Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis panjang sikit. Dah lama dah tak update aku punya blog ni. Antara 23 Nov. hingga 7 Disember 2021, aku berada di kampung. Tujuan utama ialah untuk urusan tukar sekolah anak aku yang bungsu ke sekolah menengah di kampung. Hal tersebut dilakukan sebab aku dah hampir sangat untuk pindah ke kampung. Urusan tukar sekolah bermula di Bangi lagi. Aku mohon tukar sekolah dari Sek. Men. Bandar Seri Putra, Bangi. Bila Pengetua di Sekolah Seri Putra beri kelulusan, maka aku pun gerak la ke kampung pada hari Selasa.
Bakar kalori di bendang. |
Bakar kalori di bendang |
Cadang nak terus ke PPD Perak Tengah kat Bandar Seri Iskandar tu. Tapi kami tiba di sana dari Bangi dah waktu tengah hari. Jadi tentu tak berapa tepat untuk terus ke PPD Perak Tengah tu pada waktu hampir tengah hari. Jadi kami terus balik dulu ke kampung aku. Tiba di rumah, kami mandi dan makan tengah hari. Rumah aku tu kecik je pun...Rasanya cukuplah untuk aku dan isteri habiskan usia tua kami di situ sebelum dijemput oleh PENCIPTA. Kalau ada sapa2 kenalan yang dalam perjalanan ke Lumut atau Pangkur, singgah la kat rumah kami untuk secawan dua kopi panas sebelum sambung perjalanan. Memang aku alu-alukan. Call aku awal2...πππ. Waktu petang kami gerak ke PPD Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar tu. Tak jauh pun, lebih kurang 15 kilometer sahaja...rasanya la...π.
Tiba di PPD terus aje parking dan tulis nama dan scan suhu di pos pengawal kat bangunan tu. Tanya pengawal untuk jumpa bahagian pertukaran sekolah. Lepas dapat maklumat terus masuk bangunan tu. Di kaunter dalam pejabat tu, terus jumpa staf kat kaunter tu. Aku serahkan borang untuk tukar sekolah anak aku. Staf pompuan tu semak borang tu. Dia tanya kenapa pilih sekolah Bota Kanan. Dia kata lagi, biasanya mereka yang duduk di Layang-Layang Kanan akan pilih sekolah di Pekan Parit. Aku jelaskan, pertama takde bas kalau masuk sekolah di Pekan Parit tu. Kalau di Pekan Bota ada bas sekolah. Kedua jarak ke Bota Kanan dan ke Parit berbeza. Ke Pekan Bota Kanan lebih dekat berbanding ke Pekan Parit. Sebab ketiga aku merupakan alumni sekolah kat Bota Kanan tu. Aku ambik MCE 1978 di SEKOLAH MENENGAH DATUK ABDUL RAHMAN YAAKUB BOTA KANAN tu. Akhirnya, staf tu kata proses ambil masa 3 hari dan dia akan hubungi aku melalui HP. Petang tu jugak aku dapat call dari PPD Perak Tengah tu, staf tu kata permohonan tukar sekolah telah diluluskan dan aku diminta untuk ambil surat di pejabat PPD tu. Aku tanya nape cepat, kata 3 hari. Dia balas, pegawai dia ada di opis jadi pegawai tu dah luluskan dan tandatangan. Aku ucapkan terima kasih aje la.
Pagi RABU, aku pi ke PPD Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar untuk ambil surat pertukaran sekolah anak aku. Tiba di sana terus jumpa pengawal dan kata nak ambil surat tukar sekolah. Masuk opis PPD tu terus jumpa staf di kaunter dan nyatakan untuk ambil surat pertukaran sekolah anak. Baik-baik belaka staf kat situ...Bila dah ambil surat kelulusan tu, maka kami pun terus keluar dan pi ke Bandar Seri Iskandar untuk beli barang basah untuk masak. Kami pi beli ayam dan ikan sebelum balik ke rumah. Masa kat kampung hari2 aku masak je...rasanya lebih jimat...Walaupun rege barang macam kat Bangi jugak...π
Pagi KHAMIS kami pi ke SEKOLAH SMDARY Bota Kanan. Masuk pintu utama dan jumpa dengan pengawal. Kami scan mysejahtera dan ambil suhu di situ. Tanya pengawal tu opis sekolah menengah berkenaan. Lepas dapat infor daripada pengawal maka kami terus pi ke pejabat sekolah. Di kaunter bagi salam dan seorang staf opis datang. Aku kata nak hantar surat untuk tukar ke sekolah ini. Dia teliti surat tu dan panggil guru berkenaan. Guru tersebut keluar dan teliti surat berkenaan. Aku rasa guru tu mungkin penolong pengetua kut. Dia teliti surat tu dan beritahu kelas anak aku. Kemudian dia minta datang sekolah pada hari ISNIN minggu depan. Anak aku dimasukkan dalam kumpulan B kelas tingkatan 3. Selesai berurusan kami pun balik. Esok JUMAAT, ISNIN anak aku akan mula bersekolah di sekolah tu selama seminggu. Anak aku dalam kumpulan B. Maknanya dia sekolah selama seminggu sebelum bercuti selama 3 minggu.
Buang Kalori di sawah dengan adik ipar.. |
Hari JUMAAT, pagi, aku, adik pompuan dan anak bungsu aku pegi ziarah kubur emak dan bapak aku. Sempatlah berdoa untuk roh kedua emak bapak dan semua penghuni di perkuburan berkenaan. Kita jangan kedekut dengan doa. Kesemua yang berada di sana adalah sedara seagama kita...Tidak sempurna iman kita jika tidak kasih kepada sesama agama Islam. Sentiasalah berdoa dan sedekahkan pahala kepada mereka. Allah swt berkuasa untuk sampaikan pahala tu kepada mereka...InsyaALLAH.
Masa awal aku kat kampung, 2 orang rakan baik aku telah bertandang ke rumah aku. Mereka bukan saja kawan baik tapi sedara aku jugak...Megat Mizi dan Megat Ze...Bila dia orang datang bertandang, macam2 hal yang kami sembangkan. Biasalahlah dah berpuluh tahun tak jumpa...serius la...memang berpuluh tahun tak jumpa...Tambah pulak bila ada PKP selama 2 tahun tu dulu...Kami bersembang berkaitan hal kehidupan je...tak sentuh sesapa pun.....Lama jugak la kami sembang...Aku memang 'salute' sangat la kat dia orang yang dah berjaya dalam hidup memasing...Pada kaca mata aku, dia orang dah berjaya sangat dah dalam bidang memasing......
Aku juga sempat melawat lokasi ternakan ikan sangkar di SUNGAI PERAK tu. Lebar Sg. Perak tu...macam dulu jugak...malah lebih lebar lagi rasanya. Lokasi kami mandi manda dulu dah semak samun dan dah tak wujud pun sama ada sebab hakisan atau dah semak samun. Lagi pun dah lama sangat, berpuluh tahun kut, sungai tak lagi dijadikan lokasi tempat mandi macam dulu. Projek ikan sangkar tu diusahakan oleh sedara mara aku jugak. Aku pi melawat ke situ dengan adik pompuan aku dan anak bungsu aku. Aku doakan moga usaha mereka semua akan terus maju di masa akan datang. Jangan kita lokek untuk doakan kebaikan untuk sesiapa saja. Ada pahalanya orang yang berdoa untuk orang lain. Masa balik kampung beberapa bulan dulu tu pun aku sempat melawat ke lokasi tersebut. Masa aku melawat kat situ aku jumpa sedara aku LATIT tu. Balik kampung yang lalu pun aku jumpa dia jugak kat atas sangkar tu.. Latit tu memang sedara rapat aku dan kawan rapat aku masa aku zaman remaja. Dia muda daripada aku lebih kurang 5 tahun...kalau tak silap. Kalau sekarang ni aku dah umur pencen tentu boleh agak dah umur dia sekarang.
Cantik kan kawasan bendang awal pagi... |
Aku juga sempat menghadiri kenduri rumah sepupu aku lepas solat Jumaat. Aku pi dengan adik ipar aku, Jo. Sempat la kami makan masakan kampung seperti PATIN TEMPOYAK dan lain2. Kerabu pun ada. Memang kerabu tu makanan favorit aku pun tapi sebab ada udang, aku terpaksa batalkan untuk menikmati makanan berkenaan. Aku memang alah kepada makanan laut selain daripada ikan. Ikan laut yang boleh menimbulkan gatal2 jugak aku tak makan pun. Ramai jugak jumpa sedara mara dan rakan kat situ. Kenduri dengan SOP yang dipatuhi...
