Keluarga AHMAD NAZRI@E
Diari DAUD : Hari ni aku nak update blog aku ni berkaitan keluarga NAZRI@E yang merupakan peniaga runcit di Pekan Layang2 Kanan tu. Aku terfikir untuk menulis ni sebab berpunca daripada wassap ENCIK ASRI kepada aku dalam GRUP ANDAK MANDEK tempuh hari...
![]() |
wassap ENCIK ASRI |
Terjentik dengan wasap ENCIK ASRI ni, aku pun mula la cari maklumat berkaitan NAZRI@E ni serta kaitannya dengan AKU. Mula2nya aku akan jelaskan salasialah NAZRI@E ni. Sebelum ni aku ada buat video berkaitan SAMBUTAN MAAL HIJRAH di MASJID AL ATTAR tu. Masa visual NAZRI ni, aku beri caption ' tak tau dari jalur mana..' Boleh rujuk video di bawah ni...
Oleh itu disebabkan mendapat idea wassap daripada ENCIK ASRI tu, aku pun nak tulis la berkaitan salasilah NAZRI@E ni. EN. ASRI juga share video MAJLIS PERKAHWINAN anak NAZRI@E di GRUP ANDAK MANDEK. Di bawah ni aku letakkan video perkahwinan tersebut di bawah ni...
Majlis perkahwinan anak NAZRI@E.
YEOP AHMAD ni mempunyai beberapa orang anak iaitu JAMAIYAH, NYAH, MD SABRI, ZAHADI, WAH PUTIH, NUR dan ABU HUDA SHARIF. Daripada anaknya yang bernama NYAH ni lah lahirnya AHMAD NAZRI@E ni...NYAH ni merupakan ibu kepada NAZRI@E ni...WAK HA tu ayahnya....
daudzakaria
NAZRI@E ni juga berasal dari rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Macam aku jugak la. Salasilah kami berasal dari anak DPR ALANG SAIDIN yang bernama ANDAK MANDEK. Rujuk rajah di bawah tu...
Sebagaimana yang sering aku jelaskan dalam tulisan2 aku sebelum ni, DPR ALANG SAIDIN mempunyai 3 orang anak iaitu LONG CAHAYA, DATO' PADUKA RAJA PANDAK ABDUL RAHMAN dan ANDAK MANDEK. NAZRI dan AKU ni bermula dari jalur yang sama iaitu ANDAK MANDEK.
ANDAK MANDEK mempunyai beberapa orang anak. Rujuk rajah di atas tu. Anak2 ANDAK MANDEK ialah HAJJAH SAFIAH, HAJJAH MARIAH, HAJJAH ZAINAB dan UDA CAHAYA. Anak ANDAK MANDEK yang bernama HAJJAH MARIAH tu merupakan punca yang terdekat bagi salasilah keluarga NAZRI@E dan keluarga AKU. HAJJAH MARIAH tu punca yang sama keluarga NAZRI@E dan AKU. Rujuk rajah di bawah tu...
HAJJAH MARIAH punyai beberapa orang anak iaitu HAJI ABDUL RAHMAN, HJ ABDULLAH, MAT KOHOR, TIMAH, KULUP, CU MAHAYAM, HAJJAH TIJAH dan TEH DENAH. Daripada rajah yang bertanda di atas tu, kelihatan keluarga NAZRI@E berasal daripada anak HAJJAH MARIAH yang bernama HJ ABDUL RAHMAN sementara AKU bermula dari anak HAJJAH MARIAH yang bernama TIMAH.
Maknanya di sini NAZRI@E dan AKU sedara BERATUR MOYANG...tak gitu. Moyang NAZRI@E ialah HAJI ABDUL RAHMAN sementara moyang aku ialah TIMAH. Kedua dua mereka adalah adik beradik. Moyang AKU iaitu TIMAH berkahwin dengan UDA SEKAK BIN IMAM RUSTAM.
Oopst! berbalik kepada cite NAZRI tu...HJ ABDUL RAHMAN iaitu moyang NAZRI berkahwin dengan HALIMAH ABDUL RAUF dan mempunyai sorang anak saja iaitu YEOP AHMAD.
YEOP AHMAD ni mempunyai beberapa orang anak iaitu JAMAIYAH, NYAH, MD SABRI, ZAHADI, WAH PUTIH, NUR dan ABU HUDA SHARIF. Daripada anaknya yang bernama NYAH ni lah lahirnya AHMAD NAZRI@E ni...NYAH ni merupakan ibu kepada NAZRI@E ni...WAK HA tu ayahnya....
