perkahwinan
NAJWA seorang yang pernah membuat Latihan Industri
di unit video kami semasa unit kami
di bawah PENERBIT UKM dalam tahun 2013...ermmm...kalau
tak silap.........Layarilah cerita dalam blog aku berkaitan MEREKA tuuuu...
di SINI...

ni isteri aku ni....
ni permandangan ketika da hampir jam 4.00 ptg...
Aku dan keluarga turun tuk pi ke rumah NAJWA tu lepas kami selesai solat Zohor.
Masuk keta, gerak menuju DESA MAHKOTA. Aku cuma ingat
sikit je alamatnya, cuma nombor jalan jer......Sebenarnya 
aku tak selalu pon masuk desa mahkota ni...
Rasanya kurang daripada 5 kali jer, sepanjang desa tu wujud
di situ..kut. 
Masuk pun sebab ambil anak yang gi rumah rakannya di desa tuuuu....

keluarga IKHWAN, rakan se ofis...IKHWAN, ISTERINYA dan isteri aku....


Masuk ke Desa Mahkota...pandang kiri... pandang kanan.. kalau2 ada khemah....tak 
berapa jauh masuk ke desa tu kami nampak deretan kereta tepi jalan...ah! 
dah sahlah itu rumahnya.....aku bab bab jalan ni bukan tau sangat...
redah je...... Cari tempat parking...... bila jumpa je, terus letak 
kereta kat situ....kawasan hujung sekali...yang dekat
 dekat umah da penuh nampaknya...

Isteri Ikhwan...IKHWAN, anak2 Ikhwan...pengantin dan isteri aku....anak aku sorang tu taknak
amik gambar...agaknya macam aku dulu tu....kot.
isteri Ikhwan...IKHWAN...pengantin...isteri aku dan aku...
Sebelum masuk ke pekarangan terjumpa rakan sekerja aku sdr. RAMLI, baru nak pulang.
Aku tanyakan sama ada dia jumpa atau tak dengan member2 yang lain.
Dia kata dia terjumpa dengan Aisyah rakan NAJWA
semasa LI di unit kami dulu tu....
Aku dan isteri kemudiannya terus masuk ke perkarangan tempat makan, salam 
dengan ayah NAJWA dan NORZALI...isteri aku salam ngan IBU NAZWA
serta dengan isteri ZALI...MAS kalau tak silap...Masa kecil
dulu isteri aku jaga anak ZALI dan MAS tu...kalau tak silap nama anaknya
ialah LIANA dan yang kecik masa tu..IZATI...Zali ialah adik
beradik bapa NAJWA.......
Lepas bersalam kami pon menuju tempat jamuan makan....opst! terjumpa
AISYAH...sembang seketika, kemudian teruskan ke meja jamuan.....
...sedang amik makanan terjumpa IKHWAN rakan se ofis aku....dia
kata dia duk kat ujung...jadi kami terus pi cari tempat duduk
di meja ujung....Dalam perjalanan jumpa pulak sdr. BAHTIAR....huhuhu...kecik betul dunia ni....pi mana pon mesti jumpa rakan2 yang dikenal...Bahtiar ni Pensyarah kat KUIS sekarang. Aku kenal dia masa dia keje kat JABATAN KOMUNIKASI UKM,
 tempat aku ambil degree pertama...degree kedua...oooopst! degree kedua 
aku tak amik ponnnn..huhu..dah malas nak adap buku...
.Aku masih ingat masa buat degree pertama kami buat rakaman di Kampung 
Nelayan, KLANANG. Satu malam atau dua malam kami di sana...lupa...masa tu juga
 'beras' aku PIAN sudi hantar makanan kat sana...terima kasih PIAN, hanya ALLAH 
SWT yang mampu membalasnya. Antara rakan sekumpulan yg aku ingat 
masa tu ialah NURUL HAWA...memang aku takkan lupa perkara tu....
Salam dengan BAHTIAR dan teruskan cari meja ujung tu...belum 
sempat duduk anak IKHWAN kata...'itu kawan
apak....'  Aku senyum je.....kenal pulak dia kat aku...huhuhu...
Tidak berapa lama kemudian isteri ikhwan dan Ikhwan tiba di meja dan 
kami pun sama2 makan kat meja tu.........hingga selesai...

...hahaha...aku teringat perkataan ambik BERKAT di sini...huhuhu...
Selesai makan kami semua gerak nak tinggalkan majlis tersebut....Dalam masa bergerak keluar terjumpa sdr. ROSLAN MANAP, bersalam sat dan kami teruskan
perjalanan keluar drpd lokasi jamuan makan tu...Kemudian terus
 jumpa ayah NAJWA dan salam. Ibu NAJWA kata kalau nak
 jumpa NAJWA ...ada kat dalam rumah, dekat pintu masuk je...
Jadi kami semua 
termasuk keluarga IKHWAN terus masuk
ke dalam rumah. Dalam rumah terus salam dengan pengantin LELAKI jer...
dan aku ucapkan TAHNIAH kepada mereka berdua....Kemudian kami
berposing bersama sama pengantin..........
Doa IKHLAS aku....semoga kalian BERDUA HIDUP BAHGIA dan AMAN
DAMAI hingga ke SYURGA....
Selesai je...aku sekeluarga terus keluar menuju ke kereta...dan
gerak pergi..........................

.......................................................................................................................

Kami kemudian menuju ke CS untuk gunting rambut anak aku. Cikgu dia kata suh 
potong rambut. Memang lah budak sekolah kene rambut pendek.....Kalau 
cikgu denda potong rambut pun akur je laaaa...aku takkan serang 
cikgu punyaaaa...........................
Sampai di kedai gunting dalam CS tu tengok kat pintu
nya terdapat signage CLOSED...aduhhh...
kena cari tempat lain la pulakkk...


anak aku sedang digunting rambutnya..... 

Jadi bila kedai gunting di CS tutup...kami pun pi ke SERI PUTRA...gunting rambut 
di kedai gunting di situ yang sering aku bawak anak aku ke kedai tu....
Ada dua orang pelanggan, sorang sedang digunting, 
sorang sedang menunggu...
Tak lama kemudian datang lagi dua pelanggan cilik dihantar oleh 
bapa mereka...Giliran anak aku lepas ini...Siap je pelanggan tersebut, anak aku 
pulak duk kat kerusi istimewa tu....Tukang gunting tanya... gunting budak 
sekolah ke...ye....dan dia terus gunting style budak sekolah................
Ketika tunggu siap digunting, kami paksa telinga kami dengar siaran 
TV bahasa Tamil.................huhuhuhuhu.....
Tak lama siap...bagi 5RM....masih murah...kalau kat CS harganya 8RM...
Keluar kedai gunting....terus je balik rumah...itu pun hampir
jam 5 lebih kot......

.................................................................................................................

Sebenarnya hari ini jugak abang ipar aku di Manjung Perak pun ada kenduri
kahwin anak lelakinya. Masa kenduri sebelah pompuan...ermmm...
minggu lepas kut....... isteri
aku dan anak2 pi hadir kenduri berkenaan
di AMPANG......

foto amik dari whatsapp BIRAS aku...dari kiri 'beras' aku PIAN, ABANG IPAR yang tinggal
di Jenderam dan 'beras' aku
ABANG KAMAL.....di MANJUNG PERAK niii...
wowww.....meriahnya....pengantin dan keluarga...yang berkupiah putih tu 'beras' aku ABANG KAMAL....
Berdiri dari kiri....MAIL anak 'beras' aku Abang Kamal, PIAN biras, KAK SABA kak ipar, ENCIK MI biras juga ibu pengantin lelaki, ABANG USOP abang ipar, PENGANTIN, ENCIK AKHIR abang ipar juga bapa pengantin lelaki, ASMAH adik ipar, NINI menantu abang Kamal, ADAWIYAH anak Abang Kamal, oopst! yang ini tak tau...
Duduk dari kiri...KAK NAB kakak ipar juga isteri Abang Kamal, HAKIMI anak PIAN,
belakang HAKIMI, FARZANA anak
Pian, depan.. FALIZAH anak Kak Saba...ini anak KAK AWA kut...
KAK AWA kakak ipar, FASEHAH anak PIAN...ooopst! lagi, tak kenal ni...
HAHAHA...wowww.....aku masih ingat kebanyakan drpd mereka semua...jadi....AKU masih sebahagian 

daripada KELUARGA INI...huhuhu...



Walau bagaimana pun DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS aku doakan pasangan pengantin akan sentiasa bahagia, aman, sentosa hingga ke SYURGA....

SEKIAN, terima kasih.....

DAUD.montak.zakaria.

Saturday, July 22, 2017

Raikan Penutup Syawal...

Semalam, SABTU malam AHAD, kami meraikan penutup SYAWAL di Shah Alam
bersama semua ahli keluarga serta ahli keluarga baru kami. Kami
menjamu selera di SINI




Foto drpd GALERI RESTORAN tuuu....
Foto drpd GALERI RESTORAN tuuu....



Gerak dari rumah selepas Maghrib. Eloklah gerak lepas solat supaya hati lebih
tenang tak perlu lagi fikir hal solat kalau dah gerak sana sini.....
Tiba di restoran tu hampir jam 9.00 malam.
Kelihatannya SYAFIQ da tunggu depan restoran bersama isteri...
Jarak dari BANGI ke SHAH ALAM lebih kurang 50 KM dan mengambil masa
lebih kurang sejam untuk tiba di sana......

posing 1
posing 2
posing 3
posing 4

...posing dulu....

Syafiq yang buat tempahan restoran berkenaan. Aku memang kurang pengalaman

 makan kedai ni...aku lebih suka makan di rumah terutama masakan
 isteri...ooopst! 
Kelihatan meja untuk kami da pun di RESERVED. Lokasi meja bersila. 
Syafiq yang buat order.
Aku cuma tau makan aje asalkan makanan tersebut
tidak elergic bagi aku...itu da kira ok la...

masih belum mula...

sedang menjamu selera...

masih belum mula...silalahhh...

menjamu selera...

masih boleh lagi....
 Masa menjamu selera kami tamat lebih kurang jam...ermmmm...lupa nak tengok jam
...mungkin jam 10.00 malam kut. Selesai je kami terus bergerak balik
serta singgah di rumah SYAFIQ di SAUJANA PUTRA
sebentar sebelum kami meneruskan
perjalanan pulang ke BANGI.

selesai daaa...



maaf...tinggal pinggan aje.....
AKU berharap sesangat ada lagi kesempatan seperti ini dimasa akan datang.
Moga ada REZEKI untuk berkumpul macam ni............................
Hanya dengan cara ini mungkin mampu mengeratkan
hubungan keluarga kami. Sebab hari2 lain kami
masing2 sebok dengan jadual kerja masing2... jadi inilah satu2nya
cara untuk kami bertemu sekeluarga. Mungkin cara ini aje yang mampu kami
duduk semeja dan bersembang-sembang di masa akan datang.
Harap tradisi yang baru dimulakan ini akan terus menjadi tradisi yang berkekalan
hingga ke akhir hayat...aaminnn...InsyaALLAH....

SEKIAN.

DAUD.montak.zakaria

Sunday, July 16, 2017

Melawat Hospital Lagiiii....

Hari ini AHAD, 16 Julai 2017, aku bersama keluarga melawat BIRAS aku yang sakit
di HOSPITAL KAJANG kerana masalah usus. Aku serta keluarga
pernah melawat kali pertama beberapa minggu
yang lalu.........................
Semua ahli keluarga aku masuk ke wad untuk melawat
melainkan seorang yang di bawah umur 12 tahun. Jadi yang dibawah
umur terpaksa tunggu di luar ditemani oleh kakaknya.................................................

foto hiasan dari google...

foto hiasan dari google...
 Dalam wad tidak boleh snap foto walaupun menggunakan handphone, melainkan
makcik makcik misi tu tak nampak...gamaknya. Sebab aku pernah dengar
sorang misi tu beritahu seseorang supaya jangan snap foto dalam 
wad...huhuhu.... Jadi tak jadilah aku snap sebarang  satu
dua foto aku dalam wad atau foto
biras aku tu.........

foto hiasan dari google...

foto hiasan dari google...
Masuk ke dalam wad biras aku, kelihatan biras aku dah kelihatan ok sedikit.
Masa melawat kali pertama dulu nak bersuara pun nampak
macam sukar dan kelihatan banyak masanya
dengan memejamkan mata sahaja...
Aku rasa rimas jugak duduk dalam wad ni ..maklumlah
pandang depan orang sakit, pandang kiri sama, pandang kanan, belakang, sama
je...semuanya orang sakit....kat siling je yang takde pesakit...huhuh..
Masa melawat tu...adalah aku sembang sikit dengan
biras aku tu...sembang jugak dengan
adik ipar aku iaitu isteri 
biras aku yang juga adik kepada isteri aku.

depan pintu nak masuk wad
pintu masuk ke wad


Doa aku...semoga BIRAS aku tu cepat sembuh dengan sempurna. Sebenarnya
kesian bila tengok orang sakit. Dah namanya pun sakit tentu tak
selesa. Aku tengok katil2 berhampiran katil biras
aku tu pun macam2 sakit.
Kelihatan sorang tu separuh betisnya sudah hitam. Rasanya 
mungkin sebab diabetis kut. Bila kulit dah hitam, itu mungkin dalam bahaya. Sel
sel da mati kut. Kalau tak dapat diselamatkan mungkin
kaki boleh dipotong. Mintak2 orang tu sembuh
jugak dan kakinya dapat jugak
diselamatkan...........aaminnnnnnnnnnn...................

nak balik da...


Aku tidak lama dalam wad berkenaan kerana aku harus keluar untuk beri peluang
anak aku yang lain masuk untuk melawat. Aku pulak gilir menunggu 
anak aku yang tidak dibenarkan masuk kerana
bawah 12 tahun.
Sementara menunggu di luar kelihatan
abang Kamal dan Kak Nab tiba untuk melawat. Tak berapa
lama kemudian tiba keluarga biras aku dari Banting datang melawat. Biras aku,
PIAN tiada...cuma keluarga dia jeee.........

salah satu sudut dalam kawasan hospital...
lokasi perking kenderaan


Kami meninggalkan HOSPITAL KAJANG setelah lebih kurang sejam berada di hospital
tersebut. Harap BIRAS aku cepat sembuh, harap jugak semua orang2 yang sakit
yang berada di hospital berkenaan sembuh segera hendaknya.
Kita hanya mampu berdoa, yang menyembuhkan
adalah ALLAH SWT. Yang penting marilah kita sama2 berdoa dengan
ikhlas supaya mereka semua sembuh segera, sembuh dengan sempurna serta diberkati
oleh ALLAH SWT dunia hingga AKHIRAT.......
InsyaALLAH kami akan datang lagi melawat ke sini jika ada kesempatan........
doakan kami ada kesempatan dikurniakan ALLAH SWT
untuk datang lagi melawat ke sini......aaminnn...

lokasi parking hospital kajang.....
bandar kajang....
bandar kajang....
mercu tanda terbaru...MRT KAJANG...esok PM akan rasmikan....

BANDAR KAJANG nampaknya ada sedikit berubah. Stesen MRT pun ada dan akan dirasmikan oleh PM esok. Mungkin Kajang esok sesak kerana acara
berkenaan. Jadi eloklah jangan
masuk Kajang esok...tentu sesak punya....mungkin jamme...mungkin
.....mungkin.....dan mungkin............................
MRT
MRT


Hari ini nampaknya KAJANG tak jemmm...mungkin masa cuti ramai orang keluar dari
KAJANG kut....pegi jamuan raya ke....pergi berkelah keee...pegi kenduri kawen
keee.... semuanya serba mungkin. Itu sebab gamaknya KAJANG tak 
sibuk masa aku masuk KAJANG dan keluar dari KAJANG tadi.....

Apa2 pon terima kasih kerana singgah di sini...

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...