Wednesday, December 15, 2021

HKL lagi...

Diari DAUD : Hari ni KHAMIS, 16 Dis. 2021, aku pi HOSPITAL KUALA LUMPUR kerana isteri aku ada temu janji dengan doktor pakar hari ni. Kami dihantar oleh anak kami. Aku memang la tak biasa dengan KL tu...Tak mampu pun aku nak bawak kenderaan masuk ke KL tu....Jam 7.00 pagi dah kuar rumah dah. Kalau pi KL biasanya memang jem la. Macam biasa la kat Jalan Sg Besi tu tentu jem je tiap masa.

Kami tiba di HKL dalam lebih kurang sejam...tak sampai sejam pun dah sampai situ. Kami singgah di BANGUNAN KOMPLEKS PAKAR & RAWATAN HARIAN, HKL. Turun je kami terus menuju ke pintu lobi utama. Scan mysejahtera dan terus masuk. Tiba di lift kami tunggu sebentar sebab agak ramai jugak untuk gunakan lift berkenaan. Ada sejumlah 6 buah lift di situ, kalau tak silap aku. Beratur semuanya untuk tunggu lift. Kalau keadaan macam tu payah jugak untuk pastikan jarak memasing...😀😀

Tiba di tingkat atas atau tingkat 5, isteri aku terus cek nama dia depan jururawat yang mengurus kedatangan pesakit yang telah tercatat kat buku besar tu. Segala temujanji memang dah ada nama tercatat dalam buku besar dia orang. Selesai cek nama dan dibenarkan masuk ke dalam klinik, isteri aku letakkan kad dalam bekas yang disediakan dan seterusnya kami tunggu nama dipanggil. Tak lama kemudian isteri aku dipanggil dan dia pi ke kaunter untuk mengambil semula kad rawatan dan nombor giliran dia.

Agak ramai juga pesakit yang sedang menunggu dalam ruang klinik tersebut. Mereka semua mesti pesakit yang berkaitan dengan kepala...Beberapa lama kemudian nombor isteri aku dipanggil untuk masuk ke Bilik 3. Isteri aku pi sorang aje ke situ. Sekembalinya ke tempat duduk, dia kata jururawat cek tekanan darah dia. Jururawat kata tekanan darah agak tinggi walaupun dah cek dua kali. Kami tunggu pula giliran untuk dipanggil jumpa doktor pulak.

Bila nombor dipanggil untuk jumpa doktor di BILIK 1, aku pun turut serta menemani dia. Tiba di bilik doktor tu, doktor suruh duduk. Doktor tu tanya macam-macam la. Berkaitan ubat yang dimakan lepas pembedahan dan ubat darah tinggi yang biasa dia makan yang dibekalkan oleh KLINIK KESIHATAN SERI PUTRA. Dia juga cek keputusan CT SCAN yang dah dibuat sebelum ni. Dia kata perlu jaga tekanan darah tinggi tu. Dia sarankan supaya ubat darah tinggi disemak kembali di klinik seri putra tu. Dia kata kalau darah tinggi tak dikawal mungkin akan mudaratkan salur darah yang dah dibedah tu. Perlu kawal darah tinggi. Dia beri surat untuk diberikan kepada doktor masa berjumpa doktor kat Klinik Kesihatan tu nanti. Doktor tu sempat memeriksa luka pembedahan di kepala isteri aku dalam ruang yg berlangsir tu. Dia kata luka tu dah ok.

Keputusan CT SCAN yang doktor tu periksa, semuanya ok dah. Pembedahan tu memang sempurna, tiada sebarang masalah hasil daripada laporan CT SCAN tu. Akhirnya doktor tu kata, lepas ni tak perlu lagi buat temu janji di HKL...Semuanya dah ok tapi kena jaga tekanan darah. Tekanan darah yang tinggi boleh memudaratkan salur darah yang telah dibedah tersebut. Pembuluh darah yang pecah memang bahaya kepada pesakit. Aku amat bersyukur sebab segala-galanya dah ok, cuma isteri aku kena jaga tekanan darah dia je...Tak perlu lagi berulang ke HKL tu....

Selesai je kami ucapkan terima kasih kat doktor tu dan seterusnya kami keluar dari bilik doktor dan dari KLINIK NEUROLOGI tu. Kami terus menuju lift. Selesai dah satu hal...Ingatlah...sakit tu ujian ALLAH. Semua manusia akan diuji walau siapa pun kita...kuat, lemah, kaya, miskin, bijak, kurang bijak dan sebagainya. Jangan anggap kita semua tidak akan diuji....

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 kita serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga....aamiinnnn...


Jangan lupa, terus sokong #bmf kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...