Tuesday, February 4, 2025

RUPANYA RAMAI SEDARA KAT KAMPUNG NI...

Diari DAUD - Aku bersara pada tahun 2019 iaitu setahun lebih awal atas pilihan sendiri. Aku dah rasa letih, jadi mohon bersara je la kan. Masa aku masih keje memang aku takde masa nak fikirkan hal SEDARA mara dan sebagainya. Lagipun bila aku dah keluar Perak sejak tahun 1983, jarang aku balik. Kalau balik  pun masa HARI RAYA je. Amat jarang sangat balik, tak de masa la fikir hal SEDARA mara ni. Itu pandangan aku masa muda la...Da tua ni lain la...

Jadi bila aku dah pencen tahun 2019 dan pindah ke kampung pada tahun 2022 lebih kurang, baru la aku amik tau sangat berkaitan keluarga dan sedara mara. Aku cuba kenal seramai mana orang kampung yg aku mampu jumpa. Antaranya dengan cara bergaul la terutama di majlis2 kenduri. Hadir kenduri bukan sebab nak makan sangat pun tapi nak jumpa sedara mara dan kenalan kat kampung ni je. Da tua2 ni mana boleh nak makan banyak2 pun.

antara kenduri yang aku baru2 pi...

Bila dah agak lama duk di kampung ni, baru la aku tau ada orang yang tau banyak salasilah keturunan aku kat kampung ni. Melalui dia la aku dikenalkan dengan sipolan yang mahir berkaitan salasilah keluarga ni. Sipolan tu ialah ENCIK ASRI ( menantu MAT KEDA ). Orang kat kat kampung amat kenal dengan Mat Keda tu. Bilal Masjid Layang tu yang kenalkan aku iaitu MEOR AKRAM ke atau IKRAM...lupa pulak dah. Aku sering berhubung melalui online je dengan ENCIK ASRI ni. Sebab nak tau keturunan aku sebelah emak aku. Nak jumpa jugak dia ni secara face to face. Tak tau la boleh jumpa atau tak sebab aku pun dah 65 tahun, macam dah nak pindah alam je...hahaha...Daripada dia ni la aku dapat banyak maklumat berkaitan keturunan aku terutama daripada sebelah emak. Aku memang tak tau langsung pun keturunan emak aku kat kampung ni. Keturunan bapak aku memang banyak la maklumat yang aku ada. Tak banyak sangat la tapi ada la jugak. Lagi pun dulu aku tak kisah pun tentang keturunan ni,  bukan ada faedah pun. Itu pandangan aku masa dulu la. Tapi la  ni memang aku cuba jugak dapatkan hal berkaitan keturunan ni. Terutamanya keturunan emak aku la.

Asal keturunan UDA SEKAK

Rupanya emak aku ni ramai sedara mara kat kampung ni. Memang dia berasal dari daerah ni pun. Jadi aku nak cerita la rumpun dari jalur keturunan emak aku ni. Aku nak amik la daripada peringkat Moyang aku UDA SEKAK. UDA SEKAK ni ada dua orang isteri iaitu NGAH TIMAH BINTI KANDA RASUL dan ANDAK PEKAN BINTI SHAMSUDIN.

Dengan NGAH TIMAH ni lahirlah anak bernama LONG ANDAK, ALANG, TEH, ANDAK SAFIAH, PANJANG HUSIN, KULOB OMAR dan MOHAMAD ALI. Daripada isterinya ANDAK PEKAN BINTI SHAMSUDIN lahirlah RAEMAH. Daripada UDA SEKAK tu opah aku lahir iaitu LONG ANDAK. LONG ANDAK tu opah aku la. Sebenarnya dari sejak kecik aku tak pernah jumpa pun opah dan atok aku sebelah emak dan dari sebelah bapak aku pun. Aku lahir memang dia orang semua dah meninggal pun. Aku memang tak pernah pun rasa ada opah dan atok pun. Daripada LONG ANDAK ni lahirlah emak aku RAMLAH BIN PANJANG SHARIF dan UCU PIAN. Ucu Pian tu adik emak aku. Tapi dalam carta ada sorang lagi. Adik aku, Limah, kata emak aku pernah cerita adik beradiknya ada 8 orang tapi meninggal masa kecik. Yang Masih hidup sampai tua dan beranak pinak ialah emak aku dan UCU PIAN je. Aku tak tau pun cerita tu. Mungkin aku tak amik tau kut masa tu. Anak lelaki memang macam tu kut, tak suka amik tau cite orang...hahaha...Aku lahir daripada emak aku la, Ramlah binti Panjang Sharif.

Daripada anak UDA SEKAK iaitu ALANG lahirlah Shaharuddin, Harun dan Azlan. Daripada Harun lahirlah Mat Puteh dan adik beradik dia. Tu sebab aku ada pertalian dengan Mat Putih iaitu adik beradik semoyang.

