Diari DAUD : Hari ni, 26 Jan. 2025. Semalam 25 Januari 2025, aku pi hadir jemputan majlis kenduri kawin anak rakan aku di Bota Kiri. Rakan aku tu namanya ABU BAKAR...sekarang ni rasanya dah Haji kut. Dia ni kawan sekolah aku masa kami sama2 di Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakob, SMDARY. Kami sama sama dalam REMOVE CLASS tahun 1973, kalau tak silap la...rasanya macam tak silap. Tahun 1978 kami sama2 duduki peperiksaan MCE.
sempat aku rakam video rumah HJ ABU BAKAR tu...Aku terima jemputan kawin tu daripada rakan aku yang lain, yang sama remove class dulu tu, Shuhaimi Tahir. Dia call aku kata Abu Bakar jemput aku kenduri kawen anaknya tu. Lepas tu aku call la Abu Bakar ni. Sembang la sikit dengan dia tu. Aku hadir sensorang je di kenduri tu sebab isteri aku tak dijemput. Kalau dia suh bawa isteri, baru boleh bawa isteri. Kalau tak dijemput memang aku takkan bawa isteri sebab haram hukumnya bila kita makan kenduri tanpa dijemput. Sebenarnya aku tak punya banyak ingatan pun berkaitan kawan aku si Abu Bakar ni. Aku cuma ingat berada sama2 dalam remove class tu. Takde pun momen2 yg istimewa pun dengan dia ni. Momen istimewa untuk ingatan dengan dia ni memang takde dalam kotak fikiran aku ni. Yang aku pasti dia ni memang baik orangnya. Itu memang aku boleh jadi saksinya. Sebab memang takde momen tak baik berkenaan dia ni dalam kepala aku ni. Memang baik la dia ni...
Aku sebenarnya memang ingat sikit2 je masa aku kat menengah rendah di SMDARY tu. Banyak yang aku dah lupa. Cuma sikit saja rakan yg aku ingat. Rakan2 yang ku ingat ialah Leman Mat Nur, Salleh Mat Zain, Abu Bakar, Hasnah Jamaludin, Mariam Alang Muhammad, Shahidan, Abu Haiyan, Nordin, Adnan Hasan, Shakirah dan ada beberapa lagi yang aku dah lupa nama dia orang tu. Si Shuhaimi Tahir ni pun aku dah lupa. Aku ingat balik dia ni, sebab dia datang ke rumah aku lebih kurang sebulan lebih yang lalu. Masa aku mula jumpa dia, aku pun tak kenal. Jenuh juga nak ingat. Lama gak sembang baru boleh kenal balik...hahaha...Macam lawak je kan...Aku tak jumpa si Shuhaimi ni pun sejak lepas MCM 1978. Puluh tahun dah tu...Mungkin kalau aku jumpa rakan2 sekolah aku yang lain tu, aku boleh kenal kut. Kalau jumpa depan2...Kali terakhir kami jumpa ialah pada tahun 2010 masa Reunion di Dewan IKBN dulu tu. Rasanya Shuhaimi ni aku tak jumpa masa tu. Masa tu umur 50 tahun...da tua tu..Masa tu masih belum bersara...Dekat 15 tahun dah tu...Sekarang memang dah lagi tua dah...65 tu bukan satu nombor yang kecik...hahaha..
https://earth.google.com/web/search/bota+kiri/@4.36086994,100.87511952,25.17818628a,271.18674317d,35y,0h,0t,0r/data=CiwiJgokCejhuCdXETZAEebhuCdXETbAGfRB6P5GCkpAITgXuss1JErAQgIIATIpCicKJQohMUZteXpDdkc0c2E3alRWa0hNOUZYYTFJeXVfVlZLZ3Q2IAE6AwoBMEICCABKCAiy4NepBxAB
Masa nak cari rumah Abu Bakar ni, tak sukar sangat pun sebab dia dah beri lokasi kawasan tu. Biasanya kalau ada rumah2 orang kenduri mesti dia orang letakkan bunga manggar tepi jalan kan..Jadi mudah la nak sampai ke situ. Parking kete tepi jalan je sebab nampak macam dah penuh je kat dalam tu. Menapak je la masuk ke dalam tu. Sempat la aku rakam video keliling tu. Sempat juga rakam Sungai Perak kat situ. Macam dah cetek sungai tu. Sebaik sampai terus salam dan kami berpeluk sebab lama tak jumpa. Abu Bakar kata lama betul tak jumpa. Kemudian aku pi makan la. Memang datang kenduri tentu nak makan kan. Agak janggal jugak makan sensorang tanpa bini ni. Lepas ambil makanan terus cari kerusi kosong. Selesai makan aku rakam la sikit suasana kenduri rumah Abu bakar tu. Dapat la aku sunting sikit video tu. Kalian boleh tonton kat atas tu.
Lepas selesai semua aku pun nak gerak balik dah. Aku gerak semasa Abu Bakar tengah ada dalam sesi makan dengan pengantin. tentu la aku tak dapat nak gitau aku nak beredar kan. Masa rakam suasana sebelum aku beredar tiba2 ada yang cuit belakang aku. Ahhh...Adnan Hasan rupanya...dia ni pun rakan masa REMOVE CLASS 1973 juga tu. Sempat la kami sembang sebentar dan selfi sat sebelum aku garak balik. Itu je la cite yang dapat aku catat untuk kenangan aku. Cadang nak pi kenduri kawin rumah jiran aku kat kampung pula tapi...macam dah tak daya dah...letih la...Dah tua2 ni dah tak banyak tenaga dah untuk pi kenduri banyak2...hahaha...Moga jiran tu tak ambil hati la...harap2 la...da tua2 ni malas nak bermasam masam muka terutama dengan jiran2 ni. Susah nak jawab di Mahsyar nanti kalau ditanya berkaitan hubungan dengan jiran2 ni...Oleh itu kita doa2 je benda yang baik2 dengan jiran ni. Jangan ada sengketa dengan jiran2. Doa je yang baik2 untuk mereka...40 buah rumah, kiri, kanan, depan, belakang dan sebagainya tu adalah jiran kita tau...Jenuh menjawab di Mahsyar nanti kalau kita ada apa2 sengketa dengan jiran ni. Perkara yg lumrah dengan jiran ni UMPAT MENGUMPAT la kannn...hahaha..Ooopst!
Rasanya tu je catatan yang aku nak buat...da takde apa2 lagi dah...
~ Sekian ~
daud.m.zakaria