Saturday, July 26, 2025

HUBUNGAN SALASILAH AZLAN CIKGU SEHAK dgn AKU

 


Video Majlis Perkahwinan Anak Azlan Cikgu Sehak

Diari DAUD - Semalam, aku pi hadir kenduri anak MEOR AZLAN MEOR ISHAK@Cikgu Sehak di Dewan Serbaguna Layang-Layang Kanan, Parit, Perak. Aku pi dengan isteri aku dan kakak ipor aku la. Aku memang ada niat nak rakam video sedikit berkaitan majlis tu. Maklum la aku ni menyibuk bila orang ajak kenduri kawen, mesti aku rakam sikit video untuk kenangan untuk sapa2 je yang nak jadikan video tu sebagai kenangan. Aku jadikan aktiviti aku tu sebagai khidmat masyarakat je. Aku rakam dan edit serta terus upload ke channel youtube aku. Harap jangan la tuan kenduri rasa marah pulak. Hanya untuk kenangan je pun...

Ramai jugak kenalan kampung aku yang aku jumpa kat situ. Ude, Zaini, adik uda yang sekali sekala balik kampung tu, Tok Sidang Duan, Haji Amran, geng yang aku selalu jumpa kat masjid waktu siang tu...hahaha..[ malam2 seram nak kuar rumah....], Latit, Na...Na ni mungkin terlibat dalam gotong royong memasak kut.. dan beberapa orang lagi yang aku kenal namun mungkin tak tau nama...hahaha...Masa kat kampung ni baru la aku rajin nak pi kenduri kendara jika dijemput. Masa sebelum berada di kampung memang aku takkan pi kenduri kendara ni. Terutama masa aku masih belum bersara. Masa tu aku memang nak rehat je bila ada cuti...sebab...letih masa bekerja. Bila dah pindah ke kampung ni, aku merasakan aku mesti campur masyarakat kampung mana2 yang perlu aku 'involve' atau turut serta dengan mereka. Kalau aku tak pandai buat keje sekurang kurangnya aku rakam video aktiviti mereka dan upload ke youtube untuk tontonan. Tak gitu....

Masa majlis kenduri ni, aku terfikir untuk cari salasilah CIKGU SEHAK ni dalam RUMPUN DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni. Bila aku semak tak banyak pun nama MEOR ISHAK yang timbul. Ada beberapa tempat je iaitu dia sebagai suami kepada keturunan DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN iaitu SABATIAH. Oleh itu aku akan turunkan salasilah tu di bawah ni...


MEOR AZLAN ni berasal dari rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN melalui jalur LONG CAHAYA. DPR ALANG SAIDIN ni punya 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDEK.
LONG CAHAYA ni merupakan jalur keturunan MEOR AZLAN MEOR ISHAK. Dia mempunyai beberapa orang anak iaitu NGAH SINUN, ALANG KIDOM, ALANG JOHAN, ITAM MARUM, TEH UDANG dan HAJJAH JALEHA.


Anak-anak LONG CAHAYA

Dari anak LONG CAHAYA yang bernama HAJJAH JALEHA inilah yang melahirkan keluarga MEOR AZLAN. Keluarga MAT SAJA juga lahir daripada HAJJAH JALEHA. Jalur keluarga MEOR AZLAN bermula daripada anak HAJJAH JALEHA yang bernama TEH MUNAH. Manakala jalur keluarga MAT SAJA daripada anak HAJJAH JALEHA yang bernama HAJI OTHMAN. MEOR AZLAN dan MAT SAJA ni mempunyai jalur yang sama iaitu berpunca daripada HAJJAH JALEHA.
Selain dari itu keluarga MEGAT TERMIZI MGT ADNAN dan MEGAT NIZAR MGT YAHYA juga berasal dari jalur LONG CAHAYA.

Anak-anak Hajjah Jaleha

Seperti rajah kat atas tu HAJJAH JALEHA mempunyai beberapa orang anak iaitu HJ ABD RAUF, HAJJAH NGAH SIBAH, HJ ABDULLAH, TEH MUNAH, HJ MOHD ALI dan HJ OTHMAN.

Anak anak TEH MUNAH.

TEH MUNAH mempunyai beberapa orang anak iaitu MAT ENDAH, MAT WIN, HJ MOHD ABDUL RAFFAR, ABD GHANI, RAMLAH dan SARAH. Dari anaknya yang bernama MAT ENDAH ni la yang menjurus kepada keluarga MEOR AZLAN MEOR ISHAK ni. MAT ENDAH ni DATUK kepada MEOR AZLAN. TEH MUNAH tu MOYANG kepada MEOR AZLAN.
Sebagai makluman, anak TEH MUNAH iaitu MAT WIN melahirkan keluarga DARUL SHAM@MAH WI. MAT WIN tu DATUK kepada ASMAH WI. Oleh itu MEOR AZLAN dan MAH WI adalah adik beradik atau sedara SEMOYANG.

Anak-anak MAT ENDAH

MAT ENDAH mempunyai beberapa orang anak iaitu LONG ZABEDAH, MAT IBRAHIM, ZAINAB, NORIAH, HABSAH, MIZAN dan SABATIAH. Daripada anaknya yang bernama SABATIAH ni lahirlah keluarga MEOR AZLAN MEOR ISHAK. Rajah di bawah jugak perlu dirujuk.

Sabatihah dan anak-anak.
Nama-anak SABATIHAH semuanya. Aku pernah rapat dengan anaknya yang bernama MEOR MUHAMMAD AZAM tu suatu ketika dulu. Walaupun almarhum muda beberapa tahun daripada aku. Aku rapat dengan dia masa aku mengaji di Politeknik Ungku Omar dulu. Aku terputus hubungan setelah aku pindah ke BANGI, SELANGOR tahun 1983 kerana bekerja di UKM. Tak berapa lama lepas tu aku dapat kabar dia telah meninggal dunia. IDRIS UDA SAIDI yang menyampaikan berita tersebut kat aku. Masa tu mana ada handphone pun. Tak tau aku dapat berita tu melalui media apa...mungkin surat kut...gamaknya...Almarhum MEOR MUHAMMAD AZAM masa tu rapat dengan Deris Uda Saidi. Selalu aku lepak dengan dorang di KG SUNGAI TAPAH TAMBAHAN kat Ipoh tu. Kenangan jugak tu...

Apa pula kaitan keluarga MEOR AZLAN dan keluarga AKU pulak...
Rujuk je rajah di bawah nu...


Rasanya rajah kat atas tu da jelas menunjukkan kaitan aku dengan MEOR AZLAN MEOR ISHAK dari rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN...
Semua infor berkaitan salasilah ni aku dapat daripada ENCIK ASRI OTHMAN. Kalau korang nak tau berkaitan salasilah rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN boleh la hubungi dia. Beliau merupakan menantu ALMARHUM MAT SUKI@MAT KEDA. Untuk ENCIK ASRI...terima kasih banyak2 sangat diatas semua informasi yang diberikan kepada saya tu...

Rasanya tu je yang aku nak tulis.....

~ Sekian

daudmzakaria



No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN SALASILAH AZLAN CIKGU SEHAK dgn AKU

  Video Majlis Perkahwinan Anak Azlan Cikgu Sehak Diari DAUD - Semalam, aku pi hadir kenduri anak MEOR AZLAN MEOR ISHAK@Cikgu Sehak di Dewan...