Diari DAUD - Hari ni 31 Disember 2022, esok tahun baru. Dah setahun aku duduk kat kampung ni. Dah pindah sini dah. Duduk tetap la kat sini sampai mati gamaknya...hahaha..Duduk kat kampung aku ni mungkin selesa mungkin tak tapi rasanya selesa kut untuk aku. Memang aku yang nak pindah kampung kut. Mungkin anak2 dan isteri aku lebih suka duk kat Bangi gamaknya...hahaha...Tak kisah lah kita duduk mana pun sebab kita akan mati jugak dan tempat kita yang kekal ialah di SYURGA...insyaALLAH...Duduk di kampung ni serba serbi jauh dari rumah berbanding kalau duduk di Bangi. Di Bangi, keluar rumah aje dah ada macam macam. Semua dekat dengan rumah dan semua ada. Duduk kat kampung ni serba serbi jauh. Kalau nak ke pekan besar sikit ialah Bandar Seri Iskandar yang lebih kurang 16 kilometer dari rumah. Apa boleh buat la. Aku sendiri yang nak pindah ke kampung....hahaha..Harga barang kat sini lebih kurang sama je dengan kat Bangi terutamanya makanan. Ada juga yang lebih mahal dari di Bangi. Kalau yang murah mungkin sewa rumah kut. Rasanya 600RM boleh dapat rumah teres dua tingkat kalau rajin cari kat Seri Iskandar dan pekan2 sekitarnya...Kena rajin cari la...
kat Seri Iskandar ni...
Dalam bulan Disember ni kami pi ke SAUK Kuala Kangsar tempat kelahiran isteri aku. Lebih kurang sejam perjalanan. Kami pi sana dengan anak lelaki kedua kami bersama isteri dia tu. Dah tak tau nak pi mana jadi terfikirlah untuk pi ke SAUK tu. Kami singgah di rumah kakak ipar aku. Duduk la kami untuk beberapa jam. Siap makan tengah hari dan lain2. Kakak ipar aku siap buat lepat pisang lagi. Lama juga kami di situ. Kemudian kami pi ke rumah kakak ipar aku yang kedua yang duduk berhampiran. Minum2 dan sembang sembang kat situ. Kami tak pi ke rumah kakak ipar yang lagi satu sebab dengar cite dia dah berada di KL di rumah anaknya. Lewat petang baru kami balik ke kampung aku...
Sebenarnya kat kampung aku ni takde pun lokasi yang aku suka sangat pun. Tapi kalau aku ni kaki pancing memang seronok la duduk kat sini. Sungai Perak tu memang luas untuk lokasi memancing. Lokasi tu memang puas hati la untuk kaki pancing. Tapi aku memang tak minat memancing pun. Aku rasa macam penat aje memancing ni. Satu hari tu, anak lelaki aku ajak pi sawah. Kebetulan dia berada di kampung. Tengok tengok je suasana di sawah tu. Kami memang takde sawah pun. Tengok sawah orang aje pun. Tangkap la foto sikit sikit kat situ.
Sabtu, 24 Disember 2022, kami gerak ke Bangi. Kami pi ke sana sebab 25 Disember 2022, anak sedara isteri aku akan menikah di Banting. Di Bangi kami duduk di rumah yang di duduki oleh anak anak kami. Kami dah bermastautin di kampung. Anak anak kami masih tinggal di Bangi. Kebetulan hari tiba di Bangi, ada masalah air di Selangor. Binawe betui la. Fikir la dengan rasa nak mandi, nak buang air dan lain2. Selangor ni tak habis habis dengan masalah air, Nama je negeri kaya dan maju...eeeeee...rasa nak maki aje...opst! hahaha...Bandar Seri Putra yang letak berhampiran Bangi rupanya dah banyak berubah. Semua lot kedai yang dulu baru siap dibina dah diisi oleh aktiviti perniagaan. Penuh semua dah premis perniagaan di situ. Semua ada dah nampaknya. Malam tu di Bangi kami terpaksa beli air minuman kat Pasaraya Lotus yang berhampiran. Esok paginya kami terpaksa pi ke MASJID BANDAR NILAI untuk mandi dan buang air...hahahaha..Kami pi sana lepas solat subuh. Awal pagi. Rupanya tiba di sana ramai jugak yang datang dari kawasan selangor yang terjejas bekalan air datang ke masjid tu untuk mandi dan sebagainya. Masjid Nilai tu di Negeri Sembilan tau. Lebih kurang 16 Kilometer dari kediaman di Bangi tu. Selesai semua urusan di masjid tu kami bergerak ke Bangi. Aku letakkan wang dalam tabung masjid tu. Kita dah guna air masjid tu jadi tak salah untuk kita derma sedikit...tak gitu...
