Friday, July 4, 2025

Ramai gak keturunan ANDAK MANDEK ni...

Diari DAUD: 



Aku terdetik untuk menulis hari ni berkaitan komen ENCIK ASRI di channel UTUBE aku. Aku biasa la, akan buka utube aku untuk tonton dan upload video yang aku sunting tu. Ternampak pulak satu komen kat salah satu video aku tu. Bila aku amat amati, ianya komen ENCIK ASRI. Dengan yang demikian aku mulalah untuk semak salasilah ANDAK MANDEK tu...
Apa yang aku jumpa kalian boleh la sambung baca kat bawah tu...ENCIK ASRI dan ZAINI tu memang la dari keturunan ANDAK MANDEK. Aku gak begitu, dari jalur yang sama. EMAK aku dari jalur ANDAK MANDEK ni. Untuk mudah faham aku amik dari punca yang satu iaitu DATO' PADUKA ALANG SAIDIN


DATO' PADUKA ALANG SAIDIN ni punyai 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDEK. ENCIK ASRI dan ZAINI ni berpunca dari jalur ANDAK MANDEK. Kalau disemak jauh lagi mungkin mereka ni ada kaitan jugak dengan jalur LONG CAHAYA dan DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN. Gamak nye le...aku teka2 je...Bagaimana pun tulisan aku ni hanya fokus pada jalur ANDAK MANDEK sa...ha...ja.

Daripada ANDAK MANDEK ni lahirlah beberapa orang anak iaitu HAJAH SOFIAH, HAJAH MARIAH, HAJAH ZAINAB dan UDA CAHAYA. EN ASRI dan ZAINI ni bermula daripada anak ANDAK MANDEK iaitu HAJAH SOFIAH. Daripada HAJAH SOFIAH ni lahir beberapa orang anak. Salah sorang yang bernama TAEFAH BT NGAH KADIN, melahirkan keturnan ENCIK ASRI dan ZAINI. Sila rujuk RAJAH DI BAWAH tu...


Daripada anak TAEFAH iaitu MAT NAZAM BIN HJ SALLEH lahirlah keluarga ENCIK ASRI. Daripada anak TAEFAH iaitu YOP MAKLOM BIN HJ SALLEH lahirlah keluarga ZAINI. Ini bermakna TAEFAH BT NGAH KADIN tu MOYANG kepada ENCIK ASRI dan ZAINI tu...Rujuk la RAJAH di bawah tu untuk lebih jelas...


Daripada MAT NAZAM BIN HAJI SALLEH ni lahirlah keluarga ENCIK ASRI. Kedua ibu bapa ENCIK ASRI ialah SABARIAH BINTI MAT NAZAM dan OTHMAN BIN ABDULLAH.  Sila rujuk RAJAH kat atas tu...


Daripada YOP MAALOM BIN HAJI SALLEH ni lahirlah keluarga ZAINI. Kedua ibu bapa ZAINI ialah ABU MANSOR BIN YOP MAALOM dan NEK BINTI PANDAK AHMAD. Sila rujuk rajah kat atas tu...

Sekali lagi dijelaskan ENCIK ASRI dan ZAINI mempunyai MOYANG yang sama iaitu TAEFAH BINTI NGAH KADIN..

APA KAITAN PULAK DENGAN AKU...

Sebelum tu sila rujuk RAJAH kat bawah ni dulu...



Bila da rujuk RAJAH di atas tentu jadi lebih mudah kan. ENCIK ASRI, ZAINI dan AKU ni berasal daripada jalur yang sama iaitu ANDAK MANDEK anak kepada DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Mereka bermula daripada anak ANDAK MANDEK yang bernama HJH SOFIAH. Aku pula bermula dari anak ANDAK MANDEK yang bernama HJH MARIAH. Jadi tak payah la aku nak hurai panjang2 lebor2 sebab aku tau tu je...tak lebih pun...kalau nak tau lebih2 sila hubungi ENCIK ASLI sendiri ye...hahaha....

Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada ENCIK ASRI yang memberi maklumat berkaitan DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu. Sekurang kurangnya dapat la aku tahu asal usul EMAK aku tu...terima kasih.

Rasanya tu je yang aku nak tulis...

SEKIAN...

* Kalau infor kat atas tu salah dan ada silapnya...mintak maap banyak2....


#andakmandek
#dato'padukaalangsaidin


daudmzakaria



No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN NAZRI@E Kedai Runcit LAYANG2 dengan AKU...

  Keluarga AHMAD NAZRI@E Diari DAUD : Hari ni aku nak update blog aku ni berkaitan keluarga NAZRI@E yang merupakan peniaga runcit di Pekan L...