Saturday, May 16, 2026

Perginya Sorang Rakan

Diari DAUD : Hari ni aku ingin buat satu catatan yang tak panjang sangat kut. Pada hari RABU, 13 Mei 2026, rakan dan sedara aku HAJI IDRIS UDA SAIDI telah meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia di BANDAR SERI ISKANDAR, PERAK waktu sebelum Subuh. Aku sempat membuat rakaman video semasa pengkebumian dia di Kampung Senin iaitu kampung lokasi tempat aku tinggal sekarang ni. Video aku letakkan link di bawah.


Dia ni bukan saja rakan tapi jugak sedara aku. Aku dan emaknya adalah sepupu. Bapak aku dan opahnya iaitu WAN PUTEH BEE adalah adik beradik berlainan emak.
Berbalik kepada cerita tadi. Aku dah kenal lama DERIS ni sejak aku kanak kanak dan remaja lagi. Masa aku mengaji MUQADDAM dengan emaknya dulu2 aku memang selalu jumpa dia ni. Masa tu dia memang kanak kanak sangat lagi. Dia muda daripada aku 5 tahun. Masa aku mengaji dengan emak dia, selalu dengar celoteh kanak kanak dia masa tu. Seronok dengar celoteh dia. Dia memang banyak cakap masa kecik2 dulu. Dia juga banyak hafal surah2 lazim walaupun kanak2 kecik. Memang dia ni kuat ingatan masa kecik. Mungkin agak pintar jugak la.
Masa aku dalam lingkungan umur antara periksa LCE dan MCE, aku selalu lepak lepas Maghrib di tepi jalan rumah LATIT. Di situ la kami sembang dengan bersama rakan2. Macam2 la sembang kanak dan kemaja. Aku memang keluar waktu malam. Waktu siang memang aku gunakan untuk belajar dan buat keje sekolah. Tak pandai mana pun...Tapi ALHAMDULILLAH, Allah bagi pandai sikit je...hahaha...Lepas Maghrib baru aku keluar dan sembang tepi jalan tu sampai hampir tengah malam. Hampir tengah malam barulah balik rumah dalam gelap gelita tu. Masa dulu memang gelap pun. Rakan2 yang aku selalu sembang situ ialah Ze, Mizi, Latit, Deris dan...rasanya itu je kut sebab aku memang tak ramai rakan2 kat kampung ni. Rakan aku memang sikit sangat pun. ZE dan MIZI tak lama pun sembang kat situ. MIZI sebab emak dan adik pompuannya ada kat rumah. Dia kena balik cepat lepas kuar dari surau lepas solat jemaah ISYAK. ZE tak pasti sebab apa, mungkin memang tak kuar sampai tengah malam kut. Jarang dorang lepak situ sampai tengah malam. DERIS pun tak lama lepak situ sebab mungkin dia kena balik cepat waktu malam. Akhirnya yang tinggal situ aku dan LATIT je la. Kadang2 kalau cuti sekolah lepas sembang aku pi rumah LATIT, tonton tv dan tido kat rumanya. Selalunya aku balik tengah malam buta tu jugak. Masa tu langsung tak takut pun. Tapi sepanjang duk kat kampung masa tu, sekali pun tak pernah jumpa HANTU. Sekarang da tua2 ni memang seram untuk kuar waktu malam.
Masa aku belajar kat POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH, masa cuti atau ada masa terluang aku akan jumpa DERIS di Ipoh dan adakalanya aku sama2 bermalam dengan dorang di rumah DERIS di Kg. Sungai Tapah Tambahan. Dorang ada tanah lot di situ. Masa tu rumahnya simple je. Rumah papan. Masa tu tahun 1980 - 1983 lebih kurang la. Aku pun dah lupa sangat. Aku selalu la lepak situ bila ada masa hingga la aku tamat belajar kat Poli tu. Masa tu Arwah MAT CIKGU SEHAK pun ada lepak sama. DERIS dan MAT memang duk dan bekerja di Ipoh masa tu. Aku pun dah lupa apa keje dorang kat Ipoh tu. Mugkin keje sementara kat pam minyak kut.
Masa aku dah berhijrah ke BANGI, SELANGOR tahun 1983 aku jarang dah jumpa DERIS ni. Masa aku dah berhijrah ke Bangi, DERIS ada hantar berita mengatakan MAT CIKGU SEHAK dah meninggal dunia. Masa tu dia hantar berita melalui surat bersetem. Mana ada wassap2 masa tu. Zaman analog la masa tu...hahaha...
Kemudian aku dengar DERIS masuk POLITEKNIK IPOH. Tak tau kursus apa. Aku dulu amik Kejuruteraan Elektrik. Kemudian aku dengar dia ambil kos kat Kementerian Kesihatan. Dia keje di farmasi klinik Kesihatan. Ada sekali dia datang jumpa aku masa aku keje di UKM. Aku dah lupa tahun bila. Masa tu dia cerita ada urusan di sana tu. Masa tu dia dah pi HAJI dah dia kata. muda lagi dia da pi Haji. Lepas daripada tu kami terputus hubungan. Dua kali aku jumpa dia bila aku dah ada di kampung ni. Kali pertama dia datang jumpa aku waktu awal pindah kampung. Kali kedua jumpa dia masa anak TIMAH kawin. Dan yang paling akhir aku jumpa ialah masa dia diturunkan ke dalam liang lahat. Moga dia bahagia di sisi ALLAH SWT.
DERIS ni pangkat anak sedara aku sebab emaknya ENCIK IZAH tu sepupu aku. Bapak aku dan opah dia, WAN PUTIH BEE tu adik beradik, emak lain2. Suami WAN PUTEH BEE tu ialah TUAN ENSOP. 

Rujuk rajah di atas. Rajah di atas ialah keturunan sebelah bapak aku. Bapak aku MONTAK ZAKARIA dan opah HJ IDRIS tu iaitu PUTEH BEE adalah adik beradik tapi emak lain lain. Bapak aku lahir dari isteri kedua atok aku BILAL TASIR BIN PANJANG KOHOR. Nama emak kepada bapak aku ialah ANDAK SAEJAH BT NGAH IBRAHIM. Emak kepada opah HJ IDRIS ialah ITAM RASIAH. 
Cuba lihat rajah di bawah pulak.


Ini rajah dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN. Ini salasilah keturunan EMAK aku, RAMLAH BINTI PANJANG SHARIF.
Isteri PERTAMA Atok aku, BILAL TASIR ialah ITAM RASIAH. Dari ITAM RASIAH ni lahir opah HJ IDRIS iaitu PUTEH BEE. Dari PUTEH BEE tu lahirnya AZIZAH BT ENSOP. ITAM RASIAH tu dari jalur LONG CAHAYA iaitu anak DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN.
Dari isteri kedua Atok aku BILAL TASIR, lahirnya bapak aku MONTAK ZAKARIA. Emak kepada bapak aku ialah ANDAK SAEJAH BT NGAH IBRAHIM. Dari Montak Zakaria lahirnya aku. Jadi aku dan AZIZAH BT ENSOP tu adalah SEPUPU. Jadi HJ IDRIS tu pangkat ANAK SEDARA aku la. Itu kalau ikut keturunan BAPAK aku. Kalau ikut keturunan EMAK aku. Aku dan HJ IDRIS tu generasi ke-7 dari keturunan DATUK PADUKA RAJA ALANG SAIDIN...
Gitu le ceritanyaaaaaa........

Moga ALLAH SWT ampunkan segala dosa HJ IDRIS BIN UDA SAIDI...aaminnnn....

Sekian...

daud.montak.zakaria





No comments:

Post a Comment

Perginya Sorang Rakan

Diari DAUD : Hari ni aku ingin buat satu catatan yang tak panjang sangat kut. Pada hari RABU, 13 Mei 2026, rakan dan sedara aku HAJI IDRIS U...