Saturday, October 12, 2019

Pertama kali riadah di Melati Hill Nilai...

melati hill nilai
melati hill nilai negeri sembilan
Diari Daud - Petang semalam isteri aku kata rakan baik dia Mas, ajak member group naik Bukit Melati kat Nilai Negeri Sembilan tu. Aku kata suh isteri aku cakap aje ok.
 Isteri aku wassap personel aje dengan rakan baik dia yang juga jiran
kami setaman tu. Aku pun memang plan nak naik bukit tu...
Bekas rakan2 opis aku pun ada plan nak naik
lepas raya yang lalu tapi
nampaknya plan tu macam tinggal plan aje...kut..hahaha...

melati hill nilai...
penuh parking tepi jalanraya...cuti hujung minggu kut...
penuh..
Jadi dah kebetulan ada rakan isteri aku ajak
panjat bukit tu....memang macam pucuk dicita ulam mendatang
la bagi aku...memang itu pun yang aku tunggu tunggu...Lagipun aku sejak pencen
ni dah lama tak masuk utan...macam rindu aje kat utan hijau tu..hahaha......Masa keje dulu adalah peluang sekali sekala masuk hutan sebab buat rakaman video....da pencen ni,
skill video aku pun da turut berpencen macam aku gak...ekekekeke....
apa boleh buat laaaaa....

trek pendakian...salah satu....
mendaki...ramai tu...
tak putus putus orang mendaki..
Berikutan plan yang dah dibuat tu...hari ni SABTU, 12 OKT. 2019
kami pun gerak la ke BUKIT MELATI NILAI NEGERI SEMBILAN tu.....Aku gerak jam 7.30 pagi waktu tempatan. Jarak dari taman kami lebih kurang 18 kilometer aje...
.....kut....aku pun tak pasti...tengok la map tu....
Kami di Selangor dan bukit tu di Negeri Sembilan...maknanya
kami kena pi keluar negeri la nampaknya pagi ni...kan...ekekeke...Lebih kurang 20 minit kami tiba di kaki bukit tu..

menghijau je...
rindu kehijauan..
rehat sat...
ramai kan....
rehat sat sebelum sambung mendaki...
Fullamakkkkkk...ramai betul orang
yang berkunjung ke bukit tu..Mungkin sebab hari ni hari cuti kut
atau Hari Sukan Negara kut...kut la...Nak parking kete pun payah...Kami
terpaksa parking jauh jauh...ramai bukan main...Setelah selesai parking kami dua
keluarga terus menapak jauh sikit untuk tiba dikaki bukit tu untuk mula mendaki. Kami tak ambil masa lama pun untuk mula mendaki. Tiba aje di kaki bukit terus
aje mendaki.....

selfie sat....
kenangan mendaki ni...
hampir sampai puncak
Mula mula mendaki dah curam jugak la...agak semput la jugak aku...Ramai orang turut mendaki dan ada yang juga dah mula turun. Kami amik masa untuk mendaki dan
amik masa untuk rehat bagi melegakan lubang pernafasan...maklumlah...
aku ni memang dah tuo...orang pencen la katakan, mana boleh
terus aje mendaki tak henti-henti...
nanti tak pasal pasal putus nyawa ditengah2
pendakian...tak gitu...
Kalau dah tua, buat la cara dah tua...eh! dah tua ka...ekekekeke....ooopst!

pandangan dari puncak
papantanda dan tunjukarah
wefie sat di puncak...
di puncak ni...
Sebenarnya Bukit Melati ni terletak disempadan Bandar Baru Nilai
dan jugak Sepang di Selangor.
Ia terletak di Putra Nilai Negeri Sembilan.
Ia dinamakan Bukit Melati sebab terletak sebelah Desa Melati.
Bukit ni menjadi tempat riadah mungkin dah hampir sepuluh tahun kut...
kut la aku teka aje.....aku pun tak pasti. Bukit ni mempunyai ketinggian sederhana iaitu
lebih kurang 370 meter....tak pasti...aku pun tak ukur pun...tak kuasa aku nak ukur...ekekeke...opst!..Ia dibahagikan kepada beberapa bukit iaitu
Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill dan
Mosquito Hill.
Kenderaan boleh di parking di tepi jalanraya bagi sesapa yang nak berkunjung ke sini. Cuma kunci la kenderaan tu leklok yeee...

kami wefie kat puncak ni...belakang aku anak dan isteri aku...di belakang isteri aku keluarga
Mas, suaminya Amos dan anak anak...
isteri aku dan Mas
suasana kat puncak
nak turun dah...
Sepanjang berjalan mendaki tu, sempat la aku snap beberapa foto termasuk foto tumbuhan hutan sebab nak lepaskan rindu dengan hutan hijau ni. Jumpa jugak pokok getah
yang ada tanda tanda dah lama ditoreh....... Tak pasti aku sama ada
tanah di sini tanah ladang getah atau tanah milikan
persendirian. Tapi pokok2 hutan pun ada
la jugak.....
Jalan mendaki ada yang
curam sangat dan
termengah2 la jugak untuk mendakinya.
Serangga2 aku tak nampak banyak pun kat sini...atau
mungkin sebab aku tak perasan kut. Bunyi unggas pun macam tak
dengar pun atau unggas dah berehat sebab dah kenyang...tak pasti pulak...Jalan mendaki tak la semak sangat...ok je nampaknya....

rehat sat masa turun...
masa turun ni...
masa turun
masa turun
masa turun..
Setelah agak lama mendaki...tak lama mana sangat pun
...akhirnya kami tiba dipuncak. Tiba di puncak rehat sat sebelum mula snap foto macam macam kat atas tu. Nun di kejauhan kelihatan taman perumahan yang luas.
Di kaki bukit terdapat kampus Universiti Antarabangsa Nilai
Negeri Sembilan. Setelah berada seketika
di atas dan selesai snap foto..
maka kami mulalah
berjalan menuruni bukit tu...
Menuruni bukit memang la tak jerih macam
mendaki...rasa macam tak penat sangat pun. Masa turun tu
pun sempat la jugak aku snap foto foto. Masa menuruni bukit tu ramai jugak
yang sedang mendaki ke puncak. Setelah beberapa ketika akhirnya kami tiba di kaki bukit tu. Jarak dari puncak ke kaki bukit lebih kurang 0.5 atau setengah kilometer
je punnnn....

masa turun ni...
resam hidup...bila da tua atau sakit akan mati...
dalam hutan ni...
masa turun
sempat posing masa turun..
Tiba di bawah rehat dan snap beberapa foto...Ramai jugak orang yang berjualan di kaki bukit tu...macam macam jualan dan kalau nak tau pi lah berkunjung ke Bukit
Melati kat Nilai tu dan perhatikanlah sendiri....
Sebenarnya banyak jalan untuk
mendaki ke puncak tu
...Mungkin lain kali kami akan datang
ke sini lagi dan gunakan pulak jalan lain untuk naik
ke puncak bukit berkenaan....Memang aku dah tanam niat nak datang
lagi ke bukit ni...macam ok je aku rasakan bukit ni untuk dijadikan tempat riadah yang rutin....InsyaALLAH.....
Hari ni baru daki satu bukit aje, Centipede Hill aje...ada 4 bukit lagi belum didaki....tak sabar tunggu masa terluang untuk pi ke sana lagi...tunggu eaaa...#melatihill

Kalau dibandingkan dengan pendakian aku kat BUKIT BROGA tu...Bukit Broga lebih mencabar dan jarak pendakian lagi jauh dan banyak yang curam curam..
Bukit Melati ni agak mudah tapi termengah mengah jugak
...rasanya kalau riadah kerap eloklah pi Bukit Melati
ni....ia lebih mudah......
Tulisan aku berkaitan Pertama Kali Mendaki Bukit Broga
boleh klik 
DI SINI....
Masa mendaki Bukit Broga dulu tu...kami tak sampai pun ke kemuncak punnn...hanya tinggal satu tingkat aje untuk sampai ke kemuncak Broga tu....InsyaALLAH 
satu hari nanti aku nak pi daki Broga tu sampai puncak
...harap harap laaaaaaa.....hahaha...

tempat menapak...
hampir sampai di bawah..
ramai peniaga di sini
rehat sat biloa tiba di bawah..
ramai peniaga...
Setelah beberapa ketika berada di kaki bukit tu akhirnya kami menapak ke tempat letak kereta dan terus pulang ke Bangi...tapi sebelum balik ke rumah...kami singgah
di kedai makan Kak Imah yang dah berjiran dengan kami selama 29
tahun tu. Dia dah berkedai makan di Taman Impian Putra.
Kami sarapan kat kedai dia...Hari ni Kak Imah
kata dia belanja sebab kami
baru hari ni pertama kali datang ke kedai
makan dia kat situ.....Terima kasih banyak2 la kak Imah, moga2
rezeki kak Imah melimpah ruah dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..............

masa menurun...kalau ikutkan memang tak sampai 22 minit pun
...sebab banyak berhenti rehat dan aku banyak snap foto..tu sebab capai 22 minit...lebih kurang setengah
kilometer aje dari bawah ke puncak....
ramai gak yang berniaga cari rezeki di kaki bukit ni...
ni salah satu jalan pendakian...kat sini pun yang meriahnya...
Rasanya itu aje la coretan aku kat sini, moga kita semua tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...dan dihindarkan
daripada siksa neraka...aamiiinnnnnnnnnnnn.......




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...