Thursday, March 13, 2025

KAITAN SALASILAH AKU DAN LEMAN MAT NUR

Diari DAUD : Hari ni aku nak tulis pulak berkaitan salasilah keluarga aku dengan keluarga LEMAN MAT NUR. Salasilah keluarga LEMAN MAT NUR sama dengan salasilah keluarga ZE iaitu bermula dari TEH MUJI anak ALANG JOHAN. ALANG JOHAN tu anak LONG CAHAYA dan cucu kepada DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Bagi memudahkan cite aku turunkan rajah rajah di bawah ni. Korang semak la sendiri...


Keluarga LEMAN dan ZE bermula dari anak DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA. Kalau ikutkan rajah, LONG CAHAYA ni anak sulung DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN la. Anak-anak ALANG SAIDIN yang lain ialah DATUK PADUKA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDEK. LONG CAHAYA dan ANDAK MANDEK tu anak perempuan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Lihat rajah di atas tu.


LONG CAHAYA mempunyai beberapa orang anak dan keluarga LEMAN dan ZE bermula dari anak LONG CAHAYA yang bernama ALANG JOHAN. Rujuk rajah di atas tu.


ALANG JOHAN pulak mempunyai beberapa orang anak dan daripada anaknya yang bernama TEH MUJI ni la wujud keluarga LEMAN dan keluarga ZE. Maknanya keluarga LEMAN dan keluarga ZE berasal daripada TEH MUJI. Rujuk rajah di atas dan di bawah tu.

Daripada anak TEH MUJI yang bernama UDA MAT IDRIS ni la lahirnya keluarga LEMAN.

Daripada anak TEH MUJI bernama HJ AHMAD@ABD KARIM tu wujudlah pula keluarga ZE.


Rajah di atas memperlihatkan ayah LEMAN iaitu MAT NUR dan emak ZE iaitu SABARIAH, adalah sepupu. TEH MUJI tu opah kepada emak ZE dan ayah LEMAN. Biasanya sepupu ni orang panggil adik beradik satu opah atau seopah...hahaha. Tak gitu. Jadi ayah LEMAN dan mak ZE tu macam tu la kedudukannya.

Dari anak TEH MUJI yang bernama UDA MAT IDRIS ni wujudlah keluaga LEMAN. UDA MAT IDRIS ni atuk kepada LEMAN la..Rujuk kepada rajah di atas tu. TEH MUJI tu moyang LEMAN dan ZE la kan....

keluarga LEMAN MAT NUR

Dimana pulak kaitan keluarga aku dengan LEMAN MAT NUR ni. Kaitannya adalah di peringkat yang lebih atas lagi la iaitu dari anak DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang bernama LONG CAHAYA dan ANDAK MANDEK. LONG CAHAYA dan ANDAK MANDEK tu adik beradik. Dari LONG CAHAYA tu bermulanya keluarga LEMAN dan dari ANDAK MANDEK tu bermulanya keluarga aku. Keluarga aku sebelah emak aku la. Punca utamanya dari DATUK PADUKA RAJA LANG SAIDIN. Emak aku yang bermula dari keluarga ni. Lihat rajah yang di bawah untuk gambaran yang lebih jelas dan lebih mudah difahami.


Jelas kan dari rajah yang kat atas tu. Lebih mudah difahami. Macam aku pernah tulis sebelum ni, kami sedara bau macam-macam bukan sedara bau bacang. Sedara bau bacang tu taklah jauh sangat kut. Kami ni macam sedara yang dah sayup2 je...hahahaha...
Semua maklumat salasilah ni aku peroleh dari ENCIK ASRI iaitu menantu almarhum MAT KEDA. Jutaan terima kasih kepada ENCIK ASRI...

Rasanya tu je yang aku nak tulis...

~ sekian ~

daud m zakaria



No comments:

Post a Comment

SALASILAH MEGAT TERMIZI dan AKU melalui Rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis pulak kaitan aku dan MIZI@Megat Termizi Megat Adnan melalui salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAID...