Tuesday, August 13, 2019

Raya Haji di Perak..

kampung aku la ni...
Diari Daud - Hari ni Selasa, 13 Ogos 2019....Hari ni jenuh aku cari klinik gigi sebab aku sakit gigi sangat. Aku bersama isteri pi klinik kesihatan kerajaan di sini. Masuk aje...
fullamak...penuh giler klinik gigi tu...Akhirnya ajak isteri cari klinik
swasta sekitar sini tapi semua klinik gigi tutup mungkin
sebab dia orang masih cuti hari raya lagi
Akhirnya aku dapat jumpa klinik gigi di Nilai...klinik...ermm...
lupa pulak nama klinik tu...di taman semarak..Lama jugak menunggu hampir
sejam baru dipanggil masuk...ramai gak orang yang nak jumpa doktor kat situ. Masuk aje
terus duk kat kerusi cabut gigi tu...Gigi aku tak berlobang tapi goyang...mungkin
sebab masalah gusi...gigi tu cantik lagi. Doktor tu cucuk ubat kebas kat
gusi tu 2 kali...omak aiii sakit sangat aku rasa...macam
separuh mati...aku memang takut bab jarum2 ni..
Tapi masa cabut tu aku tak rasa sakit langsung sebab kawasan gigi tu
dah kebas sangat pun...Selesai aje terus balik. Klinik tu charge 70rm aje untuk cabut gigi..


lepas jumaat pi pekan Parit cari cendol
gerai cendol...anak..
gerai cendol...adik ipar..
  Tarikh 8 hingga 12 Ogos 2019 lalu aku ada kat Perak...Masing2 tau kan dalam hari hari tersebut ada tarikh Hari Raya Haji. Kami balik ke Parit Perak lepas maghrib
pada Khamis 8 Ogos tu la. Sampai rumah adik aku lebih kurang
jam 12.00 tengah malam. Lepas makan terus tidor aje. Letih
dan tidor untuk rehat...Dalam perjalanan tak
jem pun masa tu...

Pagi Jumaat tu aku dan
keluarga bersihkan dangau kami yang ada
di belakang rumah adik aku tu...Dangau tu baru beberapa
bulan aje siap. Kami cadang nak bermalam di situ buat kali pertama setelah ia
siap. Dangau tu bukan besar mana pun...dah namanya pun dangau...ada tiga bilik aje...maknanya cukuplah untuk aku habiskan sisa sisa usia di sini bersama isteri aku sebelum kami tinggalkan dunia ni....kita hidup bukan nak tongkat langit kan...kan
....cukuplah tu....
Sekarang ni pun dah berusia 60 tahun lebih kurang...Rasanya mungkin
aku sempat hidup dalam 10 tahun lagi kut...kut la...
itu semua kuasa Tuhan...


dangau masih berselerak
cari keperluan dangau
cari keperluan dangau di Bandar Seri Iskandar..
Tapi aku berharap aku tak nak lama
hidup kat atas muka bumi ni...kalau dapat hidup 70 tahun
pun itu dah kira ok la tu...Tapi tu lah bapak aku meninggal usia 96 tahun
dan emak aku meninggal umur dalam 62 tahun rasanya...jadi aku setakat usia 70 tahun dah kira ok lah tu....tapi kalau meninggal awal daripada tu apa yang aku
boleh buat...itu kehendak ALLAH SWT...harap Tuhan
matikan aku dalam keadaan bersih
daripada sebarang dosa, bebas drpd hutang serta dimatikan aku jugak dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH...aamiinnnn....ALLAH SWT mampu mematikan sesiapa
pun dalam keadaan apa sekalipun...doa aje la....

Tengah hari aku pi solat Jumaat di Masjid Al Attar
yang baru dibina lepas kebakaran beberapa tahun yang lalu.
Tiba masuk waktu...aku dengar 'kentung' dipalu menandakan masuknya waktu
untuk solat jumaat sebelum azan dikumandangkan...Aku tak pasti sama ada di tempat lain selain daripada Perak masih gunakan kentung tu...tapi tak pasti jugak di kawasan
kampung lain masih jugak guna kentung seperti tu lagi....tak pasti...
Waktu solat kelihatan separuh masjid masih
dipenuhi jemaah...mungkin ramai yang solat berhampiran tempat keje kut...tu sebab hanya separuh penuh masjid...


tapak tempat sembelihan kurban
masjid baru al attar
al attar
Selesai solat terus aje terus pi pekan Parit cari makanan dan cendol.....
Kebanyakan hari hari aku ada kat kampung tu aku dan keluarga hanya uruskan hal dangau kami tu aje...Kami beli keperluan untuk dangau tersebut untuk kami 
tinggal selama tiga atau empat hari tu..Baiki paip bilik air yang bocor tu dan
sebagainya. Sediakan katil dan sebagainya...Beli keperluan untuk dapur serta bahan
yang nak dimasak untuk dimakan. Adik aku jugak bantu beri pinjam apa yang perlu untuk ruang dapur pondok kami tu. Disebabkan sibuk uruskan pondok tu aku langsung
tak sempat untuk ziarah kubur emak bapak aku yang sering
aku ziarah tika aku balik kampung tu...Aku jugak tak
sempat untuk rakam foto sawah, selfie
dan sebagainya..
Aku tanya adik aku, dia kata sawah masa ni sudah takde pokok padinya...dah di tuai hasilnya dan la ni sedang bersedia untuk tanaman musim baru pulak...

Masa ada kat kampung tu sempat jugak aku pi ke Pekan Parit yang
sering aku pi masa kecik2 dulu tu...Pekan tu dah macam tak berapa nak idup tapi masih
ok lagi tu...jam besar tu masih kuat bunyinya dan masih berdiri
teguh pada tiangnya yang tegap tu...mungkin
sampai bila bila la tu...
Aku juga sering pi ke Bandar Seri Iskandar
masa kat kampung sebab beli pelbagai keperluan untuk pondok baru
aku tu..Sebab sibuk jugak aku tak sempat tengok tanah aku kat seri Iskandar yang lebih
kurang satu ekar tu...bukan ada apa2 tanaman pun...Kalau lawat pun untuk tengok
hutan dan semak samun aje di sana...tak tau lagi apa yang perlu aku tanam
di situ...belum ada sebarang rancangan pun... yang pasti semak
samun makin menebal kut...hahahaha.....


khutbah lepas solat raya
selesai solat raya
Hari Ahad merupakan Hari Raya Haji...Aku pi solat Hari Raya
dengan anak aku...Solat di sini kelihatan ramai jugak. Penuh satu masjid walaupun
Hari Raya Haji. Selesai solat terjumpa cikgu DI. Kami sembang sat. Rasanya dah lebih 10 tahun aku tak jumpa dia ni. Lepas sembang terus balik. Kelihatan ramai gak
yang tak balik sebab ingin selesaikan acara korban. Sekilas
pandang aku nampak ada beberapa
ekor lembu yang akan ditumbangkan. Aku tak join pun dalam sesi sembelihan tu...
Petang tu ada orang hantar
daging kurban ke rumah adik aku...Tak lupa dia beri kami untuk dimasak.
Bagus jugak dia orang hantar ke rumah...cara ini mungkin lebih menjana banyak pahala kerana hadiahkan daging tersebut kepada ramai insan lain...Pertama
pahala buat kurban, kedua pahala beri orang ramai
di sekitar kampung...jadi lebih ramai yang merasa, lebih banyak pahala
dijana dan tentu lebih ramai orang yang mendoakan kebaikan untuk mereka yang buat korban tu...tak gitu...atau aku yang salah...hahaha...oopst!
Insan insan yang jadi pen'dispath' daging
tu pun dapat jugak pahala...
maknanya pahala dituai secara reramai...tak gitu.....hahaha...


lepas keje tot pokok...seksi sikit je...foto dah banyak crop untuk kurangkan seksi...ekeke..
pandangan berhampiran dangau
lagi pandangan daripada tingkap
Raya Haji ni aku tak jumpa ramai pun kawan2 aku masa sekolah atau masa kecik. Rakan aku masa kecik yang jugak sedara aku, Haji Idris datang ke dangau kami.
Dia nak jumpa aku...memang lama pun tak jumpa...Dia cuma
duk dalam kete sebab tak sihat. Kami cuma
berbual di luar rumah aje tika
ia duduk dalam
kete...Anak dia yang bawa ke dangau aku sebab dia nak jumpa aku sesangat2.
Moga moga dia sembuh daripada penyakitnya tu...Dia salah sorang
kawan rapat aku lepak waktu malam kat kampung masa
aku sekolah menengah lagi. Tengah malam
lepas sembang panjang kami pun
balik ke rumah memasing...dalam gelap gelita tu...maklumlah
kampung kami hutan dan semak aje...Rumah dia jugak aku lepak masa
dia kat Ipoh di Sungai Tapah Tambahan. Masa itu aku kat Politeknik Ungku Omar
satu2nya politeknik yang ada masa tu...Aku selalu tidor kat umah dia di Ipoh tu...Bersama kami ialah Mat anak cikgu sehak...Mat tu dah arwah lama dah masa dia sekolah
kat Ipoh dulu tu...Mat tu pun kawan rapat aku tu jugak...


di ruang tamu bersama isteri, adik aku, adik ipar aku serta kakak ipar aku dan anak...
ruang tamu pondok kami...
Dia orang semua umur 5 tahun muda daripada aku...Rakan rakan aku yang lain yang sering lepak dengan aku selain haji idris ialah...megat termizi, sekarang ni masih
berkhidmat sebagai pengetua sekolah
menengah di utara perak...Megat Mizi ni la yang jadi pengapit
aku masa aku kawen dulu tu...Dia yang temankan aku masa aku berada
di rumah pengantin pompuan sebelum esoknya bergerak ke Parit untuk kenduri
rumah aku pulak...memang dia la peneman aku...tapi masa dia nikah tak tau pulak
sape yang jadi pengapit dia...hahaha...opst!. Sorang lagi yang rapat dengan aku masa aku sekolah menengah ialah Latit sepupu aku yang sekarang jadi nelayan sungai....
Aku selalu lepak rumah dia sampai tengah malam sama2 tonton tv...
tengah malam baru balik rumah.....
Rasanya itu aje rakan aku yang sering lepak waktu malam kat
kampung tu...Aku memang tak ramai kawan pun sejak dulu...itu aje la rakan
yang aku ada di kampung...kurang daripada 10 orang...Tapi aku tak menyesal pun takde ramai kawan...hahhaha...opst!...mungkin bila ramai kawan banyak dosa yang dibuat kan..kan...Kalau kawan tak ramai mungkin kurang sikit dosanya kut...
rasanya la...itu andaian aku aje...
Malam2 aje lepak, siang aku
duk aje kat rumah...tak memana pun masa zaman
sekolah dulu tu...Haji Idris la ni masih pembantu perubatan di klinik kerajaan.....


pasar senin Parit
pasar senin Parit
lama tak tengok bas kat stesen bas Parit ni...
Hari Isnin merupakan hari akhir aku raya kat kampung tu...
Nama aje raya tapi aku tak pi memana pun...duk aje kat rumah...hahaha...
itu memang favourite aku bab duk duk kat rumah tu...Pagi tu sempat pi Parit untuk
beli sarapan dengan isteri aku...Rupanya ada pasar Senin. Maka lekat la sat kami kat pasar senin tu...Kami beli la sikit2 kat pasar senin tu...Selesai aje terus balik
ke dangau kami tu...Lepas sarapan dan bersiap siap
maka kami mulalah bergerak balik ke Bangi...tiba di Bangi lebih kurang jam 3.00 petang...Highway agak sesak jugak la......


nak gerak balik bangi ni..
Rasanya itu aje yang dapat aku tulis hari ni...sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua, tak kira sape la akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua
dosa kita sampai kita mati dan jangan lupa doakan sentiasa
supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa
mentua kita akan diampunkan
oleh ALLAH semua dosa mereka, diluaskan
kubur mereka, dihindarkan mereka daripada siksaan kubur,
dibukakan salah sebuah pintu syurga ke kubur mereka hingga ke hari kiamat. Jangan lupa jugak doakan moga semua ahli keluarga kita, sedara mara dan jiran2 kita
akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia
hingga ke syurga...Akhirnya doakan jugak
supaya semua orang kafir diberi hidayah oleh ALLAH...tak salah kita
berdoa macam tu kan....kesian mereka...mereka akan kekal dalam API NERAKA jika mereka mati dalam kafir kan...kesian kannnn...

~~~~~     SEKIAN     ~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...