Friday, April 18, 2025

DAPAT WASSAP dari Megat Termizi

MEGAT TERMIZI dan WAZIR

Diari DAUD : Semalam, Jumaat, 18 April 2025 aku terima wassap dari Megat Termizi Adnan. Tak banyak pun yang dia tulis. Dia cuma beritau dia berada di BUKIT MERTAJAM Pulau Pinang. Jadi hari ni aku cuma buat coretan pendek je la. Dia kata ada urusan di sana.

Mungkin dalam menguruskan urusan di sana dia ambil peluang melawat sedara yang dah tinggal di Bukit Mertajam tu. Itu aku agak je pun. Dah lepas ke sana tentu la ambil peluang jumpa sedara kan. Logik la tu. Melalui sembang sembang itu hari pun Mizi kata dia memang pernah jumpa Wazir ni dan Wazir tu pernah bermalam di rumah Mizi di Ipoh tu. Jadi, aku rasa dia orang ni tentu la agak rapat juga kan.

MIZI dan WAZIR

Melalui sembang sembang dengan MIZI dan anak WAN MA di Layang Kiri itu hari, dengar citenya WAZIR ni bukak kedai makan di Bukit Mertajam tu. Jadi kalau ada sedara mara yang pi ke Bukit Mertajam tu, singgah la kedai makan sedara kita tu kan. Nak dapatkan lokasinya, tanya la MIZI tu. Dah namanya sedara tentu la ingin berkenal kenal dan tanya kabar kan. Jadi sapa2 yang terlepas ke sana tu cuba la cari2 sedara2 kita kat sana tu. Sambung la silatur rahim antada sedara mara kan.

Kedai makan WAZIR.

Ok la...sekarang ni aku nak citekan tentang WAZIR ni. Aku cite tentang salasilah je pun dan tak lebih daripada tu. WAZIR ni anak WAN MA dan PANDAK ABDULLAH SANI. PANDAK ABDULLAH SANI ni anak ITAM RASIAH dan BILAL TASIR. ITAM RASIAH tu dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Untuk mudahkan faham aku turunkan rajah di bawah ni.

DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN - LONG CAHAYA - ALANG KIDOM - ITAM RASIAH - PANDAK ABDULLAH SANI - WAZIR.

bawah ni kaitan dengan MIZI pulak.

DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN - LONG CAHAYA - ALANG KIDOM - ITAM RASIAH - YOP MAT AKAS - BEE SABARIAH - MIZI

YOP MAT AKAS dan PANDAK ABDULLAH SANI tu adik beradik. YOP MAT AKAS tu anak yang sulung kepada ITAM RASIAH dan BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR.

Kaitan dengan aku pulak ialah YOP MAT AKAS dan PANDAK ABDULLAH SANI tu adik beradik bapak aku satu bapak lain emak. ITAM RASIAH tu emak tiri bapak aku.
Kalau melalui salasilah emak AKU...aku ni dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN daripada anaknya ANDAK MANDEK. Untuk mudahkan cerita lihat di bawah...

DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN - ANDAK MANDEK - HAJJAH MARIAH - TIMAH - LONG ANDAK - RAMLAH - AKU. 
LANG CAHAYA dan ANDAK MANDEK tu adik beradik.

Ok la berbalik kepada cerita asal...WAZIR ni anak WAN MA dan AYAH PANDAK. Jadi kalau sapa2 sedara yang terlepas ke BUKIT MERTAJAM tu mungkin boleh cari si WAZIR ni...Ada sapa2 tak yang telah jumpa WAZIR ni selain daripada MEGAT TERMIZI ADNAN tu...komen la sikit di bawah tu...Aku memang tak pernah jumpa la sejak dari kecik. Yang aku ingat anak AYAH PANDAK tu ialah LAN dan HENDON je. HENDON baru je ke Rahmatullah..LAN pulak dengar cite berada di JOHOR menurut kata anak WAN MA yang kami ziarah itu hari....
Di bawah ni link cite aku dan MIZI ziarah anak WAN MA di seberang sungai Perak tu..
Klik DI SINI   

Rasanya tu je yang aku nak catat hari ni ... sekian..

daud.m.zakaria



No comments:

Post a Comment

CATATAN TERKINI...coretan

  Diari DAUD - Hari ni aku nak buat beberapa catatan yang masih belum aku kongsikan di sini. Lepas Ramadhan dan Syawal ni aku dah mula buat ...