Hari ni JUMAAT, 2 JAN. 2026- Rasanya macam dah lama aku tak buat coretan kat Blog aku ni. Jadi hari ni aku nak tulis sikit la untuk tatapan sapa sapa yang rasa nak baca catatan aku ni. Nak tulis berkaitan perkara harian macam takde apa yang yang nak ditulis. Hari2 sama je je...makan, tido, makan, tido...tu je la.
Aku sebenarnya dah menetap kat kampung aku ni lebih kurang 3 atau 4 tahun kut. Kat kampung ni taklah sama macam di BANGI tu. BANGI tu pinggir bandar kan.... Di sini dah namanya kampung tentu la macam kampung kampung lain di mana mana pun. Sunyi, gelap, semak, dan sebagainya. Nak pi pekan pun agak jauh jugak. Kalau kat BANGI tu semuanya macam sebelah rumah je. Terang benderang waktu malam. Hidup sini macam hidup di kampung la. Sapa yang pernah ada kampung tentu lebih tau kan. Aku duk sini rasa aman je. Cuma malam tu agak gelap la jugak. Aku jarang kuar malam...serammmm...
Disember 2025 yang lalu aku berada di BANGI lebih kurang 4 hari. Aku dan keluarga pi BANGI tu sebab hadiri majlis perkahwinan anak buah isteri aku. Aku tak memandu sendiri pun. Aku tumpang anak aku. Aku macam dah tak larat nak mandu jauh2. Sakit2 badan la walaupun duk sebagai penumpang je pun. Faktor usia la kut. Bukan la tua sangat pun...66 tahun je taun ni...Da tua sangat ke..Bagi aku atas 70 taun dah tua la tu. Kami gerak ke Bangi petang Jumaat tu. Sampai sana waktu malam. Sakit2 badan duk dalam kete dengan perjalanan lebih kurang 5 jam. Melalui WCE. Lebuhraya WCE ni macam putus putus je...mugkin sebab tak siap lagi kut. Jem pun macam banyak je malam tu...
Esoknya 6 Disember 2025 kami pi terus ke Putrajaya untuk hadir majlis kawen anak sedara isteri aku tu. Anak kakak ipar aku. Cadang nak buat rakaman video majlis nikah anak sedara bini aku tu tapi kami sampai lewat sikit. Jadi takde la footage nikah tu. Namun dapat la juga rakam majlis tersebut hingga kami balik. Jumpa la ramai sedara mara bini aku kat majlis tu..Sapa yang nak tonton...silakanlah. Aku rakam dengan handphone buruk aku tu je....Aku sunting video tu dalam 2 versi iaitu satu pendek dan satu lagi panjang...Tonton la...Sapa2 yang nak kawen tu boleh la tonton sebagai contoh...hahaha...
Hari ISNIN, 8 Disember 2025, aku pi ke UKM untuk jumpa kawan2 lama aku kat sana tu. Tiba di cawangan PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM di Bangunan Penerbit UKM tu...terus aku masuk..macam la pejabat sendiri...hahaha..Jumpa la aku dengan SURAYA, ANIM, SHAHRUL dan JASRIL. Aku juga jumpa la staf baru kat situ. Sembang panjang la kami. Kemudian dorang ajak pi munum di PUSANIKA. Di PUSANIKA kami sembang la lagi...Macam2 la sembangnya, maklum la lama tak jumpa. Kalau tak silap lepas pencen 2019( pencen pilihan hati...pencen betulnya 2020) aku tak pi lagi ke opis tempat aku keje tu...rasanya la...Lebih kurang 5 atau 6 tahun la aku tak jengah ke situ. Lepas minum balik semula ke opis dan sembang lagi. Masa ni aku jumpa encik MAT NOR dan WAFIY...MIZA..Boleh pulak aku tak ingat nama si WAFIY ni, masa mula jumpa dia kat situ..hahaha...Nampak sangat aku dah terlalu tua kut. Langsung tak ingat nama dia ni. Padahal masa dorang kat printing di tingkat bawah tu aku selalu je turun ke bawah ke bahagian dorang tu...Soalan yang paling mega masa sembang dengan CIK MAT NOR ialah NAPE AKU UNFRIEND dia kat FB aku...hahaha...
Ni foto aku dengan dorang la ni...depan sekali en. mat nor, miza, aku, shahrul, siti suraya, asmahanim dan jasril.
Lebih kurang pukul 2.00 petang anak aku dan isteri aku jemput aku. Aku datang ke UKM tu, anak aku yang hantar. Bengang sikit bini aku sebab janjinya jumpa rakan pejabat sekejap je..haha..Rupanya lama giler aku kat situ...hahaha...Apa boleh buat la.....Tak boleh janji masa, kalau rancang nak jumpa kawan lama ni. Tentu makan masa lama punya...sebab bertaun taun lamanya tak jumpa...Kat bawah ni video yg aku sunting sikit...sikit sangat je pun...Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dunia dan akhirat...Moga dapat jumpa lagi di masa akan datang...itu pun kalau keluarga aku belum dapat UCAPAN SALAM TAKZIAH...hahaha...
Sebelum tu hari, AHAD...aku dan keluarga pi ziarah abang ipar aku di JENDERAM. Aku ada rakam video sikit tapi ada masalah rakaman dan tak dapat la aku nak edit. Moga abang ipar aku tu sihat selalu. Aku dan keluarga juga ziarah rumah kakak ipar aku di KG ABU BAKAR BAGINDA. Puteri dia orang yang kawen hari Sabtu tu. Aku rakam juga sikit video di rumah dorang. Visual ada masalah. Jadi takde la video berkaitan mereka tu. Apa2 pun aku berdoa moga mereka semua sentiasa dalah rahmat ALLAH SWT.
Sebelum balik PERAK pada hari RABU, aku sempat pi SEREMBAN untuk uruskan sesuatu. Kami jugak sempat pi ke Nilai 3 tu. Lama tak pi ke tempat tu setelah pindah ke Perak. Kalau takde aral akan pi lagi ke BANGI lepas RAYA untuk urus hal tertentu. Lepas tu tak tau bila lagi untuk jengah BANGI lagi........
Bini aku [tudung hitam] bersama adik beradik dia. Ni kat rumah abang ipar aku di JENDERAM.
Dalam bulan Disember 2025 ada beberapa video yang aku rakam. Aku jugak ada buat rakaman video program kat kampung aku. Buat rakaman secara SUKARELA je...khidmat masyarakat je pun...Sapa2 yang perlu khidmat rakaman aku je la..Kat dalam kampung aku je pun. Jauh2 tak larat la aku.. Antaranya ialah rakaman program aktiviti KELAS BINA INSAN di masjid Layang Kanan. Masjid kat kampung yang aku tinggal sekarang ni. Isteri aku memang suka campur masyarakat keliling. Jadi aku benarkan la dia campur masyarakat kampung aku tu. Masa di Bangi dulu memang dia campur semua program pompuan kat sana tu termasuk aktiviti surau kat sana. Aku pula lebih suka duduk dalam rumah je. Tak minat aku campur masyarakat...apatah lagi masa aku masih belum bersara. Memang aku tak campur orang pun sebab letih bekerja siang malam. Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia tu kalau terlibat dengan MEDIA mesti keje siang malam punya...Tentu la letih sangat. Jadi bila hari cuti tentu rehat dan merap kat rumah je la. Korang tak caya...cuba la tanya rakan media aku kat sana tu...
Jadi di kampung ni aku benarkan isteri aku campur dengan masyarakat. Campur dengan sapa je pun tak kira dorang sapa sekali pun....asalkan mengucap dua kaliamah syahadah. Cuma jangan buat perkara mungkar sebab umur dah ujung2 ni....Takkan nak mati dalam keadaan SUUL KHOTIMAH kan...Aku taknak dia stress duduk kat rumah macam tabiat aku ni...hahaha...Aku tak stress pun kalau tak kuar rumah walaupun berbulan...hahaha...Tapi kalau tak kuar lama, sapa pulak nak pi pasar bagai...kan...Kalau ikut kehendak aku, tentu aku kurung isteri aku dalam rumah sampai bila2...hahaha...Tapi macam aku kata...aku taknak dia stress...tu sebab aku biarkan dia campur masyarakat sekitar sini...Kita jangan jadi suami yang bersikap DIKTATOR...beri ruang untuk isteri bersosial, yang tak menjurus kepada perkara MUNGKAR...
Tapi masa aku kat kampung ni aku juga kena la campur masyarakat sebab aku dah niat nak menetap sampai sudah kat kampung ni. Aku campur semua....tak kira sapa...Tak perlu pun aku nak hadkan pergaulan aku dengan sapa2 pun. Dah umur hujung hujung...aku campur je semua...Asalkan bukan dalam perkara yang mungkar. Kalau tak campur orang tentu orang pun tak kenal kita. Mana tau kalau aku mati tentu ada orang yg mendoakan sebab mereka kenal aku. Kalau tak kenal aku, macam mana mereka nak doakan yang baik2...Tak gitu...Tentu setakat ucapan ..Innalillahi...saja..Kalau dorang kenal baik dengan aku tentu dorang akan doakan yang baik baik je bila kita dah sampai ajal...tak gitu...Yang penting jangan sombong dan jangan bongkak...tak gitu...Kita ni bukan sapa2 pun di atas muka bumi ni. Jangan kita hanya mendongak ke langit. Di sisi ALLAH SWT nilai dunia ni tak seberapa pun. ' Sekiranya dunia ini bernilai di sisi ALAH SWT, walaupun hanya sebelah sayap nyamuk, nescaya ALLAH SWT tidak akan memberi orang kafir minum seteguk air pun daripadanya'. Dunia ni disisi Allah swt sekelumit nilainya...Jadi kita tak perlulah bangga sangat dengan apa yang kita ada di muka bumi ni. Dunia ni sementara dan sekejap je...ALAM BARZAH tu lebih panjang daripada usia kita di atas muka bumi ni. Itu baru ALAM BARZAH..belum lagi masuk ALAM AKHIRAT...
Di bawah ni rakaman salah satu aktiviti di kampung yang aku rakam....Video yang lain2 tu..korang boleh la pi ke chanel youtube aku tu...
https://www.youtube.com/@daud.zakaria/videos
Jadi di kampung ni aku akan hadiri apa apa jer majlis...majlis doa selamat, perkahwinan dan sebagainya...kalau dijemput....Kalau tak dijemput takkan aku nak hadir...Haram makan kalau tak dijemput. Jadi dalam masa yang sama aku rakam la sedikit video...lalu disunting dan di upload ke chanel youtube aku...Macam tu la hidup aku kat kampung buat masa ni.
Pada 20 Disember 2025 aku buat rakaman majlis perkahwinan anak USTAZAH ZURAIDA. ZURAIDA ni sepupu aku. Emak aku dan bapak dia tu adik beradik. Emak aku dan bapak dia 2 beradik je. Kami ni dari jalur keturunan ANDAK MANDEK...Aku buat rakaman masa AKAD NIKAH dan majlis kenduri. Akad Nikah dilakukan oleh USTAZ ZAMRI. Cadang aku nak rakam majlis KHATAM AL QURAN waktu malamnya. Tapi...seram nak kuar malam. Ada kata pernah jumpa pocong la dan lain2...Aku tak pernah pulak jumpa kat kampung ni...SEBAB....aku tak kuar malam...hahaha...Bulan RAMADAN je kuar malam untuk solat TARAWIKH di masjid...
Rakaman video yang terbaru aku ialah pada 28 Disember 2025 yang lalu iaitu majlis perkahwinan anak CIKGU MAIMUNAH di GELUNG PEPUYU. Aku dan emak Cikgu Maimunah tu sepupu sebab bapak aku dan atok Cikgu Maimunah tu adik beradik. Aku buat video tu dua versi iaitu versi pendek dan panjang. Versi pendek ada sesi temu bual. Temubual tu dorang rakam sendiri dan aku cuma masukkan saja ke dalam video yang aku dah edit. Aku guna jugak footage yang dorang rakam untuk diselitkan dalam suntingan video aku tu. Harap dorang puas hati la kan. Rakaman aku pun dengan HP buruk aku je...hahaha...
Selain tu aku juga rakam benda2 lain yang ada di kampung ni. Antaranya tanah runtuh di TANAH PERKUBURAN ISLAM Kg Senin, Layang Layang Kanan...Saja je aku masukkan muzik seram dan kelamkan sikit visualnya...hahaha...Kalau ada benda benda lain yang boleh aku 'highlight' kan kat kampung ni...tentu je aku akan rakam dan upload ke channel youtube aku ni....Itu pun kalau aku tau dan kalau aku diminta buatkan videonya, Kalau perlu temubual aku akan temubual untuk dapatkan maklumat dan fakta untuk diberitau pada umum. Jangan korang jual mahal pulak bila nak di temubual...Dunia sekarang dunia hujung jari kan...Kita kena bukak minda kita luas luas...hahaha...ewah..
Itulah aktiviti aku kat kampung demi untuk memenuhi masa lapang aku supaya tak bosan sangat. Aku memang tak punya alat alat khas untuk rakaman video tu...guna HP buruk aku je. Masa keje dulu lain la..satu satu alat pun puluh ribu regenya. Satu kamera MCP pun ratus ribu..Lagi pun aku bukan nak cari makan dengan aktiviti rakaman kat kampung ni..Cukup la dengan handphone tu...Sekurang kurangnya ada jugak la aktiviti khidmat masyarakat aku kat kampung ni...
Rasanya itu je yang aku nak coretkankan...Moga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH SWT dunia dan akhirat...