DAUD DIARI - Hari ni aku nak coret sikit berkaitan RAMADAN dan SYAWAL aku sat. Dalam bulan Ramadan aktiviti aku cuma puasa je la. Orang pencen kan...Boleh tahan jugak puasa tahun ni sebab cuaca agak panas. Apa2 pun berjaya jugak la habiskan puasa hingga selesai. Ini bukan nak riyak pun...nak riyak pekebenda memang kita orang ISLAM wajib berpuasa dalam bulan Ramadan hingga kita mati. Kalau tak puasa siap la nanti bila dah mati. Kat dalam kubur lagi kita da kena. Orang yang tak kuat iman je yang akan tinggalkan kewajiban puasa ni.
Dalam bulan puasa ni aku galak gak buat video berkaitan IFTAR. Ada yang minta aku rakamkan majlis iftar dorang di surau. Maksud aku di SURAU KG SENIN je la. Dorang suh aku rakam...aku rakam je la..Aku tak amik bayaran pun. Niat aku cuma nak ceriakan dorang je. Aku tak kenakan bayaran pun. Free je...Ada jugak yang hulurkan wang...aku memang tolak pun. Aku terpaksa terima juga sebab ada yang kata dah niat untuk beri..Nak taknak aku terima jugak la. Namun apa2 pun aku tetap tak kenakan 'charge' pada sapa2 pun....Di bawah ni aku paparkan salah satu video yang aku rakam tu...
Video video yang lain tu korang boleh tonton di channel YOUTUBE aku di link di bawah...
https://www.youtube.com/@daud.zakaria/videos
atau DI SINI
Begitu la aktiviti aku bulan Ramadan tu. Kalau aku diminta untuk buat rakaman video aku akan turut berbuka sama2 dengan dorang tu..Aku jugak pi awal ke surau tu untuk rakam penyediaan makanan dan jugak majlis tahlil sebelum majlis berbuka tu...
Kalau tak buat rakaman aku dan isteri akan pi terawikh di MASJID Layang-Layang Kanan. Bulan pose ni berani la aku kuar memalam sebab pi dengan isteri. Lagi pun bulan pose ni macam tak seram pulak bila berada di luar rumah waktu malam...hahaha...
Sekarang aku nak cite pulak bila dah masuk bulan SYAWAL...bulan raye la tu. Biasanya pagi raye tu tentulah pi solat HARI RAYA di masjid. Aku pi dengan isteri dan anak aku serta adik ipar aku. Kali ni anak2 yang lain beraya di rumah mentua masing-masing. Kita perlu pi solat Raye ni sebab sunat yang dituntut untuk dilaksanakan, Sunat Muakkad. Nabi saw tak pernah tinggalkan solat ni. Rugi kalau sengaja ditinggalkan. Tambah pulak macam usia aku ni, yangmana bila2 masa je akan masuk kubur...
Selesai je solat, dengan kemahuan sendiri aku pi buat rakaman video jamuan Hari Raya masjid tu. Biasa la aku, aku rakam je apa yang sedang berlangsung tu. Aku tak makan pun sebab aku dah makan kat rumah sebelum gerak ke masjid. Korang tonton la video yang ada kat atas tu. Kata kata daripada IMAM BAHARIN tu tak berapa jelas sebab aku lupa nak bawak mikrofon. Jadi suara Imam Baharin tu bercampur la dengan sembang2 orang2 kat situ.
Selesai jamuan, kami balik ke rumah. Kami terus beraya di rumah adik aku di sebelah rumah. Biasanya memang bila raye je rumah ni la yang mula2 singgah sebab berada di sebelah rumah je..Aku ada buat sikit rakaman kat sini dan rumah2 jiran2 yang lain tapi 'footage' nya entah hilang ke mana...Maknanya tiada la video aku beraya di kampung aku sendiri. Angah anak Berahin pun ada beraya di sini.
