Friday, August 6, 2021

Bawa Isteri Jumpa Doktor KKBSPutra.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 6 OGOS 2021, aku bawak isteri aku pi jumpa doktor di KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA, BANGI. Sebenarnya aku dah booking untuk jumpa doktor untuk isteri aku, beberapa hari yang lalu. Hari Jumaat aje yang masih kosong. Hari-hari yang lain semua dah penuh di booking. Sekarang ni kalau nak jumpa doktor di Klinik tersebut perlu di booking lebih awal. Ini peraturan ketika musim Covid sekarang ni. Kalau setakat ambil ubat dan tak perlu jumpa doktor tak perlu pun buat booking. Hanya perlu 'walk in' aje setelah jumpa kakitangan depan pintu bagunan klinik tu.

Aku dah booking untuk jumpa doktor pada jam 10.00 pagi. Hanya waktu itu aja yang masih kosong....Alhamdulillah la..Kami gerak awal iaitu 45 minit sebelum tarikh booking tu. Tiba aje di klinik kesihatan tu aku cari parking. Klinik ni memang setiap kali penuh aje pesakit yang nakkan rawatan. Tak banyak pun parking yang kosong. Petak yang dekat-dekat semua dah penuh. Dorang ni...apala...sepatutnya parking la jauh-jauh supaya ada jarak untuk berjalan...supaya ada jugak sedikit kalori terhakis dari badan tu...haaa...opst! ngumpat pulak aku. Bukan apa kalau kita jarang berjalan dan asyik nak parking depan pintu aje, macam mana kalori nak terhakis...tak gitu...hahaha..Saje je ni...jangan marahla...Aku pun dah lama tak berjalan untuk hakis kalori sejak isteri aku tak sihat ni...

Lepas parking terus pimpin isteri ke pintu klinik tu...Masih kena pimpin jugak sebab isteri aku kata masih tak kuat untuk berjalan sendiri. Kat rumah pun masih dipimpin untuk ke mana-mana aje dalam ruang rumah yang tak luas tu, walaupun hanya beberapa langkah. Ke bilik air pun masih dipimpin. Macam biasalah, mandi pun aku yang mandikan..ewahhh...betul....dia masih perlukan bantuan aku untuk mandi manda dan jugak ke bilik air sekarang ni. Kat klinik tu aku terus berjalan dengan memimpin tangan dia. Ada juga aku kata kat dia, masa kita sihat tak pernah pulak berpimpin dan berkepit macam ni...hahaha...Masa udah sakit pulak ada peluang buat macam ni....hahahaha...


Tiba di bawah khemah depan klinik tempat menunggu, aku bantu iateri aku duduk di sebuah kerusi. Nampaknya ada beberapa orang pesakit yang nakkan rawatan sedang menunggu di bawah khemah tu. Aku terus menuju ke seorang staf klinik yang bertugas menerima kunjungan pesakit yang nak dapatkan rawatan. Aku unjukkan surat dari HKL dan kad pesara aku. Dia bagi kad rawatan untuk aku isi. Jadi aku pun terus isi di meja yang ada depan isteri aku. Isi nama, nombor IC, umur dan ada beberapa lagi perkara yang aku dah lupa....dah tua, memang la mudah lupa...

Kemudian setelah siap isi kad, aku terus jumpa petugas pompuan kat depan pintu utama tu. Dia cek dan beri nombor giliran serta terus minta aku masuk dan scan suhu dulu. Aku  bawak isteri aku masuk dan duduk depan meja dalam klinik tu. Nampaknya ada 2 orang nurse yang bertugas untuk cek pesakit yang masuk sebelum masuk ke ruang dalam klinik. Nama isteri aku dipanggil dan aku pimpin isteri aku duduk depan nurse tersebut. Jururawat tu cek tekanan darah dan tanya sama ada isteri aku ada demam dan sebagainya. Selesai aje dia suruh masuk dan tunggu di bilik nombor 14.

Kami terus masuk dan cari bilik nombor 14. Sepanjang berjalan ke sana tu terus aje pimpin tangan isteri aku tu...Macam belangkas pulak...dan tak renggang renggang...hahaha...Aku kena pimpin jugak isteri aku tu, bimbang kalau dia jatuh dan sebagainya...Nanti tentu sakit lain pulak yang timbul kalau jatuh atau pape ke...sakit yang ada ni pun dah terasa sukarnya. Lagipun kalau jadi apa-apa lagi susah pulak...isteri bukan boleh dapat kat kedai2 spare part...hahaha...opst! Agak jauh jugak berjalan untuk sampai ke bilik nombor 14 tu dengan berjalan macam kura-kura tu...Sebenarnya aku dah biasa ruang dalam klinik ni...sejak aku dan isteri aku sering ke sini untuk dapatkan rawatan...Staf-staf dalam tu pun aku macam dah kenal tapi tak pernah sembang pun...kenal muka je...Tapi sejak memasing pakai mask ni, aku dah mula tak pasti muka dorang tu...2 tahun dah kita pakai mask ni...



Tiba di bilik nombor 14 aku suruh isteri aku duduk di sebuah kerusi yang ada depan pintu tu. Aku ingatkan bilik tu untuk swap test atau cek corvid macam kat Serdang dulu tu, ketika isteri aku mula masuk ke situ..Lebih kurang dalam 15 minit barulah nombor giliran isteri aku dipanggil oleh mesin pemanggil tu. Aku pimpin isteri aku masuk ke dalam dan bantu dia duduk di sebelah meja doktor dalam tu. Rupanya bilik tu bilik doktor untuk periksa pesakit. Tak pulak aku tau. Sebelum ni bilik tu tempat staf buat pemeriksaan jantung ke atas pesakit. Aku pernah masuk bilik ni untuk periksa jantung aku sebelum ni iaitu sebelum covid menjadi lebih ganas...Masa periksa tu, jantung aku masih ok. Rupanya bilik tu dan jadi bilik doktor masa musim Covid ni. Doktor tu periksa la dokumen yang aku bawa dari HKL tu. Dia teliti dan kata ubat2 yang dicatat di dokumen tu tiada di situ melainkan ubat darah tinggi. Aku tanya jugak berkaitan sakit isteri aku tu. Isteri aku sakit setiap 4 atau 5 jam tapi apabila makan paracetamol, sakit tersebut akan hilang. Dalam 4 atau 5 jam sakitnya datang kembali. Dia kata sakit pembedahan major memang macam tu dan lama baru sembuh. Apa apapun sakit berkenaan makin lama akan berkurang. Dia tengok ubat yang aku rakam dalam handphone aku. Oleh sebab ubat paracetamol isteri aku sudah habis dia bagi 10 biji saja ubat paracemol tersebut. Nampaknya aku kena beli jugak la ubat panadol untuk mengatasi sakit isteri aku tu. Harap sakit kepala isteri aku tu akan berkurang dan terus hilang...Aku pun agak pening jugak kat mana nak dapatkan ubat2 tu sementara menunggu berjumpa doktor kat HKL tu, pada 9 Sept. nanti.....bingung jugak aku memikirkannya...

Ini aje ubat yang diperoleh dari Klinik Kesiahtan Bandar Seri Putra tu..

Sebaik selesai, kami tinggalkan bilik doktor tu setelah ucapkan terima kasih. Kemudian kami gerak ke bahagian farmasi untuk amik ubat pulak. Aku ambil ubat isteri aku kat farmasi tu bila nombor giliran dipanggil oleh mesin pemanggil sekali lagi. Selesai ambil ubat terus keluar sambil aku pimpin tangan isteri aku dan berjalan macam lagak kura-kura tu...hahaha...Selesai satu perkara. Hujung bulan nanti akan datang lagi ke klinik ni sebab isteri aku temujanji dengan doktor berkaitan rawatan darah tinggi. 'Ruptured aeurysm' tu pun mungkin sebab darah tinggi kut. Tapi tekanan darah tinggi isteri aku tak tinggi mana pun jika makan ubat...range nya antara 120 - 139 je...Tapi setiap kali aku cek kat rumah taklah sampai 139 pun...

Dalam perjalanan balik aku singgah sat di gerai jual durian tepi jalan nak masuk ke taman perumahan tempat tinggal aku. Aku tanya harga manggis, penjual tu kata 5 kilo RM20...aku pun belilah 5 Kilo. Durian pun banyak nampaknya. Semua durian tu dari Batu Kurau. Harga dia orang jual durian tu, 6RM sekilo. Cantik cantik nampaknya durian2 tu. Petai pun ada jual, 8 papan 10RM. Mereka berjualan di situ pada setiap Jumaat aje. Terjumpa pulak Abang Tamam kat situ. Dia tanya isteri ok ke, aku kata ok sikit dan baru lepas ambil ubat di Klinik Kesihatan Seri Putra. Abang Tamam, otai di kawasan kami ni....hahaha...Selesai aje beli, aku terus gerak ke kete dan terus balik. Pada sesapa yang nak beli durian, manggis dan petai boleh datang ke situ setiap Jumaat hingga Ahad kut... Kalau korang nak beli ikut aje jalan dalam peta tu...hahaha...Tapi kalau korang dari PERAK atau Peghak..ghenti la datang...baik korang pi ke Batu Kurau tu, lagi dekat dengan korang...hahaha...


Hari ni JUMAAT lagi, nampaknya aku tak solat JUMAAT lagi minggu ni, rasanya dah berbulan jugak la...Mungkin ada jugak yang dah tak solat Jumaat 2 tahun kut sejak Covid menyerang kita. Kat masjid sekarang ni boleh solat untuk 50 orang sahaja. Tak taulah macam mana nak dapatkan giliran solat dengan jumlah jemaah yang ramai wujud kat sekitar sini. Bagi korang yang nak berinfaq untuk bina masjid baru boleh lah menyumbang dan ada poster di bawah tu...Besar pahalanya selagi masjid tu terus berdiri hingga ke hari kiamat...Tak rugi berinfaq untuk pahala hingga ke hari kiamat...Boleh jugak pahala infaq itu diniatkan untuk orang lain terutamanya kedua ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Kalau mereka dah meninggal tentulah mereka lagi perlukan doa2 dan sedekah2 kita untuk mereka yang telah pergi...tak rugi...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis. Moga kita semua akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Moga ada dikalangan kita yang sakit akan disegerakan sembuh oleh ALLAH SWT. Sama sama kita berdoa moga semua mereka yang telah pergi akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 mereka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnnnn....

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...