Diari DAUD : Hari ni aku selidik salasilah LONG CAHAYA dan secara tak sengaja aku jumpa la salasilah USTAZ ISMI ni. Rupanya dia ni dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN jugak rupanya. Megat Termizi dan Megat Nizar, sedara korang jugak ni tau...haha..Jadi mula la aku semak dari keturunan ALANG SAIDIN tu..Apa yang aku jumpa? Baca la di bawah tu....
Semak dari DPR ALANG SAIDIN kemudian turun ke LONG CAHAYA. Kemudiannya LONG CAHAYA ni punya beberapa orang anak iaitu NGAH SINUN, ALANG KIDOM, ALANG JOHAN, ITAM MARUM, TEH UDANG dan HAJJAH JALEHA.
Keluarga MEGAT TERMIZI bermula dari ALANG KIDOM dan keluarga ZE@MEGAT NIZAR bermula dari ALANG JOHAN. Keluarga USTAZ ISMI ni bermula dari ITAM MARUM.
ITAM MARUM ni mempunyai beberapa orang anak iaitu KULUB LABA, NGAH MANI, UDA TERAWIS, PANJANG ARIS dan PUTEH SABAR.
Daripada anaknya yang bernama PANJANG ARIS tu la yang turun ke USTAZ ISMI.
PANJANG ARIS ni mempunyai beberapa orang anak iaitu HAJI MAT NOR, ABD MAJID, HJAH YONG ROKIAH dan ABD KADIR.
Daripada anak PANJANG ARIS yang bernama HJ MOHAMED NOOR ni lahirlah beberapa orang anak iaitu KHAIRUL BARIAH, HJH NEKMAH, HARITH, AZIMAH, HJ RAMLI, TEH dan MOHAMED ARIFFIN.
Daripada anak HJ MOHAMED NOOR iaitu KHAIRUL BARIAH ni lahirlah adik beradik USTAZ ISMI ni iaitu HJ AZIZAN, AZIZAH, FAUZIAH, FAIDATUL AKMAR, NARAISHAH, KHAIRUL MIDA, NORLAILI, MUHAMMAD ISMI, HISHAM dan HJ MUHAMMAD SALIM.
Dari rajah di atas tu memang jelas la kan...USTAZ ISMI ni GENERASI KE 8 daripada rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu. MIZI dan ZE...USTAZ ISMI ni dari jalur LONG CAHAYA tau. Masih lagi sedara bau2 bacang..
Aku ni sedara dah bermacam macam bau sebab aku jalur daripada ANDAK MANDEK iaitu adik beradik kepada LONG CAHAYA tu.
Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, kalau kalian nak tau banyak berkaitan RUMPUN DATUK PADUKA ALANG SAIDIN ni, korang boleh hubungi ENCIK ASRI sebab aku pun dapat salasilah ni daripada beliau. Terima kasih banyak2 sangat ENCIK ASRI. Kalau ENCIK ASRI tak beri aku salasilah ni tentu aku takkan jumpa pun asal usul emak aku yang aku tak pernah tau pun walau sekelumit.....
Rasanya itu je yang aku nak coretkan...da takde idea lagi dah...
Sekian...
daud m zakaria
No comments:
Post a Comment