Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis pulak kaitan aku dan MIZI@Megat Termizi Megat Adnan melalui salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Rumpun ALANG SAIDIN ni rumpun emak aku la. Da tentu la rumpun ni bermula daripada DPR ALANG SAIDIN kan. Keluarga MEGAT NIZAR@Ze pun bermula daripada LONG CAHAYA.
Aku cite dulu berkaitan keluarga MIZI@MEGAT TERMIZI ni. Keluarga Mizi ni bermula dari anak ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA. LONG CAHAYA ni bersuamikan HJ ABDUL JAMAL@ MA FA KOK, pedagang asal Negara China. Anak LONG CAHAYA yang bernama ALANG KIDOM ni la menjurus kepada keluarga MIZI. Salasilah keluarga MEGAT NIZAR@Ze MEGAT YAHYA pula bermula daripada adik beradik ALANG KIDOM iaitu Alang Johan. Adik beradik satu emak dan satu bapak la. Oleh kerana bapa dorang asal CHINA tentu mereka punyai genetik macam Cina kan. Sekurang-kurangnya mata mereka agak sepet kan...hahaha...
ALANG KIDOM ni mempunyai beberapa orang anak. Anaknya bernama ITAM RASIAH ni telah berkahwin dengan BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR. Bilal Tasir ni atuk aku jugak ni.
 |
Anak ITAM RASIAH bernama TAK sebenarnya TIADA. Nama anak yang tertinggal dan tiada dalam rajah ialah MUHAMMAD MAHIDDIN. |
ITAM RASIAH ni isteri pertama BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR. Isteri kedua dia ialah Andak Maimunah yang melahirkan bapak aku Montak Zakaria bin Bilal Tasir. Berbalik kepada cite asal, daripada anak ITAM RASIAH yang bernama YOP MAT AKAS tu lahirlah beberapa orang nak anataranya ialah BEE SABARIAH. Semak rajah kat bawah.
YOP MAT AKAS ni merupakan anak sulung kepada BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR bersama isterinya ITAM RASIAH. YOP MAT AKAS ni mempunyai isteri. Masa aku kecik dulu, aku panggil nama isterinya WAN PUTEH MINE. Sila sebut MINE tu dengan loghat Paghit yek. Itu panggilan aku dulu. Nama yang betul2 nya aku tak tau. MIZI mungkin boleh jelaskan kut. Bapak aku dengan YOP MAT AKAS ni adik beradik satu bapak berlainan emak.
Daripada YOP MAT AKAS ni lahirlah beberapa orang anak. Anaknya yang bernama BEE SABARIAH atau dalam rajah tu ditulis sebagai BIBI telah melahirkan MEGAT TERMIZI@MIZI dengan adik beradik dia. Adik beradik MIZI ni ialah MUSTAFA, KHALIJAH dan MAIMUNAH. Nama ayah dia orang ialah MEGAT ADNAN.
Jadi dimana kaitan AKU dengan MEGAT TERMIZI BIN ADNAN@MIZI melalui EMAK aku ni. Melalui rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni. Sila lihat lihat rajah di bawah untuk lebih jelas dan terang bersilau...hahaha...
Kaitan atau puncanya ialah diantara LONG CAHAYA dan ANDAK MANDEK. Keluarga MIZI berasal dari LONG CAHAYA dan keluarga aku daripada ANDAK MANDEK. Mereka berdua ialah adik beradik berbapakan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN iaitu dimana keluarga EMAK aku bermula.
Kaitan dengan bapak aku pulak ialah ATUK MIZI iaitu YOP MAT AKAS BIN BILAL TASIR tu ialah adik beradik sebapak tapi berlainan emak dengan ayah aku MONTAK ZAKARIA BIN BILAL TASIR. Rasanya rajah kat atas tu dah tunjukkan dengan jelas lagi berkilau kan...hahaha..
Rasanya itu je yang aku nak tulis..
*Terima kasih banyak2 sangat kepada ENCIK ASRI yang memberikan maklumat salasilah DPR ALANG SAIDIN.
*Terima kasih juga kepada MIZI atas maklumat nama sebenar emaknya tu.
~ Sekian ~
daud m zakaria
No comments:
Post a Comment