Sunday, March 31, 2019

Tasek Nilai...

Diari Daud - hari ni Isnin 1 April 2019...sejak balik dari kampung, badan tak sihat, macam demam aje...Tapi aku tak pi klinik pun, makan aje panadol. Aku sebenarnya
tak boleh makan ubat demam dan ubat tahan sakit. Aku
alahan pada ubat2 tu, kalau aku makan tentu
mata menjadi bengkak merening..
hahaha...jadi aku makan
panadol aje untuk demam, tu sebab dah hampir seminggu masih tak sembuh...



 

Macam mana pun aku kena turun trek untuk peluhkan badan selama sejam pertama untuk minggu ni. kalau aku ada kebun sendiri mungkin aku panaskan dan peluhkan
badan di kebun aje yang penting berpeluh...Doktor kata seminggu
kena peluhkan badan selama 3 jam setengah.
Jadi aku bangun awal untuk gerak
ke tasek nilai tu......
Pagi ni sejuk aje sebab subuh tadi ujan lebat..matahari pun lewat nampak
sebab awan tebal kat langit tu. Selesa la pagi ni, tak panas tapi berpeluh bila dah
lama berjalan. Ramai jugak yang berjalan dan joging pagi ni....awal pagi dia orang dah ada semua kaum dan semua usia.

Ok lah..rasa malas nak tulis panjang panjang...lihat aje la foto foto yamg aku sertakan bersama......











Sebelum aku tutup tulisan tu...aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan supaya
ibubapa kita dan ibubapa mertua kita diluaskan oleh ALLAH SWT kubur
mereka dan hindarkan mereka drpd siksaan kubur, siksaan
akhirat dan juga siksaan api neraka serta
dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Thursday, March 28, 2019

Rangkuman tiga cerita..


Diari Daud - Hari ni Jumaat, 29 mac 2019...hari ni aku nak rangkumkan tiga cerita aku la...Pagi semalam, khamis, 28 mac 2019 aku pi ke Lembaga Tabung Haji
di Bandar Baru Bangi. Kami pi sana lebih kurang jam 10.00
pagi waktu malaysia. Aku cadang nak update
akaun dan data peribadi di sana
tu...Aku pi dengan
isteri aku dan anak bungsu aku.
Sebelum aku buat pape bertembung pulak dengan
bekas krew mcp aku dulu tu..HASNAH BASIRUM..dia kata
dia uruskan hal berkaitan almarhum suami dia, moga almarhum suaminya
sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT di alam sana..aamiinnn...Moga ALLAH SWT
mudahkan urusan bekas krew mcp aku tu dan moga dia sentiasa dirahmati
dan diberkati ALLAH SWT...
........aamiinnn..
Kemudian aku dan isteri
aku tanya staf yang melayan pelanggan tu. Aku tanya cara nak update akaun dan update data peribadi. Dia suh kami isi borang dulu. Jadi kami pun isilah borang tu...
dua borang kami kena isi untuk aku dan isteri. Aku isi dulu borang
isteriaku dan bila siap aku isi pulak borang aku. Bila dah siap
aku tanya balik staf tadi dan dia beri nombor
giliran dan minta kami naik
ke tingkat atas.

tingkat atas lembaga tabung haji bandar baru bangi...
tunggu dengan anak bungsu
kaunter urusan...
  Tiba tingkat atas, nampaknya ramai jugak pelanggan
kat atas tu. Kami cari tempat duduk yang kosong dan duduk serta tunggu giliran
kami tiba. Lama jugak tunggu situ sebab memang agak ramai jugak orang yang nak berurusan kat situ. Tak lama kemudian nama kami dipanggil. Kami guna
satu nombor aje. Bila dipanggil kami pi ke kaunter dan duduk.
Dia mintak IC kami. Kemudian dia semak borang
kami. Borang aku dulu yang dia selesaikan.