Kemudian kami pi beraya di rumah AIDA sepupu aku. Agak lama jugak kat sini. Kemudian aku pi beraya di rumah sepupu aku Latit. Plan nya aku dan keluarga Limah nak beraya di sini. Atas sebab kesilapan teknikal keluarga aku je yang beraya di sini. Kemudian aku pi ke rumah anak kepada sepupu aku, YUS. Cadang nak pi beraya ke rumah sepupu yang lain tapi dah masuk waktu ZOHOR. Kami terus je balik ke rumah. Banyak jugak rumah yang aku tak pi beraya kat kampung aku tu. Takpe la mungkin beraya di tahun depan pulak kalau aku panjang umur. Lagi pun da tua tua ni macam malas dah nak beraya kat rumah orang lain. Dah letih. Aku dah rasa macam bapak bapak kita dulu2. Dorang bila dah tua tua, terima tetamu je datang ke rumah dorang...kan...
Aku tak beraya kat rumah lain2 tu bukan sebab putuskan silatur rahim...tapi sebab macam dah malas nak pi banyak2 rumah. Putuskan silatur rahim ni, kalau kita jauhkan diri sebab kita benci atau tak suka. Aku takde pun perasaan tu. Aku masih ingat lagi...'tak masuk syurga kalau putuskan hubungan silatur rahim..' Umur kita dah sampai hujung2 ni berhentikanlah sikap2 yang boleh putuskan silatur rahim. Tak berbaloi pun jika kita fikirkan azab Allah swt, bila kita dah mati nanti. Apa2 nikmat yang kita ada dan kita anggap dah BESAR sangat la...kat atas muka bumi ni...langsung tiada tandingannya dengan NIKMAT yang Allah swt sediakan di akhirat nanti. Ingatlah selalu...NERAKA TU PANAS GILER.....Usah buat keje bodoh, putuskan silatur rahim ni....
Hari Raya Kedua...macam biasalah...setiap tahun akan pi ke kampung kelahiran isteri aku di Sauk, Kuala Kangsar. Bergerak pagi dan lebih kurang tengah hari sampai ke Sauk tu. Makan masa lebih kurang sejam. Sebaik tiba terus je ke rumah Kak Hawa yang kebetulan baru nak mula majlis bacaan doa selamat di bawah khemah di halaman rumah. Sebaik selesai doa selamat...tentu la makan makan raye kan. Lama jugak la kat situ. Ramai sedara mara kat situ. Makan makan sambil sembang sembang...
Sebaik selesai kami bertandang pulak ke rumah Kak Siah. Makan makan dan sembang2 kat situ. Keluarga Kak Saba juga turut berada di situ. Ramai jugak ahli keluarga Kak Saba ada bersama. Oleh kerana keluarga Kak Saba dah sama sama berada di situ maka kami taklah jadi bertandang ke rumah Kak Saba yang tak berapa jauh daripada situ. Sebab semuanya dah ada di situ.
Di Sauk tu ada 3 buah rumah kakak kakak isteri aku yang ada di situ. Memang setiap tahun bila sambutan hari raya kami akan ke sana. Biasanya Hari Raya kedua...
Sebelum tiba waktu Asar kami dah mula bergerak balik ke Parit. Hari Raya ni mana mana pun jem...dah biasa dengan keadaan tersebut. Kat kampung pun jem....
Pada hari yang lain kami pi pulak beraya ke Manjung Perak. Niat nak beraya di rumah abang abang isteri aku yang berada di sana. Lebih kurang tengah hari tiba di rumah abang ipar aku ENCIK AKHIR. Kami singgah di situ dan makan tengah hari di situ. Anak menantu dia pun ada bersama. Sembang sembang kami kat situ.
Kemudian kami bergerak pula ke rumah abang ipar aku yang lagi satu iaitu ABANG USOP. Abang Usop ni ialah abang isteri aku yang sulung. Dah lebih 80 tahun umurnya. Anak dan menantu dia pun ada bersama. Aku pernah buat rakaman video anaknya dulu tu...Tak lama dulu..Videonya di bawah..
Maka tamatlah sesi beraya kami untuk tahun ni...hahaha...Semua rumah rumah yang aku pi beraya, semuanya baik baik belaka...Aku doakan semuanya berada dalam redha ALLAH SWT dunia dan akhirat...aamiinnnn....
Oopst! lupa nak cite...masa balik dari Sauk Hari Raya kedua tu, adik ipar aku dan anak anaknya ikut sama dan bermalam di rumah aku...Video ada kat bawah....
Dia dan anak anak dia je yang ada...Sementara suaminya dah tiada beberapa tahun yang lalu. Aku pernah buat video berkaitan pemergian suaminya...Videonya kat bawah ni..
Bagi aku, biras aku ni orang yang baik...moga dia bahagia di sana..Aku memang punya biras biras yang baik2 belaka...Aku memang bertuah peroleh biras biras yang baik...Moga mereka semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT sentiasa dunia dan akhirat......aaminnn...
Raya tahun ni agak sepi pulak rasanya sebab takde sapa pun yang datang ke rumah. Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku pun bukan rajin nak beraya ke rumah orang lain. Aku lebih suka duduk je kat rumah...jadi tak perlu la aku nak kisah sangat sama ada tetamu datang atau tak datang ke rumah pun...hahaha...Da tua tua ni dah tak kisah pun berkaitan hal tersebut. Kita ni bukan lama sangat pun kat atas dunia ni lagi sebab umur pun dah hujung2 je ni...Macam aku katakan dulu..emak aku meninggal pada masa umur 66 tahun. Bapak aku meninggal umur 96 tahun. Kalau aku ikut umur emak aku...maka tahun ni la kut...hahaha.. Tapi aku taknak la umur macam bapak aku ketika dia meninggal tu...Aku taknak umur panjang macam tu...kalau boleh la...Ajal tu Tuhan yang pegang.
Umur dah hujung hujung ni kita mesti rancang untuk mati macam mana. Maksud aku dari sudut bekalan kita ke akhirat nanti. Dah cukup ke bakalan kita untuk mati. Amal ibadat kita macam mana. Pada aku bila sudah sampai umur macam ni kita mesti lebih tumpukan kepada ibadat dan cuma sebahagian kecil saja kita tumpukan kepada dunia. Jangan kita kisah sangat tentang dunia ni. Lebihkan ke akhirat sebab kita dah tua dan dah nak mati...
Tumpukan kepada ibadat. Dah sampai umur macam ni kita kena belajar macam mana untuk pelihara ibadat kita supaya tetap terus kekal pahalanya. Jangan kita hancurkan pahala ibadat kita dengan perkara2 yang boleh membuatkan pahala kita hangus. Satu hal yang boleh menghanguskan pahala ibadat kita ialah terlalu banyak mengumpat. Elakkan diri kita daripada aktiviti mengumpat dimana mana saja termasuk dalam media sosial. Elakkan sangat2...
Dah tua tua ni cubalah cari ilmu di mana mana je sama ada di masjid atau melalui online daripada ustaz ustaz yang punya ilmu yang diakui benar. Solat kita juga kena jaga supaya sempurna sebab solat tu tiang agama. Jika solat kita tak sempurna atau tak sah tentu sekali tak mendatangkan pahala pun. Bacaan wajib dalam solat tu kena sentiasa dijaga sebutannya terutama FATIHAH. Betulkan bacaan FATIHAH kita dalam solat. FATIHAH ialah rukun dalam solat. Jika FATIHAH tak dibaca dengan betul dari segi sebutan dan harakatnya tentu solat tu tak sah. Kalau solat dah tak sah sama la macam tak bersolat. Bila solat tak sah maka amalan2 lain tentu takkan diterima oleh ALLAH SWT. Begitu juga dengan bacaan2 lain dalam solat tu, perlu diambil berat. Sebelum solat dimulakan, wuduk kita mestilah sempurna kan. Jika wuduk kita tak sah tentu solat pun tak sah. Kena jaga semua perkara.
