Friday, February 14, 2025

Ada Pertalian Sedara Jauh dgn SHAKIRAH

Diari DAUD - Sejak aku dapat data salasilah dari ENCIK ASRI beberapa minggu yang lalu, aku sering semak untuk tau pertalian sedara dengan orang yang berada di sekeliling aku. Salasilah tu ialah sebalah EMAK aku yang berasal dari rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Bila disemak ramai jugak yang ada kaitan dengan aku yang selama ini aku tak tau pun. Da tua ni baru tau. Terima kasih la kepada ENCIK ASRI tu. Mungkin ada yang tak suka aku catatkan berkaitan dengan pertalian ni. Pada aku ia perlu untuk aku tau. Bagi yang tak suka tu...terpulang la. Aku tak kisah pun... Aku memang kisah sangat. Kalau ada tak tak suka, terpulang la....Ada aku kesah...hahaha...

Keturunan DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN.

Bila aku teliti dalam salasilah tu aku terjumpa pertalian sedara aku dengan rakan sekolah aku dulu, SHAKIRAH. Dia ni sebaya aku masa sekolah rendah dulu. Di sekolah menengah pula aku da lupa sama ada aku masih sama dengan dia. Bukan sebab apa, aku masuk ke REMOVE CLASS dan duduki MCE 1978. Itu memang aku tak ingat langsung sama ada aku masih sama dengan dia di SEKOLAH MENENGAH SMDARY tu. Memang tak ingat langsung.

Keturunan ANDAK MANDEK anak DPR Alang Saidin

Hubungan keluarga tu bermula daripada anak HAJAH MARIAH DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN iaitu TIMAH + UDA SEKAK dan HAJAH TIJAH. Dari moyang aku TIMAH + UDA SEKAK, lahirlah opah aku LONG ANDAK. Dari HAJAH TIJAH lahirlah salasilah keturunan SHAKIRAH.

Keturunan Hajah Mariah


Salasilah keturunan SHAKIRAH

Dari HAJAH TIJAH lahirlah HJ SAID dan HAJAH SAFIAH. Dari HAJAH SAFIAH dan HJ MEGAT SELAN lahirlah 10 orang anak. Dari anak HAJAH SAFIAH, iaitu HAJAH FAUZIAH dan MOHAMED BIN IMAM LIPAT lahirlah keluarga SHAKIRAH. HAJI ZAKI@WAHID, iaitu bapak sedara SHAKIRAH juga aku kenal...baru kenal...Jumpa kat masjid beberapa bulan yang lalu. Dia lebih kurang sebaya aku juga. Dia tegur aku kat masjid dulu. Dia kenalkan dirinya tapi aku pulak yang tak kenal. Dia kata dia kenal aku masa sekolah menengah dulu. Aku masih tak kenal. Dia kenalkan nama SHAKIRAH. Baru aku tau kaitan dia dengan SHAKIRAH. Memang betul aku tak berapa kenal dia ni. Tak ingat langsung aku kat dia. Maaf banyak2 la. Momen2 masa sekolah dulu dengan dia memang takde dalam kotak ingatan aku ni. Teruk aku ni kan...hahaha...Bila aku tanya MEGAT TERMIZI ADNAN, dia kata dia kenal HJ ZAKI ni. Rupanya aku ada talian sedara jauh dengan dia ni...
Semak la rajah di bawah untuk lebih jelas...

Jutaan terima kasih kepada ENCIK ASRI OTHMAN yang beri aku data salasilah keluarga keturunan DATO' PADUKA ALANG SAIDIN ni...Tak sempat nak jumpa EN. ASRI masa encik asri melawat wan midah itu hari. Aku pulak berada di luar. Maaf banyak2...Moga berjumpa dilain masa...InsyaALLAH

Macam tak percaya pulak dengan HJ ZAKI ni ada pertalian salasilah....ranking PAK SEDARA pulak tu...hahaha...Moga silatur rahim kita terus mengerat lagi....

Semua data salasilah ni dari ENCIK ASRI...jutaan terima kasih En. Asri...

Itu aje yang aku nak tulis...Terima kasih...

~ sekian ~

daudmzakaria



Wednesday, February 12, 2025

KENDURI LAGI..

