Sunday, March 2, 2025

PERTALIAN SALASILAH EMAK AKU dan EMAK ZE

Kaitan Emak aku dan EMAK ZE...

Diari DAUD : Dalam beberapa hari ni aku ada masa untuk semak salasilah DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang diberi softcopy oleh ENCIK ASRI. En. Asri ni menantu almarhum MAT SUKI@MAT KEDA. Terima kasih banyak2 pada dia. Aku peroleh data salasilah ni dari dia dalam masa aku benar2 nak tau emak aku ni asalnya dari mana. Maksud aku bukan dari salasilah yg awal iaitu NABI ADAM tapi salasilah yg lebih jurang 6 hingga sepuluh generasi ke atas dari aku. Kalau dari NABI ADAM tu memang la dah ada dalam kitab. Yang aku nak tau ni yang tiada dalam kitab. Jadi, kena la selongkar dari salasilah orang dedulu yang mencatat salasilah salasilah ni. Dalam masa selongkar tu aku ketemu la salasilah ZE @ MEGAT NIZAR yang ada kaitan dengan salasilah EMAK aku. Salasilah ni ialah kaitan antara EMAK aku dengan EMAK Ze tu. Jadi di bawah ni aku turunkan beberapa rajah salasiah ZE dari sebelah EMAKnya. Bermula dari DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN..

DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Salasilah Ze bermula daripada anak DPR ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA. LONG CAHAYA ni kawin dengan pedagang CHINA bernama MA FA KOK. Nama Islamnya HJ ABDUL JAMAL. Dia terus menetap di sini.


LONG CAHAYA ni melahirkan 6 orang anak.. NGAH SINUN, ALANG JOHAN, ALANG KIDOM, ITAM MARUM, TEH UDANG dan HJH JALEHA. Salasilah ZE ni berasal dari anak LONG CAHAYA yang bernama ALANG JOHAN. Dari Alang Johan ni lahir LONG SALAMAH, NGAH MAT AROF, ALANG SAGAR, ANDAK NUTU, TEH MUJI, ITAM JEMPOL dan CHU HALIMAH. Bukan la Alang Johan yg melahirkan tapi isteri dia laaaa...hahaha...


Dari anak ALANG JOHAN yang bernama TEH MUJI ni seterusnya menuju kepada ZE @ MEGAT NIZAR. Dari TEH MUJI ni la lahir ABD KARIM@HJ AHMAD, UDA MAT IDRIS, PANJANG AHMAD, PANDAK ABU BAKAR, YA dan CHU SAEDAH. Dari HJ AHMAD@ABD KARIM ni lahirlah ibu ZE@MEGAT NIZAR iaitu SABARIAH. Selain mak ZE, yang lain aku kenal dalam adik beradik EMAK ZE tu ialah ROSIAH. ROSIAH tu isteri kepada USTAZ SEHAK. Almarhum USTAZ SEHAK ialah bekas imam masjid AL ATTAR kalau tak silap. Aku pernah jadi makmum almarhum USTAZ SEHAK tu masa dia jadi imam di SURAU KAMPUNG LALANG tu. Masa tu aku masih remaja trang tang tang lagi...hahaha...Tapi surau Kg Lalang tu dah tak wujud lagi dah. Nama KG LALANG tu pun macam jarang dengar dah. Sekarang ni tak tau aku nama KG LALANG tu wujud atau saja je disebut2 dulu. Sekarang aku tak dengar pun nama tu disebut lagi....hahaha...Almarhum ROZILAH yg aku kenal dulu tu adalah anak ustaz Sehak la, kalau tak silap.


Setelah jumpa salasilah ZE ni aku pun 'combine' kan la dengan salasilah EMAK aku pulak. Jadi dapatlah seperti rajah di bawah tu...


Ermmm...rasanya itu je yang aku nak tulis. Moga ada manfaat kepada mereka yang nak tau sangat salasilah keluarga mereka sepertimana aku ni. Aku memang nak tau sangat salasilah emak aku. Rupanya bila dah tau, emak aku ni memang tulin orang Layang2 Kanan, bukan orang mendatang. itu je yg aku nak tau. Aku dulu memang tak tau langsung salasilah emak aku tu. Aku cuma tau mak aku dan UCU PIAN je. Lebih daripada tu aku tak tau. Sekarang ni macam dah jelas malah aku dah tau juga generasi yang ada pada kurun ke 19 tu. DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu lahir kurun ke- 19. Aku lahir kurun ke-20...tak gitu. 

Ok tu je yang aku nak tulis....sekian...Nanti ada masa aku nak semak yang lain pulak...

daud m zakaria



No comments:

Post a Comment

SALASILAH MEGAT TERMIZI dan AKU melalui Rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis pulak kaitan aku dan MIZI@Megat Termizi Megat Adnan melalui salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAID...