Diari DAUD : Hari ni 5 Mac 2025, aku selongkar lagi catatan Salasilah DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang diberi oleh En. Asri dulu tu. Banyak2 terima kasih kepada ENCIK ASRI tu. Aku selongkar dan secara tak sengaja aku jumpa salasilah ASMAH WI atau nama tulennya DARULSHAM. Asal keturunan dia pun bermula dari DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Untuk mudahkan cerita aku turunkan rajah di bawah..
![]() |
Keturunan Long Cahaya |
![]() |
Keluarga Hajah Jaleha |
Salah seorang daripada anak TEH MUNAH yang bernama MAT ARAS tu merupakan bapa kepada MAT SUKI atau MAT KEDA tu. Adik beradik MAT KEDA yang lain tu termasuklah WAN MIDAH, jiran aku tu. Mak DAYARBI tu juga adik beradik MAT KEDA tu.
Ok la, kita berbalik kepada kisah keluarga ASMAH WI ni..
![]() |
Keluarga MAT WIN |
Salah seorang adik beradik LAMAH iaitu MOHD DAHALAN yang mempunyai salah seorang anak bernama HELA LADIN. HELA LADIN ni dulu seorang pegawai di UKM. Dia kemudian menjadi PENDAFTAR UNIVERSITI SABAH. Sekarang ni dia da pencen la...Masa aku keje kat UKM dulu pernah la jumpa dia tu. Aku kenal dia sebab dia pegawai yg kanan jugak la kat UKM tu sebelum dia menjadi PENDAFTAR UNIVERSITI SABAH tu. Dia tak kenal aku pun...Tapi aku pernah jumpa adik Hela Ladin bernama Zanariah tu di UKM. Kalau tak silap namanya Zanariah la.
Ok la berbalik kita kepada cerita asal. Ok, sekarang ni aku nak kaitkan hubungan keluarga aku dengan keluarga ASMAH WI ni. Keturunan kami berasal dari DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. ASMAH WI berpunca dari anak ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA dan aku berpunca dari anak ALANG SAIDIN yang bernama ANDAK MANDEK tu. Untuk memudahkan untuk faham, aku turunkan rajah di bawah ni. Nampak lebih jelas lagi.
![]() |
Hubungan keluarga aku dengan keluarga ASMAH WI |
Rasanya itu je yang aku nak tulis...dah takde apa apa lagi dah....Sekian
daud m zakaria
No comments:
Post a Comment