Friday, August 13, 2021

Kembali Bakar Kalori

Diari DAUD - Hari ni, JUMAAT, 13 OGOS 2021, aku kembali buat aktiviti bakar kalori di sekitar tempat tinggal aku. Sebenarnya dah agak lama aku tak bakar kalori sejak masalah Covid 19 yang tak menentu ni. Bila isteri aku jatuh sakit tentulah aktiviti berkenaan menjadi terus terbantut. Dah lebih dua minggu isteri aku jatuh sakit dan dah mula kelihatan untuk pulih maka aku pun berkira-kira nak mula kembali aktiviti bakar kalori yang sering aku lakukan sebelum ni. Aku dah beritahu awal-awal isteri aku bahawa aku nak mula kembali aktiviti bakar kalori aku tu.

Awal pagi setelah aku selesai uruskan isteri aku...aku pun gerak keluar untuk mula aktiviti bakar kalori. Memang aku kena uruskan isteri aku seperti mandi dan carikan pakaiannya serta selesai solat Subuh tiap2 pagi. Isteri aku masih perlukan bantuan untuk pi bilik air dan aku masih lagi bantu dia mandi. Badannya masih tak kuat. Tapi keadaannya lebih baik daripada mula2 keluar hospital itu hari. Awal keluar hospital itu hari, dia sering sakit kepala tak kira waktu. Sakit kepala yang amat sangat. Mungkin sebab pembedahan kepala kut. Memang aku sentiasa risau masa tu..Sekarang ni sakit kepala tu dah kurang sangat. Tapi masih ada. Jadi aku kena bangun tak kira waktu jugak untuk beri dia makan ubat. Memang isteri aku sering makan ubat dan ada ubat yang mesti dimakan setiap 4 jam dalam satu hari dan setiap hari. Waktu jam 8 pagi, 12 tenagh hari, jam 8.00 mlm, jam 12 mlm dan jam 4 pagi. Jadi aku mesti beri dia ubat dalam waktu berkenaan. Selain daripada itu dia kena makan 4 jenis ubat yang lain. Banyak betul dia kena makan ubat yang macam fungsi ubat tersebut. Doalah supaya kita takde kena situasi yang macam tu...Nak alaminya pun rasa tak mampu, nak melihat pun tak mampu...Dia cuma bergerak dalam rumah aje dan tak boleh keluar rumah. Banyak masanya baring atas katil aje. Buat masa ini aku mesti sentiasa ada berhampiran dia. Aku berharap sangat dia akan segera sembuh. Rupanya sakit pembedahan ni memang makan lama untuk pulih. Tambah lagi isteri aku di bedah bahagian kepala di mana tempurung kepalanya dibuka untuk menghentikan darah yang aktif mengalir.

Sekarang ni barulah aku terasa bagaimana sukarnya menjaga isteri yang sedang sakit. Bukan sakit biasa tapi sakit selepas pembedahan kepala. Sebenarnya aku tak pernah ada pengalaman pun menjaga orang sakit yang sebegini. Rasa insaf jugak aku rasa...Rezekilah isteri aku tak terlantar sebab ada orang yang sakit macam isteri aku, terus terlantar selepas pembedahan. Nak makan pun menggunakan tiub dan makanan khasnya merupakan susu sahaja. Insaf jugak aku dan bersyukur sangat aku, isteri aku masih ada rezeki untuk sembuh dan tidak terlantar...alhamdulillah...Memang bersyukur sangat aku. Kalau kita selalu meneliti berita di medsos tentu kita nampak ramai yang diuji dengan pelbagai penyakit oleh ALLAH SWT. Memang pelbagai...ada yang dah bertahun-tahun terlantar dan tak boleh bergerak. Semua urusan dibantu oleh orang lain sepanjang masa. Bayangkanlah betapa sukarnya jika berada dalam keadaan yang sedemikian. Jadi hargailah suami atau isteri sentiasa yang masih sihat, yang masih ada di sisi kita...sungguh aku kata ni, bukan main-main.... Apabila telah sakit bukan kecil masalah yang kita akan hadapi. Bukan senang melayan kerenah orang sakit. Jadi aku memang seringkali berdoa supaya isteri aku cepat sembuhnya.

