DAUD DIARI - Hari ni aku nak coret sikit berkaitan RAMADAN dan SYAWAL aku sat. Dalam bulan Ramadan aktiviti aku cuma puasa je la. Orang pencen kan...Boleh tahan jugak puasa tahun ni sebab cuaca agak panas. Apa2 pun berjaya jugak la habiskan puasa hingga selesai. Ini bukan nak riyak pun...nak riyak pekebenda memang kita orang ISLAM wajib berpuasa dalam bulan Ramadan hingga kita mati. Kalau tak puasa siap la nanti bila dah mati. Kat dalam kubur lagi kita da kena. Orang yang tak kuat iman je yang akan tinggalkan kewajiban puasa ni.
Dalam bulan puasa ni aku galak gak buat video berkaitan IFTAR. Ada yang minta aku rakamkan majlis iftar dorang di surau. Maksud aku di SURAU KG SENIN je la. Dorang suh aku rakam...aku rakam je la..Aku tak amik bayaran pun. Niat aku cuma nak ceriakan dorang je. Aku tak kenakan bayaran pun. Free je...Ada jugak yang hulurkan wang...aku memang tolak pun. Aku terpaksa terima juga sebab ada yang kata dah niat untuk beri..Nak taknak aku terima jugak la. Namun apa2 pun aku tetap tak kenakan 'charge' pada sapa2 pun....Di bawah ni aku paparkan salah satu video yang aku rakam tu...
Video video yang lain tu korang boleh tonton di channel YOUTUBE aku di link di bawah...
Begitu la aktiviti aku bulan Ramadan tu. Kalau aku diminta untuk buat rakaman video aku akan turut berbuka sama2 dengan dorang tu..Aku jugak pi awal ke surau tu untuk rakam penyediaan makanan dan jugak majlis tahlil sebelum majlis berbuka tu...
Kalau tak buat rakaman aku dan isteri akan pi terawikh di MASJID Layang-Layang Kanan. Bulan pose ni berani la aku kuar memalam sebab pi dengan isteri. Lagi pun bulan pose ni macam tak seram pulak bila berada di luar rumah waktu malam...hahaha...
Sekarang aku nak cite pulak bila dah masuk bulan SYAWAL...bulan raye la tu. Biasanya pagi raye tu tentulah pi solat HARI RAYA di masjid. Aku pi dengan isteri dan anak aku serta adik ipar aku. Kali ni anak2 yang lain beraya di rumah mentua masing-masing. Kita perlu pi solat Raye ni sebab sunat yang dituntut untuk dilaksanakan, Sunat Muakkad. Nabi saw tak pernah tinggalkan solat ni. Rugi kalau sengaja ditinggalkan. Tambah pulak macam usia aku ni, yangmana bila2 masa je akan masuk kubur...
Selesai je solat, dengan kemahuan sendiri aku pi buat rakaman video jamuan Hari Raya masjid tu. Biasa la aku, aku rakam je apa yang sedang berlangsung tu. Aku tak makan pun sebab aku dah makan kat rumah sebelum gerak ke masjid. Korang tonton la video yang ada kat atas tu. Kata kata daripada IMAM BAHARIN tu tak berapa jelas sebab aku lupa nak bawak mikrofon. Jadi suara Imam Baharin tu bercampur la dengan sembang2 orang2 kat situ.
Selesai jamuan, kami balik ke rumah. Kami terus beraya di rumah adik aku di sebelah rumah. Biasanya memang bila raye je rumah ni la yang mula2 singgah sebab berada di sebelah rumah je..Aku ada buat sikit rakaman kat sini dan rumah2 jiran2 yang lain tapi 'footage' nya entah hilang ke mana...Maknanya tiada la video aku beraya di kampung aku sendiri. Angah anak Berahin pun ada beraya di sini.
Kemudian kami pi beraya di rumah AIDA sepupu aku. Agak lama jugak kat sini. Kemudian aku pi beraya di rumah sepupu aku Latit. Plan nya aku dan keluarga Limah nak beraya di sini. Atas sebab kesilapan teknikal keluarga aku je yang beraya di sini. Kemudian aku pi ke rumah anak kepada sepupu aku, YUS. Cadang nak pi beraya ke rumah sepupu yang lain tapi dah masuk waktu ZOHOR. Kami terus je balik ke rumah. Banyak jugak rumah yang aku tak pi beraya kat kampung aku tu. Takpe la mungkin beraya di tahun depan pulak kalau aku panjang umur. Lagi pun da tua tua ni macam malas dah nak beraya kat rumah orang lain. Dah letih. Aku dah rasa macam bapak bapak kita dulu2. Dorang bila dah tua tua, terima tetamu je datang ke rumah dorang...kan...
Aku tak beraya kat rumah lain2 tu bukan sebab putuskan silatur rahim...tapi sebab macam dah malas nak pi banyak2 rumah. Putuskan silatur rahim ni, kalau kita jauhkan diri sebab kita benci atau tak suka. Aku takde pun perasaan tu. Aku masih ingat lagi...'tak masuk syurga kalau putuskan hubungan silatur rahim..' Umur kita dah sampai hujung2 ni berhentikanlah sikap2 yang boleh putuskan silatur rahim. Tak berbaloi pun jika kita fikirkan azab Allah swt, bila kita dah mati nanti. Apa2 nikmat yang kita ada dan kita anggap dah BESAR sangat la...kat atas muka bumi ni...langsung tiada tandingannya dengan NIKMAT yang Allah swt sediakan di akhirat nanti. Ingatlah selalu...NERAKA TU PANAS GILER.....Usah buat keje bodoh, putuskan silatur rahim ni....
Hari Raya Kedua...macam biasalah...setiap tahun akan pi ke kampung kelahiran isteri aku di Sauk, Kuala Kangsar. Bergerak pagi dan lebih kurang tengah hari sampai ke Sauk tu. Makan masa lebih kurang sejam. Sebaik tiba terus je ke rumah Kak Hawa yang kebetulan baru nak mula majlis bacaan doa selamat di bawah khemah di halaman rumah. Sebaik selesai doa selamat...tentu la makan makan raye kan. Lama jugak la kat situ. Ramai sedara mara kat situ. Makan makan sambil sembang sembang...