Sempat juga aku berkunjung ke Pekan Parit lepas solat Jumaat dan hari2 yang lain. Kami beli Cendol Parit kat pekan tu. Pekan Parit ni memang banyak menyimpan kisah masa silam zaman aku kecik2 dulu. Aku dah catatkan hal Pekan Parit ni dalam tulisan aku yang lalu. Jam beso kat Parit tu masih teguh berdiri seperti dulu...πππ. Rasanya jam tu dibina masa merdeka atau sebelum merdeka lagi, aku tak berapa pasti pun. Aku juga sempat pi ke pasar raya-pasar raya di Bandar Seri Iskandar tu. Bandar Seri Iskandar tu mungkin bandar terbesar di daerah Perak Tengah kut. Ada ECONSAVE, ada BILLION, ada LOTUS, ada premis2 perniagaan yang kecik2 dan besar serta macam - macam lagi. Ada jugak lokasi macam kat Nilai 3 tu. Tapi aku dah beli tilam macam TOTO tu kat situ namun langsung takde kualiti. Aku dah bakar dah tilam tu...Kalau nak berniaga, buat la betul2...π‘π‘π‘... Institusi pengajian tinggi pun ada di situ seperti UNIVERSITI PETRONAS, UiTM, IKBN, kolej2 vokasional dan sebagainya. Pusat pentadbiran daerah pun terletak di situ. Namun kawan kampung aku kata harga barang di Daerah Perak Tengah ni agak mahal jugak. Aku rasa pun macam tu kut...Aku rasa macam rege barang kat BANGI jugak...
buang kalori di bendang.. |
suasana di bendang... |
Masa di kampung sempat jugak la aku bakar kalori di sawah setiap SABTU dan AHAD pada setiap minggu selama 2 minggu aku duduk kat kampung tu. Aku rasa selesa je bakar lemak kat sawah. Sekali berjalan selama sejam lebih dan jaraknya 6 Km. Memang la masa aku dah pindah nanti aku akan bakar kalori di sawah aje la...Lebih selesa. Lagi pun kawasan sawah taklah semak samun. Musim ni sawah padi dalam keadaan hampir masak. Ramai jugak orang sekampung yang aku jumpa. Ada yang aku kenal dan ada jugak yang aku tak berapa kenal dah. Lagi pun masa kecik dulu aku memang jarang keluar rumah waktu siang...ππ...Ramai orang kampung yang aku tak kenal dulu...apatah lagi sekarang ni...Memasing nampak udah berumur macam aku ni...hahaha...Dah tua rupanya aku ni...πππ
Masa kat sawah tu sempat la aku tengok orang sembur racun serangga dengan gunakan DRONE. Baru pertama kali aku saksikan benda ni...Aku tanya tuan punya sawah tu, dia kata ini musim kedua DRONE digunakan untuk siram racun disawah di LAYANG-LAYANG KANAN ni.... Aku pernah tanyakan kos guna drone untuk racun serangga dalam se ekar tapi aku dah lupa pulak apa dia kata. Sawah di sini jugak dah lama gunakan mesin penuai untuk tuai padi, tak perlu cara tradisional lagi iaitu 'banting' padi. Aku pernah banting padi di tanah bapak aku masa remaja dulu. Sekarang tanah sawah tu dah ditanam kelapa sawit. Kenalan kampung tu bagi tau aku sekarang ni tak tau apa rasa beras yang ditanam tu sebab padi yang dituai terus dibawa pergi. Masa dulu boleh jugak dibawa ke kilang padi untuk diubah jadi beras dan boleh la rasa beras baru. Sekarang ni kilang padi kat sekitar sini termasuk di Pekan Layang2 tu dah tutup dah pun...dah tak wujud lagi dah...
menabur racun di bendang dengan DRONE. |
Aku rasalah memang guna drone ni lebih mudah dan cepat. Mungkin lebih mudah daripada gunakan cara lama yang gunakan tong racun yang digalas di belakang badan. Sakit-sakit badan kalau sembur racan berekar-ekar..Tapi satu kelemahan drone ia tak boleh tabur atau sembur baja di sawah sebab garam daripada baja tu akan menyebabkan bahagian tertentu drone menjadi karat. Aku sempat rakam cara menabur racun serangga dan aku dah edit video tu dan boleh di tonton di atas sana tu...
Masa kat kampung jugak aku sempat pi makan bubur Perak di Titi Gantung. Kawan rapat merangkap sedara aku Megat Mizi, seorang Pengetua Pencen ajak aku pi ke sana. Aku ikut je la. Dia yang belanja..Aku memang tak pernah pun makan bubur Perak ni masa kat Perak tu. Lewat petang dia amik aku kat rumah. Kami gerak la ke Titi Gantung tu. Jaraknya mungkin lebih kurang 15 Km kut...tak pasti...Lepas makan bubur, Megat Mizi bawak aku melawat ke rumah adik dia MEMUN di taman perumahan berhampiran situ. Luas jugak taman perumahan tu. Penuh dengan rumah2 bangalow di sana sini...Persis kawasan elit....πππππLewat petang kami gerak balik....
ayam black pepper.. |
No comments:
Post a Comment