Monday, December 9, 2019

Oh! Melati Hill...sorang aje...

Diari Daud - Hari ni Isnin, 9 Disember 2019, aku pi ke Melati Hill untuk peluhkan badan di sana. Selesai packing sume, aku pun gerak ke sana dalam jam 8.00 pagi.
Cuaca hari ni macam ok aje. Aku tak banyak packing apa pun
cuma masukkan ke dalam beg air kosong satu
botol aje...hahaha...ok la tu..
Sarapan pagi dah amik pagi ni....Kali ni aku pi sensorang aje...
Sempat melalui Tasik Ujana Nilai Impian yang sering jugak aku pi untuk
panaskan badan sekali setiap minggu.....ramai jugak orang nampaknya...memang selalu
aje ramai kat tasik tu....

kaki bukit Melati Hill
mendaki ke centipede hill
trail untuk mendaki ke puncak centipede hill
Tiba di kaki bukit tu dekat jam
9.00 pagi. Banyak jugak kete parking kat tepi jalan tu
...rasanya mungkin lebih daripada 30 buah kut...Aku parking kete
dan kunci leklok. Kemudian aku berjalan ke kaki bukit tu. Aku bercadang untuk
mendaki ke puncak centipede dan terus ke monkey dan cobra hill sebelum turun dan kuar ke hujung taman desa melati tu...


mendaki ke puncak centipede hill
nak sampai puncak centipede dah..
puncak centipede hill
Aku pilih simpang yamg agak curam untuk
mendaki ke puncak centipede tu. Banyak kali jugak aku berhenti untuk dapatkan oksigen masuk ke paru paru aku...termengah mengah weh...Bila dah agak stabil
pernafasan maka aku sambung lagi mendaki. Memang aku
banyak kali berhenti untuk berehat. Masa mendaki
ke puncak centipede ni ramai jugak
pendaki lain yang mendaki
dan turun ke kaki bukit. Kali ni aku tak
banyak pulak tegur orang lain, cuma angkat tangan dan angguk
 angguk kepala aje...hahaha...Ada jugak dua tiga orang yang macam turun dan mendaki kembali ke puncak centipede tu...mendaki ulang alik gamaknya...
Itu pun nampak berpeluh jugak....


pandangan dari puncak centipede hill
belakang aku tu pendaki veteran dari USJ...
turun dari centipede hill untuk ke monkey hill
Setelah beberapa lama mendaki
akhirnya aku tiba jugak di puncak centipede hill tu...
Rasanya dalam 16 minit aku tiba dipuncak tu..ini bukanlah masa yang terbaik...faktor umur yang usang ni, aku tak mampu nak buat masa yang lebih pantas daripada tu...
Aku ikut rentak aku aje la mengikut kemampuan usia aku yang
usang ni...hahaha.....Walau macam mana pun dalam
usia yang dah usang ni, janganlah
kita cepat sangat mengalah..kalau tak boleh cepat,
perlahan pun ok...yang penting kita mampu menongkah halangan usia tu...kan...kan...hahaha...saje je ni untuk beri semangat kenkawan yang belum datang sini, silalah datang...Tempat beraktiviti ni memang sesuai untuk kita peluhkan badan...
Tempat ni ok la untuk kita yang amatur ni...tak perlulah kita mendaki
tempat2 yang hardcore tu...Di sini dah ok dah, untuk yang punyai usia yang dah usang ni...hahaha....


trail menuju ke kaki bukit dari centipede
ke kaki bukit dari centipede untuk ke monkey hill
menuruni bukit untuk ke trail monkey hill
Di puncak centipede tu aku rehat sat dan amik satu dua foto
view dari atas puncak centipede tu...Di puncak centipede tu aku bersua dengan sorang
veteran yang aku sering jumpa kalau datang ke sini. Dia tanya datang
sorang ke...aku kata ye...Itu hari dia nampak aku datang
dengan isteri dan anak bungsu aku. Kali ni
pulak dia yang bawak isteri dia. 
Dia kata ini kali pertama dia bawak isteri dia ke sini...Dia datang dari USJ...jauh jugak dia datang....Tulisan aku berkaitan kunjungan aku ke sini minggu lepas
boleh dibaca di link di bawah....

