Wednesday, November 2, 2022

Catatan NOV 2022.

Diari DAUD - 1 NOV. 2022, aku berkunjung ke kebun rakan aku ZE, di seberang Sungai Perak. Tak bercadang pun nak ke sana. Kebetulan rakan aku Megat Mizi call masa aku dalam kete nak ke Pekan Parit. Dia ajak aku pi ke kebun rakan aku Megat Nizar tu. Aku tak boleh jawab, boleh pi atau tak, sebab aku dalam kete nak ke Parit. Lepas aku balik rumah dan selesai urusan di Parit aku pun call la dia tu. Aku kata aku nak pi jugak. Dia suh aku datang Bota Kiri sebab dia orang sedang minum di gerai kat situ. Sebenarnya dia orang berdua baru pi pengkebumian orang kampung kami yang telah meninggal. Jenazah dikuburkan di tanah wakaf kampung senin tu. Aku pulak tak ziarah...teruk aku ni kan..Tapi aku doakan jugak la jenazah tu terhindar daripada siksa kubur dan siksa neraka...Haihhh...takot mati ni kan...seram aku bila dah masuk ke dalam tanah tu ataupun Barzah tu. Sama2 la kita doa kita semua tak disiksa dalam kubur dan tak disiksa dalam neraka...



Dipendekkan cerita lepas minum kat gerai kat Bota Kiri tu, kami pun pi la ke kebun rakan kami tu. Mudah je sampai sebab rakan kami tu yang 'lead' di depan. Seronok aku tengok kebun dia tu. Lokasi tepi jalan...di kedua-dua belah jalan. Dia kata lebih kurang 1 ekar...kalau tak silap telinga aku dengo... Banyak batang pokok durian kampung di kebun dia tu. Ada yang tengah berbuah. Ooost! ada yang sedang berbuah..Jumlah pokok durian tu lebih sepuluh batang kut..kut la...aku pun dah lupa.. Ada jugak yang tak berbuah. Selain drpd tu dia jugak tanam pokok durian yang baru...Musang King dan Duri Hitam pun ada..Ada pokok rambutan yang berbuah dan masak. Ada pokok asam jawa 2 / 3 pokok yang berbuah lebat dan rendang. Bersih kebunnya. Dia selalu balik dan duduk kat kebunnya tu...Rumah dia kat Ipoh. Dia berulang dari Ipoh ke kebun dia tu. Aku tengok la seluruh kebun dia tu. Memang seronok la tengok kebun dia tu. Tambah pulak tepi jalan raya. Ada beberapa batang pokok manggis. Dia kata kalau berbuah banyak buahnya manggis tu. Tapi masa ni buah takde. Ze pelawa kami makan durian. Kami makan je la. Sedap jugak isinya. Lama jugak kami bertiga duduk kat situ. berjam jam jugak la. Semua hal kami sembangkan termasuk hal politik. Tambah pulak dah nak ngundi ni. Lepas Zohor kami beredar dari kebun dia untuk balik dengan berbekalkan buah durian dan buah rambutan. Aku memang rasa seronok sebab kami masih berkawan dan masih boleh berjumpa walaupun kami masing2 dah tua. Bukan semua orang dapat merasai nikmat berkawan sampai ke tua ni...ye dak...hahaha...

















Sekarang ni dah lebih kurang setahun dah aku pindah ke kampung aku kat PERAK ni. Hidup macam biasa di kampung sama macam orang lain yang dah pencen tu. Kampung ni lebih banyak gelap dari terang...hahahaha...Tambah waktu malam. Seram masih ada bila waktu malam...Namun kebanyakan masa aku duk kat rumah aje. Jarang keluar pun. Aku memang suka duk kat rumah...Rumah ku syurga ku...hahaha...Jarang sangat aku kuar rumah. Kalau kuar pun, pi masjid sekali sekali serta pi kenduri kawen kalau dijemput. Rajin orang kat kampung buat majlis2 kenduri ni. Majlis tahlil dan beri orang makan. Berpahala sedekah orang makan ni. Majlis tahlil ni takde pun zaman nabi. Tapi majlis macam ni dikatakan harus atau bid'ah yang dibenarkan. Bukan apa2 pun cuma berdoa untuk orang yang masih hidup dan berdoa untuk kebaikan orang yang telah meninggal dan sedekah orang makan. Bukan buat perkara yang jelas haram..kan...Cuma jangan kaitkan hal ni dengan Nabi sudahlah...