Sebaik selesai kami bertandang pulak ke rumah Kak Siah. Makan makan dan sembang2 kat situ. Keluarga Kak Saba juga turut berada di situ. Ramai jugak ahli keluarga Kak Saba ada bersama. Oleh kerana keluarga Kak Saba dah sama sama berada di situ maka kami taklah jadi bertandang ke rumah Kak Saba yang tak berapa jauh daripada situ. Sebab semuanya dah ada di situ.
Di Sauk tu ada 3 buah rumah kakak kakak isteri aku yang ada di situ. Memang setiap tahun bila sambutan hari raya kami akan ke sana. Biasanya Hari Raya kedua...
Sebelum tiba waktu Asar kami dah mula bergerak balik ke Parit. Hari Raya ni mana mana pun jem...dah biasa dengan keadaan tersebut. Kat kampung pun jem....
Pada hari yang lain kami pi pulak beraya ke Manjung Perak. Niat nak beraya di rumah abang abang isteri aku yang berada di sana. Lebih kurang tengah hari tiba di rumah abang ipar aku ENCIK AKHIR. Kami singgah di situ dan makan tengah hari di situ. Anak menantu dia pun ada bersama. Sembang sembang kami kat situ.
Kemudian kami bergerak pula ke rumah abang ipar aku yang lagi satu iaitu ABANG USOP. Abang Usop ni ialah abang isteri aku yang sulung. Dah lebih 80 tahun umurnya. Anak dan menantu dia pun ada bersama. Aku pernah buat rakaman video anaknya dulu tu...Tak lama dulu..Videonya di bawah..
Sembang dan makan makan la kami di situ. Tak lama kemudian anak dan menantu ENCIK AKHIR tiba di situ untuk beraya jugak. Kemudian kami minta diri untuk pulang setelah beberapa ketika berada di situ.
Maka tamatlah sesi beraya kami untuk tahun ni...hahaha...Semua rumah rumah yang aku pi beraya, semuanya baik baik belaka...Aku doakan semuanya berada dalam redha ALLAH SWT dunia dan akhirat...aamiinnnn....
Oopst! lupa nak cite...masa balik dari Sauk Hari Raya kedua tu, adik ipar aku dan anak anaknya ikut sama dan bermalam di rumah aku...Video ada kat bawah....
Dia dan anak anak dia je yang ada...Sementara suaminya dah tiada beberapa tahun yang lalu. Aku pernah buat video berkaitan pemergian suaminya...Videonya kat bawah ni..
Bagi aku, biras aku ni orang yang baik...moga dia bahagia di sana..Aku memang punya biras biras yang baik2 belaka...Aku memang bertuah peroleh biras biras yang baik...Moga mereka semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT sentiasa dunia dan akhirat......aaminnn...
Raya tahun ni agak sepi pulak rasanya sebab takde sapa pun yang datang ke rumah. Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku pun bukan rajin nak beraya ke rumah orang lain. Aku lebih suka duduk je kat rumah...jadi tak perlu la aku nak kisah sangat sama ada tetamu datang atau tak datang ke rumah pun...hahaha...Da tua tua ni dah tak kisah pun berkaitan hal tersebut. Kita ni bukan lama sangat pun kat atas dunia ni lagi sebab umur pun dah hujung2 je ni...Macam aku katakan dulu..emak aku meninggal pada masa umur 66 tahun. Bapak aku meninggal umur 96 tahun. Kalau aku ikut umur emak aku...maka tahun ni la kut...hahaha.. Tapi aku taknak la umur macam bapak aku ketika dia meninggal tu...Aku taknak umur panjang macam tu...kalau boleh la...Ajal tu Tuhan yang pegang.
Umur dah hujung hujung ni kita mesti rancang untuk mati macam mana. Maksud aku dari sudut bekalan kita ke akhirat nanti. Dah cukup ke bakalan kita untuk mati. Amal ibadat kita macam mana. Pada aku bila sudah sampai umur macam ni kita mesti lebih tumpukan kepada ibadat dan cuma sebahagian kecil saja kita tumpukan kepada dunia. Jangan kita kisah sangat tentang dunia ni. Lebihkan ke akhirat sebab kita dah tua dan dah nak mati...
Tumpukan kepada ibadat. Dah sampai umur macam ni kita kena belajar macam mana untuk pelihara ibadat kita supaya tetap terus kekal pahalanya. Jangan kita hancurkan pahala ibadat kita dengan perkara2 yang boleh membuatkan pahala kita hangus. Satu hal yang boleh menghanguskan pahala ibadat kita ialah terlalu banyak mengumpat. Elakkan diri kita daripada aktiviti mengumpat dimana mana saja termasuk dalam media sosial. Elakkan sangat2...
Dah tua tua ni cubalah cari ilmu di mana mana je sama ada di masjid atau melalui online daripada ustaz ustaz yang punya ilmu yang diakui benar. Solat kita juga kena jaga supaya sempurna sebab solat tu tiang agama. Jika solat kita tak sempurna atau tak sah tentu sekali tak mendatangkan pahala pun. Bacaan wajib dalam solat tu kena sentiasa dijaga sebutannya terutama FATIHAH. Betulkan bacaan FATIHAH kita dalam solat. FATIHAH ialah rukun dalam solat. Jika FATIHAH tak dibaca dengan betul dari segi sebutan dan harakatnya tentu solat tu tak sah. Kalau solat dah tak sah sama la macam tak bersolat. Bila solat tak sah maka amalan2 lain tentu takkan diterima oleh ALLAH SWT. Begitu juga dengan bacaan2 lain dalam solat tu, perlu diambil berat. Sebelum solat dimulakan, wuduk kita mestilah sempurna kan. Jika wuduk kita tak sah tentu solat pun tak sah. Kena jaga semua perkara.
Cari jugak berkaitan ilmu untuk membersihkan hati kita daripada sifat buruk. Hati kita jangan ada sifat riak ketika melakukan amal ibadat. Fokuskan ibadat yang kita dilakukan ikhlas kerana ALLAH SWT, bukan sebab lain. Jangan melakukan ibadat untuk menunjuk nunjuk kepada manusia lain. Solat untuk menunjuk nunjuk...Sedekah untuk menunjuk nunjuk dan sebagainya lagi. Fokuskan segala ibadat kita ikhlas kepada ALLAH SWT sahaja. Selain daripada RIYAK kita juga jangan ada sifat kedekut, sombong, bongkak, takabur, iri hati, ujub dan sebagainya. Itu semua adalah berkaitan dengan hati. Didik hati supaya tiada sikap2 yang sedemikian.