Bila segalanya ok dia bagi satu salinan
kepada aku untuk disemak. Dia kata kalau dah semak
bolehlah ditandatangan. Bila aku dah siap semak dan semuanya ok maka
aku pun sain dan seterusnya dia minta bubuh cap jari. Begitu jugak dengan isteri aku
yang ikut seperti apa yang aku buat dengan permintaan staf tu. Sebelum tu dia tanya daftar haji bila...aku cakap aku dalam senarai tahun 2080an...Aku tengok muka dia tak
terkejut pun...cuma dia kata kalau dah cukup wang boleh
membuat rayuan untuk pi haji. Kalau ikut giliran pendaftaran aku yang 2080 an tu, mungkin aku mati sepuluh kali, mati hidup mati hidup baru boleh pi haji...kut...hahaha....
Selesai aje maka kami terus balik..tapi sebelum tu singgah
sat kat giant tu...sekejap aje pun.....

anak kedua aku dan cucu kami...
staf restoran urban korean tu sedang sediakan makanan yang aku tak tau...haha..
nasi goreng untuk aku yg ada cheese di dalam...
staf sediakan makanan...
makan pun kena makan dengan sarung tangan..hahaha
Waktu malam pulak kami pi ke IOI...anak pompuan aku ajak makan kat sana...dia orang bincang adik beradik sebenarnya sebelum amik keputusan untuk makan kat IOI tu..
Aku ikut aje rancangan dia orang tu. Ikut aje la sebab anak pompuan
aku tu nak balik arau perlis pada hari ahad ni. Lagi
pun dia nak jumpa dengan anak sedara
dia iaitu anak kepada anak
lelaki aku yang
pertama...
Dia orang yang amik keputusan
untuk makan kat IOI tu. Dia orang rancang nak makan
makanan korea...Aku ikut aje...tak kisah lah yang penting dia orang
nak makan dan dia orang semua gembira...tu je...Aku tak kisah pun asalkan aku boleh makan makanan yang takkan kena alahan
untuk badan aku. Kami gerak ke IOI lepas maghrib. Anak lelaki tua aku yang bookingkan nak makan kat restoran tu...nombor 200 lebih dia dapat. Dia akan pi dulu dan solat
kat IOI, kami pula pula akan pi lepas maghrib.

lampu suram...
sila makan...menantu, isteri dan anak bungsu..
mula nak makan ni
aku tak tau nama makanan ni...kentang dan daging cincang kat atas...rasa macam
kebab pulak daging tu...
bersarung tangan...
selesai makan...
Lebih kurang jam 8.00 malam kami gerak ke IOI tu..
Amik masa jugak...anak lelaki kedua aku yang drive...aku sebenarnya tak tau
sangat jalan2 yang aku jarang pi tambahan pulak IOI ni, merupakan tempat pertama kali yang aku akan pi. Anak2 aku memang dah biasa dengan IOI ni. Tiba di IOI
terus cari parking...macam lama jugak cari parking tu. Besar
sangat IOI ni. Lepas parking terus cari kedai tu.
Anak pompuan aku yang lead. Jauhnya
tempat restoran tu dari tempat
parking tu......
Tiba di restoran tu terus masuk.
Kat meja tu da ada anak lelaki aku dan isteri dia yang
dah tunggu. Kami semua duduk. Bila cucu terjaga maka masing masing la
pegang dia tu. Cucu kami yang pertama. Tak lama lepas tu kami pun  mula makan. Sebenarnya aku pun tak tau apa masakannya. Anak2 aku mungkin tau kut...aku satu ape pun tak tau makanan tu. Siap ada staf yang sediakan kat meja kami tu. Aku
cuma makan nasi goreng dengan timbunan ayam di atasnya...aku
tak makan ayam pun.....Aku makan la separuh nasi goreng tu...