DI SINI...


simpang di kaki bukit...kanan ke eagle hill, kiri ke monkey hill...aku pilih ke kiri...
trail ke monkey hill
trail ke monkey hill
Ramai jugak yang ada atas puncak centipede tu pada masa aku ada kat puncak tu...
Tak lama kemudian aku minta diri kat veteran dari USJ tu, untuk ke monkey
hill pula...Kemudian aku terus menuruni bukit untuk ke monkey hill...
Dalam perjalanan ke monkey hill tu aku jumpa dengan
ramai pendaki yang lain...Ramai jugak la...
Masa menuruni bukit ni aku tergelincir sebab terpijak
batu2 kecil...sib baik tak teruk...hahaha...Sebenarnya walaupun
trail kering dan berdebu tapi masih jugak licin bila menapak atas batu2 kecil
di trail tu. Lagi pun tapak kasut aku memang dah licin tanpa bunga dah...rasanya aku kena beli kasut lain ni....


trail ke monkey hill
simpang ke monkey hill dan ke rope hill
pilih untuk melalui monkey hill
Setelah beberapa ketika menurun dari puncak centipede tu, 
akhirnya aku tiba di simpang untuk pi ke monkey hill dan eagle hill di kaki centipede hill tu...Aku snap foto sat kat sini sebelum aku amik trail untuk pi ke monkey hill.
Jalan ke monkey hill tidak mencabar sangat...laluannya tak banyak
sangat yang mendaki, banyak yang menurun dan landai aje...
Masa melalui trail ni, macam aku sorang aje mulanya
...tapi ok la sebab masih siang..Masa
dah dekat simpang ke monkey hill tu aku bersua dengan
pendaki lain yang melalui jalan yang sama untuk ke monkey hill tu..
Aku cuma angkat tangan dan senyum aje kat dia orang...Dia orang pun sama macam tu...


mendaki trail untuk ke puncak monkey hill
menuju ke monkey hill
menuju ke monkey hill
Setelah tiba di simpang untuk ke monkey dan rope hill, aku pilih
simpang untuk ke monkey hill. Rope Hill pun dah bukak sekarang ni...Dulu ditutup beberapa hari sebab ada yang terjumpa ular kat situ. Tiba di simpang tu aku rehat sat...Setelah
ok maka aku pun mula mendaki monkey hill tu..Aku terjumpa pendaki
pompuan kat sini...Aku tegur aje dia.. dia kata dia datang
dengan kakak dia, kakak dia ada di belakang...


mendaki ke puncak monkey hill
kat belakang tu trail mendaki ke monkey hill
ke puncak monkey hill, rajin pendaki tu bawak anak2 pompuannya mendaki
Masa mendaki monkey hill ni ramai aku jumpa pendaki lain..yang
ramainya pendaki lelaki, yang muda dan jugak yang veteran. Dia orang laju aje
tapi aku agak lambat jugak sebab termengah bila mendaki trail monkey hill yang curam ni..Untuk sampai di puncak monkey tu agak jauh jugak...curam pulak tu...Aku suka
trail ni sebab ia menyebabkan aku cepat berpeluh di sini. Memang 
berpeluh kalau mendaki di sini...Saje aje aku hangatkan
line supaya kenkawan aku teruja untuk
datang ke sini dan cuba
trail kat melati hill ni...memang berpeluh kalau beraktiviti di sini...datang laaaa...


puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
Memang aku banyak berhenti bila mendaki ke puncak monkey hill ni..Aku jugak jumpa dengan pendaki yang dah berumur jugak dengan dua orang anak
pompuan dia yang masih kecil lagi...mungkin dalam
lingkungan bawah 7 tahun kut...Rajin
dia bawak anak dia
mendaki di sini....Aku jumpa dia masa aku dah hampir untuk tiba di puncak monkey hill...


puncak monkey hill
trail untuk ke cobra hill
senduduk
Setelah beberapa lama mendaki, akhirnya aku tiba di puncak monkey hill tu..Ramai aku jumpa pendaki lain di puncak tu..
Aku berehat kat atas tu
sambil rakam beberapa foto dengan handphone.
Kali ni aku tak jumpa pulak kera yang sering aku jumpa kat monkey hill
tu...mungkin ini bukan masa ia berkumpul kat sini kut...Dari puncak monkey ni boleh nampak bangunan sedang dibina di bawah bukit tu...membangun betul kawasan sekitar sini. Aku rasa la mungkin satu hari nanti bukit ini pun akan dibangunkan
jugak gamaknya...susah jugak nak cari tempat lain
yang boleh beriadah untuk peluhkan badan..


trail ke cobra hill
trail ke cobra hill
tumbuhan hutan yang menyokong antara satu sama lain, tentu harmoni kalau
manusia pun punyai sikap macam ni...kan...?
Kemudian aku sambung perjalanan ke cobra hill pulak. Di depan aku ada sekumpulan pendaki lain dan bapa yang bawak anaknya mendaki di sini yang aku
jumpa di trail untuk mendaki ke puncak monkey hill tu..
Jalan ke cobra hill tu tak la dekat sangat dan
tak jugak jauh sangat...ok la...Trail kat sini pun landai aje dan ada
sedikit aje yang mendaki...tapi taklah mendaki sangat pun..masih boleh dikata
mudah gak...Masa lalu kat sini aku tak berhenti pun sebab langsung untuk berehat... tak termengah mengah pun melalui trail ni..........


nak sampai puncak cobra hill
puncak cobra hill
laluan untuk turun ke kaki bukit dari puncak cobra hill
Masa aku lalu kat laluan di melati hill ni sering aku jumpa banyak tumbuhan tapi tumbuhan biasa aje, taklah tumbuhan yang pelik pun, antaranya tumbuhan SENDUDUK..
Di mana mana pun akan jumpa tumbuhan senduduk ni...
Tumbuhan sendudk ni biasa tumbuh
di hutan khatulistiwa..
Di Malaysia ni dikatakan terdapat
12 spesis senduduk ni...Tumbuhan ni mudah
membiak melalui biji benih. Dalam perubatan tradisional, daun,
 akar dan pucuk digunakan. Dikatakan senduduk ni digunakan untuk mengubat
cirit birit, sakit gigi, kembung perut dan luka luka...Tapi aku pun tak tau nak buat macam mana sebab aku dapatkan maklumat aje...Korang kena la tanya orang tetua
untuk tau cara nak gunakan tumbuhan senduduk ni..Walau pun
aku da tua tapi aku tak mahir dengan ubatan tradisional ni...Korang kena la tanya orang yang lebih tua daripada aku...tapi tu la...orang yang lebih tua daripada aku
dah ramai yang berpindah ke BARZAH...hahaha....

trail turun ke kaki bukit
tapak kasut dah haus..kena ganti baru ni...dua kali tergelincir kat Melati
Hill ni...memang patut diganti..mungkin kasut macam ni tak sesuai untuk mendaki..
dah sampai ke kaki bukit...
Bila kita masuk belantara besar atau kecik ni, tentu kita akan akui
 kebesaran ALLAH SWT. Segala yang kita lihat mesti menjurus kepada keagungan
ALLAH swt...Kita fokus aje kepada satu contoh dimana tumbuhan lain
menjalar pada pokok lain untuk mencapai cahaya matahari
yang maksima...Ia akan menjalar hingga ke pucuk
pokok pokok besar yang wujud
di hutan berkenaan...
untuk mendapatkan cahaya matahari yang
penting untuk proses fotosintesis...Jika tabiat macam ni
diaplikasikan ke dalam kehidupan masyarakat tentu kehidupan dalam
masyarakat akan menjadi lebih harmoni...tiada tamak, tiada dengki mendengki,
tiada sikap yang menggugat orang lain dan sebagainya lagi...Tentu dunia akan menjadi lebih aman kan...tapi tu la kan...kalau semuanya baik tentu ALLAH SWT tidak mewujudkan syurga dan neraka...kan...