Diari DAUD : 11 FEB 2025 aku pi kenduri lagi atas jemputan jemaah masjid. Bukan orang lain pun yang jemput tapi sedara aku gak. Kalau ikut hubungan sedara, pangkat anak sedara la tu yang jemput aku tu. Macam aku cakap la sebelum ni, jika dijemput kenduri wajib datang mengikut apa yang disarankan oleh agama kita. Kalau takde aral wajib pi la....tak gitu...


Aku pi ke kenduri tu dengan MIZI setelah dia pun turut sama dijemput. Sebaik sampai jam sebelas lebih, kami terus bersalam dengan semua yang telah lebih dulu hadir di situ. Msing-masing sedang tunggu IMAM BAHARIN tiba untuk baca doa. IMAM BAHARIN ni ada jugak kaitan sedara jauh dengan aku, sedara jauh la. Itu pun aku baru tau...baru sangat lagi. Yang mengadakan majlis ni kalau ikut salasilah DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN mereka ni dari keturunan anak DPRAS yang dikenali sebagai LONG CAHAYA. Aku cuba nak semak lebih jauh tapi rasa macam letih pulak nak semak banyak sangat...hahaha...Carta di bawah keturunan DPRAS..

KETURUNAN DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Kat sini ramai yang aku kenal dan ramai jugak yang aku tak kenal. Yang lebih tua daripada aku, ramai yg tak kenal dan yang lebih muda drpd aku pun ramai tak kenal. JAMAN ni aku kenal la sebab masa aku remaja dulu pernah main badminton di gelanggang tanah belakang rumah LATIT dulu. Kenangan tu masih bermain main dalam kotak ingatan aku sampai la ni. Pandai jugak dia main. JAMAN ni sebaya abang aku. Lebih tua drpd aku 4 tahun. Memang kenal sangat la dia ni. Aku nak kenal lebih jauh lagi dorang yang ramai aku tak kenal tu, tapi waktu singkat payah jugak nak dapat infor yang lanjut. Di sini juga aku jumpa jugak LAMAH anak Abang Mat Sudi. Aku memang macam tak pernah jumpa dengan abang Mat Sudi ni sebab dia bukan duduk sangat kat kampung masa aku kecik2 dulu. Aku cuma amat kenal dengan adik beradik Mat Sudi tu iaitu Encik Izah tu. Sebab Encik Izah memang ada di kampung masa aku duduk kat kampung dulu tu. Aku pernah mengaji MUQADDAM dengan ENCIK IZAH dulu tu. ENCIK IZAH dan MAT SUDI tu sepupu aku sebab emak dia orang WAN PUTIH BEE tu kakak bapak aku. LAMAH ni sepupu DERIS dan TIMAH. WAN PUTEH BEE dan suaminya TUAN ENSOP tu datuk dan nenek dia orang. Masa di kenduri ini la baru aku tau LAMAH tu kawen dengan anak adik beradik TUAN ENSOP tu. TUAN ENSOP dan bapa mentua LAMAH tu adik beradik. LAMAH dan suaminya tu adik beradik semoyang. Baru la aku tau setelah berpuluh tahun dorang kawen...hahaha...Teruk aku ni kan, hal sedara mara pun tak tau...hahaha..Memang aku ni tak kisah tentang sedara masa dedulu kan..hahaha...apa boleh buat laaa...

Masa di kenduri keluarga JAMAN tu ramai juga sedara mara yang ada kaitan dengan aku. Kaitan yang jauh la...kalau ikutkan salasilah yang ENCIK ASRI bagi kat aku tu. Kalau aku tulis panjang2 kat sini tentu orang tak suka baca pun...kan...Orang sekarang bukan suka sangat baca benda yang panjang lebar. Nanti aku tulislah di posting aku yang lain. DAYARBI dan JUN yang aku jumpa di kenduri tu pun ada kaitan dengan aku ikut sebelah salasilah emak aku la...Nanti la lain kali aku cite...

Ok la setakat ini aku tulis, jumpa lagi.