Berbalik kepada cerita bakar kalori tu...Setelah keluar rumah terus saje pi ke lokasi yang sering aku buat aktiviti tu. Tapi sebelum tu aku dah pesan menantu dan anak aku supaya tengok-tengokkan ibu dia orang..Aku seringkali bakar kalori dengan berjalan selama lebih kurang sejam setengah. Aku berjalan sekeliling taman perumahan BANGI AVENUE yang bersebelahan dengan taman perumahan tempat aku tinggal. Tak ramai pun yang aku jumpa kat lokasi tu. Adalah dalam 3 atau 4 orang aku nampak sedang berjalan dan jogging kat situ. Aku cuma berjalan aje sekeliling BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE. Tempat aku biasa bakar kalori tu. Musim Covid ni memang tak boleh jauh beriadah. Masa bukan musim Covid dulu aku sentiasa aje berjalan di TASIK UJANA NILAI atau hiking di BUKIT MELATI NILAI. Sekarang ni tak boleh pun...tak boleh rentas negeri malah daerah pun tak boleh rentas...apa boleh buat laaa...Dalam masa sejam setengah aku beraktiviti tu, aku berjaya berjalan sejauh lebih kurang 6 Kilometer, bakar lebih kurang 400 kalori serta cipta langkah lebih kurang 9 ribu langkah...ok la tu...Musim Covid ni Bangi Avenue Convention Centre dijadikan Pusat Pemberian Vaksin. Anak pompuan aku pun pi sini untuk dapatkan vaksin. Dia dah cukup 2 dos dah...Bila aku berjalan keliling BACC...alamak masih banyak sampah dibuang merata-rata. Pelik aku..langsung tiada kesedaran sivik. Sakit mata aku tengok sampah merata rata. Pelik aku dengan sikap manusia yang suka buang sampah merata-rata ni. Pada aku itu semua sikap yang dicipta kat dalam rumah sendiri..

Hari ni sempat aku beli buah kat gerai yang juai buah yang dibawa dari BATU KURAU tu. Gerai sementara tu berhampiran taman perumahan tempat aku tinggal. Aku beli rambutan 3 kilo rm10.00 dan buah manggis 5 kilo rm20. Ok jugak buahnya. Aku tak beli durian pun walupun dia ada jual. Durian Batu Kurau tu dia juai sekilo rm6.00...rasanya murah la tu...kan...Dorang berniaga kat situ dari hari  Jumaat hingga Ahad tapi kalau cepat habis dia orang baliklah ke BATU KURAU kut. Minggu depan hari Jumaat dorang datang lagi berniaga di situ. Orang Batu Kurau tu cakap buah buahan tu akan ada hingga bulan September sahaja.



Hari ni Jumaat lagi, dan aku masih tak dapat mengerjakan solat Jumaat lagi. Masjid cuma dibenarkan solat 50 orang sahaja. Macam tertentu untuk AJK masjid dan surau aje kut...aku pun tak pasti...Sekali lagi aku tolong warwarkan infaq untuk buat masjis baharu di kariah tempat aku tinggal ni. Bagi teman2 dan sesiapa saja berinfaqlah...Tak rugi pun sebab pahalanya berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu terus wujud. Boleh jugak berinfaq dan niatkan pahalanya untuk ibu bapa kita dan sebagainya. Apa salahnya kita niatkan pahala untuk emak bapak kita sebab kita dah banyak mewarisi tanah dan harta peninggalan mereka...tak gitu...Kalau kita tak warisi harta mereka pun kita tentu telah dibesarkan oleh mereka dengan baik hingga kita boleh hidup dengan bahagia dan sebagainya...tak gitu...Kita jangan kedekut dengan ibu bapa kita terutama dari segi sedekah pahala untuk mereka dan sebagainya. Kita juga mungkin boleh niatkan sedekah itu untuk mereka yang pernah kita zalimi...Kat akhirat nanti tentu orang yang kita zalimi akan tuntut kembali apa yang telah kita sakiti mereka seperti mengumpat mereka, memfitnah mereka dan sebagainya lagi...tak gitu...Kalau nak infaq, nombor akaun ada kat poster..

Masjid lama dan tapak MASJID BARU

Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...moga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesembuhan untuk isteri aku...moga ALLAH SWT juga akan memberikan nikmat sihat dan bahagia kepada kalian semua...aamiinnnn...



Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


~sekian~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...