Selain daripada itu jagalah aurat. Pakai pakaian yang menutup aurat untuk lelaki dan jugak wanita. Aurat lelaki di antara pusat dan lutut dan aurat wanita ialah seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan sahaja. Bagi wanita labuhkan tudung hingga ke dada. Ada tercatat dalam al Quran berkaitan perkara ni. Maknanya memang wajib perkara berkaitan perkara ni. Tiada khilaf berkaitan tutup aurat ni. Jadi tak memadai pakai tudung lilit ke leher tanpa menutup dada. Selain daripada itu jangan pakai pakaian yang ketat bangat. Hal hal begini perlu kita tau dan perlu kita ajarkan. Kalau ada wanita tua kata, 'udah tua tua tak payah la beratkan dengan hukum tutup aurat'. Pandangan tersebut tak benar sebab hukum menutup aurat tu memang wajib. Kalau ada yang kata dah tua2 ni takde sapa yang nak tengok pun...Jangan cakap macam tu...kalau orang tua...tentu orang tua juga yang suka tengok...tak gitu...hahahaha...opst! Fikirkanlah kalau hari2 kita dedahkan aurat maka tentu dosanya akan terkumpul dan menjadi bertimbun jika kita tak bertaubat. Ingat...kita semua akan ditimbang dosa2 kita di Mahsyar nanti. Kalau dosa lebih berat daripada pahala, sudah tentu kita akan dihumbankan ke dalam neraka...NERAKA tu panas giler beb....Kalau nak tau berkaitan siksa neraka ni, pi beli buku yg banyak di pasaran tu dan baca serta hadamkan...
Perkara yang tersebut kat atas tu perlu untuk kita belajar dan perlu untuk diajar kalau kita seorang pengajar. Apa yang diperlukan oleh orang2 yang dah berusia lebih 60 tahun ni adalah perkara yang ditulis di atas tu la. Sebab rata2 yang berusia 60 tahun ke atas akan mati atau tak lama lagi akan mati kan...Memang la ajal tu tak mengenal usia tapi kebanyakan yang mati tu sudah berusia tua....
Jadi kita yang udah berusia lebih 60 tahun janganlah diulit rasa untuk hidup lama. Memang usia kita dah tua dan bila bila masa saja akan mati. Tumpukan fokus kita kepada ajal kita yang tak lama lagi tu. Jangan cinta sangat dengan dunia ni. Bagi yang muda2 tu, yang di bawah umur 60 tahun tu...memang perlu lah usaha untuk hidup tapi jangan lupakan mati. Dalam mencari dunia jangan lupa dengan kewajipan untuk agama kita. Jangan tinggalkan solat dan amalan2 yang berpahala yang lain...Hidup jangan terlalu ikutkan nafsu dan lupa kepada mati....
Hari ni terjumpa pulak footage video Raya aku di kampung aku tu. Itu hari ntah mana2 ia hilangnya. Bila dah jumpa aku pun edit dan hasilnya boleh ditonton kat atas tu...
Rasanya ni je yang aku nak coretkan kat sini. Aku dah takda idea nak menulis lagi...Jadi terima kasih kerana sudi membaca...
Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati oleh ALLAH SWT sentiasa. Moga kita semua akan dihindarkan daripada siksa kubur, siksa Mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga hendaknya....
Hari ni KHAMIS, 29 JAN 2026 - Aku takde topik khusus untuk ditulis hari ni. Hari ni aku cuma nak merapu je apa yang terlintas dibenak aku je. Rasanya tak sampai sebulan lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan RAMADHAN. Bagi mereka yang sedar dengan kepentingan bulan berkenaan tentu sekali tertunggu tunggu dengan kedatangan bulan tersebut. Bagi orang yang dah tua macam aku memang la tertunggu bulan Ramadhan sebab dalam usia sebegini merupakan usia yang hujung2 je. Da 66 tahun...memang perlu pahala yang banyak untuk bekal masuk ke Barzah...hahaha...Memang tak lama lagi akan mati. Mati perlukan bekalan pahala yang besar. Untuk menjana pahala yang besar tentu dalam bulan RAMADHAN terutamanya. ALLAH SWT memang sediakan bulan tersebut bulan untuk pulun pahala bagi orang yang tunduk kepada ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat pengasih dan penyayangNya tanpa bertepi. Dia nak manusia atau hambaNya buat banyak pahala. Dengan pahala yang banyak tentu mudah untuk mengelakkan diri kita daripada dimasukkan ke dalam NERAKA. Bukan takat diri kita je tapi kita juga diminta untuk elakkan diri kita dan seluruh keluarga kita daripada api neraka tu. Mampu ke kita tengok isteri kita menjerit dalam api neraka sedangkan kita bergelumang dengan nikmat2 dalam syurga. Binawe la suami yang macam tu...Tu sebab Ramadhan ni semua orang tak boleh tidak mesti hasilkan pahala yang besar. Amalan dalam bulan Ramadhan pahalanya lebih berlipat ganda daripada hari2 dalam bulan selain Ramadhan. Ada mengatakan lebih 700 kali ganda. Yang ni korang kena tanya ustaz la. Satu Malam Lailatul Qadar merupakan BONUS yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk manusia menjana lebih banyak pahala lagi dalam bulan Ramadhan. Cari lah malam tersebut dan kumpulkanlah sebanyak mungkin pahala. Bukan senang nak peroleh pahala seperti beribadat selama lebih 80 tahun untuk satu malam yang disediakan untuk beramal. Kita pun bukanlah semua boleh hidup sampai 80 tahun. Kalau lelaki habis tinggi boleh hidup lebih kurang umur 70-an tahun sahaja. Jadi berusahalah untuk melakukan banyak amal ibadat dalam bulan Ramadhan nanti. Elakkan meninggalkan puasa dan juga elakkan daripada perkara yang membatalkan pahala puasa. Dan perkara yang WAJIB memang tak boleh tinggal la seperti solat...Kena ingat amalan2 lain akan diterima ALLAH SWT kalau solat kita tak tinggal...Tiang agama tu...Tolonglah, jangan tinggal solat setiap hari walau dalam keadaan apa sekalipun. Besar dosa tinggalkan solat ni. Diantara contoh yang banyak menghakis pahala puasa ialah MENGUMPAT. Mengumpat ni memang amat popular dikalangan kita. Mengumpat ni memang satu kerja yang sangat mudah, hanya bermodalkan mulut kita je. Mengumpat ni ibarat api yang membakar kayu. Mengumpat ni akan membakar segala pahala kita. Mengumpat ni bukan ditegah dalam bulan Ramadhan sahaja tapi ditegah sepanjang hayat kita pun. Selagi kita hidup, janganlah mengumpat. Hati2 la. Ingat NGUMPAT ingatlah NERAKA.
Dalam hidup kita sebagai MUSLIM memang kita ditegah melakukan segala perkara mungkar. Banyak sebenarnya perkara mungkar yang ditegah dalam agama ni. Kita sebagai orang yang dah asalnya daripada keturunan orang Islam, memang kebanyakannya sedar apa2 perbuatan mungkar tu. Daripada kecil lagi kita dah diajar kan.
Hubungan kita sesama manusia pun perlu dijaga. Sebagai manusia, kita memang punyai tanggung jawab dalam hubungan dengan ALLAH SWT dan hubungan sesama manusia. Hubungan dengan ALLAH SWT tentulah melalui amalan2 seperti amalan wajib, sunat, makruh dan yang harus. Perbuatan haram tu bukan amalan yang baik. Itu ialah perbuatan yang mungkar dan dilarang oleh ALLAH SWT. Hubungan dengan ALLAH SWT amat mudah. Lakukan saja yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Tentu selesai kan. Buatlah apa yang ALLAH SWT suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH SWT larang. Tentulah selesai punya.
Tapi dalam hubungan dengan manusia sesama manusia ni amat payah. Kalau tak hati2 kita akan menyesal di Mahsyar nanti atau masa kita dah mati. Banyak perkara yang kita perlu hati2 dalam hubungan sesama manusia. Hubungan dengan adik beradik, hubungan dengan sedara mara, hubungan dengan jiran dan hubungan dengan manusia yang lain2. Hubungan dengan manusia lain, perlu kepada sikap jujur, amanah dan ikhlas. Contoh hubungan dengan jiran. Jiran ni dikira mereka yang berada disekeliling kita. Dikatakan jiran ni ialah mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah kiri, kanan, depan dan belakang. Ada yang mengatakan riwayat hadis ni ialah DHAIF. Hadis dhaif masih boleh guna kan...yang tak boleh guna hadis PALSU kan..Kalau rumah tinggi mungkin jiran di atas dan di bawah jugak kan. Kita amat ditegah daripada menyakiti jiran. Menyakiti jiran ni macam2. Tak boleh mengumpat dia, memfitnah dia, mencederakan dia, membiarkan dia lapar sedangkan kita kenyang sampai ke tekak, mengganggu harta benda dan famili dia dan sebagainya lagi. Yang tu lu fikir la sendiri. Apa2 yang menyakiti jiran tentu ditegah agama. Dengan adik beradik, sedara mara dan dengan manusia yang jauh dari kita pun macam tu la hukumnya. Perkara yang mungkar, biasa berlaku dalam masyarakat kita termasuklah mencuri, menipu, mengambil harta atau tanah orang lain secara tak sah, makan rasuah, makan riba dan lain2 perkara mungkar. Sama la kita mencaci maki dan memfitnah, mengumpat dalam masyarakat tempat kita tinggal dan dalam media sosial begitu jugak la hukumnya. Melaknat orang lain pun berdosa besar. Kata2 laknat seperti anjing kau, babi kau...dah biasa je dikalangan masyarakat kita. Kita banyak lakukan dosa besar dan ada yang dosa kecil seharian. Sombong dan bongkak sesama manusia pun dosa besar. Zaman teknologi maklumat di hujung hujung jari ni lagi la mudah sangat kita menjana dosa yang tepu. Mengumpat dan memfitnah bukan hanya di tepi2 tingkap tapi juga menjadi lebih bersifat global sekarang ni. Bukan lemak je tepu tapi dosa pun boleh tepu dan sukar dihakis. Begitu juga dalam perkara jual beli dan perkhidmatan yang tak selesai dengan manusia lain. Kita anggap ringan je. Padahal dosa tu boleh menjerumuskan kita ke jurang neraka selepas diadili di Mahsyar nanti. Sekarang masih hidup, boleh la gelak2 sakan. Di Mahsyar nanti kita tentu akan terkedu dan terkejut giler sebab dosa sebesar zarah pun akan dikira dan tak mustahil kita akan dicampakkan ke api neraka disebabkan timbangan dosa kita seberat zarah je pun, melebihi pahala yang kita milik. Atau kita dimasukkan ke neraka sebab kita menanggung dosa orang lain yang tak mampu nak dibayar dengan pahala kita yang kita milik. Kita dah muflis di Mahsyar nanti. Hati2 tu...jangan seronok sangat duk kenakan orang lain di atas muka bumi ni... Dosa kita kepada manusia lain jika sipolan tu tak maafkan kita, sampai Mahsyar la kita akan tanggung. Maafkan dosa orang lain bukan wajib pun hukumnya tau. Kalau dia tak maafkan kita, kita akan bawalah dosa tu ke sana yakni ke akhirat dan ditimbang di Mahsyar nanti. Aku sering perhatikan bila mayat nak diusung ke kubur ada permintaan supaya dimaafkan kesalahan beliau. Mungkin ada dikalangan yang hadir tak nak maafkan pun. Mungkin dia nak tunggu selesai di Mahsyar. Maafkan dosa orang lain bukan WAJIB pun.