~SEKIAN~

daudmzakaria



Sunday, February 9, 2025

HADIR KENDURI

Diari DAUD : Semalam aku hadir kenduri Bro. MU'IN di Kampung Baru, Layang2 Kanan. Dia jemput aku masa solat kat masjid. Dia kata jangan lupa bawak isteri sama....hahaha...Aku memang la kalau jemput aku, aku akan datang sendiri je. Haram makan kalau kita pi dengan isteri yang tak dijemput. Isteri tu la yang akan jadi haram makan sebab tak dijemput. Taknak aku jerumuskan isteri aku dengan dosa tanpa dijemput oleh tuan rumah. Itu pegangan aku. Kalau korang...korang punya pasal la. Ada aku kesah...hahaha...



Jadi dalam jam 11.20 pagi kami gerak la ke Kg Baru tu. Aku udah ingat2 lupa keadaan jalan masuk ke rumah Bro Mu'in tu. Jadi aku ambil keputusan untuk parking depan masjid je. Lepas tu jenuh la menapak ke dalam. Rupanya banyak ruang kosong dalam perjalanan masuk tu. Lawak betul aku ni. Sian bini aku terpaksa menapak masuk ke dalam tu. Ada sekali je aku masuk ke dalam tu. Masa tu hadir kenduri kawen anak Bro Mu'in tu la. Dah lebih setahun kut. Rasanya lepas tu tak pernah la masuk lagi. Tentu da lupa keadaan jalan masuk tu. Dah tua memang dah banyak pelupanya...hahaha..

Tiba di rumah Bro Mu'in tu terus salam ngan dia dan duduk la sama2 yg lain tunggu imam baca doa sampai di situ. Ramai yang aku kenal dan ada juga yang aku langsung tak kenal. Sebab masa aku duk kampung dulu memang jarang kuar dan tentu la ramai yang aku tak kenal bila da tua2 ni. Yang tua dan agak muda sikit yang aku kenal tu sebab aku ada juga pi masjid untuk jemaah dengan dorang. Memang ramai la jemaah yg aku kenal. Ada yang aku tak kenal dan dia pun tak kenal aku. Dan bila dia sebut nama bapak baru la aku macam boleh ingat, tapi bapak dia la...Dianya tak jugak kenal...hahaha..Sebab dia muda dari aku..Tahun baru ni ku da 65 tahun la...hahaha.. Ada yang bila aku sebut nama dan baru dia ingat kat aku. Malah ada cite2 yang bila dia cite kembali memang betul cite tu aku ingat. Jadi betul dia yg aku pernah kenal masa kecik dulu. Yang peliknya aku masih tak ingat sapa dia ni...hahaha...Apa2 pun apa yang dia cite tu memang betul la...haha...Bila imam masjid, HELMI tiba, maka mulalah majlis doa selamat tu. Selesai je terus makan. Ramai jugak la aku kenal orang kampung ni sebab aku dah lebih 3 tahun menetap di kampung ni. Ramai jugak la yg aku tak kenal, terutama yang muda2 tu. Seronok memang seronok la kat kampung ni, tapi........................................... bila malam memang gelap la...aku memang takut dengan gelap kat kampung ni...hahahahaha.....Cadang nak pi kenduri yang satu lagi tu...tapi, tak kesampaian pulak.....

Ok la nak cite sikit tentang hadir jemputan kenduri ni. Dalam khutbah dulu pun pernah khatib baca kalau tak silap. Majlis kenduri perbuatan berpahala jika dibuat dengan ikhlas. Berpahala sebab menjamu makan orang lain dan bersedekah. WAJIB hadir bila dijemput kenduri. Hukum wajib tu bergantung kepada syarat syarat tertentu.

- Orang yang menjemput kenduri tu orang Islam

- Orang yang dijemput adalah tanpa mengira kedudukan, kaya atau miskin dan yang seumpamanya.

-Jemputan dibuat secara khusus kepada individu sama ada lisan atau pun dengan kad. Kalau jemputan umum dengan gunakan poster tak wajib la.

- Perbelanjaan kenduri drpd wang yang halal. Ini susah juga nak tentukan. Sapa yang nak selidik..

- Tidak terdapat orang yang menyakiti orang yang dijemput.

- Tidak ada perkara yang mungkar dalam majlis, umpamanya arak dan seumpamanya.

- Tidak ada jemputan yang awal daripada tu. Jika ada jemputan yang awal daripada tu pi la jemputan yang lebih awal tu.