Cari jugak berkaitan ilmu untuk membersihkan hati kita daripada sifat buruk. Hati kita jangan ada sifat riak ketika melakukan amal ibadat. Fokuskan ibadat yang kita dilakukan ikhlas kerana ALLAH SWT, bukan sebab lain. Jangan melakukan ibadat untuk menunjuk nunjuk kepada manusia lain. Solat untuk menunjuk nunjuk...Sedekah untuk menunjuk nunjuk dan sebagainya lagi. Fokuskan segala ibadat kita ikhlas kepada ALLAH SWT sahaja. Selain daripada RIYAK kita juga jangan ada sifat kedekut, sombong, bongkak, takabur, iri hati, ujub dan sebagainya. Itu semua adalah berkaitan dengan hati. Didik hati supaya tiada sikap2 yang sedemikian.
Selain daripada itu jagalah aurat. Pakai pakaian yang menutup aurat untuk lelaki dan jugak wanita. Aurat lelaki di antara pusat dan lutut dan aurat wanita ialah seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan sahaja. Bagi wanita labuhkan tudung hingga ke dada. Ada tercatat dalam al Quran berkaitan perkara ni. Maknanya memang wajib perkara berkaitan perkara ni. Tiada khilaf berkaitan tutup aurat ni. Jadi tak memadai pakai tudung lilit ke leher tanpa menutup dada. Selain daripada itu jangan pakai pakaian yang ketat bangat. Hal hal begini perlu kita tau dan perlu kita ajarkan. Kalau ada wanita tua kata, 'udah tua tua tak payah la beratkan dengan hukum tutup aurat'. Pandangan tersebut tak benar sebab hukum menutup aurat tu memang wajib. Kalau ada yang kata dah tua2 ni takde sapa yang nak tengok pun...Jangan cakap macam tu...kalau orang tua...tentu orang tua juga yang suka tengok...tak gitu...hahahaha...opst! Fikirkanlah kalau hari2 kita dedahkan aurat maka tentu dosanya akan terkumpul dan menjadi bertimbun jika kita tak bertaubat. Ingat...kita semua akan ditimbang dosa2 kita di Mahsyar nanti. Kalau dosa lebih berat daripada pahala, sudah tentu kita akan dihumbankan ke dalam neraka...NERAKA tu panas giler beb....Kalau nak tau berkaitan siksa neraka ni, pi beli buku yg banyak di pasaran tu dan baca serta hadamkan...
Perkara yang tersebut kat atas tu perlu untuk kita belajar dan perlu untuk diajar kalau kita seorang pengajar. Apa yang diperlukan oleh orang2 yang dah berusia lebih 60 tahun ni adalah perkara yang ditulis di atas tu la. Sebab rata2 yang berusia 60 tahun ke atas akan mati atau tak lama lagi akan mati kan...Memang la ajal tu tak mengenal usia tapi kebanyakan yang mati tu sudah berusia tua....
Jadi kita yang udah berusia lebih 60 tahun janganlah diulit rasa untuk hidup lama. Memang usia kita dah tua dan bila bila masa saja akan mati. Tumpukan fokus kita kepada ajal kita yang tak lama lagi tu. Jangan cinta sangat dengan dunia ni. Bagi yang muda2 tu, yang di bawah umur 60 tahun tu...memang perlu lah usaha untuk hidup tapi jangan lupakan mati. Dalam mencari dunia jangan lupa dengan kewajipan untuk agama kita. Jangan tinggalkan solat dan amalan2 yang berpahala yang lain...Hidup jangan terlalu ikutkan nafsu dan lupa kepada mati....
Hari ni terjumpa pulak footage video Raya aku di kampung aku tu. Itu hari ntah mana2 ia hilangnya. Bila dah jumpa aku pun edit dan hasilnya boleh ditonton kat atas tu...
Rasanya ni je yang aku nak coretkan kat sini. Aku dah takda idea nak menulis lagi...Jadi terima kasih kerana sudi membaca...
Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati oleh ALLAH SWT sentiasa. Moga kita semua akan dihindarkan daripada siksa kubur, siksa Mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga hendaknya....
Maafkan segala dosa aku kepada kalian semua...
~ sekian ~

No comments:
Post a Comment