Dalam jam 11.00 pagi kami gerak ke Banting untuk hadiri kenduri kawin anak sedara isteri aku. Lebih kurang sejam kami tiba di dewan tempat majlis tersebut. Di sana kami masuk dewan dan bertemu sedara mara isteri aku yang dah awal sampai ke dewan tersebut. Ramai sungguh sedara mara isteri aku tu...hampir semua ada. Cucu2 pun dah ramai...hahaha...Adik beradik isteri aku rasanya ada semuanya. Abang2 , kakak2 dan adik2 dia semua ada. Seronok dia orang bertemu sedara mara. Aku tumpang seronok aje la...hahaha..
Foto ni aku amik je dalam wassap isteri aku..
Foto aku dan isteri bersama biras aku dan keluarga pengantin.
Selesai kat kenduri tu kami pi pulak ke rumah rakan baik isteri aku di Banting jugak. Kami tiba di rumah Mazmiza dan suaminya Amos dalam jam 4 petang kut. Di rumah tu kami tumpang mandi dan lain. Siap kami dihidangkan untuk makan2...Kami ambil kesempatan untuk mandi dan solat kat situ sebab kawasan Bangi masih takde air lagi. Lama jugak kami kat situ. Lewat petang kami gerak ke Bangi. Terima kasih Mas diatas segala layanan serta sebab kami dapat mandi dan lain2 kat situ...hahaha...
Rumah Masmiza
Tiba di rumah di Bangi, air dah ada...Bahagia jugak rasanya air dah ada...hahaha...Masa di bangi ni sempat la isteri aku ramah mesra dengan rakan2 lama dia di Bangi tu. Sempat dia bertemu rakan dia di surau taman tu dan rakan2 dia kat sekitar taman tu. Pagi RABU, 28 Disember kami gerak balik ke kampung. Ada jugak kawasan yang jem masa di lebuhraya plus tu. Letih jugak memandu selama lebih kurang 4 jam. Lenguh kaki tangan. Mungkin sebab aku dah tua kut, tu sebab dah rasa letih memandu...Ye ke da tua...hahahaha...
Gerai roti canai dalam kampung. Berjalan kai je dah sampai...
Kat kampung ni terdapat beberapa buah gerai untuk minum2. Gerai kampung. Aku jarang minum kat gerai ni sebab isteri aku rajin masak dan buat sarapan...hahaha...Jadi tak perlu la aku minum di gerai. Aku pun memang bukan jenis minum diluar. Aku lebih selesa minum di rumah bersama bini...hahaha..Sekali sekala je pi minum untuk bagi isteri aku rehat untuk buat sarapan...Baik jugak aku ni kan...hahaha...Rasanya ada jugak bagusnya minum kat gerai sekali sekali. Dapat juga bertemu orang kampung dan sedara mara....tak gitu...
Di kampung, bila hujan penuh becak. Kete aku macam masuk sawah kalau nak sampai depan rumah. Baru aku tau rupanya bila musim hujan memang macam itu la becaknya. Sebelum ni aku tak tau sebab aku baru pindah sini. Jadi terpaksalah aku beli batu untuk tabur kat lorong masuk ke rumah aku. Harap takde la becak lagi macam kat sawah tu. Dah cuba minta bantuan jalan tar tapi rasanya tak lulus kut. Jadi aku beli je batu satu lori 3 tan. Aku dan isteri serta adik pompuan aku tabur sendiri batu tu di lorong tu...
Rasanya itu aje kut catatan yang mampu aku catat hari ni. Moga kita semua diampunkan oleh ALLAH segala dosa kita. Dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamin..
...sekian..
No comments:
Post a Comment