- Tidak ada keuzuran yang menghalang dia untuk hadir kenduri tu.

Dengan hadirnya kita dalam jemputan tu boleh mengeratkan silatur rahim, menambah kemesraan, memupuk sikap bantu membantu dan mengukuhkan hubungan dan seumpamanya. Kalau terima banyak jemputan, pilihlah yang awal sekali menjemput. Kalau mampu semua, maka hadirlah kesemuanya...

Aku hadir ke majlis2 macam ni kat kampung ni, untuk kenal seramai mungkin orang2 sini. Perlu aku kenal ramai sebab aku dah menetap di kampung. Lagi pun aku nak tau sapa2 yang ada pertalian keluarga dengan aku. Yang jauh2 la, yang dekat macam sepupu sepapat tu memang lama da kenal. Kalau yang tak kenal yang berada di seberang sungai. Lebih tepat lagi sebelah kiri. Aku kat sebelah kanan. Duk Layang Layang Kanan. Rasanya memang ramai yang aku tak kenal. Langsung tak kenal kut terutama yang muda2. Yang dah lama2 rasanya dah takde kut. Mereka yang lama lama tu mungkin dah jadi almarhum kut. Aku pernah pi seberang sungai tu masa aku kecik2 je. Dah dewasa dan dah tua ni, langsung tak pi. Bila tak pernah pi, bila nak kenalnya....Moga ada kesempatan untuk kenal semua...

Itu je aku nak tulis...

~ sekian ~

daud m zakaria



Saturday, February 8, 2025

Hubungkait Emak aku dengan WAN MIDAH..

Diari DAUD - Aku sebelum ni hanya tau secara umum je hubungkait keluarga antara emak aku dengan WAN MIDAH, isteri almarhum PANJANG MAHAT yang aku panggil Wak Panjang. Masa muda-muda mana kisah pun kaitan yang lebih jauh daripada tu...tak kisah pun. Tapi bila da tua ni baru nak tau lebih jauh. Rezeki la dapat jumpa Meor Ikram dan seterusnya Encik Asri yang menjelaskan berkaitan salasilah ni. Emak bapak dulu2 mana la nak jelaskan panjang2 salasilah tu. Lagi pun aku tak kisah pun tentang sedara yang jauh2 ni. Pada aku setakat adik beradik dan sepupu sepapat tu da ok la tu. Kenal setakat itu memang dah ok la dan da memadai la tu. Sebenarnya masih banyak lagi pertalian sedara yang aku masih kabur hingga sekarang. Hubungan sedara dengan ZE@Megat Nizar pun aku tak jelas sampai sekarang. Dengan MIZI memang aku dah jelas dari dulu lagi sebab aku tau ATOK dia tu abang bapak aku. Jadi sekarang ni la aku cuba cari kaitan sedara emak aku ni. Sekali lagi jutaan terima kasih kepada En. Asri.

DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Berbalik kepada cerita awal tadi iaitu hubungkait emak aku dengan WAN MIDAH. Dia orang ni berasal dari satu rumpun atau satu punca iaitu dari DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Wan Midah dan emak aku tu dari jurai anak Dato' Paduka Raja Alang Saidin yang bernama ANDAK MANDEK. ANDAK MANDEK mempunyai 4 orang anak iaitu HJH SAFIAH, HJH MARIAH, HJH ZAINAB dan UDA CAHAYA.

KETURUNAN ANDAK MANDEK

Jadi hubungan WAN MIDAH BT MAT ARAS dan emak aku RAMLAH BT PANJANG SHARIF adalah dari hubungan adik beradik anak ANDAK MANDEK iaitu HAJJAH SAFIAH dan HAJJAH MARIAH. Rajah seperti di bawah...

Hubungan adik beradik HAJJAH SAFIAH dan HAJJAH MARIAH

Dari hubungan adik beradik inilah lah wujudnya hubungan sedara antara mak aku RAMLAH PANJANG SHARIF dan WAN MIDAH BT MAT ARAS tu. Untuk lebih jelas dan lagi bersuluh sila lihat rajah di bawah ni...

Hubungkait emak aku RAMLAH PANJANG SHARIF dengan WAN MIDAH tu...