Jadual aku atau rutin aku kat kampung tak banyak pun. Selain makan dan tidur aku buat sikit2 keje2 menebas semak untuk buang kalori yang tersimpan dalam badan ni. Tebas semak tanah orang je punnnn...aku takde tanah banyak...Tiap hari SABTU aku pi ke Pasar Sabtu di BOTA KANAN, lebih kurang 8 kilometer kut. Macam pasar2 yang lain, semua ada jual. Harga kebanyakan barang sama macam kat BANGI tu. Boleh kata semua benda macam rege kat Bangi. Aku ingatkan kos hidup di sini murah...ermmm...rupanya tak...mahal jugak. Kalau murah pun mungkin sewa kediaman di sini murah sikit kut. Kalau kat seri Iskandar tu mungkin boleh dapat sewa lebih kurang 600rm untuk rumah teres 2 tingkat. Kat BANGI harga rumah teres 2 tingkat lebih 500K. Kalau sewa bilik mungkin 500 atau 600 untuk SATU BILIK.. Di sini harga rumah teres 2 tingkat masih boleh dapat dalam lingkungan 300K. Rasanya la...

Sekarang ni harga ayam agak pelik jugak. Yang aku tahu harga siling ayam sekilo lebih kurang 9.70rm tapi sejak Parlimen dibubarkan harga ayam kat pasar Sabtu tu naik sampai 11.00 rm sekilo. Langsung takde dengar pun pihak penguatkuasa harga buat apa2 tindakan...pelik sangat sekarang ni...Dah boleh naikkan harga ayam lebih drpd harga siling yang dibenarkan kerajaan ke sekarang ni...? 

Aku juga sekali sekala aku bawak keluarga makan jugak di gerai2 di BOTA KANAN tu pada waktu malam...Bukan selalu la...Harga makanan macam di BANGI jugak. Itu hari order CHICKEN CHOP. Harga makanan tersebut antara 12 - 14 rm sepinggan. Agak mahal pulak di sini. Di BANGI boleh dapat harga bawah 10.00 Rm sepinggan. Tu yang aku kata kat sini harga makanan macam sama dan adakalanya LEBIH MAHAL dari kat BANGI. Jadi sekarang ni bab harga macam standard je di mana2 pun....

Sekarang ni hampir nak ngundi dah. Tak lama lagi. Nampaknya dah penuh bendera sepanjang jalanraya tu. Harap pengundi di sini lebih bijak mengundi calon yang difikirkan boleh memimpin serta amanah dengan tanggung jawab. Usahlah pilih pemimpin dari golongan yang anti ISLAM dan golongan yang amalkan RASUAH. Dalam khutbah JUMAAT pun ada sebut supaya pilih antaranya calon yang tidak amalkan RASUAH. Kalau pilih yang amalkan RASUAH maka tak secara langsung jika dapat tampuk kepimpinan akan memberi mereka peluang amalkan RASUAH serta tidak amanah. Yang merananya rakyat yang memilih la.

Biasa la kan semua parti memang nak menang kerusi majoriti. Sumber dari medsos nampaknya dalam Bee N dikatakan dah wujud cantas mencantas. Dikatakan ramai penyokong PM Ismail tak dicalonkan antaranya SAHIDAN, ANUAR MUS dan beberapa orang lagi penyokong PM Ismail. Betul atau tak korang tengok la sendiri. Kalau betul telahan ini memang PAK PRESIDEN memang telah gunakan peluang dan kuasanya 100% sebagai PRESIDEN....Politik kan...

Sekarang wujud juga cerita D4P telah melantik ramai wakil MELAYU. Mungkin untuk mengabui orang MELAYU kut. Di Bangi nun telah dilantik wakil Melayu. Di PARIT PERAK telah wujud cawangan D4P Melayu. Penajanya merupakan bekas orang 4manah merangkap bekas orang Pas jugak. Aku tak terbayang langsung orang Melayu boleh sokong parti yang mesra dengan fahaman Kom*n*s tu. Melayu macam mudah diperkotak katikkan oleh kaum lain. Dulu orang melayu anti kom*n*s sebab ramai askar melayu mati masa menentang kom*n*s. Ramai jugak orang Melayu dibunuh Kom*n*s masa dulu. D4P memang macam menyokong kom*n*s. Tentu masih ingat lagi masa Pee H merintah 22 bulan tu. Buku sejarah sekolah menengah pun diubah. Mereka juga macam anti kepada Islam. Perhimpunan bekas dan penyokong Kom*n*s pun telah di buat di Selangor. Melayu masih tak bukak mata dan tak gunakan akal. Sekarang ni orang Melayu dah berpecah kepada 4. UMNO, PAS, BERSATU, PEJUANG dan mungkin ada lagi yg lain. Kaum lain tetap bersatu dikalangan kaum mereka...

Pilihlah pemimpin yang amanah dan bijak untuk mentadbir negara diperingkat negeri atau negara. Pilih pemimpin yang dapat membuatkan rakyat hidup bahagia dunia akhirat. Untuk keselesaan hidup dunia, pilih pemimpin yang bijak mentadbir. Salah satu contoh bijak memikirkan bagaimana untuk menambahkan peluang pekerjaan untuk anak2 mudah yang ada ijazah, diploma dan sijil yang ramai menganggur sekarang ni. Di peringkat negeri pilih pemimpin yang mampu merancakkan lagi ekonomi negeri yang dapat menampung peluang pekerjaan anak2 muda yang ramai sekarang ni. Dengan demikian anak2 muda tak perlu lagi berhijrah keluar, ke Selangor khususnya. Lebarkan peluang pekerjaan di negeri sendiri supaya anak muda tak perlu berhijrah ke negeri lain untuk dapat peluang kerja. Kos hidup negeri lain amat tinggi terutama Selangor. Sewa bilik pun dalam lingkungan 600rm untuk satu bilik. Beban tu kepada mereka yang berhijrah. Jadi pilihlah pemimpin yang bijak untuk memimpin negeri. Itu salah satu contoh....

Berbalik kepada sikap orang Melayu ni. Pelik kan...orang melayu sekarang ni. Benda yang tak pernah berlaku zaman aku muda2 dulu, dah pun jadi pada masa ni. Melayu terlibat dengan LGBT. Melayu sertai D4P. Melayu curi tabung masjid. Melayu sambut hari Holoween. Nanti melayu kata Arab pun sambut Holoween hahaha...Melayu sambut Odori. Melayu ramai sokong Liberal. Melayu terlibat rasuah dalam setiap peringkat. Dalam politik. Dalam jabatan2 dan jugak mana2 je ruang yang boleh jana rasuah. Dan macam2 lagi la. Kesian dengan orang Melayu ni. Dah la ekonomi dikuasai kaum lain dalam negara. Kalau bab yang negatif macam semua Melayu juara. Itu belum masuk lagi dalam bab terlibat dadah, haruan makan anak, sumbang mahram dan lain2. Pening memikirkan hal berkaitan Melayu yang serba tak menjadi ni.. Ini lah yang dikatakan CINTA DUNIA kut. Percaya la dalam 30 tau 40 tahun lagi Melayu tak akan punya apa2 dalam negara kita ni kalau masih bersikap seperti yang disebutkan kat atas tu. Separuh tanah di Semenanjung ni telah dikuasai oleh kaum Cina. Kalau payah sangat orang melayu nak faham, bayangkan kat Singapur* sekarang ni...Melayu kat mana...?. Anak cucu kita nanti  tak akan lagi punyai tanah kat semenanjung ni...Melayu...tukarlah semua sikap2 buruk tuuu...Kalau kita panjang umor, tengok je la...kemusnahan yang bangsa kita cipta sendiri...

Sekarang ni kes KOBIT 19 masih tinggi. Lebih 2K kes sehari. Aku tengok ramai dah yang tak pakai mask. Aku tetap pakai walau di mana termasuklah di masjid. Aku taknak dijangkiti penyakit tu. Kobit ada varian baru sekarang ni, yang tak kurang ganasnya. Jaga2 la, jangan tinggalkan mask tu...Rasanya eloklah kita semua usaha untuk elakkan wabak tu serta doa dan tawakkal...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni. Jangan lupa hari2 dan setiap ketika kita doa supaya kita dihindarkan drpd azab kubur, azab mahsyar dan azab neraka...Jangan lupa tu..


Sekian...

daud.m.zakaria



No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...