Hakikat neraka ni kalau kita baca banyak tentu kita akan faham. Tu sebab IKRAQ tu maha penting. Dari situ kita peroleh ilmu dan seterusnya kita peroleh IMAN. Kalau IKRAQ tak ada, ilmu takde dan iman pun takde. Kalau kita tak baca dan yang pi baca tu guru agama, kita akan dapat jugak bila guru agama tu syarahkan kepada kita. Neraka tu panas sangat2 beb. Kat atas bumi ni yang paling panas tu LAHAR GUNUNG BERAPI kalau tak silap..lebih kurang SERIBU darjah Celcius. Neraka lebih panas lagi kan. Dikatakan 70 kali lebih panas daripada api di bumi. Kalau diambil kira berdasarkan kepanasan lahar gunung berapi...api neraka tu 7 ribu darjah Celcius tu. Takat didih air ialah 100 Darjah celcius. Korang tak ngeri ka. Belum dimasukkan ke dalam neraka dan hanya kita pandang je pun...kita dah gerun. Kalau kita dicelupkan seketika saja dalam api neraka tu segala nikmat dunia yang terpahat dalam ingatan kepala kita semua akan terpadam sebab pedihnya api neraka tu. Tu sebab kita jangan bangga sangat dengan dunia ni...dengan harta dunia, bahagia dunia dan sebagainya tu. Di Mahsyar tu nanti kita tak kisah pun hal orang lain walaupun bini dan anak sendiri pun. Sebab di Mahsyar tu pun dah siksa tambah pulak manusia dapat melihat neraka dengan mata sendiri. Tak susah pun ALLAH SWT nak tunjukkan api neraka kat Mahsyar tu nanti sebab ada riwayat mengatakan penghuni syurga dan penghuni dalam neraka pun boleh bersembang. Tak gitu. Tengok neraka pun dah gerun masa tu apatah lagi jika kita dimasukkan ke dalam Neraka, lagi la mengelupor. Macam ni la, cuba korang letak jari korang kat api dapur korang tu. Berapa lama boleh tahan. Kalau kita di neraka tiada pilihan, kalau Tuhan masukkan kita ke dalam neraka, bukan boleh melompat keluar. Kalau tangan kita kat api dapur boleh juga ditarik tarik bila dah panas. Tak takut ka kome...Kalau tak takot...tak tau la nak kata apa...Mungkin hati korang dah gelap gelita dengan dosa la kut...Langsung tak rasa pape pun...langsung tak INSAP...Untuk makluman, pengadilan pertama berlaku di Mahsyar setelah manusia berada 50 ribu tahun di Mahsyar. Lama tu kan. Sebelum mula pengadilan atas manusia di Mahsyar nanti, manusia akan mengalami segala kesulitan mengikut amalan memasing. 50 ribu tahun tu beb. Di Mahsyar nanti amat dahaga. Diantara golongan yang ALLAH SWT tidak beri minum di Telaga Kausar nanti ialah golongan orang yang mewujudkan bid'ah dalam agama. Bid'ah yang macam mana...korang tanya la ustaz...ustaz kan ke ramai keliling kalian kan...hahaha..Aku bukan ustaz.
Ok kita teruskan lagi...Kalau ikut maklumat yang aku dapat, dosa dengan manusia memang tak diampunkan oleh ALLAH SWT jika sipolan yang kita sakiti tu tak maafkan kita. Tapi aku dapat maklumat jugak kita boleh selesaikan dosa kita dengan orang yang kita sakiti tu dengan satu cara ketika kita masih bernyawa di atas kulit bumi ni. Satu cara je setakat ini sebab aku dapat maklumat tu dari satu sumber. Sesatu hujjah boleh menjadi sah bila kita ada sumber yang sah. Itu la cara aku buat kertas kerja sebelum dibentangkan depan pensyarah dulu2. Kalau takde sumber maka hujah tu tak boleh pakai dan tak sah. Ok lah berbalik kita kepada apa yang aku tulis tu. Korang dengarlah ceramah USTAZAH ASMA HARUN di bawah ni...Ustazah ni ada tauliah mengajar dihampir semua negeri di negara kita ni termasuk negeri Perlis. Negeri yang menyantuni semua 4 mazhab tu.....
Jadi ingatlah korang semua...Korang tentu ada mengumpat ramai orang termasuklah orang2 politik, menteri2, raja2, sultan2 dan sebagainya tu kan. Nak mintak maaf dengan dorang tentu sukar kan. Hampir mustahil untuk berjumpa mintak maaf depan2 kan. Sapa yang boleh jumpa dengan Sultan2, Raja2, Menteri2 dan....Mufti yang korang kata Wahabi yang korang umpat tu...hahaha...dan yang lain2 yang kau kenal tapi dia orang tak kenal pun korang kan...hahaha...Kalau korang pernah ngumpat NAJIB, TUN MAHATHIR, HAJI HADI, NIK AZIZ, PM sekarang ni dan yang lain tu...jaga la...Macam mana korang nak minta maaf kat dorang tu...Fikir2kan la... Kalau dengan Tok Sidang kampung kita memang hari2 boleh jumpa dan mintak maaf kan...Oh! ye...aku nak perjelaskan beza perkara umpat dan fitnah. UMPAT tu menceritakan perkara yang benar dimana jika perkara yang diceritakan tu didengar oleh sipolan yang kita umpat tu, dia berasa marah dan tersinggung. Itu umpat la tu. FITNAH ialah perkara yang kita perkatakan tu tak benar langsung. Cerita tipu la tu. Itu yang dikatakan FITNAH.
Sebenarnya banyak perkara berdosa yang kita anggap perkara kecil. Kita sering kata dosa kecil. Dosa kecil pun kalau hari2 kita buat tanpa rasa menyesal dan bertaubat...dosa tersebut akan menjadi dosa besar jugak. Aku ambil satu contoh la...merokok tu hukum haram tau. Kebanyakan ulama mengatakan Haram. Fatwa pun mengatakan haram hukumnya. Dulu2 mungkin ada yang mengatakan makruh tapi zaman kontemporari ni merokok tu hukumnya haram. Fatwa Kebangsaan mengatakan HARAM hukumnya. Ramai orang sinis dengan ustaz Youtube kan, tapi kena tengok ustaz jugak la. Walaupun begitu aku ambil dari sumber Youtube ni...Tonton la. Ustaz ni Profesor Pensyarah UKM.
Ustaz Izhar Arif
Aku tolong panjangkan saja isu ni. Jangan korang marah kat aku pulak...hahaha...Tapi tu lah.....haram tetap haram kan....
Kita ni...walaupun kita tau orang tu berbuat sesuatu perkara yang HARAM, jangan sekali kali dengan mudah kita cop dia tu akan masuk NERAKA. Jangan mudah 'jump to the conclusion' atau dengan mudah terus buat andaian dia tu ahli neraka...Tidak semudah itu beb...Banyak benda yang kita perlu kita perhatikan.
Contoh la sorang wanita tu tak menutup aurat tapi solat 5 waktu tak tinggal. Tak tutup aurat tu dosa, solat tu pula pahala. Mungkin lama lama dia akan berubah jadi menutup aurat. Kita tentu tak tau kan. Bukan dia tak tutup aurat waktu solat. Kita belum boleh kata dia ahli neraka kan sebelum dia meninggal. Mungkin usia tua dia berubah jadi menutup aurat pula akhirnya kan. Kita duk umpat dia hari hari tu...tentu terus mengumpul dosa mengumpat kan...
Katakan satu contoh lagi ada sipolan tu buat maksiat je setiap hari sampai tua ka dan sebagainya. Maksiat kecil...maksiat besar...semua dia tapau...solat pun tak...Satu hari tu Tuhan jentik hati dan malam tu dia dirikan solat taubat...taubat sungguh2 atas segala dosa yang dia buat. Mengaku dosa2 depan ALLAH SWT.....Taubat Nasuha hingga nangis nangis..Malam tu jugak dia ganti segala solat2 yang dia tinggalkan setakat mampu...Meratap dan menangis dalam solat dan taubat sungguh2 dalam setiap sujud sampai SUBUH..Lepas dia solat SUBUH...Allah swt tarik nyawa dia..Lalu siangnya terus dikebumikan..Orang keliling terus jer mengumpat sakan berkaitan dengan sikap dia sepanjang hidupnya. Sorang pun tak tau dia dah bertaubat sungguh2...dan mungkin taubatnya ALLAH SWT terima...Kita tak tau kan...Orang kampung yang masih ingat dengan perbuatan mungkar dia tentu akan terus mengumpat. Mungkin terus mewariskan umpat keji kepada anak cucu mereka. Cucu2 pulak sampaikan kepada cicit2, piut, piat dan sebagainya hingga berdekat, berkurun...Jadi sekarang ni sapa yang berterusan mengumpat hingga mati...Mengumpul dosa mengumpat hingga mati dan mewariskan cerita umpat tu pada anak cucu..Dosa tu tentulah di bawa ke dalam kubur dan terus ke Mahsyar kan...Hati2 la...Jangan terus membuat kesimpulan sipolan tu ahli neraka..Jangan mudah buat kesimpulan...Kita tak boleh cop sesiapa pun ahli neraka sebelum dia mati...adakalanya dah mati pun kita tak boleh pastikan dia tu ahli neraka melainkan dia mati dalam keadaan KAFIR iaitu mati dalam agama selain agama ISLAM...
Ok la...sebelum aku gulung catatan merapu aku ni, aku nak timbulkan satu perkara je lagi. Kita ni tak kira ideologi apa pun...Kita kena bersatu. Kalau kita pecah belah, memang kita akan jadi puak yang menang sorak tapi kampung terus tergadai. Komuniti kita bukan ramai sangat sekarang ni. Peratus komuniti kaum kita kurang daripada 70% sekarang ni. Kalau kita berpecah belah akhirnya keturunan kita akan tak punya apa2 pun di zaman2 yang mendatang. Lebih 80% ekonomi negara kita, orang lain yang punya sekarang. Tanah semenanjung ni, TUN kata separuh dimiliki orang lain. Hampir semua suara di Parlimen orang lain punya. Kita berpecah sebab berbeza pegangan atau ideologi. Carilah titik persamaan dan ketepikan perbezaan. Cari jalan untuk bersatu. Ketepikan ego di benak masing-masing. Jangan la acah acah nak liberal sangat dengan kaum yang tamak haloba tak habis habis tu. Korang dapat banyak benda2, boleh la korang liberal sangat. Padahal korang duduk kat atas tu sebab ada rancangan kerajaan dulu2 yang membolehkan korang belajar pandai2 dan terus duduk kat atas tu. Bila korang da duduk kat atas, korang lupa dengan famili dan kaum korang yang asalnya miskin dulu tu. Korang juga lupa dengan ramai dan majoriti kaum kita di kampung2 hampir semua miskin. Jangan lupa diri..Aku cuma bagi pandangan je. Aku pun da nak mati dan tak perlu sangat pun hal2 berkaitan dunia ni. Cuma bimbangkan generasi keturunan kita di masa akan datang.
Rasanya itu je aku nak merapukan...dah takde idea nak tulis lagi...Maaf la kalau tulisan aku ni tak selari dengan pemikiran korang...Aku tak kisah pun kalau korang bakul sampahkan pun...Tak kisah pun...hahaha...
Hari ni JUMAAT, 2 JAN. 2026- Rasanya macam dah lama aku tak buat coretan kat Blog aku ni. Jadi hari ni aku nak tulis sikit la untuk tatapan sapa sapa yang rasa nak baca catatan aku ni. Nak tulis berkaitan perkara harian macam takde apa yang yang nak ditulis. Hari2 sama je je...makan, tido, makan, tido...tu je la.
Aku sebenarnya dah menetap kat kampung aku ni lebih kurang 3 atau 4 tahun kut. Kat kampung ni taklah sama macam di BANGI tu. BANGI tu pinggir bandar kan.... Di sini dah namanya kampung tentu la macam kampung kampung lain di mana mana pun. Sunyi, gelap, semak, dan sebagainya. Nak pi pekan pun agak jauh jugak. Kalau kat BANGI tu semuanya macam sebelah rumah je. Terang benderang waktu malam. Hidup sini macam hidup di kampung la. Sapa yang pernah ada kampung tentu lebih tau kan. Aku duk sini rasa aman je. Cuma malam tu agak gelap la jugak. Aku jarang kuar malam...serammmm...