posing...anak, menantu dan cucu...
aku, cucu dan isteri...
makcik dan anak sedara
isteri, anak2, menantu dan cucu...
aku, isteri, anak, menantu dan cucu..
Nasi goreng tu nak kata ok pun aku tak tau sebab
aku biasa makan nasi goreng kat gerai gerai tepi jalan aje...tak pernah
makan nasi goreng ala korea ni...urban korean. Tapi aku makan jugak separuh...Nasi goreng tu di tengah2nya ada cheese dan di atas lapisan telur, macam telur dadar
aje...Rupanya barulah aku faham selera orang umur banyak yang lahir
di kampung dengan selera anak muda yang lahir lahir da nampak
jalanraya amat berbeza, ibarat langit dengan bumi.....
hahaha....opst!
Aku selera orang umur banyak, selera yang dah
biasa dengan nasi goreng emak dan kuah tempoyak emak...hahaha...
moga almarhum emak aku diampunkan semua dosanya oleh ALLAH SWT...Tentu beza kan dengan selera orang muda...tapi aku tak kisah pun asalkan dia orang seronok, itu aje...asalkan isteri aku jugak suka..Aku ni jenis yg tak kisah pun selagi
ianya harus...kan...kan...kan...haha.. Lama jugak kami makan kat
restoran tu..Selesai makan...kesimpulan aku, restoran ni
untuk orang muda memang ok...untuk aku yg da banyak umur
dan dah biasa dengan menu kampung, rasanya tak menepati...Tapi aku tak kisah pun asalkan isteri,anak2 dan menantu aku, gembira dan seronok...itu aje..itu yang penting bagi aku......Boleh jugak pi ke sini lagi tapi mungkin sekali sekala kut...Sebelum pi aku
kena makan dulu kat rumah kut...supaya kenyang dulu....hahahaha....opst!
Selesai aje kami makan kat
restoran tu maka kami pun amik gambor di lokasi kat situ...
Besar jugak IOI ni...ini merupakan kali pertama aku tiba di sini Aku memang
tak suka berjalan2 aku lebih suka duk rumah aje.tu sebab aku tak tau pape pun. Isteri aku pernah pi dengan anak2...sementara aku lebih
suka tunggu rumah...ekeke..opst!


kami satu keluarga...
paksu dan anak sedara
kami jumpa wanie kat IOI
kami jumpa wani kat IOI..paling kiri tu WANI...
Masa nak balik kami jumpa anak
sedara isteri aku Wani, yang bekerja di kiost jual roti kat IOI tu. 
Sempat la kami sembang...Lama jugak kami sembang sebelum kami mula bergerak balik. Masa tu anak sedara isteri aku dah kemas kiost dengan rakan sekerjanya yang lain.
Masa ni dah jam 11 malam jadi banyak kedai kedai dah
tutup masa tu...Kami balik masa tu pun dah
hampir jam 12.00 tengah malam...

tasek nilai sebelum jam 7.00 pagi...
sebelum jam 7.00 pagi, asap kilang pun tebal....
nak mula berjalan...
Pagi ni pula hari Jumaat, 29 Mac 2019..aku
macam biasalah.akan pi tasek nilai tu untuk panaskan
badan selama sejam kat situ. Aku tiba sebelum jam 7.00 pagi...masih gelap,
lampu pun belum padam..Dah ada orang yang sudah beriadah kat situ. Aku mulakan berjalan setelah amik gambor sikit. Nampak di hujung sana asap kilang tebal aje..tak pasti kawasan tasek ni selamat atau tak dengan asap yang tebal macam tu...

Masa aku berjalan kat situ ada yang bawak motor atas trek tu...memang
tak berdisiplin langsung...sering aku jumpa hal macam ni. Aku jugak pernah nampak
orang mancing ikan kat tasek ni. Padahal signboard ada banyak kat tepi
tasek tu yang melarang pancing dan tangkap ikan di situ.
Aku rasalah, undang2 tak dijalankan dengan tegas
tu sebab dia orang berani langgar aje
peraturan....Orang malaysia memang suka sangat langgar peraturan
dan kurang penghayatan sivic. Rasanya #majlisperbandarannilai patut kuat kuasakan undang undang supaya tiada lagi pelanggaran peraturan di sini....tak gitu....

trek kat tasek nilai
aku tak suka motor atas trek takde sivic langsung...#majlisperbandarannilai
sejam lebih berjalan
sejam lebih berjalan
nak balik dah...
Haihhhh...malas nak tulis panjang panjang...tengok aje la gambor2 tu.....
Akhirnya sebelum aku tutup tulisan aku ni, aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita dan jangan lupa hari
hari doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita akan dihindarkan oleh ALLAH daripada siksaan kubur
dan siksaan akhirat dan neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga...aamiinnnn...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Wednesday, March 27, 2019

Tenangkan minda di kampung..


Diari daud - dari 22 - 26 aku ada di kampung. Aku balik kampung sebab macam macam hal...Aku balik kampung bersama isteri dan tiga orang anak kami. Kami gerak
ke kampung hari jumaat lepas maghrib. Lepas maghrib terus
aje kami keluar....fullamak banyak pulak
kenderaan kat jalanraya
...aku ingatkan kete
kami aje yang ada atas jalan tu..
rupanya ramai yang ada kat atas jalan tu...hahaha...opst!
Aku jangka tak ramai atas jalanraya tu rupanya tak...banyak kenderaan macam
balik raya aje...Siap jem lagi di lokasi tertentu kat perak tu...Kami gerak jam 8.00 malam dan kami sampai perak jam satu pagi lebih kurang...Padahal dalam tiga jam setengah
aje boleh tiba dikampung tu...apa boleh buat la....

kami sampai kampung dah lewat tengah malam...
tengah malam..
sawah takde pokok padi...
sawah dgn anak bungsu aku
sawah belum ada pokok padi...
 Aku tinggal di rumah adek aku kat kampung tu jika aku balik kampung..rumah
adik aku aje yang selalu kami jadikan tempat menginap setiap kali kami balik kampung. Kat kampung tak banyak pun aktiviti aku buat. Aku sempat pi sawah sat untuk selfie
hahahga...aku pi dengan anak lelaki bungsu aku dan jugak adik
pompuan aku tu.
Kat sawah tu apa lagi aku selfie
la kat situ tapi sawah masa ni takde tumbuhan padi pun..
dia orang baru nak tanam kembali tanaman padi tu. Kami jumpa dua tiga orang indon
kat sawah tu tengah pancing ikan. Indon indon tu keje kat ladang kelapa sawit kat kampung aku tu...rupanya memang ramai pekerja indon kat kampung aku...aku tak tau pun
sebelum ni....agaknya sebab orang tempatan kita taknak keje kat ladang
kelapa sawit tu. Jadi tentu pekerja asing digajikan untuk
keje kat situ...kita tak boleh la salahkan mereka sebab kita taknak keje kat situ
...kan...kan...kan....


sawah..belakang tu indon mancing...adik pompuan aku dan anak bungsu aku
kat sawah banyak burung bangau
ni kat jeti sungai perak
jeti sungai perak...adik pompuan aku dan anak bungsu aku
masjid lama...tahun 70 an aku solat jumaat sini..masa tu sekolah rendah...
gerai tomyam bota kana, dari kiri, adik pompuan aku, anak aku, anak bungsu aku, isteri aku, anak pompuan aku dan aku la tu...
Adik pompuan aku jugak ajak aku pi tengok sungai pulak
..orang perak kata tebin...hahaha...Jadi aku pun bawaklah dia dan anak
bungsu aku arah ke tebin tu..Sampai sana terus turun kete dan terus pi ke tepi sungai tu
...parking pun  tepi sungai aje. Kami pi duduk kat jeti sungai tu tengok beberapa orang sedang pancing ikan...Sungai perak la ni dah tak banyak air dan
sebahagian besar kawasannya macam dah cetek aje...
Kat tempat kami singgah
tu pulak salah satu kawasan yang airnya masih dalam dan kalau jatuh mesti lemas dan hanyut punya....

beli sarapan kat gerai kampung aku..semua ada untuk sarapan..
beli satay murah jalan bota lumut sebelum sampai pasar malam titi gantung...
satay murah...
pasar malam titi gantung...
pilih ikan pekasam...
Kemudian kami terus melalui jalan masjid
lama kat layang2 tu. Masjid tu memang dah tinggal rangka aje
pun...masa sekolah rendah dulu memang aku selalu aje solat jumaat kat situ..
selalu aje penuh masjid tu...La ni kami dah ada masjid baru kat layang2 tu. Sempat aku snap foto masjid yang dah tinggal rangka tu..masjid tu sebenarnya tepi sungai aje dan masjid baru pula di tepi jalanraya. Kemudian kami terus balik ke rumah...
Lama betul masjid lama tu..aku solat jumaat masa umur
sekolah rendah...dah 50 tahun lebih kurang...

parit...
pasar senin parit
parit
parit
parit...sungai perak...
parit...sungai perak...
Waktu malam kami semua pi makan kat gerai tomyam yang bersepah
kat bota tu....sebenarnya di sini atau area kampung aku ni memang banyak gerai
makan dan jugak kedai makan sama ada di bota atau bandar seri iskandar. Kat kampung aku pun ada jugak gerai atau kedai makan tapi aku cuma sempat beli makanan kat
sebuah kedai makan aje. Kedai makan yang banyak tentu sekali di
bandar seri iskandar sebab sana ramai pelajar
ipt seperti uitm, universiti petronas
institut belia negara dan pejabat pejabat kerajaan...