Rasanya da jelas kan. Bukan untuk aku yang memang terlalu blur berkaitan hubungkait sedara mara ni tapi dengan yang lain2 tu yang sama blur macam aku la...hahaha...ooopst!

Harapnya pencerahan ni berguna untuk aku dan keturunan lain yang berkenaan..

Sekarang ni aku masih BLUR dengan hubungkait sedara mara antara bapak aku, MONTAK ZAKARIA B BILAL TASIR dengan PANJANG MAHAT B KULOP LEMBANG yang aku panggil WAK PANJANG tu...Sapa yang boleh jelaskan...sapa?

Ok tu je aku nak tulis....

daud m zakaria



Friday, February 7, 2025

CITE SALASILAH ATOK AKU PULAK.

DIARI DAUD - Hari ni aku nak cite pulak berkenaan salasilah atok aku, yang jugak aku ingin tahu. Ini atok sebelah bapak aku la BILAL TASIR. Sebelum ni memang aku dah jumpa salasialh tu. Salasilah tu diperoleh dari Abang Leman...almarhum dah...AL FATIHAH untuk dia. AL FATIHAH dibaca. Rupanya dalam aku mencari salasilah emak aku, terjumpa pulak salasilah datuk aku yang tercatat dalam keturunan DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Jadi aku cuma combine kan kedua-dua salasilah tu. Hasilnya aku dapat lakarkan dalam RAJAH di bawah tu... Sapa2 nak nak simpan salasilah ni...silakanlah..

Rajah yang aku satukan antara salasilah DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN dan BILAL TASIR


Salasilah yang aku peroleh sebelum ini agak berbeza sikit dengan yang aku jumpa dalam salasilah keturunan DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu. Dalam salasilah tu anak BILAL TASIR iaitu MUHD MUHIDDIN tu tiada tercatat. Pandangan aku salasilah yang terdapat dalam salasilah DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu lebih tepat sebab salasilah tu mempunyai para penyelidiknya. Salasilah tu aku peroleh daripada ENCIK ASRI, menantu Mat Keda tu. Jutaan terima kasih untuknya. Aku lebih yakin dengan apa yang ada dalam catatan salasilah ni. Penyelidik amat perlu dan dia mendapatkan maklumat daripada sumber2 yang sahih. Data ni tentu diperoleh oleh penyelidik daripada sumber tulisan atau sumber yang masih hidup dan dibuat temubual.
Masa belajar dulu aku masih ingat lagi pensyarah mahu sumber rujukan sekurang-kurang 7 buah buku untuk buat sebuah kertas kerja untuk dibentangkan. Bekejar la ke perpustakaan untuk cari rujukan. Kat UKM tentu la PTSL. Cari 7 buah buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja tu. Lepas tu bacalah. Bukan baca seluruh buku pun tapi cari paragraf yang ada maklumat berkaitan tajuk kertas kerja tu. Bila dah dapat maklumat dari sebuah buku maka akan semak pulak buku yang berikutnya. Kalau baca keseluruhan setiap buah buku tu tentu tak sempat nak siap kertas kerje tu. Sebab kertas kerja subjek lain pun perlu juga kepada rujukan buku2. Kalau baca seluruh buku tentu langsung tak keluar perpustakaan pun sepanjang pengajian tu...lawak sangat la...Begitulah seterusnya ke buku yang berikutnya hingga selesai 7 buah buku. Kalau lebih 7 buah buku tak mengapa. Terutama kertas keje SEJARAH. Memang perlu rujukan dan ada nota kaki. Setiap hujah dalam kertas kerja tu mesti bersandarkan kepada sumber yang sahih seperti rujukan buku2 tertentu. Bukan sembang kosong je...atau bukan sembang KARI semata mata...hahaha....Aku dulu ambil major MEDIA dan minor SEJARAH...Sorry la agak riyak sikit...hahaha...

Keturunan Dato Paduka Alang Saidin
                                                    Keturunan Long Cahaya
Keturunan Alang Kidam

Ok la berbalik kepada cite asal...Atok aku, BILAL TASIR kawen dengan sorang keturunan dari LONG CAHAYA. LONG CAHAYA ni ialah salah sorang anak DATO PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu. Atok aku, BILAL TASIR kawin dengan ITAM RASIAH anak ALANG KIDOM anak kepada LONG CAHAYA. LONG CAHAYA ni opah kepada ITAM RASIAH la. 

LONG CAHAYA tu opah kepada ITAM RASIAH isteri atok aku BILAL TASIR tu. Nak cite sikit LONG CAHAYA tu kawin dengan HJ JAMAL atau MA FA KOK, seorang pedagang beragama Islam yang berasal dari YUNAN, CHINA. Akhirnya menetap di sini. Tu sebab keturunan emak tiri ayah aku tu putih2 macam Cina...Tak percaya cuba perhatikan keturunan dia orang semua tu...hahaha...

Akhirnya dari opah aku iaitu ITAM RASIAH BT ALANG KIDAM tu lahirlah anak anak iaitu YOP MAT AKAS (atok Mizi ni...haha..), NGAH MAT SAH, ALANG MAT SAH ( ayah abang Leman - arwah dah), UDA MAT ASA (seberang sungai), PANDAK ABDULLAH SANI (seberang sungai), MUHD MUHIDDIN ( ayah arwah Yeop Jama), PUTIH BEE isteri Tuan Ensop (opah Timah ni ) dan OMAR BAKI. Dorang semua ni putih2 dan macam muka dari YUNAN je...hahaha...oopst!

Macam aku cite tadi sebenarnya ITAM RASIAH ni emak tiri ayah aku MONTAK ZAKARIA. Ayah aku duduk dengan dia ni di Senin ni la. Pernah dengar cite, emak tiri ayah aku ni baik dengan ayah aku. Bukan macam Mak Tiri macam Siti Tanjung Perak yang selalu berlakon tu...hahaha...Emak betul ayah aku tu, ANDAK SAEJAH NGAH IBRAHIM tu duduk kat Bekor. Aku tak tau salasilah keturunan emak ayah aku, ANDAK SAEJAH tu. Aku pun tak pernah pi ke Bekor tu. Rasa nak tau memang ada la. Tapi nak dapat kat mana salasilahnya tu. Aku pun bukan kenal sangat sedara mara kat Bekor. Bukan takat tak kenal sangat tapi langsung tak kenal pun. Bapak aku pun tak pernah citekan walaupun sikit. Jadi aku dah anggap salasilah untuk opah aku di Bekor tu dah boleh dinoktahkan la. Emak ayah aku tu bini kedua kepada atok aku BILAL TASIR tu. Suka sangat orang dedulu kawen 2 kan....hahaha...Aku tak bercadang pun nak macam tu...hahaha...ooopst!

Rasanya tu je aku nak tulis...

....sekian...
                                                      daud.m.zakaria 


Tuesday, February 4, 2025

RUPANYA RAMAI SEDARA KAT KAMPUNG NI...

Diari DAUD - Aku bersara pada tahun 2019 iaitu setahun lebih awal atas pilihan sendiri. Aku dah rasa letih, jadi mohon bersara je la kan. Masa aku masih keje memang aku takde masa nak fikirkan hal SEDARA mara dan sebagainya. Lagipun bila aku dah keluar Perak sejak tahun 1983, jarang aku balik. Kalau balik  pun masa HARI RAYA je. Amat jarang sangat balik, tak de masa la fikir hal SEDARA mara ni. Itu pandangan aku masa muda la...Da tua ni lain la...

Jadi bila aku dah pencen tahun 2019 dan pindah ke kampung pada tahun 2022 lebih kurang, baru la aku amik tau sangat berkaitan keluarga dan sedara mara. Aku cuba kenal seramai mana orang kampung yg aku mampu jumpa. Antaranya dengan cara bergaul la terutama di majlis2 kenduri. Hadir kenduri bukan sebab nak makan sangat pun tapi nak jumpa sedara mara dan kenalan kat kampung ni je. Da tua2 ni mana boleh nak makan banyak2 pun.

antara kenduri yang aku baru2 pi...

Bila dah agak lama duk di kampung ni, baru la aku tau ada orang yang tau banyak salasilah keturunan aku kat kampung ni. Melalui dia la aku dikenalkan dengan sipolan yang mahir berkaitan salasilah keluarga ni. Sipolan tu ialah ENCIK ASRI ( menantu MAT KEDA ). Orang kat kat kampung amat kenal dengan Mat Keda tu. Bilal Masjid Layang tu yang kenalkan aku iaitu MEOR AKRAM ke atau IKRAM...lupa pulak dah. Aku sering berhubung melalui online je dengan ENCIK ASRI ni. Sebab nak tau keturunan aku sebelah emak aku. Nak jumpa jugak dia ni secara face to face. Tak tau la boleh jumpa atau tak sebab aku pun dah 65 tahun, macam dah nak pindah alam je...hahaha...Daripada dia ni la aku dapat banyak maklumat berkaitan keturunan aku terutama daripada sebelah emak. Aku memang tak tau langsung pun keturunan emak aku kat kampung ni. Keturunan bapak aku memang banyak la maklumat yang aku ada. Tak banyak sangat la tapi ada la jugak. Lagi pun dulu aku tak kisah pun tentang keturunan ni,  bukan ada faedah pun. Itu pandangan aku masa dulu la. Tapi la  ni memang aku cuba jugak dapatkan hal berkaitan keturunan ni. Terutamanya keturunan emak aku la.

Asal keturunan UDA SEKAK

Rupanya emak aku ni ramai sedara mara kat kampung ni. Memang dia berasal dari daerah ni pun. Jadi aku nak cerita la rumpun dari jalur keturunan emak aku ni. Aku nak amik la daripada peringkat Moyang aku UDA SEKAK. UDA SEKAK ni ada dua orang isteri iaitu NGAH TIMAH BINTI KANDA RASUL dan ANDAK PEKAN BINTI SHAMSUDIN.

Dengan NGAH TIMAH ni lahirlah anak bernama LONG ANDAK, ALANG, TEH, ANDAK SAFIAH, PANJANG HUSIN, KULOB OMAR dan MOHAMAD ALI. Daripada isterinya ANDAK PEKAN BINTI SHAMSUDIN lahirlah RAEMAH. Daripada UDA SEKAK tu opah aku lahir iaitu LONG ANDAK. LONG ANDAK tu opah aku la. Sebenarnya dari sejak kecik aku tak pernah jumpa pun opah dan atok aku sebelah emak dan dari sebelah bapak aku pun. Aku lahir memang dia orang semua dah meninggal pun. Aku memang tak pernah pun rasa ada opah dan atok pun. Daripada LONG ANDAK ni lahirlah emak aku RAMLAH BIN PANJANG SHARIF dan UCU PIAN. Ucu Pian tu adik emak aku. Tapi dalam carta ada sorang lagi. Adik aku, Limah, kata emak aku pernah cerita adik beradiknya ada 8 orang tapi meninggal masa kecik. Yang Masih hidup sampai tua dan beranak pinak ialah emak aku dan UCU PIAN je. Aku tak tau pun cerita tu. Mungkin aku tak amik tau kut masa tu. Anak lelaki memang macam tu kut, tak suka amik tau cite orang...hahaha...Aku lahir daripada emak aku la, Ramlah binti Panjang Sharif.

Daripada anak UDA SEKAK iaitu ALANG lahirlah Shaharuddin, Harun dan Azlan. Daripada Harun lahirlah Mat Puteh dan adik beradik dia. Tu sebab aku ada pertalian dengan Mat Putih iaitu adik beradik semoyang.

Daripada ANDAK SAFIAH BINTI UDA SEKAK lahirlah AMANAH, HJ GHAZALI, KHATIJAH, PUTEH ROBEAH, HJH SARAH, LAHADI dan ABDUL RAHIM. HJ GHAZALI tu bekas IMAM BESAR MASJID NEGARA dan bekas MUFTI PERAK. Boleh google untuk dapatkan maklumat berkaitan DATO; GHAZALI ni. Google kata dia lahir di Padang Tenggala. Dia telah jadi almarhum tahun 1980 an. Anak dia ialah THURAIYEEN NADRAH, DR LO'LO' dan beberapa orang lagi.  DR LO'LO' korang boleh google je. Google akan ceritakan semuanya. Dia telah jadi almarhumah. Google kata dia ni orang politik. Popular juga dia ni. Dia bekas pelajar Perubatan fakulti Perubatan UKM.

PUAN THURAIYEEN NADRAH ni pula bekas pesara UKM. Macam aku la dah bersara. Dia bersara lebih awal daripada aku sebab dia lebih senior. Dia ni pegawai A UKM di PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG UKM. Jawatan dia PUSTAKAWAN rasanya. Orang lama juga dalam UKM ni. Aku kenal dia sebab dia pegawai PUSTAKAWAN. Dia tentu tak kenal aku pun. Aku kenal dia sebab unit video aku sering buat rakaman video seluruh UKM termasuk kalau ada rakaman di PTSL tu. Jadi kami memang kenal la semua pegawai2 yang kami temui di seluruh UKM tu. Sekarang ni baru aku tau dia ada pertalian keturunan dengan aku...hahaha...kecik dunia ni kan.

Daripada anak UDA SEKAK iaitu MOHAMAD ALI  lahirlah beberapa orang anak diantaranya ialah KHOMISUN atau CUN. CUN ni sebaya aku Dan pernah sekolah rendah di Sekolah Layang2 Kanan dulu tu. Senyap orangnya, macam aku la....hahaha...Tapi da tua2 ni tentu tak senyap lagi kut...hahaha...Kenal sangat juga suaminya IBRAHIM ENDOT tu....

Daripada isteri kedua UDA SEKAK lahirlah RAEMAH. Sorang je anak daripada isteri kedua ni. Daripada RAEMAH ni lahirlah ZABEDAH. IMAM BAHARIN tu  berasal daripada jalur ini la. Jadi aku ni ada jugak la kaitan keturunan dengan IMAM BAHARIN ni. Pertalian sedara sebelah emak aku la. Sebelah bapak aku tak tau la.

INI KELUARGA UDA SEKAK dengan isteri pertama dia.

OK SEKARANG aku nak cerita pulak keturunan emak aku yang sebelah atas2 pulak. Nama emak aku RAMILAH BINTI PANJANG SHARIF. Jadi aku amik keturunan sebelah emak aku. OK, RAMLAH binti LONG ANDAK binti TIMAH binti HAJAH MARIAH binti ANDAK MANDIK binti DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang atas sekali. Paling atas tentu la NABI ADAM...hahaha..oopst!


DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN tu ada 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDIK. AKU ni dari jurai ANDAK MANDIK la.

ANDAK MANDIK ni ada 4 orang anak iaitu HAJJAH SAFIAH, HAJJAH MARIAH, HAJJAH ZAINAB dan UDA CAHAYA. Daripada HAJJAH MARIAH ni lahirlah HAJJAH TIJAH, TEH DENAH, TIMAH, MAT KOHOR, HJ ABDULLAH, HJ ABDUL RAHMAN, CU MAHYAM dan KULUB.

Daripada TIMAH ni lahirlah opah aku LONG ANDAK. Daripada opah aku LONG ANDAK ni lahirlah emak aku, RAMLAH BINTI PANJANG SHARIF dan UCU PIAN aku tu.

Apa kesannya kepada aku bila aku dah tau salasilah EMAK aku tu. Aku rasa lebih aman dan tak lagi tertanya tanya...emak aku ni asal keturunan mana....ufo ka...hahaha...opst! Sekarang ni aku masih tertanya tanya pulak keturunan DATUK aku PANJANG SHARIF tu. Aku tau dia ni orang PADANG TENGGALA. Tu je yang aku tau. Kalau ada sesapa yang tau tolong la beritau aku. Nak tau jugak ni....

Rasanya tu je yang aku nak tulis...dah takde modal lagi dah. Moga infor ini akan berguna untuk anak cucu aku pulak ye....

Akhir sekali aku nak ucapkan bukan ribuan tapi JUTAAN terima kasih kepada ENCIK ASRI iaitu menantu MAT KEDA yang memberikan salasilah keturunan ni. Banyak yang dia beritau aku. Moga dia dirahmati, diredhai dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat.....aaminnnnn...

daud.m.zakaria

SALASILAH MEGAT TERMIZI dan AKU melalui Rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN

Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis pulak kaitan aku dan MIZI@Megat Termizi Megat Adnan melalui salasilah rumpun DATUK PADUKA RAJA ALANG SAID...