Disember 2025 yang lalu aku berada di BANGI lebih kurang 4 hari. Aku dan keluarga pi BANGI tu sebab hadiri majlis perkahwinan anak buah isteri aku. Aku tak memandu sendiri pun. Aku tumpang anak aku. Aku macam dah tak larat nak mandu jauh2. Sakit2 badan la walaupun duk sebagai penumpang je pun. Faktor usia la kut. Bukan la tua sangat pun...66 tahun je taun ni...Da tua sangat ke..Bagi aku atas 70 taun dah tua la tu. Kami gerak ke Bangi petang Jumaat tu. Sampai sana waktu malam. Sakit2 badan duk dalam kete dengan perjalanan lebih kurang 5 jam. Melalui WCE. Lebuhraya WCE ni macam putus putus je...mugkin sebab tak siap lagi kut. Jem pun macam banyak je malam tu...
Esoknya 6 Disember 2025 kami pi terus ke Putrajaya untuk hadir majlis kawen anak sedara isteri aku tu. Anak kakak ipar aku. Cadang nak buat rakaman video majlis nikah anak sedara bini aku tu tapi kami sampai lewat sikit. Jadi takde la footage nikah tu. Namun dapat la juga rakam majlis tersebut hingga kami balik. Jumpa la ramai sedara mara bini aku kat majlis tu..Sapa yang nak tonton...silakanlah. Aku rakam dengan handphone buruk aku tu je....Aku sunting video tu dalam 2 versi iaitu satu pendek dan satu lagi panjang...Tonton la...Sapa2 yang nak kawen tu boleh la tonton sebagai contoh...hahaha...
Hari ISNIN, 8 Disember 2025, aku pi ke UKM untuk jumpa kawan2 lama aku kat sana tu. Tiba di cawangan PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM di Bangunan Penerbit UKM tu...terus aku masuk..macam la pejabat sendiri...hahaha..Jumpa la aku dengan SURAYA, ANIM, SHAHRUL dan JASRIL. Aku juga jumpa la staf baru kat situ. Sembang panjang la kami. Kemudian dorang ajak pi munum di PUSANIKA. Di PUSANIKA kami sembang la lagi...Macam2 la sembangnya, maklum la lama tak jumpa. Kalau tak silap lepas pencen 2019( pencen pilihan hati...pencen betulnya 2020) aku tak pi lagi ke opis tempat aku keje tu...rasanya la...Lebih kurang 5 atau 6 tahun la aku tak jengah ke situ. Lepas minum balik semula ke opis dan sembang lagi. Masa ni aku jumpa encik MAT NOR dan WAFIY...MIZA..Boleh pulak aku tak ingat nama si WAFIY ni, masa mula jumpa dia kat situ..hahaha...Nampak sangat aku dah terlalu tua kut. Langsung tak ingat nama dia ni. Padahal masa dorang kat printing di tingkat bawah tu aku selalu je turun ke bawah ke bahagian dorang tu...Soalan yang paling mega masa sembang dengan CIK MAT NOR ialah NAPE AKU UNFRIEND dia kat FB aku...hahaha...
Ni foto aku dengan dorang la ni...depan sekali en. mat nor, miza, aku, shahrul, siti suraya, asmahanim dan jasril.
Lebih kurang pukul 2.00 petang anak aku dan isteri aku jemput aku. Aku datang ke UKM tu, anak aku yang hantar. Bengang sikit bini aku sebab janjinya jumpa rakan pejabat sekejap je..haha..Rupanya lama giler aku kat situ...hahaha...Apa boleh buat la.....Tak boleh janji masa, kalau rancang nak jumpa kawan lama ni. Tentu makan masa lama punya...sebab bertaun taun lamanya tak jumpa...Kat bawah ni video yg aku sunting sikit...sikit sangat je pun...Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dunia dan akhirat...Moga dapat jumpa lagi di masa akan datang...itu pun kalau keluarga aku belum dapat UCAPAN SALAM TAKZIAH...hahaha...
Sebelum tu hari, AHAD...aku dan keluarga pi ziarah abang ipar aku di JENDERAM. Aku ada rakam video sikit tapi ada masalah rakaman dan tak dapat la aku nak edit. Moga abang ipar aku tu sihat selalu. Aku dan keluarga juga ziarah rumah kakak ipar aku di KG ABU BAKAR BAGINDA. Puteri dia orang yang kawen hari Sabtu tu. Aku rakam juga sikit video di rumah dorang. Visual ada masalah. Jadi takde la video berkaitan mereka tu. Apa2 pun aku berdoa moga mereka semua sentiasa dalah rahmat ALLAH SWT.
Sebelum balik PERAK pada hari RABU, aku sempat pi SEREMBAN untuk uruskan sesuatu. Kami jugak sempat pi ke Nilai 3 tu. Lama tak pi ke tempat tu setelah pindah ke Perak. Kalau takde aral akan pi lagi ke BANGI lepas RAYA untuk urus hal tertentu. Lepas tu tak tau bila lagi untuk jengah BANGI lagi........
Bini aku [tudung hitam] bersama adik beradik dia. Ni kat rumah abang ipar aku di JENDERAM.
Dalam bulan Disember 2025 ada beberapa video yang aku rakam. Aku jugak ada buat rakaman video program kat kampung aku. Buat rakaman secara SUKARELA je...khidmat masyarakat je pun...Sapa2 yang perlu khidmat rakaman aku je la..Kat dalam kampung aku je pun. Jauh2 tak larat la aku.. Antaranya ialah rakaman program aktiviti KELAS BINA INSAN di masjid Layang Kanan. Masjid kat kampung yang aku tinggal sekarang ni. Isteri aku memang suka campur masyarakat keliling. Jadi aku benarkan la dia campur masyarakat kampung aku tu. Masa di Bangi dulu memang dia campur semua program pompuan kat sana tu termasuk aktiviti surau kat sana. Aku pula lebih suka duduk dalam rumah je. Tak minat aku campur masyarakat...apatah lagi masa aku masih belum bersara. Memang aku tak campur orang pun sebab letih bekerja siang malam. Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia tu kalau terlibat dengan MEDIA mesti keje siang malam punya...Tentu la letih sangat. Jadi bila hari cuti tentu rehat dan merap kat rumah je la. Korang tak caya...cuba la tanya rakan media aku kat sana tu...