Kaitan NAZRI@E dengan AKU ni...rujuk la rajah di bawah tu...Rasanya itu lebih jelas lagi...
Melalui rajah di atas tu, keluarga NAZRI dan keluarga AKU tu berasal daripada jalur ANDAK MANDEK. Keluarga NAZRI daripada anak ANDAK MANDEK yang bernama HAJJAH MARIAH. Dari HAJJAH MARIAH lahirlah HAJI ABDUL RAHMAN. HAJI ABDUL RAHMAN mempunyai anak tunggal iaitu YEOP AHMAD. YEOP AHMAD punyai beberapa orang anak. Anaknya yang bernama NYAH yang melahirkan NAZRI@E dan adik beradiknya.
Aku juga bermula daripada anak ANDAK MANDEK yang bernama HAJJAH MARIAH juga. Anak HAJJAH MARIAH yang bernama TIMAH yang menjurus kepada kewujudan keluarga aku. HAJI ABDUL RAHMAN dan TIMAH tu adik beradik. HAJI ABDUL RAHMAN tu MOYANG Nazri@E. TIMAH tu pula MOYANG aku. Kami ni sedara beratur moyang.
TUAN GURU YEOP AHMAD tu atuk NAZRI. LONG ANDAK tu opah aku.
TUAN GURU YEOP AHMAD tu selalu mengajar di surau lama dekat Kg Lalang tu. Kampung aku tu juga dulu popular dengan nama kampung lalang. Sekarang dah tak dengar lagi sebutan macam tu...Kecik je surau tu. Surau lama. TUAN GURU YEOP AHMAD tu ngajar kat situ la dan di surau2 lain di sekitar. Emak aku pun ada ikuti kelas agama tu dulu2. Aku masih ingat tu. Aku kecik je masa tu. TUAN GURU YEOP AHMAD tu badan dia gempal-gempal jugak rasanya.
Aku masukkan juga jalur DATO' ISHAK@HAMIDUN yang merupakan PENAUNG RUMPUN DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN yang juga dari jalur ANDAK MANDEK.
Aku masukkan juga keluarga HARISON@CUN yang berasal dari jalur ini juga. CUN ni sebaya aku dan bersekolah di SEKOLAH KEB. LAYANG2 KANAN, puluh tahun dulu. Ayah CUN iaitu MOHD ALI, aku panggil TOK MAD ALI dulu tu. Masa tu tak ambil kisah pun pertalian sedara ni. Emak suruh panggil TOK....panggil je la...Masa da tua2 ni baru nak cari sedara...masa sebelum bersara aku tak kisah pun sedara mara ni. Pada aku..ada sedara, takde sedara macam sama je...Da tua tua ni baru teringin nak kenal sedara mara dan mencari salasilah keturunan...Dah bersara ni juga baru la nak cari salasilah sebab aku tak tau langsung pun berkaitan salasilah EMAK aku. Aku ingatkan emak aku macam dari UFO...hahaha...oopst!.....Itu la puncanya aku kenal dengan ENCIK ASRI sebab nak tau berkaitan salasilah emak aku. Aku kenal ENCIK ASRI ni melalui MEOR AKRAM...terima kasih jugak kat MEOR AKRAM tu...
Melalui rajah kat atas tu...HARISON@CUN tu level EMAK SEDARA aku la kan...nak panggil MAK CIK ke gamaknya...haha...Sekarang ni bila aku dah tau EMAK aku memang asalnya orang sekitar LAYANG-LAYANG KANAN...aku rasa senang hati sikit...Pasti EMAK aku bukan lagi dari UFO...Emak aku hanya ada dua beradik je hidup sampai usia tua....Emak aku dan adiknya SOPIAN...Kedua dua mereka sudah menjadi almarhum...AL FATIHAH dibaca untuk mereka...
Kalau kita lihat jumlah ahli keluarga rumpun DPR ALANG SAIDIN tentu ramai sangat kan. Mereka semua berada hampir di mana mana je. Kalau kita ziarah semua keluarga tentu puluh tahun baru selesai...
Untuk makluman kalian, aku peroleh informasi berkaitan salasilah DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni daripada ENCIK ASRI iaitu menantu MAD SUKI@MAD KEDA. Seluruh maklumat ni aku peroleh dari ENCIK ASRI ni. Kalau kalian nak tau berkaitan rumpun DATO' PADUKA RAJA ALANG SAIDIN ni, hubungilah dia...Terima kasih banyak2 ENCIK ASRI
atas semua maklumat berkaitan salasilah ni...
Rasanya itu je yang aku nak tulis...sekian.