Friday, January 30, 2026

Menyembang jer....


Hari ni KHAMIS, 29 JAN 2026 - Aku takde topik khusus untuk ditulis hari ni. Hari ni aku cuma nak merapu je apa yang terlintas dibenak aku je. Rasanya tak sampai sebulan lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan RAMADHAN. Bagi mereka yang sedar dengan kepentingan bulan berkenaan tentu sekali tertunggu tunggu dengan kedatangan bulan tersebut. Bagi orang yang dah tua macam aku memang la tertunggu bulan Ramadhan sebab dalam usia sebegini merupakan usia yang hujung2 je. Da 66 tahun...memang perlu pahala yang banyak untuk bekal masuk ke Barzah...hahaha...Memang tak lama lagi akan mati. Mati perlukan bekalan pahala yang besar. Untuk menjana pahala yang besar tentu dalam bulan RAMADHAN terutamanya. ALLAH SWT memang sediakan bulan tersebut bulan untuk pulun pahala bagi orang yang tunduk kepada ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat pengasih dan penyayangNya tanpa bertepi. Dia nak manusia atau hambaNya buat banyak pahala. Dengan pahala yang banyak tentu mudah untuk mengelakkan diri kita daripada dimasukkan ke dalam NERAKA. Bukan takat diri kita je tapi kita juga diminta untuk elakkan diri kita dan seluruh keluarga kita daripada api neraka tu. Mampu ke kita tengok isteri kita menjerit dalam api neraka sedangkan kita bergelumang dengan nikmat2 dalam syurga. Binawe la suami yang macam tu...Tu sebab Ramadhan ni semua orang tak boleh tidak mesti hasilkan pahala yang besar. Amalan dalam bulan Ramadhan pahalanya lebih berlipat ganda daripada hari2 dalam bulan selain Ramadhan. Ada mengatakan lebih 700 kali ganda. Yang ni korang kena tanya ustaz la. Satu Malam Lailatul Qadar merupakan BONUS yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk manusia menjana lebih banyak pahala lagi dalam bulan Ramadhan. Cari lah malam tersebut dan kumpulkanlah sebanyak mungkin pahala. Bukan senang nak peroleh pahala seperti beribadat selama lebih 80 tahun untuk satu malam yang disediakan untuk beramal. Kita pun bukanlah semua boleh hidup sampai 80 tahun. Kalau lelaki habis tinggi boleh hidup lebih kurang umur 70-an tahun sahaja. Jadi berusahalah untuk melakukan banyak amal ibadat dalam bulan Ramadhan nanti. Elakkan meninggalkan puasa dan juga elakkan daripada perkara yang membatalkan pahala puasa. Dan perkara yang WAJIB memang tak boleh tinggal la seperti solat...Kena ingat amalan2 lain akan diterima ALLAH SWT kalau solat kita tak tinggal...Tiang agama tu...Tolonglah, jangan tinggal solat setiap hari walau dalam keadaan apa sekalipun. Besar dosa tinggalkan solat ni. Diantara contoh yang banyak menghakis pahala puasa ialah MENGUMPAT. Mengumpat ni memang amat popular dikalangan kita. Mengumpat ni memang satu kerja yang sangat mudah, hanya bermodalkan mulut kita je. Mengumpat ni ibarat api yang membakar kayu. Mengumpat ni akan membakar segala pahala kita. Mengumpat ni bukan ditegah dalam bulan Ramadhan sahaja tapi ditegah sepanjang hayat kita pun. Selagi kita hidup, janganlah mengumpat. Hati2 la. Ingat NGUMPAT ingatlah NERAKA.
Dalam hidup kita sebagai MUSLIM memang kita ditegah melakukan segala perkara mungkar. Banyak sebenarnya perkara mungkar yang ditegah dalam agama ni. Kita sebagai orang yang dah asalnya daripada keturunan orang Islam, memang kebanyakannya sedar apa2 perbuatan mungkar tu. Daripada kecil lagi kita dah diajar kan. 
Hubungan kita sesama manusia pun perlu dijaga. Sebagai manusia, kita memang punyai tanggung jawab dalam hubungan dengan ALLAH SWT dan hubungan sesama manusia. Hubungan dengan ALLAH SWT tentulah melalui amalan2 seperti amalan wajib, sunat, makruh dan yang harus. Perbuatan haram tu bukan amalan yang baik. Itu ialah perbuatan yang mungkar dan dilarang oleh ALLAH SWT. Hubungan dengan ALLAH SWT  amat mudah. Lakukan saja yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Tentu selesai kan. Buatlah apa yang ALLAH SWT suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH SWT larang. Tentulah selesai punya.
Tapi dalam hubungan dengan manusia sesama manusia ni amat payah. Kalau tak hati2 kita akan menyesal di Mahsyar nanti atau masa kita dah mati. Banyak perkara yang kita perlu hati2 dalam hubungan sesama manusia. Hubungan dengan adik beradik, hubungan dengan sedara mara, hubungan dengan jiran dan hubungan dengan manusia yang lain2. Hubungan dengan manusia lain, perlu kepada sikap jujur, amanah dan ikhlas. Contoh hubungan dengan jiran. Jiran ni dikira mereka yang berada disekeliling kita. Dikatakan jiran ni ialah mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah kiri, kanan, depan dan belakang. Ada yang mengatakan riwayat hadis ni ialah DHAIF. Hadis dhaif masih boleh guna kan...yang tak boleh guna hadis PALSU kan..Kalau rumah tinggi mungkin jiran di atas dan di bawah jugak kan. Kita amat ditegah daripada menyakiti jiran. Menyakiti jiran ni macam2. Tak boleh mengumpat dia, memfitnah dia, mencederakan dia, membiarkan dia lapar sedangkan kita kenyang sampai ke tekak, mengganggu harta benda dan famili dia dan sebagainya lagi. Yang tu lu fikir la sendiri. Apa2 yang menyakiti jiran tentu ditegah agama. Dengan adik beradik, sedara mara dan dengan manusia yang jauh dari kita pun macam tu la hukumnya. Perkara yang mungkar, biasa berlaku dalam masyarakat kita termasuklah mencuri, menipu, mengambil harta atau tanah orang lain secara tak sah, makan rasuah, makan riba dan lain2 perkara mungkar. Sama la kita mencaci maki dan memfitnah, mengumpat dalam masyarakat tempat kita tinggal dan dalam media sosial begitu jugak la hukumnya. Melaknat orang lain pun berdosa besar. Kata2 laknat seperti anjing kau, babi kau...dah biasa je dikalangan masyarakat kita. Kita banyak lakukan dosa besar dan ada yang dosa kecil seharian. Sombong dan bongkak sesama manusia pun dosa besar. Zaman teknologi maklumat di hujung hujung jari ni lagi la mudah sangat kita menjana dosa yang tepu. Mengumpat dan memfitnah bukan  hanya di tepi2 tingkap tapi juga menjadi lebih bersifat global sekarang ni. Bukan lemak je tepu tapi dosa pun boleh tepu dan sukar dihakis. Begitu juga dalam perkara jual beli dan perkhidmatan yang tak selesai dengan manusia lain. Kita anggap ringan je. Padahal dosa tu boleh menjerumuskan kita ke jurang neraka selepas diadili di Mahsyar nanti. Sekarang masih hidup, boleh la gelak2 sakan. Di Mahsyar nanti kita tentu akan terkedu dan terkejut giler sebab dosa sebesar zarah pun akan dikira dan tak mustahil kita akan dicampakkan ke api neraka disebabkan timbangan dosa kita seberat zarah je pun, melebihi pahala yang kita milik. Atau kita dimasukkan ke neraka sebab kita menanggung dosa orang lain yang tak mampu nak dibayar dengan pahala kita yang kita milik. Kita dah muflis di Mahsyar nanti. Hati2 tu...jangan seronok sangat duk kenakan orang lain di atas muka bumi ni... Dosa kita kepada manusia lain jika sipolan tu tak maafkan kita, sampai Mahsyar la kita akan tanggung. Maafkan dosa orang lain bukan wajib pun hukumnya tau. Kalau dia tak maafkan kita, kita akan bawalah dosa tu ke sana yakni ke akhirat dan ditimbang di Mahsyar nanti. Aku sering perhatikan bila mayat nak diusung ke kubur ada permintaan supaya dimaafkan kesalahan beliau. Mungkin ada dikalangan yang hadir tak nak maafkan pun. Mungkin dia nak tunggu selesai di Mahsyar. Maafkan dosa orang lain bukan WAJIB pun. 
Hakikat neraka ni kalau kita baca banyak tentu kita akan faham. Tu sebab IKRAQ tu maha penting. Dari situ kita peroleh ilmu dan seterusnya kita peroleh IMAN. Kalau IKRAQ tak ada, ilmu takde dan iman pun takde. Kalau kita tak baca dan yang pi baca tu guru agama, kita akan dapat jugak bila guru agama tu syarahkan kepada kita. Neraka tu panas sangat2 beb. Kat atas bumi ni yang paling panas tu LAHAR GUNUNG BERAPI kalau tak silap..lebih kurang SERIBU darjah Celcius. Neraka lebih panas lagi kan. Dikatakan 70 kali lebih panas daripada api di bumi. Kalau diambil kira berdasarkan kepanasan lahar gunung berapi...api neraka tu 7 ribu darjah Celcius tu. Takat didih air ialah 100 Darjah celcius. Korang tak ngeri ka. Belum dimasukkan ke dalam neraka dan hanya kita pandang je pun...kita dah gerun. Kalau kita dicelupkan seketika saja dalam api neraka tu segala nikmat dunia yang terpahat dalam ingatan kepala kita semua akan terpadam sebab pedihnya api neraka tu. Tu sebab kita jangan bangga sangat dengan dunia ni...dengan harta dunia, bahagia dunia dan sebagainya tu. Di Mahsyar tu nanti kita tak kisah pun hal orang lain walaupun bini dan anak sendiri pun. Sebab di Mahsyar tu pun dah siksa tambah pulak manusia dapat melihat neraka dengan mata sendiri. Tak susah pun ALLAH SWT nak tunjukkan api neraka kat Mahsyar tu nanti sebab ada riwayat mengatakan penghuni syurga dan penghuni dalam neraka pun boleh bersembang. Tak gitu. Tengok neraka pun dah gerun masa tu apatah lagi jika kita dimasukkan ke dalam Neraka, lagi la mengelupor. Macam ni la, cuba korang letak jari korang kat api dapur korang tu. Berapa lama boleh tahan. Kalau kita di neraka tiada pilihan, kalau Tuhan masukkan kita ke dalam neraka, bukan boleh melompat keluar. Kalau tangan kita kat api dapur boleh juga ditarik tarik bila dah panas. Tak takut ka kome...Kalau tak takot...tak tau la nak kata apa...Mungkin hati korang dah gelap gelita dengan dosa la kut...Langsung tak rasa pape pun...langsung tak INSAP...Untuk makluman, pengadilan pertama berlaku di Mahsyar setelah manusia berada 50 ribu tahun di Mahsyar. Lama tu kan. Sebelum mula pengadilan atas manusia di Mahsyar nanti, manusia akan mengalami segala kesulitan mengikut amalan memasing. 50 ribu tahun tu beb. Di Mahsyar nanti amat dahaga. Diantara golongan yang ALLAH SWT tidak beri minum di Telaga Kausar nanti ialah golongan orang yang mewujudkan bid'ah dalam agama. Bid'ah yang macam mana...korang tanya la ustaz...ustaz kan ke ramai keliling kalian kan...hahaha..Aku bukan ustaz.
Ok kita teruskan lagi...Kalau ikut maklumat yang aku dapat, dosa dengan manusia memang tak diampunkan oleh ALLAH SWT jika sipolan yang kita sakiti tu tak maafkan kita. Tapi aku dapat maklumat jugak kita boleh selesaikan dosa kita dengan orang yang kita sakiti tu dengan satu cara ketika kita masih bernyawa di atas kulit bumi ni. Satu cara je setakat ini sebab aku dapat maklumat tu dari satu sumber. Sesatu hujjah boleh menjadi sah bila kita ada sumber yang sah. Itu la cara aku buat kertas kerja sebelum dibentangkan depan pensyarah dulu2. Kalau takde sumber maka hujah tu tak boleh pakai dan tak sah. Ok lah berbalik kita kepada apa yang aku tulis tu. Korang dengarlah ceramah USTAZAH ASMA HARUN di bawah ni...Ustazah ni ada tauliah mengajar dihampir semua negeri di negara kita ni termasuk negeri Perlis. Negeri yang menyantuni semua 4 mazhab tu.....


Jadi ingatlah korang semua...Korang tentu ada mengumpat ramai orang termasuklah orang2 politik, menteri2, raja2, sultan2 dan sebagainya tu kan. Nak mintak maaf dengan dorang tentu sukar kan. Hampir mustahil untuk berjumpa mintak maaf depan2 kan. Sapa yang boleh jumpa dengan Sultan2, Raja2, Menteri2 dan....Mufti yang korang kata Wahabi yang korang umpat tu...hahaha...dan yang lain2 yang kau kenal tapi dia orang tak kenal pun korang kan...hahaha...Kalau korang pernah ngumpat NAJIB, TUN MAHATHIR, HAJI HADI, NIK AZIZ, PM sekarang ni dan yang lain tu...jaga la...Macam mana korang nak minta maaf kat dorang tu...Fikir2kan la... Kalau dengan Tok Sidang kampung kita memang hari2 boleh jumpa dan mintak maaf kan...Oh! ye...aku nak perjelaskan beza perkara umpat dan fitnah. UMPAT tu menceritakan perkara yang benar dimana jika perkara yang diceritakan tu didengar oleh sipolan yang kita umpat tu, dia berasa marah dan tersinggung. Itu umpat la tu. FITNAH ialah perkara yang kita perkatakan tu tak benar langsung. Cerita tipu la tu. Itu yang dikatakan FITNAH.
Sebenarnya banyak perkara berdosa yang kita anggap perkara kecil. Kita sering kata dosa kecil. Dosa kecil pun kalau hari2 kita buat tanpa rasa menyesal dan bertaubat...dosa tersebut akan menjadi dosa besar jugak. Aku ambil satu contoh la...merokok tu hukum haram tau. Kebanyakan ulama mengatakan Haram. Fatwa pun mengatakan haram hukumnya. Dulu2 mungkin ada yang mengatakan makruh tapi zaman kontemporari ni merokok tu hukumnya haram. Fatwa Kebangsaan mengatakan HARAM hukumnya. Ramai orang sinis dengan ustaz Youtube kan, tapi kena tengok ustaz jugak la. Walaupun begitu aku ambil dari sumber Youtube ni...Tonton la. Ustaz ni Profesor Pensyarah UKM.

Ustaz Izhar Arif

Aku tolong panjangkan saja isu ni. Jangan korang marah kat aku pulak...hahaha...Tapi tu lah.....haram tetap haram kan....

Kita ni...walaupun kita tau orang tu berbuat sesuatu perkara yang HARAM, jangan sekali kali dengan mudah kita cop dia tu akan masuk NERAKA. Jangan mudah 'jump to the conclusion' atau dengan mudah terus buat andaian dia tu ahli neraka...Tidak semudah itu beb...Banyak benda yang kita perlu kita perhatikan.
Contoh la sorang wanita tu tak menutup aurat tapi solat 5 waktu tak tinggal. Tak tutup aurat tu dosa, solat tu pula pahala. Mungkin lama lama dia akan berubah jadi menutup aurat. Kita tentu tak tau kan. Bukan dia tak tutup aurat waktu solat. Kita belum boleh kata dia ahli neraka kan sebelum dia meninggal. Mungkin usia tua dia berubah jadi menutup aurat pula akhirnya kan. Kita duk umpat dia hari hari tu...tentu terus mengumpul dosa mengumpat kan...
Katakan satu contoh lagi ada sipolan tu buat maksiat je setiap hari sampai tua ka dan sebagainya. Maksiat kecil...maksiat besar...semua dia tapau...solat pun tak...Satu hari tu Tuhan jentik hati dan malam tu dia dirikan solat taubat...taubat sungguh2 atas segala dosa yang dia buat. Mengaku dosa2 depan ALLAH SWT.....Taubat Nasuha hingga nangis nangis..Malam tu jugak dia ganti segala solat2 yang dia tinggalkan setakat mampu...Meratap dan menangis dalam solat dan taubat sungguh2 dalam setiap sujud sampai SUBUH..Lepas dia solat SUBUH...Allah swt tarik nyawa dia..Lalu siangnya terus dikebumikan..Orang keliling terus jer mengumpat sakan berkaitan dengan sikap dia sepanjang hidupnya. Sorang pun tak tau dia dah bertaubat sungguh2...dan mungkin taubatnya ALLAH SWT terima...Kita tak tau kan...Orang kampung yang masih ingat dengan perbuatan mungkar dia tentu akan terus mengumpat. Mungkin terus mewariskan umpat keji kepada anak cucu mereka. Cucu2 pulak sampaikan kepada cicit2, piut, piat dan sebagainya hingga berdekat, berkurun...Jadi sekarang ni sapa yang berterusan mengumpat hingga mati...Mengumpul dosa mengumpat hingga mati dan mewariskan cerita umpat tu pada anak cucu..Dosa tu tentulah di bawa ke dalam kubur dan terus ke Mahsyar kan...Hati2 la...Jangan terus membuat kesimpulan sipolan tu ahli neraka..Jangan mudah buat kesimpulan...Kita tak boleh cop sesiapa pun ahli neraka sebelum dia mati...adakalanya dah mati pun kita tak boleh pastikan dia tu ahli neraka melainkan dia mati dalam keadaan KAFIR iaitu mati dalam agama selain agama ISLAM...
Ok la...sebelum aku gulung catatan merapu aku ni, aku nak timbulkan satu perkara je lagi. Kita ni tak kira ideologi apa pun...Kita kena bersatu. Kalau kita pecah belah, memang kita akan jadi puak yang menang sorak tapi kampung terus tergadai. Komuniti kita bukan ramai sangat sekarang ni. Peratus komuniti kaum kita kurang daripada 70% sekarang ni. Kalau kita berpecah belah akhirnya keturunan kita akan tak punya apa2 pun di zaman2 yang mendatang. Lebih 80% ekonomi negara kita, orang lain yang punya sekarang. Tanah semenanjung ni, TUN kata separuh dimiliki orang lain. Hampir semua suara di Parlimen orang lain punya. Kita berpecah sebab berbeza pegangan atau ideologi. Carilah titik persamaan dan ketepikan perbezaan. Cari jalan untuk bersatu. Ketepikan ego di benak masing-masing. Jangan la acah acah nak liberal sangat dengan kaum yang tamak haloba tak habis habis tu. Korang dapat banyak benda2, boleh la korang liberal sangat. Padahal korang duduk kat atas tu sebab ada rancangan kerajaan dulu2 yang membolehkan korang belajar pandai2 dan terus duduk kat atas tu. Bila korang da duduk kat atas, korang lupa dengan famili dan kaum korang yang asalnya miskin dulu tu. Korang juga lupa dengan ramai dan majoriti kaum kita di kampung2 hampir semua miskin. Jangan lupa diri..Aku cuma bagi pandangan je. Aku pun da nak mati dan tak perlu sangat pun hal2 berkaitan dunia ni. Cuma bimbangkan generasi keturunan kita di masa akan datang.

Rasanya itu je aku nak merapukan...dah takde idea nak tulis lagi...Maaf la kalau tulisan aku ni tak selari dengan pemikiran korang...Aku tak kisah pun kalau korang bakul sampahkan pun...Tak kisah pun...hahaha...

Sekian...

daud.zakaria



No comments:

Post a Comment

Menyembang jer....

Hari ni KHAMIS, 29 JAN 2026 - Aku takde topik khusus untuk ditulis hari ni. Hari ni aku cuma nak merapu je apa yang terlintas dibenak aku je...