Jadi di kampung ni aku benarkan isteri aku campur dengan masyarakat. Campur dengan sapa je pun tak kira dorang sapa sekali pun....asalkan mengucap dua kaliamah syahadah. Cuma jangan buat perkara mungkar sebab umur dah ujung2 ni....Takkan nak mati dalam keadaan SUUL KHOTIMAH kan...Aku taknak dia stress duduk kat rumah macam tabiat aku ni...hahaha...Aku tak stress pun kalau tak kuar rumah walaupun berbulan...hahaha...Tapi kalau tak kuar lama, sapa pulak nak pi pasar bagai...kan...Kalau ikut kehendak aku, tentu aku kurung isteri aku dalam rumah sampai bila2...hahaha...Tapi macam aku kata...aku taknak dia stress...tu sebab aku biarkan dia campur masyarakat sekitar sini...Kita jangan jadi suami yang bersikap DIKTATOR...beri ruang untuk isteri bersosial, yang tak menjurus kepada perkara MUNGKAR...
Tapi masa aku kat kampung ni aku juga kena la campur masyarakat sebab aku dah niat nak menetap sampai sudah kat kampung ni. Aku campur semua....tak kira sapa...Tak perlu pun aku nak hadkan pergaulan aku dengan sapa2 pun. Dah umur hujung hujung...aku campur je semua...Asalkan bukan dalam perkara yang mungkar. Kalau tak campur orang tentu orang pun tak kenal kita. Mana tau kalau aku mati tentu ada orang yg mendoakan sebab mereka kenal aku. Kalau tak kenal aku, macam mana mereka nak doakan yang baik2...Tak gitu...Tentu setakat ucapan ..Innalillahi...saja..Kalau dorang kenal baik dengan aku tentu dorang akan doakan yang baik baik je bila kita dah sampai ajal...tak gitu...Yang penting jangan sombong dan jangan bongkak...tak gitu...Kita ni bukan sapa2 pun di atas muka bumi ni. Jangan kita hanya mendongak ke langit. Di sisi ALLAH SWT nilai dunia ni tak seberapa pun. ' Sekiranya dunia ini bernilai di sisi ALAH SWT, walaupun hanya sebelah sayap nyamuk, nescaya ALLAH SWT tidak akan memberi orang kafir minum seteguk air pun daripadanya'. Dunia ni disisi Allah swt sekelumit nilainya...Jadi kita tak perlulah bangga sangat dengan apa yang kita ada di muka bumi ni. Dunia ni sementara dan sekejap je...ALAM BARZAH tu lebih panjang daripada usia kita di atas muka bumi ni. Itu baru ALAM BARZAH..belum lagi masuk ALAM AKHIRAT...
Di bawah ni rakaman salah satu aktiviti di kampung yang aku rakam....Video yang lain2 tu..korang boleh la pi ke chanel youtube aku tu...
https://www.youtube.com/@daud.zakaria/videos
Jadi di kampung ni aku akan hadiri apa apa jer majlis...majlis doa selamat, perkahwinan dan sebagainya...kalau dijemput....Kalau tak dijemput takkan aku nak hadir...Haram makan kalau tak dijemput. Jadi dalam masa yang sama aku rakam la sedikit video...lalu disunting dan di upload ke chanel youtube aku...Macam tu la hidup aku kat kampung buat masa ni.
Pada 20 Disember 2025 aku buat rakaman majlis perkahwinan anak USTAZAH ZURAIDA. ZURAIDA ni sepupu aku. Emak aku dan bapak dia tu adik beradik. Emak aku dan bapak dia 2 beradik je. Kami ni dari jalur keturunan ANDAK MANDEK...Aku buat rakaman masa AKAD NIKAH dan majlis kenduri. Akad Nikah dilakukan oleh USTAZ ZAMRI. Cadang aku nak rakam majlis KHATAM AL QURAN waktu malamnya. Tapi...seram nak kuar malam. Ada kata pernah jumpa pocong la dan lain2...Aku tak pernah pulak jumpa kat kampung ni...SEBAB....aku tak kuar malam...hahaha...Bulan RAMADAN je kuar malam untuk solat TARAWIKH di masjid...
Rakaman video yang terbaru aku ialah pada 28 Disember 2025 yang lalu iaitu majlis perkahwinan anak CIKGU MAIMUNAH di GELUNG PEPUYU. Aku dan emak Cikgu Maimunah tu sepupu sebab bapak aku dan atok Cikgu Maimunah tu adik beradik. Aku buat video tu dua versi iaitu versi pendek dan panjang. Versi pendek ada sesi temu bual. Temubual tu dorang rakam sendiri dan aku cuma masukkan saja ke dalam video yang aku dah edit. Aku guna jugak footage yang dorang rakam untuk diselitkan dalam suntingan video aku tu. Harap dorang puas hati la kan. Rakaman aku pun dengan HP buruk aku je...hahaha...
Selain tu aku juga rakam benda2 lain yang ada di kampung ni. Antaranya tanah runtuh di TANAH PERKUBURAN ISLAM Kg Senin, Layang Layang Kanan...Saja je aku masukkan muzik seram dan kelamkan sikit visualnya...hahaha...Kalau ada benda benda lain yang boleh aku 'highlight' kan kat kampung ni...tentu je aku akan rakam dan upload ke channel youtube aku ni....Itu pun kalau aku tau dan kalau aku diminta buatkan videonya, Kalau perlu temubual aku akan temubual untuk dapatkan maklumat dan fakta untuk diberitau pada umum. Jangan korang jual mahal pulak bila nak di temubual...Dunia sekarang dunia hujung jari kan...Kita kena bukak minda kita luas luas...hahaha...ewah..
Itulah aktiviti aku kat kampung demi untuk memenuhi masa lapang aku supaya tak bosan sangat. Aku memang tak punya alat alat khas untuk rakaman video tu...guna HP buruk aku je. Masa keje dulu lain la..satu satu alat pun puluh ribu regenya. Satu kamera MCP pun ratus ribu..Lagi pun aku bukan nak cari makan dengan aktiviti rakaman kat kampung ni..Cukup la dengan handphone tu...Sekurang kurangnya ada jugak la aktiviti khidmat masyarakat aku kat kampung ni...
Rasanya itu je yang aku nak coretkankan...Moga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH SWT dunia dan akhirat...