ambil keputusan mendaki kembali untuk dapatkan peluh..
dah sampai puncak
cari laluan untuk ke kaki bukit kembali...
Setelah seketika berjalan akhirnya aku tiba di puncak cobra hill ni....
Kat sini aku bersua dengan lelaki yang bawak dua orang anak2nya mendaki di sini. Dia orang berpatah balik ke monkey hill. Kat cobra hill ni aku snap beberapa
foto dengan hp aku. Selesai rehat aku pun cari laluan untuk
turun ke kaki bukit untuk balik. Aku pun gerak
di laluan untuk ke kaki bukit. Masa
menurun bukit ni aku tergelincir...sib baik tak teruk
....memang sahlah kasut aku ni kena ganti yang baru...tapaknya 
udah tak boleh lagi untuk grip dengan permukaan tanah yang yang berdebu dan kering tu..kalau permukaan basah tentu lagi teruk kut....memang kena ganti
dengan kasut lain ni...yang baru dan boleh grip permukaan
tanah dengan lebih baik lagi.....
Setelah menapak menuruni bukit akhirnya aku tiba di kaki bukit dilaluan yang pamah dan landai. Namun aku pilih satu laluan untuk mendaki kembali, walaupun aku
boleh pilih untuk terus keluar ke jalanraya. Aku mendaki
kembali untuk dapatkan peluh kembali sebab
masa berjalan menurun tadi peluh
tak banyak pun keluar.
Masa mendaki ni memang curam dan
beberapa kali aku berhenti untuk rehat dan amik nafas.

ke kaki bukit dan hampir sampai da punnn....
tiba di simpang untuk ke mosquito hill dan keluar ke jalanraya, aku pilih keluar aje...
masa ketika hampir tiba ke jalanraya
Setelah beberapa kali berhenti akhirnya aku tiba di puncak...Dari situ aku cari laluan untuk turun ke kaki bukit. Tiba dilaluan menurun, terus aje menapak menuruni bukit tu.
Akhirnya aku tiba di kaki bukit dan cari laluan untuk keluar ke 
jalanraya...Sempat juga aku melewati simpang untuk
ke mosquito hill tapi aku tak pilih pun untuk
masuk ke trail mosquito hill tu..
Aku dah pernah ke puncak mosquito hill tu..
Baru sekali aku dapat ke sana. Malas nak masuk lagi ke
trail tu sebab agak sunyi, kalau pi berdua rasanya ok la kut...sensorang
malas nak pi...Aku terus amik laluan keluar ke jalanraya di hujung taman melati tu..Dari situ aku terus menapak ke kete...Tiba di kete terus masuk dan hidupkan enjin..
Masa gerak keluar tu aku tengok masih banyak lagi kete
yang parking di situ...maknanya masih ramai lagi orang yang sedang beraktiviti
di melati hill tu...

nak balik dah...
berjalan sejam lebih, lebih 2 Kilometer dan bakar kalori
hampir 200 kalori...ok la tu...
puncak palik tinggi 152 meter...
Di bawah ni aku paparkan perkara berkaitan kalori untuk manfaat kita bersama...moga ada faedahnya ye...

Akhirnya...aku doakan moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT serta dihindarkan daripada siksaan NERAKA
yang panas tu..aamiinnnnnn......
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...