Masa kat kampung aku sempat singgah di pasar malam
titi gantung....bagaimanapun pasar tu taklah sebesar pasar malam
bandar baru bangi, tapi ok la jugak...Masa nak pi pasar malam titi gantung tu
sempat aku beli satay kat gerai tepi jalanraya ke lumut tu..murah beb secucuk 60 sen aje....dan kambing 1.20 sen secucuk....murah kan...kat bangi ayam dan daging singgit secucuk...
Masa kat kampung jugak sempat aku
pi sungai untuk tengok pemeliharaan ikan dalam sangkar tapi
masa aku tiba tu dia orang sedang turunkan sangkar ke dalam sungai... tak pasti
sama ada projek tu dah mula atau baru nak mula. Di sini aku sempat jumpa kawan sekolah rendah yang dah lama tak jumpa...puluh tahun kut...akhir sekali jumpa rasanya
lepas darjah enam dan sekarang baru jumpa, masa dah pencen..
Panjang gak la sembang kami...berkaitan macam macam...Sempat jugak jumpa orang kampung aku yang bukak gerai kat situ, mat dolat namanya
...sempat salam dengan dia...aku tak lama pun kat situ...jam 7.00 petang aku
balik rumah bersama anak bungsu aku dan suami adik pompuan aku....Tak sempat pun nak minum kat situ sebab dah petang sangat dan aku nak balik...dah senja..

gerai tomyam dengan adik pompuan aku dan suami dia serta anak2 aku..
gerai tomyam
depan rumah adik pompuan aku
depan rumah adik pompuan aku..
Aku sempat jugak pi pasar senin parit, itu pun dah tengah hari
tapi masih ramai orang yang berniaga serta jugak pembeli kat situ. Ramai jugak orang nampaknya. Sempat jugak aku dan isteri serta anak aku berfoto kat sungai atau
tebin di parit tu..Selesai kat pasar senin tu aku pi tengok tanah aku
kat bandar seri iskandar tu...Tanah tu lebih kurang satu
ekar kut. Aku cuba cari pokok durian yang aku
tanam dulu tu... tapi sepokok pun
takde....tak membesar...hahah...apa boleh buat
la tapi kalau pokok liar liar nampak subur aje kat situ...hijau rimbun aje daunnya..
Tanah tu sebenarnya dah dibersihkan dan dah takde pokok getah pun. Cadang nak bukak kebun dan tanam buah aje kat situ. Kalau tak dapat makan pun takpe yang
penting kalau dimakan haiwan atau di curi orang, dapat jugak pahala
nya...Rezeki tu ALLAH SWT yang punya....Kalau aku pindah
kampung aku cadang nak tanam buah buahan aje kat situ...soal aku dapat
makan atau tak, itu soal lain...walau apa pun makan atau amiknya, tetap aku dapat pahala..apa ade hal kan.......

Tanah kat sri iskandar tu lebih kurang 5 kilometer daribandar seri iskandar.
Kebanyakan tanah di situ ditumbuhi kelapa sawit dan
pokok getah...monyet memang banyak kat situ...kalau ada pokok buah buahan tentu
habis dimakan kera kera tu...atau di curi orang sebab kawasan tu terpencil sangat walaupun di tengah2nya ada jalanraya yang menghubungkan pekan parit dan bandar sri iskandar perak...Sunyi aje kawasan tu...tiang letrik pun takde....

Balik kali ni aku tak sempat nak singgah lama kat
pasaraya pasaraya yang ada kat seri iskandar tu...aku sempat singgah
sat kat billion dan tesco tapi aku tak sempat nak singgah di aiconsave yang baru
bukak tu...Kat pekan parit pun aku tak sempat nak lelama...tak sempat nak tangkap gambor jam besar kat pekan parit tu....hahahaha.....

sungai perak
sangkar ikan
sangkar ikan..
kawan lama...puluh tahun tak jumpa
Masa kat kampung aku gak sempat
bincang dengan orang yang akan bina rumah aku kat kampung tu..
Aku cadang nak bina rumah...tak besar pun, lebih kurang tiga bilik aje dan kosnya
lebih kurang 80K aje...rasanya cukup la tu...Selalunya kalau rumah besar pun, akhirnya yang tinggal situ cuma suami isteri yang dah banyak umur sebab anak2 tentu
dah ada keluarga sendiri akhirnya..Lagi pun tak perlu besar pun sebab
untuk duk sekejap aje sebab aku dah banyak umur. Kita manusia ni kalau hidup pun dalam lingkungan 70 tahun aje...jadi aku ni dah hampir 60 tahun...nak sampai 70 lebih
kurang 10 tahun aje...jadi kalau besar mana pun rumah yang
kita bina akhirnya akan tinggal jugak...
Rasanyanya cukup aje la besar tu...aku ibaratkan rumah
tersebut sebagai tempat transit sebelum kita berpindah ke alam yang kekal
...tak gitu...jadi aku anggap mudah aje...tak perlu nak rumah yang besar2 sebab akhirnya ia takkan ikut kita balik ke akhirat...tak gitu...hahaha...ooopst! Jangkanya rumah tu akan
siap selepas raya kut tapi aku taklah secepat gitu nak pindah...mungkin
dalam 2 atau 3 tahun baru pindah ke sana kut...kut laaa...
Andaikata pada satu ketika nanti rumah tu tak
dapat menampung anak cucu yang
ramai, mungkin ada yang akan sewa chalet dan pape
je kut sebab kat situ pun rasanya banyak gak rumah tumpangan
dan sebagainya..Sebab ada masanya seperti raya tentu tak dapat menampung
anak cucu yang ramai kan. Lagi pun tentu ada dikalangan anak2 nak menjaga aurat anak bini jadi tentu perlukan tempat yg privasi...Dalam penjagaan aurat perlu dititk beratkan sebab ipar duai, sepupu sepapat bukannya mahram...tak gitu...hahaha...

rumah adik pompuan aku...
tengok tapak rumah..
Rumah tu sebenarnya dibina atas  tanah adik
pompuan aku...aku bercadang nak tukarkan tanah kelapa
sawit aku di tanah sawah tu dengan tanah dia tu...semua ni kena selesaikan
dengan sempurna supaya tak timbul nanti masalah bila aku dah mati...seksa tau kalau
hal tanah tak selesai walau satu inci pun. Jadi harap semuanya boleh selesai supaya anak cucu nanti tak bermasalah berkaitan tanah tu nanti. Perbincangan kena buat
dengan telus dan dipersetujui bersama supaya tak timbul
masalah di akhirat nanti....tak gitu....
Nak buat rumah kat tanah kelapa sawit aku tu, lokasinya terpencil sangat...
jadi tukar aje la dengan tanah adik pompuan aku tu...terima kasih banyak kat dia...Kat sawah tu terpencil sangat dan tentu banyak pocong kalau memalam...kut...hahahaha...ooopst!

tanah perkuburan
ziarah kubur sedara mara dan ayah ibu...anak lelaki aku dan adik pompuan aku..
tanah perkuburan
doa untuk semua..anak2 lelaki aku...
atok...anak lelaki aku
ziarah pusara...adik pompuan aku dan anak bungsu aku ada dalam gambor ni..
Aku sempat jugak menjengahke pusara ibu dan ayah aku....Sempat berdoa supaya mereka
serta penghuni lain tanah wakaf tu dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada
siksaan kubur dan api neraka serta dimasukkan mereka ke dalam syurga..Kita jangan kedekut mendoakan semua kaum muslimin dan muslimat sebab hidup kita yang
sekarang ni pun bukan sebab doa kita semata mata, mungkin juga sebab
 doa2 orang2 muslim yang lain...Rasanya tentu semua tau kan setiap berdoa kita
akan doakan jugak semua kaum muslimin dan muslimat...tak gitu...mungkin doa berkaitan kaum muslimin dan muslimat itu termasuk doa untuk kita sebagai orang
muslim...tak gitu.... Selesai aje di tanah perkuburan tu..aku, adik pompuan aku serta
kedua dua anak lelaki aku gerak balik ke rumah adik pompuan aku....

kami nak balik dah
kami nak balik dah
tapah
tapah...
Sepanjang berada kat kampung aku tu selama 3 hari, banyak jugak benda yang aku tak sempat buat dan tak sempat nak pi tengok....masa rasanya macam
tak cukup masa aje...apa boleh buat la.....

Sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat dan jangan lupa kita doakan jugak
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita supaya diluaskan
ALLAH kubur mereka dan dihindarkan mereka
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga....aamiinn..

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...