Daripada ANDAK SAFIAH BINTI UDA SEKAK lahirlah AMANAH, HJ GHAZALI, KHATIJAH, PUTEH ROBEAH, HJH SARAH, LAHADI dan ABDUL RAHIM. HJ GHAZALI tu bekas IMAM BESAR MASJID NEGARA dan bekas MUFTI PERAK. Boleh google untuk dapatkan maklumat berkaitan DATO; GHAZALI ni. Google kata dia lahir di Padang Tenggala. Dia telah jadi almarhum tahun 1980 an. Anak dia ialah THURAIYEEN NADRAH, DR LO'LO' dan beberapa orang lagi.  DR LO'LO' korang boleh google je. Google akan ceritakan semuanya. Dia telah jadi almarhumah. Google kata dia ni orang politik. Popular juga dia ni. Dia bekas pelajar Perubatan fakulti Perubatan UKM.

PUAN THURAIYEEN NADRAH ni pula bekas pesara UKM. Macam aku la dah bersara. Dia bersara lebih awal daripada aku sebab dia lebih senior. Dia ni pegawai A UKM di PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG UKM. Jawatan dia PUSTAKAWAN rasanya. Orang lama juga dalam UKM ni. Aku kenal dia sebab dia pegawai PUSTAKAWAN. Dia tentu tak kenal aku pun. Aku kenal dia sebab unit video aku sering buat rakaman video seluruh UKM termasuk kalau ada rakaman di PTSL tu. Jadi kami memang kenal la semua pegawai2 yang kami temui di seluruh UKM tu. Sekarang ni baru aku tau dia ada pertalian keturunan dengan aku...hahaha...kecik dunia ni kan.

Daripada anak UDA SEKAK iaitu MOHAMAD ALI  lahirlah beberapa orang anak diantaranya ialah KHOMISUN atau CUN. CUN ni sebaya aku Dan pernah sekolah rendah di Sekolah Layang2 Kanan dulu tu. Senyap orangnya, macam aku la....hahaha...Tapi da tua2 ni tentu tak senyap lagi kut...hahaha...Kenal sangat juga suaminya IBRAHIM ENDOT tu....

Daripada isteri kedua UDA SEKAK lahirlah RAEMAH. Sorang je anak daripada isteri kedua ni. Daripada RAEMAH ni lahirlah ZABEDAH. IMAM BAHARIN tu  berasal daripada jalur ini la. Jadi aku ni ada jugak la kaitan keturunan dengan IMAM BAHARIN ni. Pertalian sedara sebelah emak aku la. Sebelah bapak aku tak tau la.

INI KELUARGA UDA SEKAK dengan isteri pertama dia.

OK SEKARANG aku nak cerita pulak keturunan emak aku yang sebelah atas2 pulak. Nama emak aku RAMILAH BINTI PANJANG SHARIF. Jadi aku amik keturunan sebelah emak aku. OK, RAMLAH binti LONG ANDAK binti TIMAH binti HAJAH MARIAH binti ANDAK MANDIK binti DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang atas sekali. Paling atas tentu la NABI ADAM...hahaha..oopst!


DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu ada 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDIK. AKU ni dari jurai ANDAK MANDIK la.

ANDAK MANDIK ni ada 4 orang anak iaitu HAJJAH SAFIAH, HAJJAH MARIAH, HAJJAH ZAINAB dan UDA CAHAYA. Daripada HAJJAH MARIAH ni lahirlah HAJJAH TIJAH, TEH DENAH, TIMAH, MAT KOHOR, HJ ABDULLAH, HJ ABDUL RAHMAN, CU MAHYAM dan KULUB.

Daripada TIMAH ni lahirlah opah aku LONG ANDAK. Daripada opah aku LONG ANDAK ni lahirlah emak aku, RAMLAH BINTI PANJANG SHARIF dan UCU PIAN aku tu.

Apa kesannya kepada aku bila aku dah tau salasilah EMAK aku tu. Aku rasa lebih aman dan tak lagi tertanya tanya...emak aku ni asal keturunan mana....ufo ka...hahaha...opst! Sekarang ni aku masih tertanya tanya pulak keturunan DATUK aku PANJANG SHARIF tu. Aku tau dia ni orang PADANG TENGGALA. Tu je yang aku tau. Kalau ada sesapa yang tau tolong la beritau aku. Nak tau jugak ni....

Rasanya tu je yang aku nak tulis...dah takde modal lagi dah. Moga infor ini akan berguna untuk anak cucu aku pulak ye....

Akhir sekali aku nak ucapkan bukan ribuan tapi JUTAAN terima kasih kepada ENCIK ASRI iaitu menantu MAT KEDA yang memberikan salasilah keturunan ni. Banyak yang dia beritau aku. Moga dia dirahmati, diredhai dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat.....aaminnnnn...

daud.m.zakaria

No comments:

Post a Comment

SALASILAH MEGAT TERMIZI dan AKU melalui Rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis pulak kaitan aku dan MIZI@Megat Termizi Megat Adnan melalui salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAID...